Pada permulaan saya berblog cuba nak ikut contoh org lain yang suka berblog tak tentu hala. memang niat asal blog ini untuk menghimpun semua log kerja kerja yang dilakukan terutama berkenaan komputer atau kereta. ini penting sebab kita tak mampu ingat semua tapi sekurang-kurannya kita boleh rujuk balik kerja-kerja yang boleh dilakukan tetapi jarang dilakukan sebab jarang rosak jarang jadi lagu tu.
kalau nak simpan dalam bentuk kertas risikonya tetap ada untuk semua perkara. kertas pandai lusuh kadangkala simpan dalam hard disk pun berisiko tinggi sebab hard disk kadang kala korup. sedih juga hampir 1 Gigabyte log kerja saya buat disimpan dalam disket dan hard disk hilang begitu sahaja. blog semacam rekod log kerja saya yg dicampur aduk dengan khayalan dan imaginasi supaya menjadi kod untuk mengingat sesuatu ilmu. yang hanya sanya saya yang boleh memahaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.