Selasa, 24 November 2009

ALZA - satu penilaian semula



Alza kereta Perodua MPV yang dinanti-nanti telah muncul dalam keadaan tergesa-gesa di mana tempahan terpaksa menunggu sehingga 3 bulan. Ini terlihat benar dengan dibuktikan lagi dengan janji salesman" yang model yang lebih baik akan keluar di bulan 3(Mac) pada tahun depan 2010 nanti.

Apakah penantian ini berbaloi?

Apakah akan wujud pembelian tergesa-gesa tanpa berfikir panjang oleh pengguna? Memancing pembeli taasub dan Ghairah adalah berbahaya pada imej kualiti dan cemerlang yang ingin dipaparkan oleh Perodua secara jangka panjang. Konsep asas teori perniagaan."Pengguna membeli bukanlah sebab murah, tetapi kerana keperluan" perlulah sangat diperhati dalam membaca pasaran yang sememangnya sukar diramal dan mencabar jiwa mentaliti usahawan tulen.

Inilah Dia! - Perodua Alza baru! Ramai paparazi atau blogger seperti Paul Tan telah mengekori pembangunan MPV ini semenjak mereka pertama kali mendapat berita kewujudannya pada awal 2008. Kononnya menurut laporan tidak rasmi, atau khabar-khabar angin, Toyota dan Daihatsu akan membangunkan satu MPV baru dan menjayakannya di Indonesia.

Bila Daihatsu Luxio MPV keluar ke pasaran, kita benar-benar mendapat satu kejutan gelaran Van bukan panggilan MPV seperti di Malaysia - Jelas ianya lebih daripada sebuah van. Jadi, supaya kita menunggu dengan sabar hingga Krismas tahun lepas (1998) apabila Toyota Passo Sette akhirnya telah diperkenalkan di Jepun. Hampir setahun kemudian(hujung 2009), model Perodua-badged(Alza) dengan harapan baru kepada pengguna dan peminat keluaran Perodua. Walaupun Rekod kualiti kerja yang menakutkan oleh Perodua dengan imej kereta Myvi yang paling banyak terbakar di Jalan Raya Malaysia(mungkin kesalahan pengguna memodifikasi pendawaian kereta tanpa tauliah atau pengetahuan?)

sumber dari club MyVi



Anda boleh search sendiri dengan google. Fakta ini menunjukkan budaya kerja rakyat tempatan atau produk dari pusat latihan di Malaysia atau budaya pengurusan dan penyeliaan yang terlalu longgar atau kelemahan kepimpinan negara dalam membuat sistem kerja dan pendidikan atau latihan vokasional?



Menyalahkan kerajaan bukanlah penyelesaian kerana budaya menyalahkan tanpa tindakan bijaksana setiap warganya kepada pembetulan kepada kesilapan tidak akan membawa apa-apa makna. Yang Kaya dan pandai main politik wang tetap kaya dan terus menekan rakyat bawah pengguna biasa dalam sistem kapitalist yang tidak berperikemanusiaan.

Manakala bagi kes model2 proton yang terbakar sendiri... Kononnya siasatan dilakukan menyatakan pengguna telah menggunakan minyak terlebih power seperti percampuran minyak nitro dll terhadap enjin tersebut. (Benarkah?)


Satu kajian dan siasatan yang rapi perlu dibuat mengenai kereta terbakar sendiri(tanpa sebab) ini!

Orang ramai yang masih bersahaja (bukanlah keperluan mendesak) untuk memiliki sebuah MPV dalam pasaran tentu berpendapat untuk menunggu projek D46T ini dilancarkan untuk satu masa yang lama juga.

Akhirnya, Majoriti rakyat dari negara ini, hanya mampu memikirkan sama ada dari Proton atau dari Perodua untuk memiliki MPV yang mampu menampung keluarga dan barangan sekaligus.

Ini kerana penawaran harga yang tinggi dari segi harga atau roadtax yang mahal kerana cc yang besar(2.0 ke atas) serta kualiti yang boleh diharap sesuai dengan harganya yang mampubeli mengikut kadar isirumah berpendapatan rendah dan sederhana(RM2000.00 sehingga 5000.00) yang sedang ditekan dengan pelbagai cukai tidak terurus oleh kerajaan BN sedia ada.

Ini adalah punca Hanya Perodua MPV dan Proton MPV mungkin menjadi pilihan pengguna di Malaysia...


Sebagai perbandingan umum

Di Jadual atas anda akan menemui satu perbandingan pelbagai MPV yang boleh didapati di pasaran Malaysia. Keluaran kuasa Alza dan berat sebenarnya adalah agak ala ala Avanza, yang bermaksud prestasi sepatutnya setanding. Alza dan Avanza sebenarnya menggunakan enjin 3SZ-VE sama walaupun Alza melintang dan Avanza membujur untuk pemasangan pemacu roda belakang.

Terdapat juga perbezaan dengan angka-angka kuasa menyebut nilai-nilai di atas untuk enjin Alza dan Avanzan, tetapi saya fikir ia adalah kerana Perodua memberi piawaian DIN mengira manakala nilai-nilai kuasa dalam Toyota adalah berbeza dari segi jenis ukuran.

Kepakaran perodua membaca pasaran untuk MPV adalah berdasarkan realiti pengguna Malaysia yang tidak mementingkan keselamatan dan kehebatan pemanduan dalam menentukan kenderaan yang ingin dibeli. Perodua juga lebih tersusun dalam pelaburan yang perlukan pertimbangan bijak dalam industri besar kereta bermodalkan besar kepada pengguna.

Manakala Proton yang banyak berkiblatkan barat dalam menilai trend pengguna seperti memikirkan faktor keselamatan dan "handling" adalah sangat jelas menunjukkan ia adalah trend peminat kereta di Eropah. Selain itu budaya perniagaan proton juga adalah terlalu menyediakan banyak variety sehingga membuat pengguna di Malaysia menjadi rambang mata.

Namun kualiti perkhidmatan lepas jualan tetap menjadi isu utama yang sering diremehkan oleh pengurusan Proton terhadap proses memotivasi kakitangan bawahannya atau vendor2 yang sentiasa oppurtunist jangka pendek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here