13/3/2009
telah berjaya tatih dengan cukup baik dan sedikit terhuyu hayang lagi. Ketika ini usianya lebih kurang setahun sebulan dengan tumbuh 2 batang gigi di bawah.
Kini, beliau dalam bantuan pendidikan dari Allah. menjadikan dia suka berjalan dan memegang sesuatu. Nampaknya ia akan membuat hiya lebih tercabar untuk mengimbang badannya sambil melangkah dan menumpu perhatian pada barang yang dipegang. Jika difikir dengan logik sempit dengan sumber ilmu yang terhad, tindakan Hiya akan melambatkan proses pembangunan dirinya. tetapi jika kita cuba rampas barang tersebut supaya dia memberi tumpuan kepada imbangan badan ketika melangkah... menangis pula. Perkembangan ini buat akal berfikir betapa segala sesuatu adalah di bawah ajaran langsung dari Allah.
Betapa akal kita sebijak atau sekreatif manapun takkan mampu mendidik anak kita tanpa izin Allah untuk berjalan, berdiri dan apa-apa sahaja. Sikap mengadakan perantaraan guru atau apa sahaja menjadikan kita buntu... dari petunjuk Allah yang maha Mengetahui. Afala Tafakarun? tapi tidaklah sehingga menyombong diri dari merendah diri malu bertanya. kerana yang menjadikan ketetapan memerlukan kita bertanya adalah dariNya jua. *kualiti video dikurangkan untuk saiz blog ketinggian 266 lebar 320