Memaparkan catatan dengan label perang perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perang perak. Papar semua catatan

Ahad, 19 April 2020

Peperangan Perak dengan gabungan tentera siam

Kandungan

Sejarah Serangan Thai 1821..

Kerajaan Kedah adalah pembayar bunga emas terbaik berbanding negeri-negeri lain. Malahan merupakan pasukan penyerang terbaik dalam menghadapi Burma d Tanah Seri atau dipanggil juga Tenasserim Burma kini.
Hanya kerana kegagalan menewaskan Perak dan Selangor pada beberapa siri peperangan dari tahun 1813 - 1819. Selain hasutan Ligor atau Tambraligo atau Tambralin-ga kepada Thai menyalahkan Kedah sebagai punca kekalahan gabungan Ligor dan Kedah dalam usaha depe mengalahkan Perak dan Selangor.
Pada tahun 1821, Thai dengan bantuan Ligor telah bertindak sendiri mahu menyerang Perak dan sehingga ke Selangor sepanjang pantai barat Semenanjung. Kedah sebagai negeri naungan Thai tidak menyangka akan serangan itu. Sebaliknya hanya menyangka tujuan lawatan itu ialah memeriksa dan mengambil bekalan makanan di gudang makanan di Kota Kuala Kedah.
Gambar 1: Kota Kuala Kedah
Tetapi sebaliknya berlaku, Thai dan Ligor telah membunuh seluruh lelaki rakyat Kedah yang tak berdosa dan merogol perempuan-perempuan di Kedah. Manakala tukang-tukang yang pandai-pandai diarah berjalan kaki dengan berbogel dan diikat kaki hingga ke Bangkok untuk dijadikan hamba untuk kerja tangan dan ketukangan. Manakala yang terselamat melarikan diri ke Pulau Pinang atau ke Perak.

Gambar 2: Peta Sungai kuala Kurau
Sambil itu deme terus mara ke Kuala Kurau, untuk menyerang Perak dengan seluruh kekuatan termampu depe. Ada yang mengatakan sekitar lebih 10 ribu tentera dengan kelengkapan perang termoden dan terbaik yang dibantu British. Meriam diletak atas gajah yang berbenteng / bertaming / berperisai besi. Bersama dengan penembak tepat yang berada di atas gajah. Rakit-rakit yang banyak dibuat dengan segera bagi menyeberang sungai Kuala Kurau.
Gambar 3: Di atas gajah bermeriam menggunakan rakit segera cuba menyeberangi Sungai Kuala Kurau
Pasukan Perak dan Selangor di bawah pimpinan Raja Ahmad cucu kepada Raja Haji telah bersiap dengan beribu ribu meriam buluh dan meriam besi yang panjang sekitar 5 meter tersusun menyendeng tinggi berlapis-lapis tinggi arah separas tentera bergajah tentera Thai yang bersenjata lengkap dengan bantuan barat.
Gambar 4 Kini, konon ia jadi amalan tradisi di bulan Ramadhan menyusun meriam buluh dan meriam paip besi banyak berbaris-baris dan berlapis-lapis. Pelurunya terdiri dari lembing dan pisau pendek.
"Apakah yang terjadi kepada Perak?"
SERANGAN ini adalah secara sekala besar besaran sebab Thai berniat mahu menghabiskan sekali semua Kerajaan di Pantai Barat Semenanjung. Peringkat awal Ia melibatkan sempadan Kedah dan Perak seperti sekitar di Kuala Kurau. Ternyata Panglima-panglima Perak, Panglima Selangor dan para pejuang Melayu dari pelbagai tempat telah berjaya menghancurkan pasukan bergajah Thai yang lengkap bantuan persenjataan barat yang maju tersebut.
Gambar 4.1 tentera siam yang lengkap persenjatan bantuan barat / British
Meriam yang diletak atas gajah hancur dihentam dengan meriam panjang yang disusun berbaris baris sepanjang Sungai Kuala Kurau tersebut, manakala tentera seluar berjerut hijau habis dipalam oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang gagah berani. Menurut rekod lisan pasukan ini turut dibantu oleh panglima-panglima Melayu dari pelbagai tempat dari Aceh, Palembang, banyak daerah dari Sumatera dan orang Melayu dari seluruh Semenanjung. Malahan ada juga suku banjar sehingga dari Kalimantan Selatan.
Gambar 5: sengitnya perang digambaran bahawa askar Siam sudah tak berbaju hanya tinggal berseluar jerut hijau. digambarkan sangat ganas merogol dan membunuh sambil makan mayat orang melayu yang tebunuh,
Askar-askar Thai yang digelar seluar jerut hijau tersebut tiada seorang pun selamat dengan meriam panjang yang diperbuat dari buluh dan besi yang telah menembak deme. Kisah ini menjadi kenangan sangat mengerikan bagi orang-orang tempatan sehingga lekat nama tempat tersebut kengerian atau kini diringkaskan Kerian.
Sememangnya apa yang berlaku pada waktu itu adalah Thai dan Ligor merancang kempen perluasan kuasa secara besar-besaran ke sebelah pantai barat semenanjung iaitu bermula dari Perak hingga ke Johor. Menariknya, askar-askar Ligor dan Thai ini telah ditewaskan oleh panglima-panglima Perak dengan dibantu oleh tentera dari Selangor dan bersama-sama mujahidin orang-orang Melayu dari merata-rata tempat atas kempen jihad fi sabilillah.
Ini membuatkan kempen Thai gagal dan hanya tersekat di Kedah sahaja. Hebatnya dan sangat ngerinya peperangan di sempadan Kedah / Perak ini. hingga lekat namanya dari kata asal kengerian. Lama-lama tinggal kata hanya "kerian" saja.
Ligor pula adalah negeri bawahan Thai yang menjadi markas tentera di selatan Thai bagi mengawal pengaruh dan kepentingan politiknya di negeri-negeri Melayu. Melalui Ligor , raja-raja Thai sejak semasa era Sukhothai dan Ayutthaya lagi mempunyai ‘fantasi ’nya sendiri yakni senantiasa menganggap bahawa negeri-negeri Melayu di selatannya adalah miliknya. Ini adalah kerana pada era Sri Dharmaraja (Ligor pada zaman pasca Srivijaya), rajanya telah membuat perjanjian persahabatan dengan raja Ayutthaya untuk mengambil anak-anaknya sebagai anak angkat.
Raja Ayutthaya sebaliknya pula menganggap ini sebagai tanda penyerahan dan termasuk sekali adalah negeri-negeri di bawah pengaruh Sri Dharmaraja sewaktu itu, yakni 12 buah negeri, dari Segenting Kra sehingga ke Pahang sebelum Islam. Malah fantasi ini ditokok tambah oleh raja-raja Ayutthaya selepas itu contohnya Petracha menganggap Johor juga adalah wilayahnya! dan disokong oleh dongeng sejarah pemerintah Temagi yang berasal dari Ligor dan dibunuh Parameswara oleh penulis dongeng Portugis Tom Pires.
Sejak dari itulah Ligor dilantik sebagai ‘Penyelia’ ke atas negeri-negeri Melayu. Strategi Thai apabila ingin menekan satu-satu negeri, ia hanya mengarahkan Ligor menyerang negeri tersebut. Jika gagal, Thai sendiri akan menghukum Ligor. Ini membuatkan Ligor tetap taat setia kepada setiap arahan dari Thai untuk menyerang negeri-negeri sasaran. Hanya apabila Ligor mengadu kehabisan tenaga manusia dan bekalan, barulah Thai akan bertindak menghantar bantuan tentera, itu pun selalunya ia akan mengarahkan negeri bawahannya yang lain seperti Senggora membantu Ligor.
Strategi ini juga telah dipakai ke atas Perak sendiri apabila Thai mengarahkan Kedah melanggar Perak pada tahun 1818, di mana ketika ini Kedah menjadi negeri naungan Thai.
Kesemua serangan dari Ligor ke atas Perak bermula awal abad ke-19 itu sehingga 1821 gagal mencapai matlamatnya, ini dibuktikan sehingga tahun 1827, Chao Phya Ligor yakni Raja Ligor masih diarahkan oleh Thai untuk menuntut Bunga Emas dan penyerahan Perak.
Pada masa yang sama, Kedah juga telah diancam dan kerapkali ‘dibuli’ oleh Thai dengan diarahkan sesuka hati supaya menghantar tentera dan bekalan kepada peperangan Thai melawan Burma selain membayar bunga emas. Melihatkan masalah Kedah yang juga diganggu oleh musuh yang sama, maka pada bulan November 1814, Sultan Abdul Malik Mansur telah cuba menulis surat kepada sultan Kedah ketika itu, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah mengajak Kedah bergabung dengan Perak untuk melawan Thai. Namun sultan Kedah enggan dengan alasan Thai terlalu kuat untuk ditewaskan dengan mengambil contoh kerajaan Pattani yang dihancurkan Thai.
Anehnya, hal yang sebaliknya berlaku apabila menjelang November 1816, apabila utusan sultan Kedah pulang dari Thai dengan membawa perintah supaya Kedah menyerang Perak dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan, senjata dan tenaga manusia bagi menghadapi Burma. Pada masa yang sama dari tahun 1813 sehingga 1818 (tahun yang dikatakan Kedah menyerang Perak), di bawah tekanan Thai, sultan Kedah masih memaksa Perak menghantar Bunga Emas kepada Thai.
Bagaimana pula sultan Kedah boleh menurutkan sahaja arahan Thai untuk menyerang Perak, walaupun sebelum itu Perak menawarkan untuk bergabung melawan Thai? Ini adalah sesuatu yang menjengkelkan.

Perak Menyerah diri kepada Penaklukan Kedah

Jadi Kedah pun menghantar angkatan tentera Kedah di bawah pimpinan Tengku Yaakob (juga dikenali sebagai Tengku Akil) dan Bendahara Kedah. Pasukan Perak telah dihantar dengan terdiri oleh lelaki dan wanita di bawah Che Panjang Talib bin Maharaja Lela Uda Tahir (Tok Janggut), keturunan Daeng Selili.
Pada masa yang sama Sultan Abdul Malik Mansur Shah telah berusaha meminjam 2 pucuk meriam dari Selangor dan meminta bantuan dari Inggeris di Pulau Pinang berupa 2 buah kapal perang berserta 2000 orang tentera. Namun Inggeris kononnya menolak permintaan ini kerana British mengharapkan kekalahan Pasukan orang Melayu yang bersatu tersebut.
Pasukan yang dihantar oleh Perak rupa-rupanya adalah pasukan ‘bijaksana‘ yang bermatlamat untuk mengelakkan perang saudara berlaku dan menjurus kepada diplomasi dan rundingan. Akhirnya perdamaian dicapai dan persetujuan untuk mengukuhkan ikatan melalui ‘diplomasi perkahwinan’ apabila Bendahara Kedah berkahwin dengan Che Wan Fatimah, dan Tengku Yaakob berkahwin dengan Hajah Denah, kedua-duanya anggota keluarga Che Panjang Talib.
Apabila peperangan dapat dielakkan, Sultan Abdul Malik Mansur Shah segera menghantar sepucuk surat kepada Inggeris di Pulau Pinang bahawa kononnya ‘Perak telah berada di bawah taklukan Kedah’. Ini bertujuan mengaburi mata Inggeris dan berita ini cepat sampai ke pengetahuan Ligor dan Thai. Maka dapatlah negeri Perak aman buat sementara waktu sehinggalah menjelang tahun 1821, apabila Thai masih tidak berpuas hati kerana matlamat asalnya yakni supaya Perak tunduk menjadi negeri bawahannya bukan setakat tunduk di bawah Kedah. Jika Setakat Perak mengaku duduk bawah takluk Kedah tidak menambah bilangan pokok emas yang menjadi harapan dan tanda tunduk kepada negara Thai tersebut.

Hukuman Thai Pada Kedah dan Rakyat Kedah

Thai merancang untuk menyerang Perak secara besar-besaran, kemudian Selangor dan seterusnya ke negeri lebih selatan tak termasuk Melaka kerana ia di bawah British / Belanda.
Jadi atas alasan yang sama pada tahun 1821, Thai telah menghukum Kedah, selain itu, ada dikatakan sultan Kedah yang tidak memenuhi jemputannya, selain beberapa faktor-faktor lain. Ini sebenarnya hanya bertujuan untuk memulakan kempen perluasan kuasa Thai ke atas pantai barat semenanjung.
Ketika orang-orang Kedah berperang dengan serangan luar dugaan dengan tentera Thai di Kota Kuala Kedah, panglima-panglima Perak bertempur dengan askar-askar Ligor dan Thai dengan dibantu oleh askar-askar Selangor yang dihantar oleh Sultan Ibrahim di bawah pimpinan Raja Ahmad cucu kepada Raja Haji tersebut.
Gabungan tentera Perak dan Selangor berjaya menewaskan tentera Thai dan Ligor dan pada tahun 1822, semua saki-baki askar Ligor berjaya dihapuskan dari negeri Perak.
Balasan atas bantuan dari Selangor itu, Perak bersetuju berkongsi nilai tertentu cukai ke atas perdagangan timah di Selatan Perak kepada Selangor. dan mengiktiraf kesultanan Selangor sebagai raja-raja Melayu dengan peralatan nobat dari Perak.
Walaupun begitu, Thai masih mengancam Perak dan tahun-tahun selepasnya, Perak banyak bermain diplomasi dengan pihak Inggeris supaya melindungi Perak dengan cara menggesa dan menakut-nakutkan Inggeris terhadap kepentingannya dalam pasaran bijih timah Perak, yang mana akan terancam dengan rancangan Thai. Hasilnya, dua perjanjian dicapai yakni Perjanjian Low dan Burney 24 Febuari 1826, yang mana ia menjamin kemerdekaan Perak atas perlindungan dari Inggeris. perjanjian dijayakan oleh pegawai British yang berkhidmat dalam Istana Siam.
British ketika itu, sedang menghadapi perang dengan Burma amat memerlukan sumber ekonomi dan hubungan baik dengan Perak dan Selangor. Sekiranya perang itu dimenangi mudah oleh pihak Siam sebagaimana diharap British. Tentu lebih mudah berhadapan orang melayu yang lemah, bacul dan mudah dibaruakan dengan termakan fitnah.
Tapi terbukti, semangat melawan Melayu yang berlaku di perang Kuala Kurau. Benar-benar menyedarkan British, pihak mana yang perlu disokong bagi menjamin kestabilan rantau. British juga menghasut orang melayu jangan mencampuri urusan negeri Kedah dengan persepsi Kedah lebih suka berada di bawah naungan Siam, walaupun pemerintahan tentera siam yang kejam dan dzalim dari 1821 - 1840.
Kononnya, sikap mengelirukan British amat mengecewakan Rama II, sehingga beliau amat tertekan dengan kegagalan Siam untuk mara lebih selatan semenanjung sehingga mangkat pada 21 Julai tahun 1824. Dalam tempoh perkabungan Siam inilah, British mengambil kesempatan menjayakan perjanjian Burney pada 24 Februari 1826.
Sebagai usaha terakhir Thai, setelah kemangkatan Sultan Abdul Malek Mansur Shah pada tahun 1825, selepas sempurna Perkabungan diraja Siam hingga 2 tahun dan perlantikan Raja Siam yang baru pada Mac 1827, melalui Raja ligor Chau Phya telah menghantar kapal penuh dengan sutera ke Sungai Perak dan berjanji akan menghantar lagi kapal yang dipenuhi beras dan gula kepada sultan dan para pembesar Perak dengan syarat sultan memenuhi ‘jemputan’ ke Ligor dan seterusnya dibawa ke Bangkok dan sedia tunduk kepada Thai dan menjadi negeri naungan Siam. Namun begitu, Sultan Abdullah Muadzam Shah yang baru naik mengingatkan Raja Ligor akan Perjanjian Burney yang menegah Thai mencampuri hal-ehwal Perak lagi.
Gambar 6: gambaran tentera bergajah Thai yang diletakkan meriam oleh pelukis dari Perancis
Raja Ligor telah dihalau keluar dari Sungai Perak dengan ditambah sindiran sinis Sultan Abdullah Muadzam Shah bahawa gajah cacat pelik yang dibela untuk dihadiahkan kepada raja Thai dan akhirnya telah mati.

Kaedah Inggeris Mematikan semangat Jihad orang Melayu

Melihatkan kehebatan Perak dengan kesatuan orang Melayu dalam kempen Jihad Fi sabilillah di dalam memenangi peperangan itu, British menjadi risau jika peperangan ini berpanjangan dan menjejaskan kepentingan perdagangan timah Inggeris di semenanjung seperti di Selangor dan Perak.
British telah bertindak membuat 2 perjanjian / pakatan iaitu dengan Belanda 1824 dan perjanjian dengan Thai 1826 atau perjanjian Burney , Inggeris telah mengubah dari polisi menyokong Thai kepada menentang Thai dengan menyerang askar Ligor telah yang dibantu Inggeris sebelum ini. Askar Ligor Thai telah dihalau keluar dengan menggunakan kapal perang Inggeris dan Kapten James Low dari Sungai Kuala Kurau. British telah memusnahkan pangkalan tentera Thai di Kuala Kurau yang diketuai oleh seorang panglima Melayu yang pro-Thai. Manakala Belanda pula telah menumpukan serangan depe ke beberapa daerah di Sumatera.
Sebagai Pertukaran dalam perjanjian dengan Thai, British mengakui kedaulatan Siam ke atas Kedah, Kelantan dan Terengganu. British berjanji tidak akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, keluarganya atau pengikutnya menyerang Kedah lagi. Perak pula dilarang campur tangan urusan Kedah dan Siam dengan ugutan bahawa Kedah tidak pernah membela / menyelamatkan Perak dari ancaman luar melainkan jadi barua Thai bahayakan orang Melayu dan Islam.
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah merupakan Sultan Kedah yang terbuang di Melaka, beliau telah berusaha segala usaha untuk memerdekakan Kedah melalui beberapa siri perjuangan kecil kecilan yang gagal sehinggalah 1837. Beliau pernah berkampung di Beruas dengan bantuan Panglima-panglima Perak untuk berkempen penyatuan Melayu memerdekakan kembali Kedah. Malangnya kempen beliau kurang berjaya dan kurang dapat sambutan.
Pada 24 Mac 1838, Tunku Muhammad Saad bin Tunku Daud dan Dato' Wan Muhammad Ali seorang pembesar dari Sumatera yang dikatakan ada hubungan dengan kerabat kedah telah melakukan kempen jihad fi sabilillah seterusnya bagi memerdekakan Kedah dan memerangi siam. Kempen beliau banyak mendapat sambutan dari orang Melayu dari seluruh semenanjung dan Sumatera. Banyak pahlawan2 dari Pahang seperti Dato' Bahaman pahlawan Aceh yang menetap di Pahang, pahlawan-pahlawan dan Ulama’ dari Sumatera seperti Palembang telah menyertai kempen ini.

Gambar 7: Tok Bahaman menjadi Guru pada Mat Kilau
Akhirnya, kesan kempen peperangan besar-besaran tersebut, berlakulah peperangan siam melawan orang Melayu yang tak putus-putus sehingga 1839. Thai menjadi gerun dan takut jika ada lagi kempen penyatuan orang Melayu yang akan menjejaskan Thai pada masa-masa akan datang. Thai mengangkat kembali kerabat Kesultanan Kedah untuk memujuk dan melembutkan hati orang Melayu. Berlaku perpecahan sehingga perjuangan Tunku Mohammad Saad tidak lagi mendapat sambutan di kalangan orang Melayu walaupun dah sampai pembebasan Pattani / Senggora.
Pada 3 April 1839 setelah perjuangan beliau tidak lagi mendapat sambutan kerana perpecahan, beliau berjaya ditangkap di Bagan Tiang, Perak dan dibuang negeri ke Kolkata India. Beliau kembali menetap di Kota Jelutong dan pernah mengumpulkan gerakan semula di Pulau Aman, tetapi dibanteras pada tahun 1846. Meninggal pada tahun 1847 di rumah bondanya di Hutton Lane, Georgetown dan makam beliau di kawasan Makam Tok Keramat di Kelawai, Pulau Pinang. Beliau tak dibunuh adalah sebagai helah supaya kelihatan Siam / Thai cuba berbaik dan berdamai dengan beliau. Penjajah menggunakan / menunggang agama kononnya Islam suka perdamaian bukan seperti ajaran beliau yang lebih suka berperang.
Tambahan pula, Kedah yang berhampiran dengan Aceh Sumatera yang dikenali sebagai kuat tetapi sedang menghadapi serangan Belanda secara berterusan sejak 1873. Melalui perjanjian Inggeris Belanda 1824. British juga bertanggungjawab memastikan hubungan pahlawan Melayu di antara Utara Semenanjung dan Utara Sumatera diputuskan. Melalui pakatan2 serangan oleh kapal Inggeris dan Belanda terhadap kapal-kapal Melayu yang berlaku di Selat Melaka.

Kaedah Thai menamatkan semangat Jihad orang Melayu

Menyedari kempen peperangan yang berterusan dan risiko akan diserang lagi oleh pakatan dan kempen Jihad orang Melayu dari seluruh tanah Melayu dan Sumatera seperti kesultanan Aceh, Thai pun pada tahun 1840 mengangkat kerabat sultan Kedah yang berpengaruh untuk kembali berkuasa. Tetapi dalam keadaan berpecah, Setul, Perlis dan Kedah. Kaedah yang sama yang pernah deme lakukan pada Pattani.
Menyedari perubahan polisi baru Thai tersebut, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menghantar surat kepada Rama lll supaya mengampunkan baginda dan kembali semula bertakhta di Kedah. Bangkok meminta kepastian keikhlasan Sultan Ahmad Tajuddin. Dengan itu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menghantar puteranya Tunku Dai atau Tunku Zainal Rashid ke Bangkok pada bulan Mac 1841. Tunku Dai menjadi wakil Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah memohon maaf daripada kerajaan Thai dan sanggup menyambung taat setianya dulu.
Sementara itu Gabenor S.G. Bonham mengirimkan surat melalui Tunku Dai untuk disampaikan kepada Raja Thai. Dalam surat tersebut dinyatakan yang British meminta supaya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dibenarkan kembali berkuasa di atas takhta kerajaan Kedah. Tunku Dai ditemani oleh Tunku Muhammad Akib, putera Tunku Bisnu menjadi Raja Setul. Akhirnya Rama lll memperkenankannya, dan Sultan Ahmad Tajuddin dibenarkan kembali ke Kedah menduduki takhta kerajaan.
Pada tahun 1841, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah mendapat persetujuan untuk menduduki semula takhta kerajaan Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dibenarkan oleh British tinggal di Pulau Pinang, sementara menunggu rundingan dengan Siam mengenai kepulangan baginda ke Kedah selesai. Pada bulan Ogos 1842, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pulang ke Kedah dan kembali menjadi sultan di bawah naungan Thai. Namun akhirnya setahun selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah pada 7 Ogos 1843. Beliau diampunkan atas kesalahan gagal melaksanakan arahan Thai menakluk pantai Barat Semenanjung seperti diimpikan Raja Thai suatu masa dulu.
Sementara itu, Kesultanan Aceh tewas sekitar 1904 setelah berperang hebat dengan Belanda sejak 1873. Kekalahan Aceh ini bererti British dan Thai tiada lagi ancaman dari serangan-serangan kemungkinan penyatuan dan kempen jihad orang Melayu yang telah mula lemah.
Berdasarkan Situasi tersebut, British membuat perjanjian baru dengan Thai 1909 untuk menyerahkan Kelantan, Terengganu dan Kedah kepada British. Manakala Reman diserahkan kepada Perak yang di bawah perlindungan / protectorate British. Wilayah2 seperti Setul, Pattani, Senggora dan Narathiwat kekal di bawah Thailand. Perjanjian ini adalah bertujuan juga mengelak pertembungan kepentingan dengan France di Indochina. British Khuatir Kerajaan Melayu ini akan memanggil kuasa Eropah lain.
Kesimpulan untuk kesemua cerita ini adalah "bersatu teguh, bercerai roboh" . Semoga ALLAH merahmati bumi alam Melayu dan Nusantara ini sehingga akhir zaman, Amiiin

Tarikh hari ini

slow connection? click here