Khamis, 1 September 2011

Penulisan purba mengundang kesalahfahaman

Penulisan Purba tentang sesuatu adalah menggunakan kaedah simbol mewakili gambar-gambar yang boleh terdedah kepada kepada kesalahan interpretasi semasa zaman yang berubah-berubah fahaman. Maka dari situ muncul pelbagai penafsiran kurang tepat anak-anak cucu tentang pemahaman asal sesuatu penulisan hingga ditafsir pelbagai maksud yang lari maksud asal oleh para ilmuan purbakala yang diajarkan ALLAH dengan perantaraan Qalam atau pena yang mencoret ilmu ketauhidan semenjak zaman ADAM a.s.

Akibatnya hilang kesinambungan sejarah punca ISLAM dengan mudah diterima oleh masyarakat melayu di ASIA Tenggara yang kononnya beragama hindu-budha sehingga seperti peralihan tidak masuk akal, sekadar melalui mimpi atau sebab-sebab perdagangan semata-mata. Sedangkan banyak tempat yang juga melakukan aktiviti perdagangan tidak pun terpengaruh dengan ISLAM yang diimejkan dengan keadaan seperti mahu mengubah ketetapan ALLAH yang menjadikan manusia ajam pelbagai kaum kepada menjadi Bangsa Arab Quraisy atau lain-lain ciri ciri assobiyyah yang cuba menjadi dominan dengan cara begitu bathil. Atau lain-lain unsur seperti unsur perkauman atau Assobiyah iaitu berkerjasama dalam kebathilan dalam mengada-ngadakan pelbagai cerita/ hukum Islam hingga menjadi asing/pelik kepada penduduk tempatan dengan beratus ribu hadits palsu yang begitu hebat tersebar semasa itu.

Apa daya penarik sebenar? itulah pasti ada asas yang boleh dikesinambungkan. Sebagaimana Ahlil Kitab monotheisme. keesaan tuhan. keberadaan patung atau lukisan bergambar tidak boleh ditafsir sesuka hati sebagai sembahan mereka atau anisme .. patung atau gambar boleh sahaja hasil kerja seni hiasan
(تَمَـٰثِيلَ ) sebagaimana kisah Nabi Sulaiman dalam mengarahkan jin2 dalam mengerjakannya sebagaimana diterangkan dalam surah saba' ayat 13 yang amat terkenal.

يَعۡمَلُونَ لَهُ ۥ مَا يَشَآءُ مِن مَّحَـٰرِيبَ وَتَمَـٰثِيلَ وَجِفَانٍ۬ كَٱلۡجَوَابِ وَقُدُورٍ۬ رَّاسِيَـٰتٍۚ ٱعۡمَلُوٓاْ ءَالَ دَاوُ ۥدَ شُكۡرً۬اۚ وَقَلِيلٌ۬ مِّنۡ عِبَادِىَ ٱلشَّكُورُ

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Dengan kejahilan kita dengan senang hati dan berani tanpa rasa berdosa mengkafirkan ummat terdahulu nenek moyang kita tanpa pengetahuan yang jelas. Semuanya hanya sangkaan2 dan bacaan sumber sejarah yang boleh sahaja bersama dengan salah faham atau penafsiran yang terputus.(tiada kaedah penceritaan yang jelas turun temurun). akibat dari sikap penjajah inggeris kristian yang memaksakan pelbagai peraturan atau konspirasi menghapuskan sejarah dengan sesuka hati.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Something not Nice about internet transaction

Online matter in what so ever language u use, we need very careful on error handling. once the hacker detected what language you use on programming via error handling. they will simply hack down your web security as basic childish logic will work out.

some useful tools

Java runtime
Paros Proxy <--- google

Tamper Data .... add on on firefox
Cain & Abel <--- password recovery tools

semua catatan tentang perkembangan

http://www.exploit-db.com/


Jumaat, 29 Julai 2011

Malaysia gagal memecah rekod!

Malaysia masih gagal memecahkan rekod seri bila bermain di tempat sendiri dan menentang Singapura!

Khamis, 28 Julai 2011

Semoga berjaya Harimau Malaysia


Semoga mencapai 10 berbalas 1

Selasa, 26 Julai 2011

Asas dalam diri sebelum boleh Ruqyah menentang Syaitan

Sesungguhnya syaitan musuh bagimu maka jadikanlah mereka musuh...

Apabila kita hendak menruqyah atau menguatkan dinding diri kebal terhadap musuh2 Allah, pertama sekali hendaklah kita jelas bahawa tujuan kita samada diri kita atau musuh2 kita diciptakan ialah untuk beribadat kepadaNYA.

Yakinlah kekuasaan Allah dan keagunganNYA betapa DIA tak memerlukan kita tetapi kitalah yang ada keinginan yang memerlukan keizinanNYA untuk menunaikan segala jenis keinginan kita. Jangan sekali2 memandang hebat dan gerun kepada manusia, jin atau segala jenis makhlukNYA. tapi gerunlah pada ALLAH yang mendatangkan rasa gerun tersebut. Sesungguhnya segala ibadat kita amal kebaikan kita walaupun sehingga hilang seluruh harta benda atau hilang nyawa sekalipun tidak sedikit pun beri faedah pada ALLAH. Ia hanya untuk kebaikan dan faedah diri kita melalui limpah kurnia belas kasihan Allah pada kita.
Sesungguhnya Tipu daya syaitan itu lemah.

Sesungguhnya jin dan manusia tidak boleh menginayai satu sama lain. dan sesungguhnya doa orang terinaya amat makbul/dekat di sisi Allah samada melalui kata-kata dan fitnah atau perbuatan fizikal. Melainkan kita termasuk orang yang membuat inaya sesama manusia atau jin samada disedari atau tidak disedari, maka orang sebeginilah yang kelak mudah diserang oleh makhluk halus dan sebagainya.

Bertaubatlah, dengan sesungguh taubat atas segala kesombongan diri kita samada disedari atau tidak disedari. Amin.

Rabu, 29 Jun 2011

apa blog bagi saya?

Pada permulaan saya berblog cuba nak ikut contoh org lain yang suka berblog tak tentu hala. memang niat asal blog ini untuk menghimpun semua log kerja kerja yang dilakukan terutama berkenaan komputer atau kereta. ini penting sebab kita tak mampu ingat semua tapi sekurang-kurannya kita boleh rujuk balik kerja-kerja yang boleh dilakukan tetapi jarang dilakukan sebab jarang rosak jarang jadi lagu tu.

kalau nak simpan dalam bentuk kertas risikonya tetap ada untuk semua perkara. kertas pandai lusuh kadangkala simpan dalam hard disk pun berisiko tinggi sebab hard disk kadang kala korup. sedih juga hampir 1 Gigabyte log kerja saya buat disimpan dalam disket dan hard disk hilang begitu sahaja. blog semacam rekod log kerja saya yg dicampur aduk dengan khayalan dan imaginasi supaya menjadi kod untuk mengingat sesuatu ilmu. yang hanya sanya saya yang boleh memahaminya.

Tarikh hari ini

slow connection? click here