Aku baru lepas menonton movie 2012. memang menarik tapi fakta sains yang diberikan memang gila2 punya menipu. macam x pernah belajar p sekolah kut! atau mungkin ponteng kelas sains.
Kiamat 2012 Adalah dongengan kosong yang mungkin jadi hiburan sesetengah orang dalam membicarakannya.
Adalah mustahil apabila Allah yang kita kenali selama ini amat suka mendatangkan bala bencana atau pertolongan dengan cara tidak disangka-sangka. Boleh pulak mendedahkan rahsiaNYA kepada sesiapa pun... Memang benar Dunia semua ini akan berakhir tetapi sudah pasti ia akan berlaku dalam keadaan tidak terduga atau terjangka.
Sebagai misal, lihat sahaja tsunami yang membinasakan Aceh, Sumatera. Adakah ada perkhabaran atau ramalan tentangnya? mana mesin pengesan tsunami? Atau gempa bumi di Padang? mana peramal2 yang kononnya mengaku boleh meramal? Bencana alam memang akan berlaku tapi tiada siapa tahu masanya yang spesifik. Manusia hanya boleh menganalisa fenomena alam. Tapi siapa yang rajin sanggup tinggalkan dunia memantau pergerakan bumi yang sukar diduga?
Bagaimana dongengan ini bermula?
semuanya bermula dengan dongeng planet NIBIRU yang kononnya akan melanggar bumi. Ia diramalkan orang Sumerian dan Tarikhnya adalah dalam tahun 2012.
kemudian diikuti Ramalan Kaum China menggunakan I-Ching yang jugak mengakhiri kebarangkaliaan susun atur ramalan yang juga berakhir pada 2012.
Seterusnya kalendar Maya yang kononnya yang juga berakhir pada 2012.
Semua itu adalah palsu. NASA dan lain lain organisasi angkasa lepas dunia telah memantau pergerakan komet dan planet2 tiada bukti wujud planet Nibiru yang kononnya akan melanggar bumi.
Adakah susunan planet yang akan jadi sebaris akan memberi kesan pada medan gravity galaksi dan menyebabkan bencana?
Benda kedudukan sebaris adalah phenomena biasa dan berulang dalam tempoh lebih kurang 10 tahun lebih sekali. Setakat ni, tak pernah pun berlaku bencana beso pun! malahan kedudukan bumi akan selari dengan galaksi bima sakti dan matahari setiap bulan disember. takde apa2 yang penting berlaku melainkan kutub bumi berubah sedikit. Dan ianya berulang-ulang setiap tahun.
Adakah mungkin wujud anjakan kutub yang besar sehingga mengakibatkan bencana?
Anjakan kutub adalah benda biasa. kita memang sedang hadapinya itu yang terjadi malam yang panjang atau siang yang panjang di bahagian selatan dan utara bumi.
Malahan Anjakan kutub telah berlaku dan sedang berlaku beratus ratus tahun dahulu tetapi tidaklah sehingga memberi bencana besar.. malahan suatu masa kutub utara dan selatan pernah berada di garis Khaltulistiwa...
Apakah solar storm?
Solar storm ataupun kilat matahari adalah benda biasa je berlaku dianggarkan dalam 11tahun sekali. Ia setakat ni merosakkan sistem telekomunikasi sattelite di bumi... atau handphone yang menggunakan sattelite sahaja. Atau unit Astro di rumah atau TV parabola. benda ini adalah biasa dan diajar dalam syllabuss Electronic communication
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.