Rabu, 30 Januari 2008

Kenapa Perlu Patuh Kepada Keselamatan

Sebelum kita memulakan kerja kerja Amali Elektrik, Eloklah kita belajar tentang keselamatan. Bila kita sebut tentang keselamatan kita perlu mengenali punca-punca terjadinya kemalangan.

Punca Paling Utama ialah Manusia.
Kedua Mesin dan Peralatan
Ketiga Persekitaran dan Alam.

Manusia ialah punca kemalangan yang paling utama. Ianya adalah kerana sikap manusia itu sendiri yang

1. Cuai, seperti tidak mengemas tempat kerja.
2. Suka bergurau tidak bertempat
3. Sikap suka menginaya rakan sekerja kerana permusuhan
4. Kesihatan Mental/fizikal/Kerohanian
5. Tidak Berpengetahuan atau berkemahiran
6. Tidak mematuhi peraturan keselamatan seperti Safety Attire

Punca Kemalangan kedua penting ialah dari mesin dan peralatan

1. Kualiti Mesin yang rosak dari pengeluar
2. Mesin yang tidak mematuhi peraturan Keselamatan
3. Mesin yang tidak diselenggara.
4. Tiada Amaran atau panduan penggunaan(S.O.P) yang betul
5. Mesin yang Terlalu lama, dalam kekaratan yang sudah lusuh
6. Susunatur peralatan yang tidak kemas.
7. Tiada laluan keselamatan

Punca Kemalangan persekitaran dan Alam

1. Bencana Alam, seperti petir, banjir, gempa bumi dll.
2. Pencahayaan tempat kerja
3. Lantai yang licin,
4. Susunatur mesin dan perlatan terlalu rapat.
5. Tiada Amaran dan peringatan tentang bahaya yang terdapat di Bengkel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here