Rabu, 29 Jun 2011

apa blog bagi saya?

Pada permulaan saya berblog cuba nak ikut contoh org lain yang suka berblog tak tentu hala. memang niat asal blog ini untuk menghimpun semua log kerja kerja yang dilakukan terutama berkenaan komputer atau kereta. ini penting sebab kita tak mampu ingat semua tapi sekurang-kurannya kita boleh rujuk balik kerja-kerja yang boleh dilakukan tetapi jarang dilakukan sebab jarang rosak jarang jadi lagu tu.

kalau nak simpan dalam bentuk kertas risikonya tetap ada untuk semua perkara. kertas pandai lusuh kadangkala simpan dalam hard disk pun berisiko tinggi sebab hard disk kadang kala korup. sedih juga hampir 1 Gigabyte log kerja saya buat disimpan dalam disket dan hard disk hilang begitu sahaja. blog semacam rekod log kerja saya yg dicampur aduk dengan khayalan dan imaginasi supaya menjadi kod untuk mengingat sesuatu ilmu. yang hanya sanya saya yang boleh memahaminya.

Rabu, 22 Jun 2011

basic bangsa melayu asli

Percubaan pemalsuan fakta untuk menyatakan kebanyakan suku kaum polynesia atau malays adalah berasal dari taiwan atau yunnan adalah agak menghairankan, tanpa sebarang kajian atau bukti mereka sesuka hati menyatakannya. realitynya bangsa yunnan adalah bangsa terbitan percampuran antara bangsa monggoloid dan bangsa malays berdasarkan teori yang dimulakan oleh saintist yang melakukan kajian dan menerbitkan journal bersama fakta-fakta kajian bukan sekadar kenyataan kosong dan bohong. Bangsa Cina utara mungkin ada percampuran caucasian+monggoloid+malay dan bangsa cina selatan mungkin percampuran Monggoloid+malay dan negroid. manakala melayu yang mendiami Asia Tenggara mungkin juga menghadapi lagi banyak percampuran sehingga menjadi seperti sekarang.

di Bawah ialah wajah melayu asli dengan ciri-ciri seperti berikut. berdasarkan rupabentuk tengkorak perak man. (imaginasi penulis) berdasarkan pemerhatian penulis dengan pelbagai suku kaum polynesia
dahi yang bonjol sedikit ke depan(sulah), luas, rambut lurus tetapi tidak tebal. hidung yang kecil tapi mancung . mata yang agak bulat tetapi tajam. kening yang kurang lebat.






Antara hasil kajian dan disiarkan di internet

http://www.cell.com/AJHG/abstract/S0002-9297%2811%2900010-3

Menjadi bangsa campuran mungkin menjadikan kita lebih baik.

Sains Bahan

Sains Bahan adalah asas teknologi. dalam kitab purba yang berusia ribuan tahun dulu dalam tulisan melayu lama ada menceritakan tentang hukum bahan atau "Rang Han" atau dalam bahasa terkini di panggil Kejuruteraan Bahan.

Ia terbahagi kepada bahan Logam tulen, bukan logam dan Komposit atau Aloi atau Khurs. menurut pengertian dan pengetahuan semasa. Wurais atau logam Tulen ada 5 fizikal yang boleh dikenali ketumpatan(density), pengembangan haba( dan keberaliran(duct), titik cair. (melting point) dan magnetik

Khamis, 16 Jun 2011

lawak Facebook -

16 Jun 2011, dalam kesibukan kerja ada gambar dipaprkan dalam album facebook. saja klik kanan supaya boleh "save as"
tetapi malangnya disimpan dalam format htm atau mht.


Ini beerti gambar tersebut tak boleh download. perlukah protection/perlindungan sehingga begitu. fefahamjerla.


apa susah guna jer butang printscreen pastu paste jer di paint abis.

Khamis, 2 Jun 2011

membalas kejahatan dengan kebaikan

Ibu kita lah yang telah membalas kejahatan kita dengan kebaikan. Kita selaku anak telah menyusahkan selama 9 bulan kemudian menyakitkannya ketika melahirkan kita tapi diberinya kita kebaikan susu yang menyegarkan dan mendewasakan. Setelah itu kita juga yang menyusahkan mereka dengan perangai dan tingkah laku yang menyusahkan, degil atau sengal.

Rabu, 25 Mei 2011

Motivasi memajukan diri

Terngiang-ngiang dalam fikiran ku surah al anfaal ayat 60.terutama perkataan "mastata'tum min Uqwah. yang bermaksud "seluruh kemampuan dari segala jenis kekuatan". memang amat memberi kesan mendalam pada diriku, dalam ayat yang sama telah Allah beri misal dari segi kuda dan lain-lainnya yang merupakan lebih kepada bentuk persediaan peperangan yang klasik bagi tujuan menggerunkan musuh-musuh Allah samada yang dikenali atau tidak diketahui.

Dalam zaman keamanan di mana mereka lebih cenderong kepada perdamaian. maka usaha perlu dipertingkatkan juga kepada kebolehan penggunaan teknologi yang seharusnya dipermaju dan dipertingkat. memperingati dalam menyiapkan diri dalam seluruh kekuatan dalam menghadapi 5 perkara kemudahan sebelum 5 perkara kesusahan.

Khamis, 19 Mei 2011

Technology anti-gravity.

Karya ini dipetik dari tulisan asal dalam bahasa lama diterjermah kepada dalam bahasa melayu mengikut tahap kemampuan penulis dalam memahami maksud sebenar penulis asal yang telah hidup 5 ribu tahun dahulu.

Semua benda terdiri dari berjuta-juta atom atau material ada 4 keadaan... iaitu samada angin (mungkin gas), menjadi air, pepejal atau terapung(anti-gravity). semuanya ditentukan tahap berbeza-beza disebabkan haba samada sejuk atau panas.


untuk menjadikan sesuatu itu anti-gravity. sesuatu bahan itu perlu ditentukan tahap beku, tahap cair dan tahap gas dan satu tahap antigravity dapat dihasilkan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here