pembuatan api sten, (a.k.a api lantak, stapik berspak atau lebih femes atau terkini saya baru tahu ada pulak panggil sebagai gobek api)
Ia adalah ketukangan org melayu dalam menyediakan api di kampung2 terutama kawasan pendalaman. Selalunya masa kecik diajar oleh kawan2 yang lebih dewasa dengan ingatan formula A.P.I
A. Angin ..
untuk dapatkan kuasa angin kayu jolok perlu dipasangkan terap/serat yang serap air/bebenang yang dibasahkan air / atau kembang kata orang perak.
Selepas tu hendak dilantak kayu jolok supaya angin mampat sehingga sten atau setengah masuk.
P. Panas.
untuk tujuan mendapatkan angin yang akan membarakan isi kering. dengan geseran sentap / tarik dengan cepat akan menyebabkan isi kering akan terbakar. pemilihan material jugak penting samada kayu atau logam dari jenis menyimpan panas dengan baik,
I. Isian Kering
untuk bakaran diletakkan pada liang bara. pemilihan isi untuk bakaran mestilah kering dan dari material mudah terbakar. kekadang kami bebudak ubahsuai tambah minyak tanah bagi mempercepatkan lagi terbakar. bara ini mesti ditiupkan dan dipindahkan isi kering yang mudah terbakar. biasa dapur dulu2 pakai minyak tanah dalam balang kaca .. ambil sikit je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.