Rabu, 30 Januari 2008

Konsep 5S dalam mencegah Kemalangan

Konsep ini direka berdasarkan Pengalaman Penulis Sahaja tanpa Merujuk Mana-mana sumber lain.

-Sihat(Healthy)...

Sihat dalam ertikata yang luas, dari segi mental, fizikal dan juga kerohanian. Apabila tiada kesihatan yang sewajarnya terutama kesihatan mental maka wujudlah tindakan tidak siuman yang akan membahayakan semua orang dalam sesuatu gerak kerja berkumpulan apatah lagi melibatkan mesin dan peralatan yang berisiko. Bergurau melampaui batas di bengkel atau di tempat berisiko tinggi adalah satu tindakan yang menunjukkan adanya masalah kesihatan mental pada pelaku. Begitu juga kerohanian, Bila memiliki ideologi yang berbahaya yang tidak berbaik dengan Kerajaan sedia ada maka ia mungkin meransang perbuatan yang di luar dugaan.

-Susun(Arrange)....
Segala Peralatan mestilah disusun dengan kemas, teratur dan dilabel dengan sewajarnya berserta dengan panduan keselamatan dan amaran Bahaya sekiranya ada. Sebagai contohnya, "Tangga" panduan penggunaannya bolehlah diletakkan sebelah tepi tangga berkenaan.

-Sisih(wastage control)
Segala paku kecil atau apa-apa yang sudah tidak boleh digunakan lagi hendaklah diasingkan atau disisihkan ke tempat yang ditetapkan. Lantai yang licin akibat tumpahan air atau minyak hendaklah segera di lapkan sehingga tiada licin lagi.

-Sedia(prepared)

Setiap Pekerja industri mestilah mempersiapkan diri dengan pengetahun dan kelengkapan yang sepatutnya sebelum memulakan kerja. bersiap sedia kepada segala kemungkinan bahaya dan risiko kerja dari semasa ke semasa. sentiasa peka dengan jadual penyelenggaraan Mesin dan langkah kerja yang betul sepanjang masa.

-SenTiasa(Istiqomah)

-Sentiasa mengamalkan Amalan kerja yang dinyatakan atas dengan istiqomah bukan berdasarkan semangat sementara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here