Bayangkan Anda bukan lelaki kesukaan sesiapa pun... bujang dan bersendirian. Anda sering diburukkan dan sememangnya buruk... Namun anda diberi Allah perasaan mahu memiliki seseorang wanita.
Selaku manusia biasa anda gagal mengawal diri, mengganggu wanita yang anda minati. Lantas anda dihina dan dicerca dengan gelojoh yang sekali sekala datang.
Anda mengawal diri hentikan segalanya. Namun anda harus ingat! tersilap tingkah laku bukan mudah membuatkan sesiapa menjadi mangsa melupakannya. Lalu dia bercerita dan menghebohkan kesilapan atau keburukan anda.
Apakah anda dapat lakukan, melainkan belajar menerima kejahilan dan kebodohan anda dalam mencari seseorang. tergoda dengan godaan duniawi yang bukan milik atau jodoh anda.
Itulah salah satu bentuk ujian di dunia yang sementara ini. Orang lebih suka mencari dan melihat keburukan kita lebih dari kebaikan kita.
Apa pun perlahan-perlahan kita pelajari kenyataan dan menerima diri kita seadanya. Kita pasti berjaya dan gembira keadaan diri kita. Menyedari kekurangan kita adalah kelebihan Allah untuk kita.
Kita sewajarnya bersyukur dengan keringanan ujian Allah dari tarikan dunia dihina dan dicerca oleh pencinta duniawi. Kita dimatangkan dan tenang melalui kehidupan yang sememangnya seronok tanpa sibuk melayan karenah duniawi tanpa bertepi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.