Isnin, 13 April 2020

Lagenda Ikan Tamban Perak mudik masuk ke Sungai Perak.

Lagenda Ikan Tamban Perak mudik masuk ke Sungai Perak.

Pada zaman Dahulu Kala, Ada Seorang Pemerintah yang adil dan baik amat suka amat memakan Ikan Tamban yang berwarna Perak. Jadi Masalahnya Ikan Tamban Perak ini tinggal di persisiran laut Selat Melaka tetapi beliau beristana di Kuala Kangsar.

Maka beliau bertitah sekiranya baginda raja yang yang adil dan baik dengan rakyatnya, patuh ajaran agamanya supaya semua ikan tamban Perak agar mudik masuk ke sungai Perak untuk diserahdiri kepada baginda dan kepada seluruh rakyatnya untuk dimakan.

Dengan kuasa Allah, kononnya baginda sebagai pemerintah yang adil lagi baik kepada rakyatnya dan patuh pada perintah tuhannya, maka terjadilah fenomena ajaib di mana jutaan ikan tamban yang berwarna perak berhabitat di laut mudik masuk ke dalam Sungai Perak. Fenomena Ajaib ini menyebabkan Sungai dan Negeri Perak mendapat nama.

Lagenda Minanga Tamban Perak, Rakyat berpesta mengangkat ikan tamban perak yang mudik masuk ke sungai Perak 

Lalu baginda pula digelar  Datu Minanga Tamban Perak. Kononnya, akibat dari Sungai Perak telah berubah menjadi warna keperak perakkan. Bila berjuta-juta ikan tamban perak mudik masuk menyerah diri kepada rakyat jelata untuk berpesta memakan ikan tersebut.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here