Memaparkan catatan dengan label gudumbei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gudumbei. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Ogos 2020

Lagenda Gundumbei

 Di Perak atau kebanyakan di Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Malaysia Barat ada satu lagenda dongeng cerita lisan tentang GundumBei atau Gedembei atau Gelembai atau Kelembai...
Ia sebuah lagenda mengenai gergasi yang sangat besar yang mahu menegur orang menjadi batu. Ada pelbagai versi yang saya dengar .. ada juga versi teguran itu berserta dengan sembei / pasir / debu / asap. Sebab itulah gergasi tersebut dinamakan Gundumbei,
Gun - gunung / gergasi


Dum - letupan / teguran

Bei - sembei dalam dialek Perak Tengah untuk debu pasir

Baru-baru ni di Gunung Sinabung telah berlaku letupan yang menghasilkan debu panas / hot volcanic ashes.

Ia sama lah seperti letupan Vesuvius di pompeii hingga menyebabkan mangsanya menjadi batu.

Syukurlah berdasarkan video kita dapat lihat kepanasan debu panas di gunung Sinabung Sumatera tidaklah sepanas yg mampu menyebabkan mangsanya mati menjadi batu / kaca.

Letupan Gunung Berapi yang dikatakan ada potensi seperti berlaku pada Vesuvius adalah Letupan gunung Berapi Toba yang telah bertukar jadi Danau / Tasek Toba sekitar 70 ribu tahun dulu. Ini membuktikan nenek moyang melayu kita telah menjadi saksi peristiwa besar (asap panas larva yang mampu menukarkan haiwan dan lain lain menjadi batu) tersebut lalu turun temurun bercerita lisan hingga bertukar menjadi pelbagai nama di pelbagai daerah sekitar Perak.

Dengan melihat data pergerakan angin, ada kemungkinan debu panas dari gunung Toba tersebut tiba ke bahagian Utara Barat Semenanjung Tanah tetapi lebih banyak ke tanah India.


https://www.uh.edu/engines/epi2201.htm

Ia merupakan hipothesis Openheimer kenapa tanah dravidian genetik DNA lebih muda dari org melayu dan persian. Maka saksi yang terselamat berceritalah.

Saya yakin bahawa lagenda cerita lisan ini mesti cerita yang berubah dari bentuk kejadian sebenar kerana ia cerita lisan turun temurun. https://www.youtube.com/watch?v=10QAUQvHBis Saya ingin tahu bagaimana di daerah Sumatera, Indonesia. Adakah ada cerita dongeng yang lebih kurang sama?

Tarikh hari ini

slow connection? click here