Khamis, 16 April 2020

Lagenda Lubok Mak Hanjen, Kuala Kangsar

Kononnya Sungai Perak Banyak Buaya Laut yang sangat besar-besar dan menjadi tentera Kerajaan.


Lagenda lubuk Mak Hanjen, Kuala Kangsar.
Terdapat dua atau tiga cerita tentang lubuk Mak Hanjen atau kadangkala disebut Mat Anjing. Antara yg terbaru ialah mengenai Mat dan anjingnya mati lemas di lubuk tersebut.
Manakala kisah dongeng tertua ialah lagenda Minanga Tamban yg berjanji setia dengan buaya.
Minanga Tamban Peramai Sura
Berbuat janji Setia Dengan Buaya
ate kome Labun bio damai suara.
Menguat Panji Sedia berdepan Bahaya
Pada zaman dahulu kala, kononnya ada seorang penguasa yang sangat gagah dan baik kepada rakyatnya. Beliau seorang pemerintah yang sangat suka makan ikan Tamban. Akibat dari kesukaannya memakan ikan tamban maka lekatlah gelaran pada namanya tamban. Kononnya ia adalah petua lama untuk kuat badan. Mungkin dongeng ini direka untuk menggalakkan anak2 makan ikan tamban perak. 

Ate almaklumlah ikan paling murah dan menurut lagenda paling banyak timbul atau melompat ke darat jika akan berlaku bencana alam.
Pada zaman itu penempatan orang melayu sangat rapat dengan sungai dan pesisir pantai. Bersaing rapat dengan buaya laut yang banyak mendiami pesisir pantai dan sungai di negeri Perak yang tenang yang banyak lubuk tersebut. Jadi bagi mengatasi masalah ini, Beliau telah berjanji setia bahwa kaum buaya katak / laut tidak boleh kacau makan mengganggu manusia yang tinggal di sepanjang pesisir pantai dan sungai di bawah jajahan kuasa takluk beliau.
Oleh kerana kehebatan dan kegagahan Penguasa bernama Tamban tersebut, maka gerunlah buaya untuk mengingkari titahnya. Maka damailah Negara Tersebut dari ancaman buaya tidak seperti di tempat2 lain.
Pada masa yang sama, di Kuala ayo beso, tinggal seorang balu yang ada anak lelaki tunggal bernama Hanjen. Dia membawa diri menjauh dari orang ramai kerana kesedihan baru kematian suaminya.
Di kesempatan ini, Penunggu Lubuk menghasut buaya yang merindui makan daging manusia supaya mengambil kesempatan ini.
Kononnya oleh kerana Mak Hanjen tinggal sendirian berjauhan dari orang ramai. Maka sudah tentu jika disambar buaya tidaklah diketahui orang.
Setelah buaya mengendap kegiatan dan pergerakan Mak Hanjen dan anaknya setiap hari, maka tibalah waktu terbaik untuk sang buaya menyerang anak lelakinya yang masih manis dagingnya. Menjeritlah Mak Hanjen memanggil manggil menyeru nama Minanga Tamban tentang anaknya dserang buaya di lubuk tersebut. Sehingga kini lubuk tersebut dinamakan sempena nama Mak Hanjen oleh kerana tragedi ini.
Buaya laut tersebut terkejut bagaimana jeritan Mak Hanjen yang mengasing diri sampai kepada Penguasa Minanga Tamban. Buaya Laut tersebut menjadi terlalu takut dan segera lari.
Maka bergegaslah Penguasa Tamban menyerang Buaya seluruh Negara kerana mengingkari janji setia. Kononnya sang Minanga Tamban hanya dengan tali dan tangan kosong membunuh semua buaya laut di Negaranya. Sebuah epik pertarungan dongeng yang panjang. Sehingga kini, tiadalah berani buaya laut berani muncul lagi di seluruh jajah takluk Minanga Tamban.


Moral Dari kisah Dongeng ini ialah: Jangan suka mengasing diri kerana kelak kita jadi sasaran mudah musuh yang tak disedari,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here