Jumaat, 18 Disember 2009

Racism

Saya teringat kebencian kaum bukan melayu terhadap kaum melayu kononnya tidak mendapat peluang pendidikan yang sama dengan mereka. Manakala Alasan penggubal DEB adalah punca terjadinya 13 Mei 1969. adalah kerana ketidakseimbangan komposisi kaum dalam bidang2 tertentu menjadikan punca terjadinya tragedi perkauman tersebut.

Realitinya kaum cina yang suka mengasingkan diri dari sistem pendidikan kebangsaan. Mereka mungkin tidak mahu bercampur dengan bangsa melayu dalam pendidikan awal dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana kononnya dikhuatiri terpengaruh dengan pola pemikiran malas dan tidak berguna bangsa melayu. Atau terlalu taksub dengan budaya asal negara mereka yang tidak bawa ke mana.

Saya bercampur dengan kaum cina di sekolah hanya setelah bersekolah di Vokasional Kuala Kangsar. Mereka dilewatkan setahun kerana memasuki kelas peralihan. jadi mereka tua lebih setahun. Mereka agak peramah cuba sedikit ego sebab lebih tua setahun. Mereka agak lemah dalam pelajaran maka sebab itulah mereka dimasukkan ke Vokasional Kuala Kangsar untuk kemahiran.

Tidak timbul masalah Racist atau kebencian.. cuma seingat saya ada seorang amoi yang agak pintar dalam kelas. kami berkerjasama dalam mengulangkaji dan melakukan amali-amali bengkel. Dia mendapat keputusan SPM(V) yang baik. cuma ibunya berkata peluang agak terhad untuk dia menyambung pelajaran kerana beliau adalah Cina. Bagi pendapat saya, persaingannya adalah sesama mereka dalam mengejar kuota yang ditetapkan untuk kaum cina. Saya rasa agak pelik sebab realitynya walaupun kononnnya ramai kaum melayu diberi keistimewaan kononnya d universiti tetapi tidak menghasilkan apa-apa dalam dunia persaingan kerjaya yang sebenar.

Polisi ini menurut kawan cina saya adalah baik untuk kaum cina supaya memotivasikan diri mereka kerja kuat dan menjadi lebih baik. Adat bagi manusia yang terlalu dimanjakan tentu sahaja akan merosak diri.

Bagi pendapat saya, Sistem atau polisi tidak menjamin apa-apa. Yang penting diri sendiri dalam meneroka dunia sebenar. Berada di University atau tidak bukanlah menjamin kejayaan di dunia kerjaya yang sebenar. begitu juga cgpa yang tinggi atau tidak. Semua itu bukan ukuran yang tepat dalam memahami reality kebolehan seseorang dalam untuk berjaya dalam dunia sebenar. Ia dari diri sendiri yang sanggup gunakan apa yang ada bukan asyik merungut apa yang tiada!

Teringat kata arwah moyang "orang yang bangang akan membenci/tidak puas hati melihat kelebihan orang lain dan asyik merungut kekurangan diri atau apa yang tiada. tetapi orang yang bijak adalah suka melihat kelebihan orang lain dan tahu menggunakan apa yang ada untuk membawa kebaikan diri sendiri dan untuk semua."

mari kita lihat orang yang bangang berbicara ;


Reality ini dapat dilihat sepertimana Benua Afrika sebuah negara paling kaya dari segi hasil bumi, emas yang banyak intan permata dan sebagainya namun ia tidak menjamin kebahagiaan warganya. Mereka asyik berperang berebut harta sesama mereka. Jurang kekayaan yang jauh juga menyebabkan kebuluran yang teruk dan adakah tiada kemanusiaan di hati mereka...? menjadikan tempat mereka sebagai tidak selamat. Ini dinyatakan rakan saya dari Tanzania tentang suasana masyarakatnya yang suka merompak dan membunuh demi duit.

Berbeza di Negara-negara yang maju dan aman damai, yang kurang hasil buminya.. malahan terpaksa membeli galian dari negara-negara porak poranda ini... jurang kekayaan tidaklah terlalu jauh. kerana pengagihan yang tidak terlalu tamak dan jenayah juga kurang.

Di Malaysia ini sendiri, Golongan terdesak ini semakin mula wujud dan ramai. meletakkan dan menghimpun kekayaan secara tamak sehingga pengagihan kekayaan mula dilihat tidak selamat. Ini secara tidak langsung mewujudkan golongan bangang terdesak yang kelak akan mewujudkan jenayah dan huru hara. Indeks Jenayah juga meningkat. Bayangkan golongan bangang ini menjadi tersempit di Malaysia. Sudah pasti negara akan menjadi huru-hara. Ini adalah kerana golongan bangang yang hanya pandai merungut ini tentu sahaja menjadi lebih teruk dan berbahaya dengan keamanan di Malaysia.

Berbeza dengan golongan pintar ditekan atau tidak diberi kelebihan. Mereka tentu dapat menggunakan apa yang ada untuk berjaya dengan ruang dan peluang yang sangat banyak di dunia nan sementara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here