di sini tempat aku simpan nota-nota lama mungkin dah obselete. karangan pribadi, khayalan dan imaginasi sendiri, Buat rujukan pribadi. Amaran semua yang dipaprkan tidak boleh dipertanggungjawabkan kesahihan.
Warden Razi (30-an, tegas, ada aura peramah dan tinggi berdaya penarik)
Mira (Tingkatan 4, senior berpengaruh di asrama, aktif sukan dan menonjol.
Zira (Tingkatan 1, baru masuk asrama, naif tetapi solehah rajin solat)
Cerita ini akan berbentuk drama sosial tragis layan baca syok sendiri Aje.
Cerpen: Bayang Fitnah di Asrama Puteri
Asrama Puteri Sri Lela terkenal dengan disiplinnya. Warden lelaki, Encik Razi, seorang guru muda yang tegas dan sering menjadi tumpuan kerana sikapnya yang penyayang pada pelajar yang rajin. Di sebalik ketegasan, dia sering memberi perhatian lebih pada pelajar-pelajar baru, kononnya mahu mereka cepat menyesuaikan diri.
Sejak awal tahun, Zira, seorang pelajar Tingkatan 1, menonjol dengan sikap sopan, rajin solat, dan sering membantu kakak-kakak asrama. Namun perhatian istimewa Encik Razi terhadap Zira — sekadar pujian, senyuman, dan teguran lembut — mula menimbulkan cemburu dalam hati Mira, seorang senior Tingkatan 4 yang sebelum ini sering dipuji dan disanjung kerana dikenali atlet harapan sekolah.
Awal Konflik
Mira mula merasakan kedudukannya terancam. "Kenapa semua orang suka budak baru tu? Cikgu Razi pun nampak mesra dengannya. Aku yang dah lama di sini, macam tak dah dipandang."
Cemburu itu bertukar dendam. Mira mula menyebarkan bisikan:
“Zira tu cuba nak ambil hati warden. Jangan tertipu dengan muka lembut dan watak ceria solehahnya tu.”
Beberapa pelajar mula percaya, walaupun tanpa bukti.
Fitnah Dompet
Satu malam, kecoh apabila dompet seorang pelajar hilang. Di dalamnya ada kad pengenalan dan wang RM300. Peluang ini disambar Mira. Dengan licik, dia menyelinap masuk ke bilik Zira lalu menyelitkan sehelai kertas resit lama dompet itu di bawah tilam.
Keesokan harinya, ketika semua dihimpunkan, Mira bangkit dengan lantang:
“Saya jumpa bukti dalam bilik Zira. Tak mungkin dompet hilang tanpa sebab!”
Zira pucat, tergagap menafikan:
“Saya tak pernah sentuh pun, Kak Mira. Demi Allah, bukan saya…”
Namun suara junior yang naif tidak mampu menandingi ketegasan seorang senior.
Mesyuarat Asrama (M.A)
Satu mesyuarat khas dipanggil di kalangan pelajar senior diadakan tanpa pengetahuan Warden Razi.
Mira dengan penuh yakin berkata:
“Kalau betul awak tak salah, buktikan. Sumpah dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kat menyeru Allah”
Zira terdiam.
Mira meneruskan, menggunakan agama sebagai senjata:
“Allah Maha Melindungi orang benar. Kalau awak sungguh tak bersalah, cuba terjun dengan berdiri lurus dari aras tiga blok ini. Kalau awak suci, Allah akan jaga. Kalau awak bersalah… biarlah itu jadi balasannya.”
Pelajar lain terkejut, ada yang ketawa sinis, ada yang seram.
Zira yang tertekan, berair mata, berbisik dalam hati: "Ya Allah, aku tak curi… kalau ini jalan untuk buktikan aku benar, lindungilah aku Ya Allah baiknya di dalam ❤️"
Tragedi
Tanpa sempat siapa pun menahan, Zira naik ke koridor aras tiga.
“ wa Allah hiSaya bersumpah, saya tak bersalah!”
Lalu dia melepaskan diri. Jeritan bergema di blok asrama. Tubuh kecil itu rebah, darah mengalir. .
Penyudah
Keesokan harinya, berita kematian Zira menjadi gempar. Siasatan akhirnya mendapati dompet yg hilang telah ditemui tanpa wang dan kp — ia tersimpan di dalam laci.
Mira mula diganggu rasa bersalah, tidur tidak lena. Namun penyesalan datang terlambat. Encik Razi pula dipersalahkan kerana gagal melindungi pelajarnya.
Tema & Pengajaran
Cemburu boleh membawa kepada kehancuran jika tak bersaing dengan sihat.
Membuat tuduhan palsu adalah salah.
Agama tidak boleh disalah guna untuk menekan orang lain.
Pentadbir dan warden perlu bijak
Zira baru masuk Tingkatan 1. Lembut tutur katanya, rajin solat, disenangi ramai. Dia juga sering dipuji warden kerana kepatuhannya pada peraturan. Tetapi kelebihan itu membuat Mira terasa terpinggir.
"Budak hingusan tu dapat perhatian lebih. Aku yang dah empat tahun di sini, siapa yang peduli?" Mira membisik dalam hati, cemburu membara
M.A Tanpa Pengetahuan Warden
Malam itu, Mira mengumpulkan rakan-rakan senior di bilik TV asrama. Mereka mengadakan satu “mesyuarat asrama” yang tidak rasmi — tanpa pengetahuan warden. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dipanggil, suasana tegang. T5 tak terlibat sibuk SPM dah dekat
Mira bangkit lantang:
> “Kawan kita kehilangan dompet. Bukti jelas ada pada Zira. Saya jumpa resit dengan nama pemilik dompet di bawah tilamnya.”
Zira tergamam, matanya berkaca:
> “Saya tak pernah ambil. Demi Allah, saya tak sentuh dompet itu.”
Namun, suara junior yang naif mudah tenggelam di bawah tekanan senior yang berkarisma.
Bagaimana Mira Manipulasi Agama
Mira tidak berhenti di situ. Dia menyusun kata penuh licik:
Kalau awak benar tak bersalah, Allah akan pelihara pasti tak terjadi apa2 . Buktikan dengan sumpah demi Allah. Kalau awak ikhlas, takkan ada apa-apa berlaku awak kan berani dan yakin pada Allah
Pelajar lain saling berpandangan, ada yang percaya, ada yang ragu dan takut jika Zira benar benar akan terjun?
Mira kemudian menambah, seolah memberi cabaran suci:
> “Naiklah ke aras tiga. Terjun ke bawah. Kalau betul awak tak mencuri, Allah akan jaga awak. Kalau awak menipu… itu balasan-Nya.”
Sambil mencebik memerli.. Allah kan ada. Betulkah kau tu solat rajin diterima Tuhan. Berani jugak kau report ustazah aku tak solat?
Suasana jadi dingin. Zira menggigil. Di hatinya, keyakinan pada Allah bercampur dengan ketakutan akan tuduhan palsu yang menghimpit.
Tragedi Aras Tiga
Dengan linangan air mata, Zira melangkah ke balkoni aras tiga. Semua mata tertumpu padanya. Ada yang cuba menahan, tapi ketakutan pada senior lebih kuat dari rasa simpati.
> “Saya bersumpah, saya tak bersalah! Saya percaya Allah akan buktikan saya tak bersalah wa allahi”
Jeritan itu bergema sebelum tubuh kecilnya menjunam ke tanah. Dentuman kuat disusuli pekikan pelajar. Zira terbaring tidak bergerak, darah membasahi seragam sekolahnya.
Kebenaran Terbongkar
Keesokan harinya, dompet yang hilang ditemui di bawah almari bilik lain. Rupanya ia tidak pernah dicuri, hanya tercicir tapi wang dan Kp hilang.
Berita kematian Zira menggemparkan sekolah dan keluarga. Warden Razi serta guru-guru terkejut mengetahui “mesyuarat asrama” itu dijalankan tanpa izin.
Mira dan gengnya mula disiasat. Rasa bersalah menghantui mereka, namun penyesalan sudah terlambat.
Akhir yang Menyakitkan
Asrama yang dulu riuh kini suram. Di papan kenyataan, seorang ustazah menulis ayat
Zira menjadi korban fitnah, tekanan rakan sebaya, dan salah guna agama sebagai senjata. Cerita itu menjadi legenda hitam di Asrama Puteri Sri Lela, amaran kepada generasi seterusnya tentang betapa bahayanya iri hati dan memainkan keimanan seorang gadis muda seperti Zira.
Tema & Pengajaran
Buli dan permainan manipulasi Agama boleh menyebabkan kematian.
Manipulasi agama untuk menekan orang lain adalah dosa besar.
Senioriti bukan lesen untuk mengadili tanpa bukti.
Suara kebenaran perlu dipertahankan, walau datang dari yang lemah.
Bersambung:
Epilog: Kebenaran Yang Dikuburkan
Keluarga Berduka
Jenazah Zira selamat dikebumikan dengan linangan air mata ibunya yang tunggal, Puan Mariam. Suasana kampung sepi. Semua bertanya-tanya, bagaimana seorang anak yang lurus, lemah lembut, boleh mati begitu tragis?
Namun selepas pengebumian, kisah mula beredar. Ada pelajar berani berbisik, ada yang takut. Nama Mira disebut-sebut, tapi tidak ada yang berani tampil secara terbuka.
Kuasa yang Membungkam
Mira bukan pelajar biasa. Bapanya ialah seorang ahli politik terkenal, baru menang besar dalam pilihan raya. Pengaruh keluarganya meluas.
Pengetua sekolah memanggil Puan Mariam ke pejabat. Dengan suara lembut tetapi penuh maksud, dia berkata:
“Puan, ini kemalangan. Tak usahlah dibesar-besarkan. Fikirkan masa depan sekolah, masa depan pelajar lain. Jangan dibuat laporan polis.”
Puan Mariam terpaku. Hatiku hancur, fikirnya, tapi bagaimana aku mahu melawan mereka yang berkuasa?
Autopsi Yang Hilang
Mengikut prosedur, kematian mengejut pelajar asrama perlu dibedah siasat. Namun laporan rasmi hanya menyatakan “kematian akibat jatuh”.
Doktor yang sepatutnya melakukan autopsi dipanggil ke bilik khas. Kertas bersampul ditolak ke hadapannya. Dia menggeleng, akhirnya menandatangani laporan ringkas tanpa pemeriksaan penuh.
Apabila ditanya, pihak sekolah berkata:
“Ibunya sendiri menolak autopsi. Kita harus hormat keputusan keluarga.”
Namun Puan Mariam tidak pernah benar-benar diberi pilihan. Dia keliru, tertekan, lalu hanya menangis.
Dua Puluh Hari Kemudian
Selepas lebih dua puluh hari, tekanan semakin berat. Pelajar-pelajar mula berani bercerita kepada keluarga Zira secara sembunyi. Nama Mira semakin jelas disebut.
Puan Mariam akhirnya nekad. Dengan sisa wang simpanan, dia mengupah seorang peguam muda bernama Farid.
Farid mendengar kisah itu dengan wajah serius.
“Puan, kes ini bukan kecil. Ada cubaan menutup bukti. Tapi jangan risau, saya akan bantu. Kalau sekolah dan pihak berkuasa cuba menutup mulut, kita akan bawa ke mahkamah.”
Pertarungan Baru Bermula
Berita keluarga Zira menuntut keadilan tersebar ke media tempatan. Ada wartawan yang cuba membuat liputan, tetapi ditekan oleh editor yang takut pada pengaruh politik keluarga Mira.
Namun di media sosial, cerita mula meletup. Hashtag #KeadilanUntukZira mula trending. Alumni sekolah dan NGO mula bersuara, mendesak siasatan terbuka.
Mira yang dulunya sombong, kini hidup dalam ketakutan. Malam-malam dia terjaga, mendengar bisikan namanya dipanggil. Bayangan Zira terjun dari balkoni sentiasa menghantui.
Penutup Sementara
Kebenaran masih terkunci. Laporan polis baru sahaja dibuat, tetapi perjalanan panjang menanti. Peguam Farid tahu, berdepan dengan kuasa politik bukan perkara mudah.
Di pusara Zira, Puan Mariam berdiri kaku.
“Anakku… ibu janji, nama baikmu akan dibersihkan. Walau setinggi mana kuasa mereka, kebenaran takkan tertutup selamanya.”
Angin malam berhembus, seolah membawa doa seluruh jiwa yang teraniaya.
Tema Tambahan
Kuasa politik boleh membungkam keadilan, tetapi suara rakyat mampu memecahnya.
Manipulasi institusi (sekolah, perubatan) menambah luka keluarga mangsa.
Perjuangan seorang ibu tunggal melawan sistem adalah simbol kekuatan kasih seorang ibu.
Di Perak atau kebanyakan di Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Malaysia Barat ada satu lagenda dongeng cerita lisan tentang GundumBei atau Gedembei atau Gelembai atau Kelembai... Ia sebuah lagenda mengenai gergasi yang sangat besar yang mahu menegur orang menjadi batu. Ada pelbagai versi yang saya dengar .. ada juga versi teguran itu berserta dengan sembei / pasir / debu / asap. Sebab itulah gergasi tersebut dinamakan Gundumbei, Gun - gunung / gergasi
Dum - letupan / teguran
Bei - sembei dalam dialek Perak Tengah untuk debu pasir
Baru-baru ni di Gunung Sinabung telah berlaku letupan yang menghasilkan debu panas / hot volcanic ashes.
Ia sama lah seperti letupan Vesuvius di pompeii hingga menyebabkan mangsanya menjadi batu.
Syukurlah berdasarkan video kita dapat lihat kepanasan debu panas di gunung Sinabung Sumatera tidaklah sepanas yg mampu menyebabkan mangsanya mati menjadi batu / kaca.
Letupan Gunung Berapi yang dikatakan ada potensi seperti berlaku pada Vesuvius adalah Letupan gunung Berapi Toba yang telah bertukar jadi Danau / Tasek Toba sekitar 70 ribu tahun dulu. Ini membuktikan nenek moyang melayu kita telah menjadi saksi peristiwa besar (asap panas larva yang mampu menukarkan haiwan dan lain lain menjadi batu) tersebut lalu turun temurun bercerita lisan hingga bertukar menjadi pelbagai nama di pelbagai daerah sekitar Perak.
Dengan melihat data pergerakan angin, ada kemungkinan debu panas dari gunung Toba tersebut tiba ke bahagian Utara Barat Semenanjung Tanah tetapi lebih banyak ke tanah India.
Ia merupakan hipothesis Openheimer kenapa tanah dravidian genetik DNA lebih muda dari org melayu dan persian. Maka saksi yang terselamat berceritalah.
Saya yakin bahawa lagenda cerita lisan ini mesti cerita yang berubah dari bentuk kejadian sebenar kerana ia cerita lisan turun temurun. https://www.youtube.com/watch?v=10QAUQvHBis Saya ingin tahu bagaimana di daerah Sumatera, Indonesia. Adakah ada cerita dongeng yang lebih kurang sama?
pembuatan api sten, (a.k.a api lantak, stapik berspak atau lebih femes atau terkini saya baru tahu ada pulak panggil sebagai gobek api)
Ia adalah ketukangan org melayu dalam menyediakan api di kampung2 terutama kawasan pendalaman. Selalunya masa kecik diajar oleh kawan2 yang lebih dewasa dengan ingatan formula A.P.I
A. Angin ..
untuk dapatkan kuasa angin kayu jolok perlu dipasangkan terap/serat yang serap air/bebenang yang dibasahkan air / atau kembang kata orang perak.
Selepas tu hendak dilantak kayu jolok supaya angin mampat sehingga sten atau setengah masuk.
P. Panas.
untuk tujuan mendapatkan angin yang akan membarakan isi kering. dengan geseran sentap / tarik dengan cepat akan menyebabkan isi kering akan terbakar. pemilihan material jugak penting samada kayu atau logam dari jenis menyimpan panas dengan baik,
I. Isian Kering
untuk bakaran diletakkan pada liang bara. pemilihan isi untuk bakaran mestilah kering dan dari material mudah terbakar. kekadang kami bebudak ubahsuai tambah minyak tanah bagi mempercepatkan lagi terbakar. bara ini mesti ditiupkan dan dipindahkan isi kering yang mudah terbakar. biasa dapur dulu2 pakai minyak tanah dalam balang kaca .. ambil sikit je...
Objektif SMART (or… specific, measurable, agreed, attainable and achievable, realistic and resourced, time-bound) akan membantu anda mengutamakan pekerjaan, memantau kemajuan dan mera'ikan pencapaian orang. Menjaga hal-hal dalam SMART membantu orang memberi tumpuan kepada perkara penting dan apa yang perlu dilakukan.
Ini menjadikan pencapaian objektif menjadi nyata dan meletakkan kemungkinan dalam genggaman semua orang. Dan mari kita hadapi - kita semua menyukai perasaan mencapai pencapaian itu. Memastikan objektif setiap ahli organisasi sesuai dengan rancangan perniagaan organisasi adalah kuncinya. Ikuti langkah berikut untuk menetapkan objektif SMART:
Langkah 1: Kenal pasti keutamaan anda
Lihatlah visi yang telah anda tetapkan untuk organisasi anda dan pertimbangkan bidang utama mana yang menjadi keutamaan:
Kewangan - peningkatan jualan, pemotongan perbelanjaan, margin keuntungan yang lebih baik Produk atau perkhidmatan - meningkatkan produk atau perkhidmatan yang ada agar sesuai dengan kehendak pelanggan anda, mengembangkan produk atau perkhidmatan baru Kualiti - memperkenalkan proses kualiti baru atau mencapai akreditasi ke standard kualiti Pelanggan - menarik pelanggan baru atau meningkatkan kepuasan pelanggan Personel dan pembangunan - merekrut pakar baru atau meningkatkan kemahiran pekerja yang ada Operasi - memperkenalkan teknologi maklumat baru atau menaik taraf premis
Anda mungkin mendapati anda mempunyai senarai panjang, jadi utamakan. Objektif 1 yang manakah paling penting?
Langkah 2: Pastikan objektif anda lebih cerdas
Ambil keutamaan anda dan buat objektif SMART dari masing-masing. Jadikan setiap keutamaan menjadi pernyataan yang ringkas dan jalankan melalui ujian SMART.
Untuk setiap objektif tanyakan pada diri anda apakah itu: Khusus. Istimewa
Adakah semua orang akan dapat memahaminya? Objektif yang tidak jelas membawa kepada hasil yang buruk Boleh diukur.
Sasaran yang jelas membolehkan anda mengukur sama ada anda membuat kemajuan yang anda jangkakan atau jangkakan Bolehcapai, dapat dicapai dan dicapai.
Objektif mesti dipersetujui supaya orang anda dapat memilikinya. Mereka mesti dapat dicapai dan dicapai oleh orang yang anda minta untuk memenuhi objektif Realistik dan mempunyai sumber.
Memandangkan sumber anda dan iklim semasa, adakah objektif anda realistik? Adakah anda mempunyai sumber (masa, wang dan peralatan) untuk mewujudkannya? Masa terikat.
Anda mesti menetapkan jangka masa yang jelas untuk objektif agar orang yang berusaha mencapai objektif jelas bila harus dicapai
Objektif hanya akan berguna sekiranya lulus ujian SMART. Sekiranya tidak lulus, ubahlah sehingga berjaya.
Contoh objektif SMART: ‘Untuk mencapai keuntungan bersih 15% menjelang 31 Mac’, ‘untuk menjana 20% pendapatan dari penjualan dalam talian sebelum 31 Disember’ atau ‘untuk merekrut tiga orang baru ke pasukan pemasaran pada awal Januari untuk liputan lebih baik’.
Langkah 3: Pastikan objektif anda sesuai dan diberikan kepada orang yang tepat
Setelah anda mencapai objektif, berikan mereka pengertian akal sehat dan pastikan objektif sesuai untuk membentuk strategi yang disatukan.
Setelah anda memutuskan objektif SMART anda, masukkannya ke dalam format yang memudahkan anda menyemak, mengemas kini dan gunakan secara terringkas.
Kerajaan Kedah adalah pembayar bunga emas terbaik berbanding negeri-negeri lain. Malahan merupakan pasukan penyerang terbaik dalam menghadapi Burma d Tanah Seri atau dipanggil juga Tenasserim Burma kini.
Hanya kerana kegagalan menewaskan Perak dan Selangor pada beberapa siri peperangan dari tahun 1813 - 1819. Selain hasutan Ligor atau Tambraligo atau Tambralin-ga kepada Thai menyalahkan Kedah sebagai punca kekalahan gabungan Ligor dan Kedah dalam usaha depe mengalahkan Perak dan Selangor.
Pada tahun 1821, Thai dengan bantuan Ligor telah bertindak sendiri mahu menyerang Perak dan sehingga ke Selangor sepanjang pantai barat Semenanjung. Kedah sebagai negeri naungan Thai tidak menyangka akan serangan itu. Sebaliknya hanya menyangka tujuan lawatan itu ialah memeriksa dan mengambil bekalan makanan di gudang makanan di Kota Kuala Kedah.
Gambar 1: Kota Kuala Kedah
Tetapi sebaliknya berlaku, Thai dan Ligor telah membunuh seluruh lelaki rakyat Kedah yang tak berdosa dan merogol perempuan-perempuan di Kedah. Manakala tukang-tukang yang pandai-pandai diarah berjalan kaki dengan berbogel dan diikat kaki hingga ke Bangkok untuk dijadikan hamba untuk kerja tangan dan ketukangan. Manakala yang terselamat melarikan diri ke Pulau Pinang atau ke Perak.
Gambar 2: Peta Sungai kuala Kurau
Sambil itu deme terus mara ke Kuala Kurau, untuk menyerang Perak dengan seluruh kekuatan termampu depe. Ada yang mengatakan sekitar lebih 10 ribu tentera dengan kelengkapan perang termoden dan terbaik yang dibantu British. Meriam diletak atas gajah yang berbenteng / bertaming / berperisai besi. Bersama dengan penembak tepat yang berada di atas gajah. Rakit-rakit yang banyak dibuat dengan segera bagi menyeberang sungai Kuala Kurau.
Gambar 3: Di atas gajah bermeriam menggunakan rakit segera cuba menyeberangi Sungai Kuala Kurau
Pasukan Perak dan Selangor di bawah pimpinan Raja Ahmad cucu kepada Raja Haji telah bersiap dengan beribu ribu meriam buluh dan meriam besi yang panjang sekitar 5 meter tersusun menyendeng tinggi berlapis-lapis tinggi arah separas tentera bergajah tentera Thai yang bersenjata lengkap dengan bantuan barat.
Gambar 4 Kini, konon ia jadi amalan tradisi di bulan Ramadhan menyusun meriam buluh dan meriam paip besi banyak berbaris-baris dan berlapis-lapis. Pelurunya terdiri dari lembing dan pisau pendek.
"Apakah yang terjadi kepada Perak?"
SERANGAN ini adalah secara sekala besar besaran sebab Thai berniat mahu menghabiskan sekali semua Kerajaan di Pantai Barat Semenanjung. Peringkat awal Ia melibatkan sempadan Kedah dan Perak seperti sekitar di Kuala Kurau. Ternyata Panglima-panglima Perak, Panglima Selangor dan para pejuang Melayu dari pelbagai tempat telah berjaya menghancurkan pasukan bergajah Thai yang lengkap bantuan persenjataan barat yang maju tersebut.
Gambar 4.1 tentera siam yang lengkap persenjatan bantuan barat / British
Meriam yang diletak atas gajah hancur dihentam dengan meriam panjang yang disusun berbaris baris sepanjang Sungai Kuala Kurau tersebut, manakala tentera seluar berjerut hijau habis dipalam oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang gagah berani. Menurut rekod lisan pasukan ini turut dibantu oleh panglima-panglima Melayu dari pelbagai tempat dari Aceh, Palembang, banyak daerah dari Sumatera dan orang Melayu dari seluruh Semenanjung. Malahan ada juga suku banjar sehingga dari Kalimantan Selatan.
Gambar 5: sengitnya perang digambaran bahawa askar Siam sudah tak berbaju hanya tinggal berseluar jerut hijau. digambarkan sangat ganas merogol dan membunuh sambil makan mayat orang melayu yang tebunuh,
Askar-askar Thai yang digelar seluar jerut hijau tersebut tiada seorang pun selamat dengan meriam panjang yang diperbuat dari buluh dan besi yang telah menembak deme. Kisah ini menjadi kenangan sangat mengerikan bagi orang-orang tempatan sehingga lekat nama tempat tersebut kengerian atau kini diringkaskan Kerian.
Sememangnya apa yang berlaku pada waktu itu adalah Thai dan Ligor merancang kempen perluasan kuasa secara besar-besaran ke sebelah pantai barat semenanjung iaitu bermula dari Perak hingga ke Johor. Menariknya, askar-askar Ligor dan Thai ini telah ditewaskan oleh panglima-panglima Perak dengan dibantu oleh tentera dari Selangor dan bersama-sama mujahidin orang-orang Melayu dari merata-rata tempat atas kempen jihad fi sabilillah.
Ini membuatkan kempen Thai gagal dan hanya tersekat di Kedah sahaja. Hebatnya dan sangat ngerinya peperangan di sempadan Kedah / Perak ini. hingga lekat namanya dari kata asal kengerian. Lama-lama tinggal kata hanya "kerian" saja.
Ligor pula adalah negeri bawahan Thai yang menjadi markas tentera di selatan Thai bagi mengawal pengaruh dan kepentingan politiknya di negeri-negeri Melayu. Melalui Ligor , raja-raja Thai sejak semasa era Sukhothai dan Ayutthaya lagi mempunyai ‘fantasi ’nya sendiri yakni senantiasa menganggap bahawa negeri-negeri Melayu di selatannya adalah miliknya. Ini adalah kerana pada era Sri Dharmaraja (Ligor pada zaman pasca Srivijaya), rajanya telah membuat perjanjian persahabatan dengan raja Ayutthaya untuk mengambil anak-anaknya sebagai anak angkat.
Raja Ayutthaya sebaliknya pula menganggap ini sebagai tanda penyerahan dan termasuk sekali adalah negeri-negeri di bawah pengaruh Sri Dharmaraja sewaktu itu, yakni 12 buah negeri, dari Segenting Kra sehingga ke Pahang sebelum Islam. Malah fantasi ini ditokok tambah oleh raja-raja Ayutthaya selepas itu contohnya Petracha menganggap Johor juga adalah wilayahnya! dan disokong oleh dongeng sejarah pemerintah Temagi yang berasal dari Ligor dan dibunuh Parameswara oleh penulis dongeng Portugis Tom Pires.
Sejak dari itulah Ligor dilantik sebagai ‘Penyelia’ ke atas negeri-negeri Melayu. Strategi Thai apabila ingin menekan satu-satu negeri, ia hanya mengarahkan Ligor menyerang negeri tersebut. Jika gagal, Thai sendiri akan menghukum Ligor. Ini membuatkan Ligor tetap taat setia kepada setiap arahan dari Thai untuk menyerang negeri-negeri sasaran. Hanya apabila Ligor mengadu kehabisan tenaga manusia dan bekalan, barulah Thai akan bertindak menghantar bantuan tentera, itu pun selalunya ia akan mengarahkan negeri bawahannya yang lain seperti Senggora membantu Ligor.
Strategi ini juga telah dipakai ke atas Perak sendiri apabila Thai mengarahkan Kedah melanggar Perak pada tahun 1818, di mana ketika ini Kedah menjadi negeri naungan Thai.
Kesemua serangan dari Ligor ke atas Perak bermula awal abad ke-19 itu sehingga 1821 gagal mencapai matlamatnya, ini dibuktikan sehingga tahun 1827, Chao Phya Ligor yakni Raja Ligor masih diarahkan oleh Thai untuk menuntut Bunga Emas dan penyerahan Perak.
Pada masa yang sama, Kedah juga telah diancam dan kerapkali ‘dibuli’ oleh Thai dengan diarahkan sesuka hati supaya menghantar tentera dan bekalan kepada peperangan Thai melawan Burma selain membayar bunga emas. Melihatkan masalah Kedah yang juga diganggu oleh musuh yang sama, maka pada bulan November 1814, Sultan Abdul Malik Mansur telah cuba menulis surat kepada sultan Kedah ketika itu, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah mengajak Kedah bergabung dengan Perak untuk melawan Thai. Namun sultan Kedah enggan dengan alasan Thai terlalu kuat untuk ditewaskan dengan mengambil contoh kerajaan Pattani yang dihancurkan Thai.
Anehnya, hal yang sebaliknya berlaku apabila menjelang November 1816, apabila utusan sultan Kedah pulang dari Thai dengan membawa perintah supaya Kedah menyerang Perak dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan, senjata dan tenaga manusia bagi menghadapi Burma. Pada masa yang sama dari tahun 1813 sehingga 1818 (tahun yang dikatakan Kedah menyerang Perak), di bawah tekanan Thai, sultan Kedah masih memaksa Perak menghantar Bunga Emas kepada Thai.
Bagaimana pula sultan Kedah boleh menurutkan sahaja arahan Thai untuk menyerang Perak, walaupun sebelum itu Perak menawarkan untuk bergabung melawan Thai? Ini adalah sesuatu yang menjengkelkan.
Perak Menyerah diri kepada Penaklukan Kedah
Jadi Kedah pun menghantar angkatan tentera Kedah di bawah pimpinan Tengku Yaakob (juga dikenali sebagai Tengku Akil) dan Bendahara Kedah. Pasukan Perak telah dihantar dengan terdiri oleh lelaki dan wanita di bawah Che Panjang Talib bin Maharaja Lela Uda Tahir (Tok Janggut), keturunan Daeng Selili.
Pada masa yang sama Sultan Abdul Malik Mansur Shah telah berusaha meminjam 2 pucuk meriam dari Selangor dan meminta bantuan dari Inggeris di Pulau Pinang berupa 2 buah kapal perang berserta 2000 orang tentera. Namun Inggeris kononnya menolak permintaan ini kerana British mengharapkan kekalahan Pasukan orang Melayu yang bersatu tersebut.
Pasukan yang dihantar oleh Perak rupa-rupanya adalah pasukan ‘bijaksana‘ yang bermatlamat untuk mengelakkan perang saudara berlaku dan menjurus kepada diplomasi dan rundingan. Akhirnya perdamaian dicapai dan persetujuan untuk mengukuhkan ikatan melalui ‘diplomasi perkahwinan’ apabila Bendahara Kedah berkahwin dengan Che Wan Fatimah, dan Tengku Yaakob berkahwin dengan Hajah Denah, kedua-duanya anggota keluarga Che Panjang Talib.
Apabila peperangan dapat dielakkan, Sultan Abdul Malik Mansur Shah segera menghantar sepucuk surat kepada Inggeris di Pulau Pinang bahawa kononnya ‘Perak telah berada di bawah taklukan Kedah’. Ini bertujuan mengaburi mata Inggeris dan berita ini cepat sampai ke pengetahuan Ligor dan Thai. Maka dapatlah negeri Perak aman buat sementara waktu sehinggalah menjelang tahun 1821, apabila Thai masih tidak berpuas hati kerana matlamat asalnya yakni supaya Perak tunduk menjadi negeri bawahannya bukan setakat tunduk di bawah Kedah. Jika Setakat Perak mengaku duduk bawah takluk Kedah tidak menambah bilangan pokok emas yang menjadi harapan dan tanda tunduk kepada negara Thai tersebut.
Hukuman Thai Pada Kedah dan Rakyat Kedah
Thai merancang untuk menyerang Perak secara besar-besaran, kemudian Selangor dan seterusnya ke negeri lebih selatan tak termasuk Melaka kerana ia di bawah British / Belanda.
Jadi atas alasan yang sama pada tahun 1821, Thai telah menghukum Kedah, selain itu, ada dikatakan sultan Kedah yang tidak memenuhi jemputannya, selain beberapa faktor-faktor lain. Ini sebenarnya hanya bertujuan untuk memulakan kempen perluasan kuasa Thai ke atas pantai barat semenanjung.
Ketika orang-orang Kedah berperang dengan serangan luar dugaan dengan tentera Thai di Kota Kuala Kedah, panglima-panglima Perak bertempur dengan askar-askar Ligor dan Thai dengan dibantu oleh askar-askar Selangor yang dihantar oleh Sultan Ibrahim di bawah pimpinan Raja Ahmad cucu kepada Raja Haji tersebut.
Gabungan tentera Perak dan Selangor berjaya menewaskan tentera Thai dan Ligor dan pada tahun 1822, semua saki-baki askar Ligor berjaya dihapuskan dari negeri Perak.
Balasan atas bantuan dari Selangor itu, Perak bersetuju berkongsi nilai tertentu cukai ke atas perdagangan timah di Selatan Perak kepada Selangor. dan mengiktiraf kesultanan Selangor sebagai raja-raja Melayu dengan peralatan nobat dari Perak.
Walaupun begitu, Thai masih mengancam Perak dan tahun-tahun selepasnya, Perak banyak bermain diplomasi dengan pihak Inggeris supaya melindungi Perak dengan cara menggesa dan menakut-nakutkan Inggeris terhadap kepentingannya dalam pasaran bijih timah Perak, yang mana akan terancam dengan rancangan Thai. Hasilnya, dua perjanjian dicapai yakni Perjanjian Low dan Burney 24 Febuari 1826, yang mana ia menjamin kemerdekaan Perak atas perlindungan dari Inggeris. perjanjian dijayakan oleh pegawai British yang berkhidmat dalam Istana Siam.
British ketika itu, sedang menghadapi perang dengan Burma amat memerlukan sumber ekonomi dan hubungan baik dengan Perak dan Selangor. Sekiranya perang itu dimenangi mudah oleh pihak Siam sebagaimana diharap British. Tentu lebih mudah berhadapan orang melayu yang lemah, bacul dan mudah dibaruakan dengan termakan fitnah.
Tapi terbukti, semangat melawan Melayu yang berlaku di perang Kuala Kurau. Benar-benar menyedarkan British, pihak mana yang perlu disokong bagi menjamin kestabilan rantau. British juga menghasut orang melayu jangan mencampuri urusan negeri Kedah dengan persepsi Kedah lebih suka berada di bawah naungan Siam, walaupun pemerintahan tentera siam yang kejam dan dzalim dari 1821 - 1840.
Kononnya, sikap mengelirukan British amat mengecewakan Rama II, sehingga beliau amat tertekan dengan kegagalan Siam untuk mara lebih selatan semenanjung sehingga mangkat pada 21 Julai tahun 1824. Dalam tempoh perkabungan Siam inilah, British mengambil kesempatan menjayakan perjanjian Burney pada 24 Februari 1826.
Sebagai usaha terakhir Thai, setelah kemangkatan Sultan Abdul Malek Mansur Shah pada tahun 1825, selepas sempurna Perkabungan diraja Siam hingga 2 tahun dan perlantikan Raja Siam yang baru pada Mac 1827, melalui Raja ligor Chau Phya telah menghantar kapal penuh dengan sutera ke Sungai Perak dan berjanji akan menghantar lagi kapal yang dipenuhi beras dan gula kepada sultan dan para pembesar Perak dengan syarat sultan memenuhi ‘jemputan’ ke Ligor dan seterusnya dibawa ke Bangkok dan sedia tunduk kepada Thai dan menjadi negeri naungan Siam. Namun begitu, Sultan Abdullah Muadzam Shah yang baru naik mengingatkan Raja Ligor akan Perjanjian Burney yang menegah Thai mencampuri hal-ehwal Perak lagi.
Gambar 6: gambaran tentera bergajah Thai yang diletakkan meriam oleh pelukis dari Perancis
Raja Ligor telah dihalau keluar dari Sungai Perak dengan ditambah sindiran sinis Sultan Abdullah Muadzam Shah bahawa gajah cacat pelik yang dibela untuk dihadiahkan kepada raja Thai dan akhirnya telah mati.
Kaedah Inggeris Mematikan semangat Jihad orang Melayu
Melihatkan kehebatan Perak dengan kesatuan orang Melayu dalam kempen Jihad Fi sabilillah di dalam memenangi peperangan itu, British menjadi risau jika peperangan ini berpanjangan dan menjejaskan kepentingan perdagangan timah Inggeris di semenanjung seperti di Selangor dan Perak.
British telah bertindak membuat 2 perjanjian / pakatan iaitu dengan Belanda 1824 dan perjanjian dengan Thai 1826 atau perjanjian Burney , Inggeris telah mengubah dari polisi menyokong Thai kepada menentang Thai dengan menyerang askar Ligor telah yang dibantu Inggeris sebelum ini. Askar Ligor Thai telah dihalau keluar dengan menggunakan kapal perang Inggeris dan Kapten James Low dari Sungai Kuala Kurau. British telah memusnahkan pangkalan tentera Thai di Kuala Kurau yang diketuai oleh seorang panglima Melayu yang pro-Thai. Manakala Belanda pula telah menumpukan serangan depe ke beberapa daerah di Sumatera.
Sebagai Pertukaran dalam perjanjian dengan Thai, British mengakui kedaulatan Siam ke atas Kedah, Kelantan dan Terengganu. British berjanji tidak akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, keluarganya atau pengikutnya menyerang Kedah lagi. Perak pula dilarang campur tangan urusan Kedah dan Siam dengan ugutan bahawa Kedah tidak pernah membela / menyelamatkan Perak dari ancaman luar melainkan jadi barua Thai bahayakan orang Melayu dan Islam.
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah merupakan Sultan Kedah yang terbuang di Melaka, beliau telah berusaha segala usaha untuk memerdekakan Kedah melalui beberapa siri perjuangan kecil kecilan yang gagal sehinggalah 1837. Beliau pernah berkampung di Beruas dengan bantuan Panglima-panglima Perak untuk berkempen penyatuan Melayu memerdekakan kembali Kedah. Malangnya kempen beliau kurang berjaya dan kurang dapat sambutan.
Pada 24 Mac 1838, Tunku Muhammad Saad bin Tunku Daud dan Dato' Wan Muhammad Ali seorang pembesar dari Sumatera yang dikatakan ada hubungan dengan kerabat kedah telah melakukan kempen jihad fi sabilillah seterusnya bagi memerdekakan Kedah dan memerangi siam. Kempen beliau banyak mendapat sambutan dari orang Melayu dari seluruh semenanjung dan Sumatera. Banyak pahlawan2 dari Pahang seperti Dato' Bahaman pahlawan Aceh yang menetap di Pahang, pahlawan-pahlawan dan Ulama’ dari Sumatera seperti Palembang telah menyertai kempen ini.
Gambar 7: Tok Bahaman menjadi Guru pada Mat Kilau
Akhirnya, kesan kempen peperangan besar-besaran tersebut, berlakulah peperangan siam melawan orang Melayu yang tak putus-putus sehingga 1839. Thai menjadi gerun dan takut jika ada lagi kempen penyatuan orang Melayu yang akan menjejaskan Thai pada masa-masa akan datang. Thai mengangkat kembali kerabat Kesultanan Kedah untuk memujuk dan melembutkan hati orang Melayu. Berlaku perpecahan sehingga perjuangan Tunku Mohammad Saad tidak lagi mendapat sambutan di kalangan orang Melayu walaupun dah sampai pembebasan Pattani / Senggora.
Pada 3 April 1839 setelah perjuangan beliau tidak lagi mendapat sambutan kerana perpecahan, beliau berjaya ditangkap di Bagan Tiang, Perak dan dibuang negeri ke Kolkata India. Beliau kembali menetap di Kota Jelutong dan pernah mengumpulkan gerakan semula di Pulau Aman, tetapi dibanteras pada tahun 1846. Meninggal pada tahun 1847 di rumah bondanya di Hutton Lane, Georgetown dan makam beliau di kawasan Makam Tok Keramat di Kelawai, Pulau Pinang. Beliau tak dibunuh adalah sebagai helah supaya kelihatan Siam / Thai cuba berbaik dan berdamai dengan beliau. Penjajah menggunakan / menunggang agama kononnya Islam suka perdamaian bukan seperti ajaran beliau yang lebih suka berperang.
Tambahan pula, Kedah yang berhampiran dengan Aceh Sumatera yang dikenali sebagai kuat tetapi sedang menghadapi serangan Belanda secara berterusan sejak 1873. Melalui perjanjian Inggeris Belanda 1824. British juga bertanggungjawab memastikan hubungan pahlawan Melayu di antara Utara Semenanjung dan Utara Sumatera diputuskan. Melalui pakatan2 serangan oleh kapal Inggeris dan Belanda terhadap kapal-kapal Melayu yang berlaku di Selat Melaka.
Kaedah Thai menamatkan semangat Jihad orang Melayu
Menyedari kempen peperangan yang berterusan dan risiko akan diserang lagi oleh pakatan dan kempen Jihad orang Melayu dari seluruh tanah Melayu dan Sumatera seperti kesultanan Aceh, Thai pun pada tahun 1840 mengangkat kerabat sultan Kedah yang berpengaruh untuk kembali berkuasa. Tetapi dalam keadaan berpecah, Setul, Perlis dan Kedah. Kaedah yang sama yang pernah deme lakukan pada Pattani.
Menyedari perubahan polisi baru Thai tersebut, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menghantar surat kepada Rama lll supaya mengampunkan baginda dan kembali semula bertakhta di Kedah. Bangkok meminta kepastian keikhlasan Sultan Ahmad Tajuddin. Dengan itu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menghantar puteranya Tunku Dai atau Tunku Zainal Rashid ke Bangkok pada bulan Mac 1841. Tunku Dai menjadi wakil Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah memohon maaf daripada kerajaan Thai dan sanggup menyambung taat setianya dulu.
Sementara itu Gabenor S.G. Bonham mengirimkan surat melalui Tunku Dai untuk disampaikan kepada Raja Thai. Dalam surat tersebut dinyatakan yang British meminta supaya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dibenarkan kembali berkuasa di atas takhta kerajaan Kedah. Tunku Dai ditemani oleh Tunku Muhammad Akib, putera Tunku Bisnu menjadi Raja Setul. Akhirnya Rama lll memperkenankannya, dan Sultan Ahmad Tajuddin dibenarkan kembali ke Kedah menduduki takhta kerajaan.
Pada tahun 1841, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah mendapat persetujuan untuk menduduki semula takhta kerajaan Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dibenarkan oleh British tinggal di Pulau Pinang, sementara menunggu rundingan dengan Siam mengenai kepulangan baginda ke Kedah selesai. Pada bulan Ogos 1842, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pulang ke Kedah dan kembali menjadi sultan di bawah naungan Thai. Namun akhirnya setahun selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah pada 7 Ogos 1843. Beliau diampunkan atas kesalahan gagal melaksanakan arahan Thai menakluk pantai Barat Semenanjung seperti diimpikan Raja Thai suatu masa dulu.
Sementara itu, Kesultanan Aceh tewas sekitar 1904 setelah berperang hebat dengan Belanda sejak 1873. Kekalahan Aceh ini bererti British dan Thai tiada lagi ancaman dari serangan-serangan kemungkinan penyatuan dan kempen jihad orang Melayu yang telah mula lemah.
Berdasarkan Situasi tersebut, British membuat perjanjian baru dengan Thai 1909 untuk menyerahkan Kelantan, Terengganu dan Kedah kepada British. Manakala Reman diserahkan kepada Perak yang di bawah perlindungan / protectorate British. Wilayah2 seperti Setul, Pattani, Senggora dan Narathiwat kekal di bawah Thailand. Perjanjian ini adalah bertujuan juga mengelak pertembungan kepentingan dengan France di Indochina. British Khuatir Kerajaan Melayu ini akan memanggil kuasa Eropah lain.
Kesimpulan untuk kesemua cerita ini adalah "bersatu teguh, bercerai roboh" . Semoga ALLAH merahmati bumi alam Melayu dan Nusantara ini sehingga akhir zaman, Amiiin
The security of authentication have 2 sides of responsible.. either User or Service provider. Service Provider need to build the system login that can
1. encrypt all the Data of password and the encryption must be latest unknown to hacker / machines. provider must test the encryption not yet decipherable by any machines such as john the ripper and etc.
2. separate username and password page to avoid Phishing with picture or keyword
3. Hide by replacing star each password characters to avoid spy
4. Educate an awareness to User on how to protect their password such as password policy (combination of character ad minimum length of password so that not easy for Hacker Machine to crack it.
5. get certified the system security by free expert body or ethical hacker to verify your system security to gain public confident
After That, The Provider must design the needs of FA's depend on business needs.
What do you Know /or easily Remembered
The system authenticate a user by something that easily to remember by authentic user such as username and password by using keyboard, gestures or pick points in touchscreen and mouse click locations in picture. The system must protect it by the encryption techniques.
Meanwhile physically changing the password text as stars symbol as discussed above.
Weakness: The attacker need to guess it by study / reconnaissance user with active and passive approach to find out the password, gesture and location point that may attract user used as a password. Some brute force software may use their server library of common password. or maybe input some possible combination password after the foot printing victims by using software such as john the ripper.
How did you Have it
The system authenticate a user by something that provided by company / system provider such as T.A.C number, RFID card and clone able transponder id Technology with secure procedure on how you to have it. The provider must provide special procedure or special machine / device to secure this authentication technique.
Weakness :The attacker may copy and clone the ID card number by build the same machines or cloning the sim phone number that will also receive the T.A.C number as an example must via recognize and registered phone number
Who you Are
The system authenticate a user by bio-metric base such as fingerprint, face recognition, retina scan, DNA and maybe in future as technology rapidly growth.
Weakness: The attacker may copy and cloning the bio metric ID by using silicone and rubber technology or even high quality image or audio that can fool the recognition devices.
Where you Are
The system authenticate a user by Machine MAC Address, IP, GPS or any location definition, Weakness: the attacker may fake the ID machine. such as MAC address or GPS location etc.
When you are allowed
The system authenticate a user by duration of time valid by server time provider. The attacker need to stop time of the server to remain valid. As example the security system may activate between not an office hours Or the password can only be use at specific duration active time of user. the password must be key in 3 times only or blocked or within duration allowed. the most famous example is T.A.C number that must be key in in 4 minutes, if not the T.A.C will not valid at all.
Weakness: The attacker may intercept with fake clock Server.
Combination of Factor Authentication
Most of the system will not use single factor of authentication. they will combine it all or some of it to make it more secure. As example in Online banking. there is password characteristics and username, picture ID or phrase ID (what you know). T.A.C via sms or voice phone (how do you have it), with duration valid to key in the T.A.C number (when you are allowed) and finally recognized location/devices, where you do the transaction (where you are) before verified the transaction.
The more combination FA, more secure the more difficult for hackers to hack.
So What is User responsible?
1. Never use same password for all account you register Risk: if one of your account id hacked, it will risk your other account too.
Problem: it is not easy to remember many passwords
2. Never login your important account such as bank account via public WI-FI
Risk: somebody may act as server that can spy on you
Problem: to own your internet sometime expensive and problem with coverage
3. Always check your software or files or URL link with virustotal.com or any latest antivirus
Risk: they maybe install spyware or malware into package
Problem: cheaper software or free offer will always attractive and needed.
4. Never expose too much information in public
Risk: they maybe use your information to do hacking
Problem: Information can be gathered via
5. Always update your knowledge and skill to protect your data / password
Risk: As technology change rapidly and also the hacker tricks.
Problem: do we have much time to alert about security?
Kononnya Sungai Perak Banyak Buaya Laut yang sangat besar-besar dan menjadi tentera Kerajaan.
Lagenda lubuk Mak Hanjen, Kuala Kangsar.
Terdapat dua atau tiga cerita tentang lubuk Mak Hanjen atau kadangkala disebut Mat Anjing. Antara yg terbaru ialah mengenai Mat dan anjingnya mati lemas di lubuk tersebut.
Manakala kisah dongeng tertua ialah lagenda Minanga Tamban yg berjanji setia dengan buaya.
Minanga Tamban Peramai Sura
Berbuat janji Setia Dengan Buaya
ate kome Labun bio damai suara.
Menguat Panji Sedia berdepan Bahaya
Pada zaman dahulu kala, kononnya ada seorang penguasa yang sangat gagah dan baik kepada rakyatnya. Beliau seorang pemerintah yang sangat suka makan ikan Tamban. Akibat dari kesukaannya memakan ikan tamban maka lekatlah gelaran pada namanya tamban. Kononnya ia adalah petua lama untuk kuat badan. Mungkin dongeng ini direka untuk menggalakkan anak2 makan ikan tamban perak.
Ate almaklumlah ikan paling murah dan menurut lagenda paling banyak timbul atau melompat ke darat jika akan berlaku bencana alam.
Pada zaman itu penempatan orang melayu sangat rapat dengan sungai dan pesisir pantai. Bersaing rapat dengan buaya laut yang banyak mendiami pesisir pantai dan sungai di negeri Perak yang tenang yang banyak lubuk tersebut. Jadi bagi mengatasi masalah ini, Beliau telah berjanji setia bahwa kaum buaya katak / laut tidak boleh kacau makan mengganggu manusia yang tinggal di sepanjang pesisir pantai dan sungai di bawah jajahan kuasa takluk beliau.
Oleh kerana kehebatan dan kegagahan Penguasa bernama Tamban tersebut, maka gerunlah buaya untuk mengingkari titahnya. Maka damailah Negara Tersebut dari ancaman buaya tidak seperti di tempat2 lain.
Pada masa yang sama, di Kuala ayo beso, tinggal seorang balu yang ada anak lelaki tunggal bernama Hanjen. Dia membawa diri menjauh dari orang ramai kerana kesedihan baru kematian suaminya.
Di kesempatan ini, Penunggu Lubuk menghasut buaya yang merindui makan daging manusia supaya mengambil kesempatan ini.
Kononnya oleh kerana Mak Hanjen tinggal sendirian berjauhan dari orang ramai. Maka sudah tentu jika disambar buaya tidaklah diketahui orang.
Setelah buaya mengendap kegiatan dan pergerakan Mak Hanjen dan anaknya setiap hari, maka tibalah waktu terbaik untuk sang buaya menyerang anak lelakinya yang masih manis dagingnya. Menjeritlah Mak Hanjen memanggil manggil menyeru nama Minanga Tamban tentang anaknya dserang buaya di lubuk tersebut. Sehingga kini lubuk tersebut dinamakan sempena nama Mak Hanjen oleh kerana tragedi ini.
Buaya laut tersebut terkejut bagaimana jeritan Mak Hanjen yang mengasing diri sampai kepada Penguasa Minanga Tamban. Buaya Laut tersebut menjadi terlalu takut dan segera lari.
Maka bergegaslah Penguasa Tamban menyerang Buaya seluruh Negara kerana mengingkari janji setia. Kononnya sang Minanga Tamban hanya dengan tali dan tangan kosong membunuh semua buaya laut di Negaranya. Sebuah epik pertarungan dongeng yang panjang. Sehingga kini, tiadalah berani buaya laut berani muncul lagi di seluruh jajah takluk Minanga Tamban.
Moral Dari kisah Dongeng ini ialah: Jangan suka mengasing diri kerana kelak kita jadi sasaran mudah musuh yang tak disedari,
Lagenda Ikan Tamban Perak mudik masuk ke Sungai Perak.
Pada zaman Dahulu Kala, Ada Seorang Pemerintah yang adil dan baik amat suka amat memakan Ikan Tamban yang berwarna Perak. Jadi Masalahnya Ikan Tamban Perak ini tinggal di persisiran laut Selat Melaka tetapi beliau beristana di Kuala Kangsar.
Maka beliau bertitah sekiranya baginda raja yang yang adil dan baik dengan rakyatnya, patuh ajaran agamanya supaya semua ikan tamban Perak agar mudik masuk ke sungai Perak untuk diserahdiri kepada baginda dan kepada seluruh rakyatnya untuk dimakan.
Dengan kuasa Allah, kononnya baginda sebagai pemerintah yang adil lagi baik kepada rakyatnya dan patuh pada perintah tuhannya, maka terjadilah fenomena ajaib di mana jutaan ikan tamban yang berwarna perak berhabitat di laut mudik masuk ke dalam Sungai Perak. Fenomena Ajaib ini menyebabkan Sungai dan Negeri Perak mendapat nama.
Lagenda Minanga Tamban Perak, Rakyat berpesta mengangkat ikan tamban perak yang mudik masuk ke sungai Perak
Lalu baginda pula digelar Datu Minanga Tamban Perak. Kononnya, akibat dari Sungai Perak telah berubah menjadi warna keperak perakkan. Bila berjuta-juta ikan tamban perak mudik masuk menyerah diri kepada rakyat jelata untuk berpesta memakan ikan tersebut.
Semasa Perang Perak 1875, British telah mendapati satu tulisan yang agak asing digunakan untuk komunikasi antara orang Perak. Malangnya, Para Orientalist gagal memahami tulisan tersebut kerana ia hanya tulisan rakyat biasa. Bukan di kalangan pengetahuan am.
Tulisan ini digunakan hanya untuk komunikasi orang tempatan yang dipelajari dari nenek moyang secara turun temurun. Kononnya dari turun temurun kerajaan lama Gangga di Perak. Ia berbentuk gabungan antara gambaran simbol dan sistem ejaan.
Semasa itu, ramai pegawai British yang berbangsa Melayu adalah orang dari luar Perak yang hanya tahu baca tulisan jawi dan rumi. Jadi, Pihak British mengalami kepayahan untuk memahami tulisan tesebut.
Sehubungan dengan itu, Pihak British cuba mengumpan seorang yang bernama Muhammad Sirajuddin. Tidak diketahui siapa sebenarnya Sirajuddin yang telah cuba mendedahkan tulisan tersebut.
Tetapi pendedahan beliau tidaklah berapa tepat. Beliau cuba mengajar pegawai inggeris tersebut dengan mengaitkan sistem ejaan jawi. Walaupun tidak tepat, tetapi ada beberapa huruf yang betul dan ada juga yang salah.
Hasilnya, mereka merekod dan menyimpan tulisan yang gagal mereka kaji tersebut di laman web
Apa yang tercatat dalam laman web ini adalah hanya pendedahan Sirajuddin yang cuba mengaitkan cara tulisan Gangga Malayu menurut sistem tulisan jawi yang sedang popular di zaman itu.
Akhirnya, sekitar tahun 1876 selepas kekalahan Perak kepada Inggeris, Pihak Inggeris telah menghapuskan semua rekod dan manuskrip Gangga Melayu dan melabelkan sebagai "cipher" atau kod rahsia sahaja.
contoh tulisan simbol ikan dan mikmu... atau mungkin beerti milik kamu.
baradagabe apiebe mata kadatuan
tempat pelabuhan / perdagangan semarak api kepada mata pendapatan negara