Terngiang-ngiang dalam fikiran ku surah al anfaal ayat 60.terutama perkataan "mastata'tum min Uqwah. yang bermaksud "seluruh kemampuan dari segala jenis kekuatan". memang amat memberi kesan mendalam pada diriku, dalam ayat yang sama telah Allah beri misal dari segi kuda dan lain-lainnya yang merupakan lebih kepada bentuk persediaan peperangan yang klasik bagi tujuan menggerunkan musuh-musuh Allah samada yang dikenali atau tidak diketahui.
Dalam zaman keamanan di mana mereka lebih cenderong kepada perdamaian. maka usaha perlu dipertingkatkan juga kepada kebolehan penggunaan teknologi yang seharusnya dipermaju dan dipertingkat. memperingati dalam menyiapkan diri dalam seluruh kekuatan dalam menghadapi 5 perkara kemudahan sebelum 5 perkara kesusahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.