Pertolongan Cemas ialah Bantuan paling pertama atau Rawatan yang diberikan untuk Orang yang tercedera (dipanggil pesakit/mangsa) sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah.
Sebelum memberi bantuan Kecemasan pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, Seperti terkena Renjatan Elektrik dan lain lain.
Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan. Sekiranya mangsa terkena rencatan Elektrik maka pastikan Kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi. Sekiranya 240Volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan Elektrik, seperti baju, talipinggang dll
Objektif Pertolongan Cemas (First aid Objective)
1. Menyelamatkan Nyawa. (to save lives)
- Jika pengsan pastikan laluan udara selesa
- Pastikan mangsa bernafas
- Hentikan pendarahan secepat mungkin
- Rawat kecederaan dengan betul
- Kenal latar belakang Mangsa. (Sejarah kesihatan) seperti Diabetik dan lain lain yang perlu perhatian istimewa.
2. Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk (to prevent futher injury)
- Alih mangsa dari tempat bahaya
- Jangan buat mangsa banyak bergerak.
- Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa
- Beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
3. Mendapat bantuan perubatan. (To obtain medical aid)
- Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran.
- Arah atau pinta rakan-rakan memanggil ambulance atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin.
- Tunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
4. Balutan (dressing)
- Ianya Adalah Wajib untuk membalut luka dan mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya
- Menghentikan pendarahan
- memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak.
Pembalut mestilah di antikumankan(sterilized), di simpan dalam bekas yang ketat dari udara (airtight wrapper). Ia sewajarnya dibuat dari kain putih suci dari kekotoran.
Cara-Cara asas yang perlu diingati!
- BASUH TANGAN ANDA SEBELUM MENYENTUH LUKA. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya.. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.(bandage)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.