Sesungguhnya syaitan musuh bagimu maka jadikanlah mereka musuh...
Apabila kita hendak menruqyah atau menguatkan dinding diri kebal terhadap musuh2 Allah, pertama sekali hendaklah kita jelas bahawa tujuan kita samada diri kita atau musuh2 kita diciptakan ialah untuk beribadat kepadaNYA.
Yakinlah kekuasaan Allah dan keagunganNYA betapa DIA tak memerlukan kita tetapi kitalah yang ada keinginan yang memerlukan keizinanNYA untuk menunaikan segala jenis keinginan kita. Jangan sekali2 memandang hebat dan gerun kepada manusia, jin atau segala jenis makhlukNYA. tapi gerunlah pada ALLAH yang mendatangkan rasa gerun tersebut. Sesungguhnya segala ibadat kita amal kebaikan kita walaupun sehingga hilang seluruh harta benda atau hilang nyawa sekalipun tidak sedikit pun beri faedah pada ALLAH. Ia hanya untuk kebaikan dan faedah diri kita melalui limpah kurnia belas kasihan Allah pada kita.
Sesungguhnya Tipu daya syaitan itu lemah.
Sesungguhnya jin dan manusia tidak boleh menginayai satu sama lain. dan sesungguhnya doa orang terinaya amat makbul/dekat di sisi Allah samada melalui kata-kata dan fitnah atau perbuatan fizikal. Melainkan kita termasuk orang yang membuat inaya sesama manusia atau jin samada disedari atau tidak disedari, maka orang sebeginilah yang kelak mudah diserang oleh makhluk halus dan sebagainya.
Bertaubatlah, dengan sesungguh taubat atas segala kesombongan diri kita samada disedari atau tidak disedari. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.