Sabtu, 2 Februari 2008

Sambungan Pembangunan Animasi 3


Untuk objek yang bulat (banyak permukaan) boleh menggunakan UVW mapping seperti di atas. Dimana setiap permukaan boleh diletakkan texture yang berlainan dan mudah digunakan. Walaubagaimanapun jika kita cuma ada 1 texture yang hendak diletak pada permukaan bulat, kita tidak memerlukan UVW editor nie, kita just drag texture dari material ke object sahaja. UVW mapping ni bila kita mahukan texture yang berlainan dan kita mahu adjust kedudukan vertex texture.

Sambungan Pembangunan Animasi 2

ini adalah imej 2d



Imej 2d itu diletak pada permukaan objek 3d diantara vertex-vertex yang disusun pada satu normal.



Dalam erti kata lain, kita masukkan SKIN pada permukaan sesebuah object supaya nampak bentuk 3D lebih ketara le kan. Gabungan vertex-vertex ini akan membentuk WIREFRAME yang menjadi tulang belakang sesebuah objek.

PENGENALAN CODE (LEVEL TUTORIAL : TERLALU MUDAH)
Ok selepas kita fahami vertex, kita akan pergi lebih lanjut kepada driver untuk melaksanakan game kita. Untuk memudahkan kefahaman mengenai aturcara maka Visual Basic dan DirectX 8.0 dipilih. Berikut adalah penerangan bagaimana setup untuk antaramuka game boleh dilakukan.


************************************************************
PEMBOLEHUBAH


Dim Dx as DirectX8
Objek yang dihubungkan kepada directx8

Dim D3D as Direct3D8
Memberikan kawalan terhadap objek dalam directx

Dim D3DDevice as Direct3DDevice8
Mewakili perkakasan untuk tujuan melukis pada skrin (render)



************************************************************

PERMULAAN


Public Function Initialise() as Boolean
On Error Goto ErrHandler:

Dim DispMode as D3DDISPLAYMODE '//Mewakili mode display contoh 640 x 480
Dim D3DWindow as D3DPRESENT_PARAMETERS '// Mewakili skrin yang kita lihat

Set Dx = New DirectX8 '// Membina object directx 8
Set D3D = Dx.Direct3DCreate() '//Dari objek directx kita buat antaramuka directx berkenaan

D3D.GetAdapterDisplayMode D3DADAPTER_DEFAULT, DispMode '// Mendapatkan mode resolusi komputer yang dipakai

D3DWindow.Windowed = 1 '// Menggunakan skrin dalam window
D3DWindow.SwapEffect = D3DSWAPEFFECT_COPY_VSYNC '//Refresh skrin
D3DWindow.BackBufferFormat = DispMode.Format '//Menggunakan resolusi yang sedia ada

// Membuat device pada permukaan directx, iaitu ruangan untuk rendering.
Set D3DDevice = D3D.CreateDevice(D3DADAPTER_DEFAULT, D3DDEVTYPE_HAL, FrmMain.Hwnd, _
_ D3DCREATE_SOFTWARE_VERTEXPROCESSING, _
_ D3DWindow)

Initialise = True
Exit Function
ErrHandler:
Initialise = False
End Function



************************************************************

RENDER (LUKIS PADA SKRIN)


Public Sub Render()
'//Padam segala lukisan yang terdapat pada skrin di ruangan device.
D3DDevice.Clear 0, ByVal 0, D3DCLEAR_TARGET, &HCCCCFF, 1#, 0

'//Memulakan senario game
D3DDevice.BeginScene
'//Disinilah kesetiap objek bagi directx dilukis contoh kotak, rumah, dan berbagai lagi
D3DDevice.EndScene

'//Perbaharui skrin untuk memaparkan objek yang baru.
D3DDevice.Present ByVal 0, ByVal 0, 0, ByVal 0
End Sub


************************************************************

PUSINGAN UTAMA



Private Sub Form_Load()

Me.Show
bRunning = Initialise() //Memulakan driver directx


Do While bRunning
Render '//Memanggil fungsi render dan memaparkan objek yang dilukis
DoEvents '//Masa berhenti untuk cpu melakukan process yang dirender

Loop


'//Padam directx

Set D3DDevice = Nothing
Set D3D = Nothing
Set Dx = Nothing

Unload Me
End
End Sub
**********************************************************


Ok ini adalah asas untuk memulakan antaramuka untuk membuat game... Jadi ada sesiapa yang tak faham tanya sekarang sebelum kita terus ke pengaturcaraan yang lebih detail


WARNING : Ini untuk tujuan kefahaman sahaja, jgn confuse dengan code ini, walaupun ia penting kebanyakan SDK dah sediakan. Jadi janganlah give up ok.

Membangunkan Animasi

dikutip daripada zsuperxtreme... Zainal Abdul Qahar

Perisian UNTUK MENGIKUTI TUTORIAL

1. Irrlicht 1.2 (Free)
Digunakan untuk enjin game
http://irrlicht.sourceforge.net/

2. Dev-C++ 4.9.9.2 (Free)
Digunakan untuk kompil game
http://sourceforge.net/projects/dev-cpp/

3. Anima8or (Free)
Digunakan untuk buat model
http://www.anim8or.com/main/index.html

4. G.I.M.P (Free)
Digunakan untuk lukis texture dan fx
http://www.gimp.org/

Dlm tutorial nie ada guna 3dsmax, tapi tak digalakkan sbb license. Just guna 3dsmax utk mudah buat tutorial. Cara kat Anima8or sama je, just different gui.

ASAS GRAFIK (LEVEL TUTORIAL : TERLALU MUDAH)

Ok semua tau yang grafik buat game nie mempunyai dua konsep 2d dgn 3d. Tapi mcm mana konsep ini dilaksanakan dalam game? Ok seperti yang kita ketahui 2d nie adalah imej yang rata, boleh dilihat dari depan sahaja (x,y). Manakala 3d adalah objek yang dibentuk melalui vertex-vertex pada (x,y,z) dan mempunyai permukaan normal dan setiap permukaan 3d terdiri dari imej (texture) yang menyebabkan objek itu kelihatan 3 dimensi.

VERTEX = Titik biru

Kenapa vertex ini penting dalam pembinaan game? Bukankah "Senang sahaja guna 3dsmax utk create vertex". Ok, jawapannya dengan mengenali vertex lebih mendalam, game developer boleh menguruskan UVW, BONE, COLLISION, TEXTURE, dan bermacam-macam lagi... jadi vertex ini bukan sekadar membuat box sahaja dan nilai penggunaan vertex ini perlu difahami sebelum langkah seterusnya. Maka adalah amat penting bagi game programmer mengenali apa itu vertex.

Ini adalah 2d imej yang dilukis oleh hackezz

Khamis, 31 Januari 2008

Pertolongan Cemas (First Aid)

Pertolongan Cemas ialah Bantuan paling pertama atau Rawatan yang diberikan untuk Orang yang tercedera (dipanggil pesakit/mangsa) sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah.

Sebelum memberi bantuan Kecemasan pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, Seperti terkena Renjatan Elektrik dan lain lain.

Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan. Sekiranya mangsa terkena rencatan Elektrik maka pastikan Kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi. Sekiranya 240Volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan Elektrik, seperti baju, talipinggang dll

Objektif Pertolongan Cemas (First aid Objective)


1. Menyelamatkan Nyawa. (to save lives)
- Jika pengsan pastikan laluan udara selesa
- Pastikan mangsa bernafas
- Hentikan pendarahan secepat mungkin
- Rawat kecederaan dengan betul
- Kenal latar belakang Mangsa. (Sejarah kesihatan) seperti Diabetik dan lain lain yang perlu perhatian istimewa.


2. Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk (to prevent futher injury)
- Alih mangsa dari tempat bahaya
- Jangan buat mangsa banyak bergerak.
- Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa
- Beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.

3. Mendapat bantuan perubatan. (To obtain medical aid)
- Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran.
- Arah atau pinta rakan-rakan memanggil ambulance atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin.
- Tunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
4. Balutan (dressing)
- Ianya Adalah Wajib untuk membalut luka dan mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya

- Menghentikan pendarahan
- memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak.

Pembalut mestilah di antikumankan(sterilized), di simpan dalam bekas yang ketat dari udara (airtight wrapper). Ia sewajarnya dibuat dari kain putih suci dari kekotoran.

Cara-Cara asas yang perlu diingati!

- BASUH TANGAN ANDA SEBELUM MENYENTUH LUKA. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya.. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.(bandage)

Rabu, 30 Januari 2008

Konsep 5S dalam mencegah Kemalangan

Konsep ini direka berdasarkan Pengalaman Penulis Sahaja tanpa Merujuk Mana-mana sumber lain.

-Sihat(Healthy)...

Sihat dalam ertikata yang luas, dari segi mental, fizikal dan juga kerohanian. Apabila tiada kesihatan yang sewajarnya terutama kesihatan mental maka wujudlah tindakan tidak siuman yang akan membahayakan semua orang dalam sesuatu gerak kerja berkumpulan apatah lagi melibatkan mesin dan peralatan yang berisiko. Bergurau melampaui batas di bengkel atau di tempat berisiko tinggi adalah satu tindakan yang menunjukkan adanya masalah kesihatan mental pada pelaku. Begitu juga kerohanian, Bila memiliki ideologi yang berbahaya yang tidak berbaik dengan Kerajaan sedia ada maka ia mungkin meransang perbuatan yang di luar dugaan.

-Susun(Arrange)....
Segala Peralatan mestilah disusun dengan kemas, teratur dan dilabel dengan sewajarnya berserta dengan panduan keselamatan dan amaran Bahaya sekiranya ada. Sebagai contohnya, "Tangga" panduan penggunaannya bolehlah diletakkan sebelah tepi tangga berkenaan.

-Sisih(wastage control)
Segala paku kecil atau apa-apa yang sudah tidak boleh digunakan lagi hendaklah diasingkan atau disisihkan ke tempat yang ditetapkan. Lantai yang licin akibat tumpahan air atau minyak hendaklah segera di lapkan sehingga tiada licin lagi.

-Sedia(prepared)

Setiap Pekerja industri mestilah mempersiapkan diri dengan pengetahun dan kelengkapan yang sepatutnya sebelum memulakan kerja. bersiap sedia kepada segala kemungkinan bahaya dan risiko kerja dari semasa ke semasa. sentiasa peka dengan jadual penyelenggaraan Mesin dan langkah kerja yang betul sepanjang masa.

-SenTiasa(Istiqomah)

-Sentiasa mengamalkan Amalan kerja yang dinyatakan atas dengan istiqomah bukan berdasarkan semangat sementara

Kenapa Perlu Patuh Kepada Keselamatan

Sebelum kita memulakan kerja kerja Amali Elektrik, Eloklah kita belajar tentang keselamatan. Bila kita sebut tentang keselamatan kita perlu mengenali punca-punca terjadinya kemalangan.

Punca Paling Utama ialah Manusia.
Kedua Mesin dan Peralatan
Ketiga Persekitaran dan Alam.

Manusia ialah punca kemalangan yang paling utama. Ianya adalah kerana sikap manusia itu sendiri yang

1. Cuai, seperti tidak mengemas tempat kerja.
2. Suka bergurau tidak bertempat
3. Sikap suka menginaya rakan sekerja kerana permusuhan
4. Kesihatan Mental/fizikal/Kerohanian
5. Tidak Berpengetahuan atau berkemahiran
6. Tidak mematuhi peraturan keselamatan seperti Safety Attire

Punca Kemalangan kedua penting ialah dari mesin dan peralatan

1. Kualiti Mesin yang rosak dari pengeluar
2. Mesin yang tidak mematuhi peraturan Keselamatan
3. Mesin yang tidak diselenggara.
4. Tiada Amaran atau panduan penggunaan(S.O.P) yang betul
5. Mesin yang Terlalu lama, dalam kekaratan yang sudah lusuh
6. Susunatur peralatan yang tidak kemas.
7. Tiada laluan keselamatan

Punca Kemalangan persekitaran dan Alam

1. Bencana Alam, seperti petir, banjir, gempa bumi dll.
2. Pencahayaan tempat kerja
3. Lantai yang licin,
4. Susunatur mesin dan perlatan terlalu rapat.
5. Tiada Amaran dan peringatan tentang bahaya yang terdapat di Bengkel

Ahad, 27 Januari 2008

The Dead of x - Leader

Suharto kembali ke Penciptanya..... Orang yang berjaya mengamankan Asia Tenggara Dari konspirasi usahawan senjata yang mahukan peperangan dan kekacauan di Asia Tenggara!

Tarikh hari ini

slow connection? click here