Sabtu, 3 Januari 2009

Menyelami rasa takut

Rasa Takut... melalui medium emosi melalui deria melihat... seperti mata menghayati perasaan ciptaan tuhan yang jelas membuktikan kewujudanNya.. jika dilayari emosi tersebut secara akal yang sihat.... maka kita dapati ia sebenarnya adalah sebuah perasaan ciptaan tuhan yang dikurniakan pada kita...

Sukar nak dijelaskan dengan kata kata.. tapi kita boleh perhatikan dengan emosi ingin tahu.. maka dengan jelas Allah memperlihatkan. Teringat masa kecil dahulu dalam usia dalam lingkungan 7 hingga 8 tahun.

Aku begitu gerun melihat hantu cina terlompat bodoh dalam panggung wayang. Aku hairan sendiri kenapa takut.. kenapa jantung berdegup pantas. kenapa terasa lutut ku lemah? kenapa aku tak sanggup melihat wajah hantu cina itu.

Kerana rasa ingin tahu, emosi takut aku diatasi. lemah lutut ku hilang jantung ku kembali tenang. Bermula dari itu.. tiap kali aku menonton cerita hantu.. aku akan terus memerhati secara desakan ingin tahu dalam diri terhadap semua tindakbalas rasa takut yang wujud.

Aku memberanikan diri pergi ke rumah berhantu di Kampung kelahiranku di Bukit Chandan... aku ingin menyelami dan mendalami perasaan itu.

Pantang aku dengar orang kata tempat berhantu... ke situlah aku pergi dan cuba memahami emosi itu. Oleh kerana perasaan ingin tahu seorang kanak2 baya 7 hingga 8 tahun segala emosi takut aku hilang. Hinggakan aku memanjat menara masjid ubudiah yang menggayatkan. Perasaan Gayat juga hilang. Semua Kerana emosi ingin tahu kenapa "gayat"?

Ianya kenangan menarik dalam aku menghadapi alam dimensi lain. Memahami sesuatu yang mustahil aku terangkan dengan kata-kata. Mungkin perlu mewujudkan istilah baru dalam bidang baru.

Hah semua itu tidak penting. jika kita selami dan selami lagi sepatutnya yang patut dan paling patut kita takut ialah pencipta perasaan takut ini... Dia pasti amat menggerunkan jika ia mahu menggerunkan kita.

Perasaan ini ciptaanNya... sebagaimana perasaan lain yang wujud dalam diri kita.

sehingga kini, ngauman harimau atau haiwan pemangsa yang sedang lapar adalah suatu perasaan takut yang benar-benar menakutkan.

2 ulasan:

  1. saya juga suka cerita hantu.. but not to that extend cari hantu.. sebab tak dak kaki kot.. but... ghost movie.. i loveeee

    BalasPadam
  2. oklah tu jangan jadi hantu sudah hehehehehe??

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here