Rabu, 22 Julai 2009

ummat Islam dibenci?

Sejarah berulang.. pembunuhan terhadap ummat Islam berlaku lagi. di China, Thailand, Israel, India dll tempat seperti di German.

kenapa kita dibenci dan terlalu ingin dibunuh oleh mereka?

Sabtu, 20 Jun 2009

Khasiat kasih sayang sesama Insan

Kasih Sayang Sesama Insan... Jika penuh keikhlasan dan penuh penghayatan akan membawa kebaikan pada diri. kasih sayang yang ikhlas tidak mengharap balasan. kasih sayang yang ikhlas tiada impian di kemudian hari... cuma jaminan kebahgiaan ukhrawi...

Kasih sayang boleh hadir dengan nafsu atau bisikan syaitan atau sihir ilmu pengasih yang datang dari janji kebinasaan di kemudian hari walaupun mimpinya indah tidak bertepi.

bak kata syair Ulama terdahulu Imam Taharung bin Datok Dewa Raya(1611-1745)

Dua Tanda sudah tentu,
kasih sayang kerana Allah,
bila bertemu tiada jemu,
bila berpisah tiada gelisah.

Maka bersaksilah bila hangat
Cinta dan kasih tiada ikhlas di jiwa
Memilu rasa Merosak semangat
Menghiris hati menyakiti jiwa

Apabila perpisahan dititah Ilahi

Asasnya kasih sayang seharusnya disemai hanya kerana Allah mencari redhonya...

Ilahi anta Maqsudi waridho ka Mathlubi....


Kasih sayang yang ikhlas menghilangkan tekanan. kerana bila rasa sayang disemai di dalam hati suatu bentuk rasa damai penuh keikhlasan dapat meransang denyutan jantung yg normal seterusnya meransang dan memberi tekanan darah kembali normal.
Ia juga dapat Menjana dan meransang daya tahan badan. Penyakit selalunya berpunca dari emosi yang tidak stabil dalam diri. seperti merindu sesuatu yg x mungkin kembali. kenangan2 yang menyakitkan hati. atau kekecewaan atau kemarahan. ini semua hanya akan merosakkan semangat badan dalam melawan penyakit yang sememangnya ada di sekitar kita. dengan kasih sayang kita tarik nafas dalam-dalam dan memberinya kepada sesama insan, kawan, sedara mara... ibu sendiri maka ia meransang daya tahan badan terhadap penyakit
membakar lemak dan kalori berlebihan... melalui pergerakan senaman dengan hati yang disemai kasih dan sayang penuh keikhlasan maka ia akan membakar lemak dan kalori dengan penuh keindahan.
oleh itu sentiasa memberi kasih sayang yang ikhlas melalui ucapan atau penulisan.(tak perlu sentuh) dengan penuh perasaan dan penghayatan terhadap sesama insan, anak kecil, ibubapa dan sesiapa jua....
Semua ini dapat dilihat bagaimana molekul air terbentuk bila kasih sayang di ucapkan selalu dengan penuh ikhlas sesama insan di http://hado.com atau versi bahasa inggeris http://hado.net menjadi penawar yang menakjubkan. bayangkan ia diucapkan selalu pada diri kita yang 80% adalah air?
Tetapi kasih sayang yang tidak ikhlas mengharap balasan, maka ia akan atau bakal hilang dan menjadi punca bagi segala penyakit... menghiris hati memilu jiwa membentuk "eye bag" dan mempercepatkan penuaan.


Jumaat, 12 Jun 2009

Menukar minyak break




Apabila minyak di tekan kurang atau lambat makan. maka kemungkinan besar ada angin sesat dalam minyak brek tersebut... jika brek yang digunakan adalah hidraulik. Proses memadatkan minyak agak sukar dibuat kerana kita sebagai seorang pengguna biasa bukannya kerja hari-hari. namun kerja mudah yang tanpa memerlukan kemahiran ini boleh dibuat sesiapapun.

click to see big picMinyak brek yang dah terlalu kotor


Namun begitu, nak tukar minyak brek pulak kena ada alat lengkap yang boleh menyedut minyak brek yang sudah berkurangan kualitinya itu.


Tabung minyak kotor harus dicuci disedut dengan penyedut pam minyak atau kain cuci minyak.



minyak brek dot 3 boleh diperolehi dalam pasaran dalam harga RM15 hingga RM20 tapi jika upah orang harganya jadi RM25.

Jumaat, 5 Jun 2009

ICT bisnes masa depan

Yang Menarik Tentang MSC Malaysia Open Source Conference 2009

Tarikh : 31 Mei hingga 3 Jun 2009
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang

Tempat :-

Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre
Tingkat 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Laman web : http://www.mscmalaysia.my/osconf

MSC MALAYSIA Client Contact Centre (CLiC)
1-800-88-8338 (within Malaysia)
+603 8315 3000 Email : clic@...

Laman Peminat Di Facebook
http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-Open-Source-Con\
ference-2009/97810422651

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 mengumpulkan hampir 87 orang
penceramah dalam dan luar negeri yang meliputi pelbagai tajuk dalam
dunia teknologi dan sistem maklumat (ICT). Tumpuan adalah diberikan
kepada Open Source Software (OSS). OSS merupakan satu pilihan dalam
penyelesaian ICT yang perlu diambil serius oleh pelbagai pihak di
Malaysia.

Penceramah-penceramah dari syarikat-syarikat besar seperti Google,
RedHat, Novell, Microsoft, SUN, MIMOS, Canonical dan pelbagai lagi
akan kongsikan pengalaman dan ilmu untuk perkembangan OSS di Malaysia.
Mengapa tidak anda?

Persidangan ini turut mengumpulkan penceramah-penceramah yang membina
sendiri perisian mereka dengan OSS. Bagi anda yang ingin mengetahui
lebih lanjut tentang Pyhton, Perl, Java dan pelbagai lagi ini
merupakan tempat dikumpulkan kumpulan pakar ini.

Persidangan ini turut menyediakan penceramah yang meliputi bidang
sokongan kepada pembinaan perisian seperti keselamatan ICT dan infra
sokongan seperti sistem cluster dan DNS.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi
http://www.mscmalaysia.my/osconf

Semua diatas adalah dengan bayaran penyertaan yang teramat murah bagi
persidangan sebesar ini. 4 hari penuh acara dalam 3 bahagian serentak
dan satu hari percuma untuk semua, adalah pada Hari Hackathon. Makan
dan minum turut disediakan.

Pendaftaran persidangan keseluruhan masih dibuka sehingga 1 Jun 2009.
Pendaftaran awal membolehkan anda mendapatkan pelbagai barangan
cenderamata yang stok adalah terhad.

*** Masuk Percuma Hari Hackathon ***

Hari Hackthon Sempena MSC Malaysia Open Source Conference 2009
merupakan hari dikumpulkan semua komuniti-komuniti OSS Malaysia. Hari
Hackathon pada Ahad. 31 Mei 2009 merupakan acara permulaan kepada
persidangan ini. Berlangsung di tempat yang sama, Tkt 14, Berjaya Time
Square. dan masuk adalah percuma untuk semua. Maka datanglah beramai-
ramai.

Kepada anda yang tidak dapat hadir sepenuhnya hari persidangan, ambil
peluang Hari Hackathon untuk bertemu dengan para penceramah-penceramah
luar negeri yang tiba lebih awal. Berkenalan dengan penceramah dari
PCBSD, Google, Ubuntu, Novell dan ramai lagi.

Ambil peluang untuk belajar dan mengetahui banyak perkara kerana Hari
Hackathon menyediakan pelbagai acara serentak. Antaranya :-

Kelas pembangunan perisian dalam OSS, oleh ketua projek Adempire ERP.
Menarik untuk anda yang berminat untuk menyumbang dalam dunia OSS atau
kepada syarikat-syarikat yang mahu mempelajari pembangunan cara OSS
yang kini menjadi "trend" banyak syarikat-syarikat ICT. Anda juga
boleh menangi pakej ke mana-mana dalam dunia bagi yang menyertai
pertandingan yang dianjurkan oleh Adempire ERP. Datang sertai untuk
mengetahui dan menyertai.

Bagi yang ingin mencuba Sistem Operasi dalam OSS seperti Linux, BSD
dan OpenSolaris, sebuah dewan besar disediakan untuk Installfest.
Pelbagai pilihan Linux disediakan seperti Ubuntu, Fedora dan OpenSuse.
Ini termasuk sistem operasi seperti PCBSD dan OpenSolaris. Jangan
terkejut, kerana semua sistem operasi ini mula menguasai pasaran
komputer seluruh dunia.

Bagi yang menghadapi masalah dalam penggunaan Linux seperti Ubuntu,
Open Suse dan Fedora, dan juga PCBSD, bawa komputer anda dan berjumpa
dengan kumpulan pakar dalam komuniti dan semuanya adalah percuma.

Bila lagi, setahun sekali ini komuniti-komuniti Linux dan OSS
berkumpul.

Ubuntu turut mengadakan Ubuntu Release Party sempena keluaran Ubuntu
versi 9.04 pada malam hari Hackathon. Jemput hadir.

Hari Hackathon turut menjadi hari akhir bagi pertandingan LAMP2WIN.
Pertandingan yang mempamerkan kemahiran perserta dalam PHP untuk
membolehkan aplikasi PHP menggunakan Microsoft MSSQL. Undi kumpulan
yang anda minat, tanya mereka apa yang anda ingin tahu. Yang penting
pastikan semuanya menjadi OSS. Kehadiran anda adalah penting.

Bagi anda yang terlibat dengan pembangunan aplikasi web tentulah soal
keselamatan adalah keutamaan anda. Server kena crack? Server kena
tukar halaman depan, server menghantar email spam semua itu adalah
masalah keselamatan. Hari Hackathon menyediakan satu dewan khusus
untuk anda bertemu dengan pakar keselamatan dari MyCERT,
Cybersecurity. Bawa komputer riba anda dan belajar daripada mereka apa
yang anda perlu tahu, Percuma.

Redhat turut menyumbang dengan mengadakan satu acara sehari yang
merangkumi pelbagai topik bagi anda yang berminat dengan Fedora. Untuk
makluman, topik-topik ini tidak hanya khusus untuk Linux Fedora malah
ia boleh disesuaikan Ubuntu, Open Suse dan Linux yang lain, malah
PCBSD dan OpenSolaris juga.

Bagi mempelbagaikan lagi Hari Hackathon, Jobstreet turut membuka ruang
pendaftaran, penerangan dan bengkel. Daftar untuk mencari pekerjaan
yang lebih baik yang mungkin anda tidak ketahui. Maka apa lagi, dalam
ekonomi yang lesu ini masih ada peluang dalam pasaran pekerjaan.

Semuanya percuma pada Hari Hackathon kecuali makan minum anda perlu
beli sendiri. :) Makanan dan minuman ringan hanya disediakan kepada
peserta berdaftar penuh sepanjang hari-hari persidangan.

Acara kemuncak bagi MSC Malaysia Open Source Conference 2009 adalah
perasmian "Open Source Developers Club" di Malaysia atau ringkasnya
OSDC.my. Ia akan dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir dan ia merupakan
satu permulaan kepada satu usaha membangunkan industri pembangunan
perisian Malaysia dalam OSS. Jika sebelum ini kita hanya pengguna,
sudah sampai masa untuk menjadi penyumbang.

Buktikan kepada syarikat-syarikat besar seperti Google, RedHat, Novell
dan pelbagai lagi. Malaysia Boleh !!!

Secara ringkasnya Persidangan MSC Malaysia Open Source Conference 2009
ini jangan dilepaskan oleh sesiapa. Sama ada pengguna atau peminat OSS
atau tidak ia adalah ruang ilmu untuk meningkatkan lagi kemampuan
rakyat Malaysia dalam bidang ICT. Kita boleh buktikan kita mampu dan
boleh.

Tiada alasan untuk tidak hadir kerana tiada ada lagi persidangan
seperti ini.

Lain-lain rujukan

Portal Sokongan Komuniti OSS Malaysia
http://www.mscoscon.my/

Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009
http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856

MSC Malaysia Open Source Group
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399

Lamp2win
http://www.lamp2win.com/

Archive
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/05/apa-yang-menarik-msc-malaysia-open.html

Selasa, 26 Mei 2009

Budaya Melayan Pelanggan di Kalangan Pengedar Proton

Customer services adalah satu subjek yang penting dan dipelajari secara rasmi dalam syllabus pengajian perniagaan dan usahawan. Namun begitu tahap kesedaran terhadap customer servis di kalangan pengedar proton di Malaysia masih rendah dan cukup memalukan. Kadangkala kebangangan tahap melaksanakan menjayakan nilai-nilasi asas menjadi daya penarik kepada pelanggan yang merupakan satu kunci kejayaan pada sesebuah perniagaan diabaikan..

Agaknya akibat terlalu bangang mereka tidak berupaya memerhatikan atau buat kajian atau menanda aras terhadap bagaimana Toyota atau syarikat penjual kereta lainnya berjaya melayan pelanggan mereka biarpun menghadapi kenkangan dari Kerajaan yang mengenakan cukai yang tinggi. Ini dapat dilihat kepuasan pelanggan yang berkongsi cerita tentang keselesaan mereka berurusan dengan pengedar berkenaan.

Sebagai contoh, seperti boleh dilihat di pusat pengedar Toyota. Ada ruangan lepak, makan biskut dan minum pelbagai minuman yang begitu selesa untuk pelanggan yang datang untuk berbincang tentang kereta yang ingin mereka beli.

Membeli kereta adalah satu pelaburan yang besar dan memerlukan wang yang cukup besar selama 7 sehingga 9 tahun. Memberi pelanggan merasa dihormati dan dilayan baik adalah sesuatu yang seharusnya dilakukan bagi menjamin perniagaan yang memberi imej peniaga atau penggerak perniagaan yang baik secara berterusan.

Adakah ini berpunca semangat “patriotic’ kemalaysian yang begitu menyerlahkan betapa hina dan rendahnya mentality golongan peniaga warga Malaysia. Secara tidak langsung ini memberi imej buruk kepada kepimpinan kerajaan Malaysia dalam membimbing rakyatnya. Apatah lagidengan kempen-kempen beli Barangan buatan Malaysia oleh kerajaan Malaysia tidak langsung memberi motivasi pada pengeluar seperti Proton untuk menunjukkan semangat patriotic yang sama dengan menjaga Kualiti perkhidmatan melayan Pelanggan dan lain-lain.

Selasa, 12 Mei 2009

Menggunakan Antivirus percuma dan sah

Sering bila kita mahukan antivirus tentu sahaja kita akan cari yang cetak rompak.. percuma...

setakat ini yang diiktiraf ada 2 yang ms windows sebagai antivirus yg compatible dan boleh percaya.....

1. AVG
2. Avira
3. Avast

Namun begitu berdasarkan pengalaman saya yang lepas2, sebenarnya tidak cukup jika bergantung pada perisian virus ini walaupun percuma... kita perlu ada remover juga

remover ini ada yang dibuat oleh student dari pelbagai latarbelakang

saya sudah sediakan link di tepi kanan blog ini di mana perkara ini dibincangkan


antara remover favourite saya

Avira remover
GVR 4.2 remover
ninja pendrive remover
threat remover

menggunakan mereka memerlukan sedikit pengetahuan ttg ms windows

Isnin, 11 Mei 2009

demam

amaran: ini adalah pribadi penulis berdasarkan pemerhatian sendiri terhadap pengalaman hidup yang lepas.. untuk maklumat yang sah dan diiktiraf sila rujuk Dr atau pakar perubatan bertauliah

Demam adalah menandakan badan kita adalah mempunyai sistem pertahanan yang mengkagumkan.... dari pencipta Ar Rahman... yang menjadikan kita-kita sebaik=baik kejadian...

demam boleh diukur dengan rasa panas atau secara analoginya melebihi dari 37 darjah celcius.... peperangan antibody dalam badan dengan kuman penyakit menyebabkan gejala demam. so sebaik baiknya sebagai tindakan awal keraplah banyak minum air suam untuk membantu sistem penyejukan dalam badan. selain memakan buah buahan sejuk dan berserat tinggi.

Pengambilan panadol paracetamol dan lain lain buat tahan sakit hanya akan menutup atau merosakkan sahaja sistem pertahanan badan.... bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima dengan redho ketetapan Allah ini yang tujuan nya untuk kebaikan kita.. maka panadol atau ubat tahan sakit adalah berkesan di samping menjadi punca kegagalan buah pinggang di usia awal 50 an....

Sekiranya... demam melebih 40 darjah celcius ia adalah peringkat kecemasan anda seharusnya dimasukkan air terus ke dalam darah... melalui kemudahan di hospital

perubatan Tradisional melayu yang perlu ditapis

Perubatan tradisional Melayu adalah suatu sistem perubatan yang dibina diatas 3 asas. Serupa menyembuhkan serupa,·Sebagai contoh jika suatu gejala demam menyamai gejala keracunan yang disebabkan oleh merkuri ( raksa ) maka raksa adalah penawarnya yang serasi untuk sakit tersebut. Dos minimum Penawar yang diambil telah mengalami proses pencairan yang amat tinggi contohnya 1 : 100 bahan ubat dan air hingga 1: 50,000 .Penawar tunggal, Tidak kira berapa banyak Gejala yang anda alami jika ia berkait dengan satu penyakit maka hanya satu ubat yang diperlukan Prinsip serupa juga digunakan untuk merawat penyakit yang berkaitan kealahan, dimana penawar yang diambil dari bahan asal alahan tersebut yang telah dicairkan berkali-kali akan dapat merawat sakit tersebut.Prinsip ini juga digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh virus. Namun begitu kesembuhan bergantung pada kepakaran/nasib dukun tradisional menganalisa menilai mengesan punca penyakit atau dalam bahasa perubatan..."diagnosys" penyakit tersebut....

Kenapa memilih Perubatan Tradisional

Perubatan Tradisional sangat berkesan. Apabila sesuatu penawar yang serasi diambil ia akan mengembalikan kesihatan dengan cepat, sempurna dan berterusan.
Ia adalah amat selamat, Bayi dan wanita yang mengandung selamat menggunakan penawar yang ditentukan tanpa perlu risau kepada kesan sampingan seperti dadah.
Penawar juga boleh diambil selari dengan pengambilan ubatan lain tanpa menimbulkan sebarang masalah komplikasi kesihatan. Ia adalah berteraskan hukum tuhan. Kesemua penawar perubatan Tradisional Melayu adalah berdasarkan hukum fitrah pertahanan ciptaan manusia.

Kaedah perubatan tradisonal melayu adalah bertindak secara harmoni dengan sistem pertahanan tubuh manusia(imune), bertentangan dengan ubat konvensional yang menekan sistem "imune" manusia . Sebagai contoh ubat batuk menekan ( suppress ) rangsangan batuk yang merupakan salah satu sistem pertahanan badan dalam usaha badan untuk mengeluarkan kahak dari paru-paru. memerangkap virus influenza dalam lelendir...

Menganalisa atau Diagnose penyakit memerlukan skill atau kemahiran instuisi atau pengalaman perubatan yang banyak dan tinggi... Sebagai misal sakit tekak.. bukan sahaja boleh ditanda sebagai gejala jangkitan kuman di kerongkong atau kanser tiroid... malaham ia boleh sahaja berpunca dari perut yang ada mengalami gastrik akibat penggunaan tabiat pemakanan susu lembu sejak dari kecil. Pengambilan kod warna oren celahan hijau seperti buah oren atau buah betik adalah penawar yang berkesan.

Selain itu, Sakit dada atau sesak nafas bukan atau rasa sakit di jantung bukan sahaja tanda darah tinggi tapi ia juga adalah tanda cara pemakanan yang tidak berdisplin... juga tanda zat pemakanan terhadap serat tidak mencukupi yang menyebabkan gastrik di perut yang kesannya asid hidrocloric cair menghasilkan gas yang membantut dan mengganggu pengaliran darah...


Perubatan Tradisional tidak mendatangkan ketagihan.Sebaik pesakit telah sembuh maka ia tak perlu mengambil ubat lagi. Jika masih tidak sembuh dalam tempoh yang lama itu menandakan penawar tersebut tidak serasi dengan penyakit yang dialami... Seorang pengamal Perubatan tradisonal perlu bijak mendiagnosis dengan tepat berkenaan penyakit dialami...


Tanpa menafikan juga kuasa makhluk halus dalam mempengaruhi diri kita supaya mengamal cara hidup yang tidak sihat dan berbahaya.

Rabu, 6 Mei 2009

cara-cara besarkan font untuk skype

salam, hari kita kongsi panduan cara-cara membesarkan font dalam skype untuk pengguna yang rabun hehehe... default size 8 jer....

Tools > Options > IM&SMS > IM appearance and clicking on Change.

panduan animasi gif....(tunggu sat yer dia sedang loading)

skype guide panduan

atau movie tanpa suara

Jumaat, 1 Mei 2009

Ahad, 26 April 2009

Babi dan bahayanya

*Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengetahuan sendiri, sudah pasti tidak setepat pengetahuan dunia yg maha luas.


Babi adalah makhluk yang Allah jadikan dengan penuh kehebatan dari segi kejadiannya yg pintar dan cerdas pemikiran berbanding anjing. Kononnya, dari dongengan lama orang Melayu dan beberapa dongengan lama pelbagai etnik, ia berasal dari manusia berdosa. Ini dapat dilihat dari segi DNA nya yang sangat hampir sama dengan manusia Dan ia telah diharamkan pemakanannya sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi.

Kisah terkenal mengenai manusia menjadi babi dan monyet dalam peristiwa sabbath.

Dalam bahasa tertentu seperti English atau bahasa antarabangsa kini dipanggil Pig, atau hog atau swin. Semua itu merujuk kepada babi ternakan, manakala babi liar atau babi hutan dia dipanggil wild Boar....


Terdapat juga budaya tertentu babi juga bermakna kekayaan dan kesuburan.


Ia juga cepat berevolusi menjadi Babi hutan atau Celeng dalam bahasa Jawa. Babi merupakan makhluk yang juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap penyakit sehingga ia boleh menjadi penyimpan pelbagai jenis virus dan tempat virus berevolusi menjadi lebih baik dengan izin Allah.


Sehubungan dengan itu, dikaitkan dengan patern DNA yg hampir sama menyebabkan manusia dan babi boleh berjangkit penyakit. Babi boleh menjadi punca pelbagai penyakit yang suatu masa nanti akan tiada ubat yng boleh dibuat.

Terkini H1N1 yang dikatakan berasal dari manusia yang berjangkit melalui burung. Terkini di Thailand wabak ini telah tiba.

Khamis, 23 April 2009

comparison of all MPV in Malaysia

This time i choose to wait n see. Yes 1.6 sound ridiculous with its seemingly large chassis but who knows it would perform well enough to attract buyers.

Exora estimated weight will be 1380kg.

Some comparison from the other blog, power to weight ratio:

Nissan Grand Livina 1.6 Auto
1245kg
HR16DE without variable valve
105hp
150Nm at 4,400rpm
84.34bhp per tonne
RM88K

Nissan Grand Livina 1.8 Auto
1280kg
MR18DE
126hp
174Nm at 4,800rpm
98.44bhp per tonne
RM98K

Toyota Avanza 1.5S Auto
1120kg
3SZ-VE from Daihatsu
109hp
141Nm at 4,400rpm
97.32bhp per tonne
RM77.1K
(Rush similar with additional 200kg weight + RM10k)

Toyota Innova 2.0G auto
1575kg
1TR-FE
136hp
182Nm at 4000rpm
86.35bhp per tonne
RM109K

Chery Eastar 2.4 auto
1505kg
4G64 (from Mitsubishi)
127hp
198Nm at 3000rpm
84.39bhp per tonne
RM82K (to date)

Naza Citra Rondo EXS
1590kg
GEMA engine
145hp
189Nm at 4250rpm
91.2bhp per tonne
RM89K

Toyota wish 1.8
1320kg
1ZZ-FE
130hp
170Nm at 4200rpm
98.48bhp per tonne
RM120K above at you nearest grey importer

Honda Stream 1.8 auto
1385kg
R18A
137hp
174Nm at 4300rpm
98.92bhp per tonne
RM146K

Proton Exora 1.6 auto(medium line)
1380kg (est)
Campro 1.6 CPS
125bhp
150Nm at 4500rpm
90.58bhp per tonne
RM66K est.

Rabu, 22 April 2009

Bermain dengan grafik dan animasi

Cerita Animasi dah jadi mudah dengan poser 7... dan juga banyak software animasi yang boleh edit video anda.. spt creative dll.... kos juga tentu lebih murah..

Sabtu, 18 April 2009

Run GVR dalam vista



shahrir,

Pertama sekali, saya ucapkan tahniah dan semoga anda terus berjaya membuat antivirus atau anti malware yg berkesan... memang virus ni bukan mudah walaupun ia hanyalah kreativiti seorang manusia... namun begitu kerana ia ada sejuta cara membuatnya.. maka perlukan sejuta cara manual juga mengatasinya ia semacam main chess arab jer...
Animasi paparan komputer saya bila gvr d tekan
Saya menghadapi masalah untuk setiap kali run GVR... asyik muncul installing autocad???? saya dengan segera cancelkan jika tidak dia terus hang atau crash shuttdown...



apa patut saya buat?

Khamis, 9 April 2009

DIY- servis Microwave...

6 April 2009 - 6:30 petang... teringat tentang Microwave oven yang jammed di bahagian controller digital. Hmmm symptomnya simple jer.. bila "power onn" ada bunyi beep berterusan seperti ditekan-tekan... disyaki ada serangga seperti lipas menginap di situ...




Jadi, kita kena sediakan beberapa peralatan seperti

- Pemutar skru elektrik rechargeble 18V
- Laci kecil atau tempat letak skru yang sesuai
- KAMERA Digital 5 MP dengan digital zoom yang berkualiti
- Vacuum Cleaner dengan blower 1000W ke atas.
- tweezer atau lidi...atau berus gigi yang lama dan kering

Amaran Jika anda tiada asas keselamatan dan berupaya cam bahaya elektrik... jangan sama sekali melakukannya atau mencuba-cuba pengalaman saya menservis Peralatan elektronik bervoltan tinggi seperti microwave.

Pastikan bekalan kuasa tiada dan capasitor dinyahcas sebelum melakukan kerja.

1. buka casing... microwave tersebut perhatikan bagaimana ikatan dilakukan... selitan dan pergerakan mekanikal... pendawaian bumi jika ada. guna pemutar skru elektrik... kalau guna manual letihlah ada lebih kurang 10 - 30 skru kena buka. simpan dan asingkan skru dalam sesuatu kotak tertentu supaya dapat ingat asal usul skru yang biasanya bermacam-macam bebenang, panjang dan jenis.

2. Relai - dalam proses merelai pendawaian kad-kad elektronik terutama dari panel digital controller ada terlalu banyak kabel.

Jadi di sini peranan kamera yang disyaratkan. mampus nak ingat semua benda.. kerja menservis ni bukannya kerja setiap hari... jika kerja setiap hari takperla monyet sarkis pun boleh jadi mahir. layak ambil SKM... atau LPKKK

Walaupun ada kod warna tapi bila dah terlalu banyak sehingga lebih 300 pendawaian.. risiko kesilapan kena kurangkan.



Ambil gambar pendawaian sebelum dibuka menjadi rujukan bila hendak memasang semula.

3. Sembur dan Sedut... Hah nampak tu anak-anak lipas tu!!! banyaknya ada lebih kurang 10 ekor semuanya... jangan hempuk dan pukul sudah... habis jahanam microwave anda... sembur atau sedut celah-celah komponen elektronik atau apa sahaja celah yang ada kemungkinan sesuai dibuat sarang lipas.

4. Gunakan tweezer atau lidi...atau berus gigi yang lama dan kering bagi gertak lipas supaya lari keluar... jika lipas tu lari ke lantai.. jangan kasi can bunuh terus... sebab lipas ni cepat membiak.

Setelah selesai semua pasang kembali kepada asal... dan "power onn" alhamdullillah elok lagi microwave aku tu... memang kerja lipas.. oleh itu jaga kebersihan rumah hapuskan lipas sebelum ia menghapuskan barang-barang elektronik anda.

Rabu, 8 April 2009

Semangat Pembangkang masih kuat d utara Smnanjung, BN masih relevan d Sarawak


8 April 2009, Kemenangan PKR, PAS dan BN d bukit Selambau, bkt Segantang dan batang air adalah menggambarkan semangat 13 Mac 2008 masih kekal. langit yang cerah terik hari ini seakan mera'ikan keputusan yang adil buat semua parti...

Selasa, 7 April 2009

MARI Belajar Bahasa Arab

Bahasa Arab ialah Bahasa Al Qur'an.. dan melaluinya kita boleh memahami serba sedikit kandungan Al Qur'an. Bahasa Arab sebenarnya terlalu mudah. budak yang tak pernah pergi sekolah arab pun boleh faham.

Begitulah pentingnya bahasa Arab. namun walaupun ia bahasa yang sangat mudah. ia disusah susahkan dengan hukum bahasa yang direka-reka oleh generasi terkemudian kerana faktor penyesuaian dialek. menyebabkan bahasa Al Qur'an disusahkan.

Ahad, 5 April 2009

Hiya

13/3/2009
Nur Hiya Imantelah berjaya tatih dengan cukup baik dan sedikit terhuyu hayang lagi. Ketika ini usianya lebih kurang setahun sebulan dengan tumbuh 2 batang gigi di bawah.

Kini, beliau dalam bantuan pendidikan dari Allah. menjadikan dia suka berjalan dan memegang sesuatu. Nampaknya ia akan membuat hiya lebih tercabar untuk mengimbang badannya sambil melangkah dan menumpu perhatian pada barang yang dipegang. Jika difikir dengan logik sempit dengan sumber ilmu yang terhad, tindakan Hiya akan melambatkan proses pembangunan dirinya. tetapi jika kita cuba rampas barang tersebut supaya dia memberi tumpuan kepada imbangan badan ketika melangkah... menangis pula. Perkembangan ini buat akal berfikir betapa segala sesuatu adalah di bawah ajaran langsung dari Allah.

Betapa akal kita sebijak atau sekreatif manapun takkan mampu mendidik anak kita tanpa izin Allah untuk berjalan, berdiri dan apa-apa sahaja. Sikap mengadakan perantaraan guru atau apa sahaja menjadikan kita buntu... dari petunjuk Allah yang maha Mengetahui. Afala Tafakarun? tapi tidaklah sehingga menyombong diri dari merendah diri malu bertanya. kerana yang menjadikan ketetapan memerlukan kita bertanya adalah dariNya jua. *kualiti video dikurangkan untuk saiz blog ketinggian 266 lebar 320

Isnin, 30 Mac 2009

Meneroka dunia symbian -Garmin GPS

1.Global Positioning System kini telah memasuki handset Nagivation. benda ini boleh belajar secara terbuka di E Learning di Nokia http://www.forum.nokia.com/Events/Training_and_Educational_Events/eLearning.xhtmlkaitannya dengan symbian C++ programming boleh rujuk di http://www.symbiantutorial.org/symbian-tutorial/. Ianya memang menarik sebab selain boleh mencari jalan pulang. Ia juga panduan jln jika jammed kena cari jalan alternatif.. bengang dengan yahoo map yang kerjanya asyik nak caj jer.. eloklah belajar buat programming sendiri.

2.Sebagai misal kita rujuk di http://www.symbiantutorial.org/symbian-tutorial/ tuntutlah ilmu dengan kesabaran ia sangat mudah untuk standart budak tadika pun boleh buat.

3.Antara terhebat ialah Garmin GPS...dalam N95 dan N96 program menggunakan perisian ini. tetapi melalui proses

Penjual handphone mengambil kesempatan menjual program ini setelah melakukan Hack dari perisian keygen yang boleh didapati percuma di internet dengan harga Antara RM60.00 sehingga RM300.00. malahan ada pula menjualnya sekali dengan 2 giga byte SD dengan harga RM60. sebenarnya semua tu tiruan... biasalah benda dibuat dengan perisian manusia apa yang penting ia berfungsi dengan baik.

4.Tetapi wakil Garmin untuk Malaysia ialah http://www.aeco.com.my/">http://www.aeco.com.my/">http://www.aeco.com.my/

5.Langkah2 menginstall Garmin tiruan ke hand set Nokia N96
Amaran Ini Adalah maklumat untuk Pengetahuan sahaja, Anda dilarang mencubanya jika terlalu bangang atau tiada ilmu dalam bidang ini, dapatkan bimbingan pakar!(jgn kedekut dgn ilmu.. bayarla)

Peralatan:


- komputer yang ada sambungan internet x kira la wifi ke apa ke?
- kabel yang boleh disambung laptop atau komputer.
- hand set Nokia N96 atau apa sahaja hand set yang ada GPS.

Perisian yang perlu disediakan...
Bagaimanapun anda boleh download Garmin untuk S60 (terbaru)di laman web garmin sendiri)

1. klik sini dan pilih file Garmin Mobile XT Support Files, Ver. 4.xx.xx

2. klik sini dan pilih file Garmin Mobile XT Free Basemap, Ver. 4.xx.xx

dan terakhir symbian S60 versi terbaru setakat ni edisi ketiga.

3. klik sini dan pilih file Garmin Mobile XT for Symbian S60 3rd Edition, Ver. 5.00.10



Setelah selesai download ketiga tiga file tadi... Seterusnya sambungkan Komputer anda dengan Nokia N96 anda dengan mode mass storage.. ada 4 pilihan(jgn plih pc suite)

Kemudian, install atau setup satu persatu menurut turutan 1. 2 dan 3 seperti di atas. save dalam memory terbesar dalam handset anda.

putuskan sambungan komputer. cuba hidupkan garminMXT anda di file manager>GarminMobileXT.sis.... maka akan wujud instalation garminMXT di handset anda. selepas semua warning dan agreement... (auto run untuk N96)
nanti akan muncul 4 pilihan

- pilihan untuk buy atau beli
- pilihan untuk pasangkan device GPS garmin(perlu on bluetooth)
- pilihan untuk trial
-pilihan masukkan activation code

Panduan seterusnya adalah cara yang salah memiliki program garmin. cara paling baik ialah anda membelinya secara sah pada pengedar yang sah.

anda boleh perolehi panduan ttg ini di internet.... dan masukkan kod itu bila diminta

seterusnya jika activation code yg dimasukkan betul maka

Applications >Garmin Mobile XT >Settings >System >Remote GPS >Select ‘Use Attached/Built-in GPS’ >tekan butang Enable dan akhirnya butang done.

Di folder garmin akan muncul file bernama SW.UNL dalam file ini tersimpan aktivation kod tersebut.

jika berjaya gambar begini akan terhasil

Selasa, 24 Mac 2009

Fitnah dan Adu domba

siapa sebenarnya pembuat poster fitnah ini?


Cara biasa yang digunakan oleh gambar tanpa menyatakan sumber kononnya kelihatan ia dibuat oleh seseoang yang dalam konflik merupakan kaedah adu domba yang purba.

Moga kaedah ini gagal walaupun terbukti berkesan dalam dunia sebagaimana taktik zionisme Israel mendatangkan kebencian kepada Islam.

Rabu, 18 Mac 2009

Walid Sakit kencing manis


18 Mac 2009. Kuala Kangsar, Walid sakit kaki kaki akibat terpijak bara api semasa bakar sampah di depan rumah Talang Dusun. Sebelum pergi perkahwinan Faruq di Johor.

Alhamdulillah, hari ini sakit makin kurang walaupun kaki tidak berapa kuat.


Dicuci kaki oleh mak. cuti sekolah ini turut dilawati keluarga Adibah dan Bakr.

Cukai Tanah dibayar oleh Yeh buat tahun 2007... diharap terus dibayar oleh Yeh sebab dalam tempoh sedang dimudahkan rezeki.

Selasa, 17 Mac 2009

kursus ICT user

17 Mac 2009 Selasa berakhir sudah kursus 22 hari anjuran JPK di Institut latihan Perindustrian Nibong Tebal . (laman web ilp ini sehingga kini belum up lagi.) kursus yang manarik tapi mood aku nak belajar tiba tiba hilang.

Rabu, 11 Mac 2009

Al Fatihah .. Innalillah wainna lillah hi Roji'un

Telah kembali Guru Utama Seni Gayung Fatani Malaysia Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab @ Cikgu Anuar Wahab, 64, ke rahmatullah pada pukul 6:10 pm, di Hospital Kajang 10 Mac ini. Menurut kenalan rapat, sebab-sebab kematian beliau adalah kerana serangan jantung.

Ahad, 8 Mac 2009

Salam Maulidur Rosul

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.
Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.

Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh.

Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul?

Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda.

Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya).. ." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya dengan sesuatu.

Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Rabu, 4 Februari 2009

Humidity

Baru buat persediaan mengajar tajuk Humidity...

Pendahuluan.
Kenapa kita belajar tentang Humidity dan pengukurannya?
Kerana ia amat berkaitan dengan kesihatan diri dan punca kerosakan peralatan elektrik/elektronik/mekanikal. Sehubungan dengan itu, kita mesti boleh mengawal kadar Relative Humidity dalam sesuatu tempat kerja atau tempat penyimpanan barang kerja mengikut kadar humidity yang sesuai. Dengan mengenali dan memahami humidity itu sendiri.

Apakah definasi Humidity?
Kadar molekul air terkuap yang terkandung dalam udara

Apakah Peratusan Relative Humidity?

Relative humidity (RH)

Nisbah jumlah air yang terkuap dalam udara kepada jumlah udara dapat kekal terkuap bila mencapai takat tepu dibandingkan sebagai peratusan

ATAU

Nisbah tekanan terkuap sebenar kepada tekanan terkuap ketika tepu.

p.s jumlah air yang terkuap dalam udara akan meningkat dengan suhu. Sehubungan dengan itu, peratusan RH akan berkurang dengan peningkatan suhu jika jumlah wap kekal sama

lebih lanjut layari http://silat.890m.com/rhcal.html

Jumaat, 30 Januari 2009

Siam

Saya membaca di http://sejarahnagarakedah.blogspot.com
http://themalaypress.blogspot.com/ dan http://sejarahnagarakedag.blogspot.com

Saya membuat kesimpulan sendiri bahawa Siam adalah wakil kerajaan Mughal bagi kedua- dua arah bagi maksud menjaga semenanjung Melaka yang terkenal seluruh dunia. keturunan raja-raja siam ini sudah pasti adalah keturunan khan monggol yang sudah memeluk Islam.

Dari situlah, maka sehingga kini istilah kembar melekat mendapat nama sebagai "kembar siam" sebagai maksud wilayah Siam ini adalah tempat di mana 2 Maharaja keturunan Monggol dari india yang dikenali Mughal dan Maharaja keturunan Monggol dari Manchuria dipertemukan.

Siam juga bermaksud baik dalam bahasa kemboja. Siam juga bermaksud menahan diri... dalam bahasa arab. Pada masa yang sama Suku Tai atau lebih dikenali sebagai Tai Kadai yang berasal dari selatan China, adalah bangsa yang kalah kepada serangan Monggol yang terkenal sebagai bangsa penakluk sebelum memeluk Islam.

Kezaliman Raja-raja ini walaupun sudah Islam boleh dilihat dalam undang2 bertulis batu bersurat di Terengganu dan lain-lain. Perbezaan hukuman antara bangsawan dan pengkastaan manusia adalah kebiasaan biasa budaya monggol.

Oleh kerana, Wujud Asimilasi bangsa Tai dan bangsa siam, maka wujudlah sam sam. mereka ini bertutur dalam bahasa Pak Thai. (thai selatan)

Kota Ayatuthia adalah pusat pemerintahan dan menggunakan geraran syah alam yang berasal dari bahasa Parsi yang bermaksud wakil maharaja, tetapi bererti kambing bingung dalam bahasa Arab.

Ini dapat dilihat bahawa bangsa tai tulin(sepet seperti cina) amat berbeza wajah dan kulit dengan tai selatan yang agak bulat mata walau sedikit sepet.

Agama Budhist dan Islam adalah harmoni sebagaimana Kerajaan Mughal di India yang Harmonis dengan rakyat majoriti beragama Hindu di India. kerana Tiada paksaan dalam Agama.

Dendam sejarah bangsa Tai kepada Monggol tersimpan berturun-turun hingga mereka menghapuskan sejarah dan mengubahnya.

Exam Oriented Mentality

Pendidikan berorientasikan peperiksaan. Satu cara cemerlang untuk dapat straight A dalam apa jua peperiksaan atau CGPA yang tinggi. Ianya mudah anda hanya perlu rajin buat soalan soalan lepas tanpa perlu faham kekarutan atau isi ilmu tersebut.

Skill yang perlu ada adalah spot soalan. menjangka soalan yang akan keluar. Ia ibarat satu perjudian. Ilmu bukanlah untuk diguna dengan kreatif untuk kehidupan atau manfaat sesama manusia. tetapi untuk mendapat sekeping kertas kebanggaan dan ujub atau hairan terhadap diri.

Maka bersepahlah rakyat ini.. yang tidak berupaya untuk kreatif dari ilmu yang diperolehi mencipta manfaat yang berguna kepada Negara. Kebergantungan kepada Guru sebagai sumber ilmu, tidak boleh dicabar... maksum menjadi tradisi tang tersendiri.

Kini episod itu tinggal kenangan bila dunia langit terbu ka mengancam masuk. Kemahiran Ilmu bukan lagi boleh diukur dgn sepahan sampahan helaian kertas. Lahirlah jutawan seperti mana mereka yang suka meneroka kritis dunia tanpa sekatan sempadan ini.

Bill gates antara jutawan yang membakul sampahkan sistem exam oriented ini.. dan menghargai ilmu secara bijaksana tanpa menjadi robot yang terhibur dengan mimpi-mimpi ilusi dongengan guru-guru, pengajar2 atau pakar-pakar zamannya.

Kepompong mimpi ini, akan terus mengcengkam diri.

Isnin, 26 Januari 2009

gerhana matahari



Aku bermimpi memakai mahkota yang bulan sabitnya tajam tersenyum. sebiji seperti gambar. Seorang laki muda belia sambil memegang pedang lam alif berkata pada aku "Ya buyuti... Adakah kau sudi menyambung tugas nenek moyang kita"

"hah sudah... mimpi apa ni..." getus hati ku... aku terus berusaha bangun dari mimpi dan terasa seram dengan mimpi tadi. tiba-tiba Isteriku bercerita tentang rupanya gerhana matahari matahari akan berlaku petang ini. itu kut maksud mimpi aku tadi.

Gerhana matahari


Di saat itu ada banyak fenomena menarik yang sepatutnya kita sama-sama patut lihat. spt telur berdiri sendiri jika diletakkan di lantai. malangnya semua niat aku x kesampaian.. kena p shopping dalam bangunan langsung x teringat langsung nak uji kebenaran fenomena telur berdiri sendiri jika berlaku gerhana.

Khamis, 22 Januari 2009

kenangan belajar di Jepun

sudah 9 tahun berlalu.. aku teringat masa belajar dan membangunkan kursus mekatronik pringkat sijil selama 8 bulan di jepun. Banyak yang aku belajar dari elektronik asas pendawaian, Pendawaian motor 3 fasa, motor 1 fasa, circuit breaker, asas elektrik, kawalan lift, contactor circuit... dari seasas-asasnya sehinggalah kepada litar elektrik yang rumit

CAD drawing dari AutoCAD hinggalah ke 3d solidworks... Assembly drawing

hinggalah kepada programming G code untuk 2D seperti CNC wire cutting, CNC Milling 3d dan akhir sekali xz turning lathe.

programming guna PIC dan PLC...

Pnuematic dan hydraulic

sehinggalah kitorang berjaya buat projek akhir yang menggunakan semua kemahiran yang diajar di atas.

dan banyak lagi selain bahasa jepun

Mechatronics Groups Of JICA Training On Mitsubiishi Milling CNC
semua itu tinggal kenangan sebab aku tak pernah berpeluang mengajar kursus Mechatronic yang tulin....

Penubuhan blog rasmi XVKK9192Perak

Tahniah kepada Yusrizal kerana berjaya menubuhkan blog rasmi http://xvkk9192perak.blogspot.com/

Menyambung silaturrahim dan mengimbau kenangan lama semasa di Smvkk Padang Rengas pada tahun 1991-1992.Ketika di zaman persekolahan hinnga ke zaman selepas persekolahan. Dari zaman bujang ke zaman perkahwinan kawan kawan seperjuangan.Walau dimana kita berada,walau sebesar mana pangkat dan darjat kita,namun persahabatan tetap persahabatan.Biarlah ia kekal hingga ke akhir hayat.

Rabu, 21 Januari 2009

kuasa wang

Belajar rajin2 nanti dapat kerja bagus. Adalah motivasi jangka pendek kepada kanak2 yang otaknya masih sempit. Nak bagi penerangan lengkap Kang jadi makin x(tak) faham budak budak ni.

Belajar merupakan proses berterusan tanpa akhir dalam hidup ini. Ia Ibarat bekalan makanan bagi otak agar sihat dan berkerja. Ini dapat dilihat bahawa orang tua yang cepat nyayok ialah orang tua yang kurang suka menggunakan otak. Banyak melepak dan panjang angan2.

Di Malaysia ni, mentality majikan masih kurang. Yang banyak mentality perkerja.. termasuk aku sekali. Masih selesa dengan janji dan kontrak yang terjamin dapat kerja dengan berpendapatan sehingga berusia 55-58 tahun.

Mentality majikan ialah membuat duit berkerja untuk kita. Bukan kita berkerja untuk duit. Kebaikan orang yang berfikiran sebegini adalah dapat secara kreatif mewujudkan peluang perkerjaan yang orang bermentality makan gaji nak hidup macam aku.

Orang sebegini memang hidup penuh dengan risiko... Sebab tiada apa yang dalam dunia ini yang terjamin. Anda kena berfikir ke depan 1000 langkah ke depan. mereka ini adalah golongan yang berupaya menjayakan pepatah omputih "the best way to know future is to plan it"

Sebagai contoh, katakan anda nak memulakan perniagaan.. orang bermentality perkerjaan tentu terfikir mana nak cari modal??? tetapi mentality majikan akan menabur janji mencari pelabur dan perkerja dan membuka mata orang lain tentang peluang yang dia nampak...

mentality ini sebenarnya memerlukan rangkaian yang baik. dan puncak dari segalanya trust... kepercayaan orang lain terhadap kita. dan jauh lebih penting keupayaan otak yang hebat menganalisa suasana sehingga dengan bijak mencipta peluang.

Tetapi sekiranya, jenis Bangang.. tiada keupayaan menganalisa susasana atau persekitaran tetapi mahu duit berkerja untuk kita, maka siaplah risiko salah langkah dan sebagainya.

Bagaimanapun kita kena sentiasa bersyukur apa jua keupayaan kita. dan berdo'alah semasa naik kenderaan



Malaysia masih kurang orang yang berdaya fikiran seperti ini. Akibatnya kita terpaksa mendapatkan pelabur FDI(Foreign Direct Investment). Begitu juga negara-negara jiran-jiran kita. Mentality pekerja ini amat berbahaya jika jadi pemimpin. Mereka tidak boleh melihat menganalisa kesan jangka panjang melainkan kesan jangka pendek. keuntungan seketika. silap gaya negara pun boleh dijual.

Ini dapat dilihat bagaimana politik wang boleh menguasai suasana politik negara ini. Sudah pasti ia adalah pelaburan yang mengharapkan pulangan. Boleh Jadi dari anasir-anasir luar yang tidak berniat baik dengan Negara. Maka jadilah negara kita seperti sekarang. Pulau Batu Putih terjual kepada Singapura. Wujudnya Pelbagai peraturan yang banyak menyenangkan warga Singapura dan menekan warga tempatan.



Semua ini menimbulkan tandatanya dan persoalan serta buruk sangka terhadap kepimpinan Negara.

Thailand... SHINAWATRA melalui politik rasuah pengundi telah berjaya naik menjadi PM. Sehingga akhir-akhirnya ia melakukan banyak polisi menjual syarikat-syarikat kepada syarikat Singapura. Perkara ini cepat dihidu oleh Maharaja Thailand dan segera satu pemberontakan diatur dan menjatuhkannya. Naik pulak Samak.. konco Thaksin Shinatwara, juga digulingkan.

Begitu juga, Israel sebelum ia berani menyerang Jaluran GHAZAA, segalanya dimulai dengan kehancuran Iraq dan Afghanistan Taliban. Alangkah jauh sebelum Ghazaa jadi mangsa. musuh perlu dilemahkan dengan wang dahulu barulah kemenangan adalah mutlak.

Isnin, 5 Januari 2009

Pengajian Jarak Jauh Universiti Terbuka

Life Long Learning. satu proses pembelajaran seumur hidup. Inilah akhir zaman, Ilmu makin banyak tetapi makin kurang bijak.

Niat di hati nak sambung Ijazah muda... tapi tak minat buat full time. memang miskin gila masa diploma dulu. dengan keadaan otak blur makan tak cukup zat.. UTM Semarak. susahnya buat full time. Memang kena kuat. Emosi muda nak kena jaga. Makan minum kena jaga. Barang latihan dan pembelajaran kena pakai duit. pinjaman Mara cuma 7500 selama 3 tahun. tolak yuran, tolak sewa umah, tolah kos transport.. memang tak cukup.. itulah suasana 1993-1996 - kena buat part time jadi JAGA, jadi pasang ikat Bata. badan penat cari duit nak beli barang-barang buat projek dan juga latihan belajar.

Orang lain, dapat bantuan penuh keluarga pun ada yang kena tendang Balik Kampung Awal. Yang Cemerlang tu tentulah anak cina atau anak melayu atau anak India yang mendapat bantuan kewangan secukupnya. macam kita yang biul ni cukup makan jer. bergantung sepenuhnya pada pinjaman ciput itu. Adalah sikit mintak sedekah RM 50 sikit dengan kakak bila terdesak.

Nak buat degree part time.. banyak sangat sekatan. sudahlah mahal kena wajib hadir hujung minggu. kita bukan budak bangang lagi nak kena tunjuk ajar satu satu!!! apa punya bangang sistem part time. bagi tajuk dah lah.. kita boleh explore sendiri dah.

Masa diploma dulu bukannya ada jumpa pensyarah.. semua explore sendiri. serik jumpa pensyarah masa diploma dulu. beratur dengan pelajar wanita, pelajar cina dan pelajar pelajar rajin. Masuk kelas pun sebab peraturan.. tak guna.. bukan semua pensyarah mengajar. Banyak syok sendiri bercakap dengan papan hijau/putih. Cakap omputih pelat semacam. bukan salah pensyarah... faham2 lah student terlalu ramai tangkap muat Dewan Kuliah.. tempat depan dah penuh. Kita sendiri kenalah berdikari.

Yang penting tahu tajuk.. skop... pastu tandatangan borang kedatangan.. p perpustakaan atau cari buku rujukan sendiri.. baca dan belajar sendiri. itu realiti full time aku Diploma Kejuruteraan Elektronik kelas kedua cukup Makan. cuma masa terlalu singkat. bayangkan 1 semester cuma 4 bulan. Pada masa yang sama kena jadi JAGA shift tetap malam. Kalau tak makan tak lepas.. duit buku pun x lepas.

Diharap Ijazah biarlah lebih flexible.. barulah life long learning ada maknanya. Ini Zaman IT. budaya bergantung pada pengajar atau pakar harus dihentikan. budaya tadah kitab mengadap Guru.. hanya sesuai di kelas Agama dan Pengajian kitab lama-lama dan kuno.

Sabtu, 3 Januari 2009

Menyelami rasa takut

Rasa Takut... melalui medium emosi melalui deria melihat... seperti mata menghayati perasaan ciptaan tuhan yang jelas membuktikan kewujudanNya.. jika dilayari emosi tersebut secara akal yang sihat.... maka kita dapati ia sebenarnya adalah sebuah perasaan ciptaan tuhan yang dikurniakan pada kita...

Sukar nak dijelaskan dengan kata kata.. tapi kita boleh perhatikan dengan emosi ingin tahu.. maka dengan jelas Allah memperlihatkan. Teringat masa kecil dahulu dalam usia dalam lingkungan 7 hingga 8 tahun.

Aku begitu gerun melihat hantu cina terlompat bodoh dalam panggung wayang. Aku hairan sendiri kenapa takut.. kenapa jantung berdegup pantas. kenapa terasa lutut ku lemah? kenapa aku tak sanggup melihat wajah hantu cina itu.

Kerana rasa ingin tahu, emosi takut aku diatasi. lemah lutut ku hilang jantung ku kembali tenang. Bermula dari itu.. tiap kali aku menonton cerita hantu.. aku akan terus memerhati secara desakan ingin tahu dalam diri terhadap semua tindakbalas rasa takut yang wujud.

Aku memberanikan diri pergi ke rumah berhantu di Kampung kelahiranku di Bukit Chandan... aku ingin menyelami dan mendalami perasaan itu.

Pantang aku dengar orang kata tempat berhantu... ke situlah aku pergi dan cuba memahami emosi itu. Oleh kerana perasaan ingin tahu seorang kanak2 baya 7 hingga 8 tahun segala emosi takut aku hilang. Hinggakan aku memanjat menara masjid ubudiah yang menggayatkan. Perasaan Gayat juga hilang. Semua Kerana emosi ingin tahu kenapa "gayat"?

Ianya kenangan menarik dalam aku menghadapi alam dimensi lain. Memahami sesuatu yang mustahil aku terangkan dengan kata-kata. Mungkin perlu mewujudkan istilah baru dalam bidang baru.

Hah semua itu tidak penting. jika kita selami dan selami lagi sepatutnya yang patut dan paling patut kita takut ialah pencipta perasaan takut ini... Dia pasti amat menggerunkan jika ia mahu menggerunkan kita.

Perasaan ini ciptaanNya... sebagaimana perasaan lain yang wujud dalam diri kita.

sehingga kini, ngauman harimau atau haiwan pemangsa yang sedang lapar adalah suatu perasaan takut yang benar-benar menakutkan.

Jumaat, 2 Januari 2009

Api Peperangan

Pagi tadi jam 5 pagi. Aku bermimpi aku dalam peperangan, berbunuhan dengan menggunakan batu dan lain lain senjata apa yang termampu. Sementara itu, aku menyimpan laptop aku di suatu tempat supaya mudah untuk pergi berperang.

Peperangan yang hebat itu, hampir tiada siapa yang mati. Perang belum berakhir lalu kami kembali berehat. begitu juga musuh mengambil keputusan untuk berehat. aku tercari cari Laptop yang aku simpan. Hah hilang sudah.

Kawan-kawan lain ada laptop bersama disembunyi di bawah bendera Malaysia sementara berehat.

Lalu aku merungut."musuh kita golongan yang pandai dan rajin berkerja. takkan mereka mencuri laptop aku?"

Maka jawab kawan aku "tetapi mereka tiada agama, tiada halal haramnya."

akhirnya aku ambil keputusan untuk bangun dari mimpi (agak pelik camna aku boleh tahu aku ni sebenarnya mimpi!!!)

lalu aku terjaga dan melihat jam baru pukul 5:20 pagi, termenung aku memikirkan babi yang begitu dilayan istimewa di Malaysia.

Jika nak dibandingkan di negara-negara pengguna babi di Barat ataupun Timur. penternak babi dikawal dengan peraturan yang ketat dan penggantungan lesen akan dikenakan serta-merta. Pada Bulan September lepas, kerajaan Ireland telah mengarahkan lebih dari 100,000 ekor babi dimusnahkan dengan sebab kesihatan, tanpa ada tunjuk perasaan atau penggantungan kepala babi di mana-mana tempat!!

Penternakan babi adalah salah satu penternakan yang sangat memerlukan kelolaan kesihatan yang tinggi memandangkan penyakit yang cepat merebak di antara binatang (seperti Salmonella dan streptococcal) dan yang lebih merbahaya dan paling banyak ialah dari binatang ke manusia (’zoonoses’ seperti FMD, PMWS, PRRS, swine fever,encephalitis dan sebagainya). Di United Kingdom, setiap pemelihara dan penternak babi diwajibkan mendaftar dengan kerajaan dan buat masa ini dianggarkan ada sebanyak 5 million babi di mana pemantauan dibuat setiap masa.

Agaknya mereka ini lebih bijaksana telah belajar dari sejarah bertulis dari tamadun bertulis greek dan lain lain yang telah menerima akibat penyakit yang berasal dari babi.

Yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana mungkin sebuah negara Islam boleh membenarkan penternakan babi sehingga menjadi isu yang melibatkan kesihatan dan ketenteraman rakyat. Saya rasa penternakan babi harus dihentikan sama sekali dan jika ada rakyat yang ingin memakannya ia boleh diimport sahaja. Dengan cara ini kita boleh mengawal keselamatan & kebersihan dengan lebih ketat.

Bayangkan hampir sepuluh tahun lalu (setakat Mac 1999) lebih dari 100 orang mati akibat Japanese encephalitis & Hendra-like virus (sekarang di gelar Nipah virus). Bolehkah kita lupakan apa yang telah berlaku? Bukankah ia seharusnya menjadi pengajaran dan peringatan bersama.Ini bukti kebangangan dan kekalahan kita terhadap pengguna babi yang tidak berakal dan lebih mementingkan diri serta sangat perkauman. Selaku mereka yang ingin memerangi kita, lebih mementingkan keuntungan berbanding kesihatan dan keselamatan negara keseluruhannya!!

Saya ingin menekankan bahawa perjuangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan wang ringgit, masa dan tenaga. Jangan sampai kita membuat keputusan untuk membiarkan pemasalaah penternakan babi hanya dengan mengukur dari wang ringgit atau untung rugi sahaja.

Selamat berjuang...

Tarikh hari ini

slow connection? click here