Penulisan Purba tentang sesuatu adalah menggunakan kaedah simbol mewakili gambar-gambar yang boleh terdedah kepada kepada kesalahan interpretasi semasa zaman yang berubah-berubah fahaman. Maka dari situ muncul pelbagai penafsiran kurang tepat anak-anak cucu tentang pemahaman asal sesuatu penulisan hingga ditafsir pelbagai maksud yang lari maksud asal oleh para ilmuan purbakala yang diajarkan ALLAH dengan perantaraan Qalam atau pena yang mencoret ilmu ketauhidan semenjak zaman ADAM a.s.
Akibatnya hilang kesinambungan sejarah punca ISLAM dengan mudah diterima oleh masyarakat melayu di ASIA Tenggara yang kononnya beragama hindu-budha sehingga seperti peralihan tidak masuk akal, sekadar melalui mimpi atau sebab-sebab perdagangan semata-mata. Sedangkan banyak tempat yang juga melakukan aktiviti perdagangan tidak pun terpengaruh dengan ISLAM yang diimejkan dengan keadaan seperti mahu mengubah ketetapan ALLAH yang menjadikan manusia ajam pelbagai kaum kepada menjadi Bangsa Arab Quraisy atau lain-lain ciri ciri assobiyyah yang cuba menjadi dominan dengan cara begitu bathil. Atau lain-lain unsur seperti unsur perkauman atau Assobiyah iaitu berkerjasama dalam kebathilan dalam mengada-ngadakan pelbagai cerita/ hukum Islam hingga menjadi asing/pelik kepada penduduk tempatan dengan beratus ribu hadits palsu yang begitu hebat tersebar semasa itu.
Apa daya penarik sebenar? itulah pasti ada asas yang boleh dikesinambungkan. Sebagaimana Ahlil Kitab monotheisme. keesaan tuhan. keberadaan patung atau lukisan bergambar tidak boleh ditafsir sesuka hati sebagai sembahan mereka atau anisme .. patung atau gambar boleh sahaja hasil kerja seni hiasan
(تَمَـٰثِيلَ ) sebagaimana kisah Nabi Sulaiman dalam mengarahkan jin2 dalam mengerjakannya sebagaimana diterangkan dalam surah saba' ayat 13 yang amat terkenal.
يَعۡمَلُونَ لَهُ ۥ مَا يَشَآءُ مِن مَّحَـٰرِيبَ وَتَمَـٰثِيلَ وَجِفَانٍ۬ كَٱلۡجَوَابِ وَقُدُورٍ۬ رَّاسِيَـٰتٍۚ ٱعۡمَلُوٓاْ ءَالَ دَاوُ ۥدَ شُكۡرً۬اۚ وَقَلِيلٌ۬ مِّنۡ عِبَادِىَ ٱلشَّكُورُ
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
Dengan kejahilan kita dengan senang hati dan berani tanpa rasa berdosa mengkafirkan ummat terdahulu nenek moyang kita tanpa pengetahuan yang jelas. Semuanya hanya sangkaan2 dan bacaan sumber sejarah yang boleh sahaja bersama dengan salah faham atau penafsiran yang terputus.(tiada kaedah penceritaan yang jelas turun temurun). akibat dari sikap penjajah inggeris kristian yang memaksakan pelbagai peraturan atau konspirasi menghapuskan sejarah dengan sesuka hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.