Jumaat, 29 Julai 2011

Malaysia gagal memecah rekod!

Malaysia masih gagal memecahkan rekod seri bila bermain di tempat sendiri dan menentang Singapura!

Khamis, 28 Julai 2011

Semoga berjaya Harimau Malaysia


Semoga mencapai 10 berbalas 1

Selasa, 26 Julai 2011

Asas dalam diri sebelum boleh Ruqyah menentang Syaitan

Sesungguhnya syaitan musuh bagimu maka jadikanlah mereka musuh...

Apabila kita hendak menruqyah atau menguatkan dinding diri kebal terhadap musuh2 Allah, pertama sekali hendaklah kita jelas bahawa tujuan kita samada diri kita atau musuh2 kita diciptakan ialah untuk beribadat kepadaNYA.

Yakinlah kekuasaan Allah dan keagunganNYA betapa DIA tak memerlukan kita tetapi kitalah yang ada keinginan yang memerlukan keizinanNYA untuk menunaikan segala jenis keinginan kita. Jangan sekali2 memandang hebat dan gerun kepada manusia, jin atau segala jenis makhlukNYA. tapi gerunlah pada ALLAH yang mendatangkan rasa gerun tersebut. Sesungguhnya segala ibadat kita amal kebaikan kita walaupun sehingga hilang seluruh harta benda atau hilang nyawa sekalipun tidak sedikit pun beri faedah pada ALLAH. Ia hanya untuk kebaikan dan faedah diri kita melalui limpah kurnia belas kasihan Allah pada kita.
Sesungguhnya Tipu daya syaitan itu lemah.

Sesungguhnya jin dan manusia tidak boleh menginayai satu sama lain. dan sesungguhnya doa orang terinaya amat makbul/dekat di sisi Allah samada melalui kata-kata dan fitnah atau perbuatan fizikal. Melainkan kita termasuk orang yang membuat inaya sesama manusia atau jin samada disedari atau tidak disedari, maka orang sebeginilah yang kelak mudah diserang oleh makhluk halus dan sebagainya.

Bertaubatlah, dengan sesungguh taubat atas segala kesombongan diri kita samada disedari atau tidak disedari. Amin.

Rabu, 29 Jun 2011

apa blog bagi saya?

Pada permulaan saya berblog cuba nak ikut contoh org lain yang suka berblog tak tentu hala. memang niat asal blog ini untuk menghimpun semua log kerja kerja yang dilakukan terutama berkenaan komputer atau kereta. ini penting sebab kita tak mampu ingat semua tapi sekurang-kurannya kita boleh rujuk balik kerja-kerja yang boleh dilakukan tetapi jarang dilakukan sebab jarang rosak jarang jadi lagu tu.

kalau nak simpan dalam bentuk kertas risikonya tetap ada untuk semua perkara. kertas pandai lusuh kadangkala simpan dalam hard disk pun berisiko tinggi sebab hard disk kadang kala korup. sedih juga hampir 1 Gigabyte log kerja saya buat disimpan dalam disket dan hard disk hilang begitu sahaja. blog semacam rekod log kerja saya yg dicampur aduk dengan khayalan dan imaginasi supaya menjadi kod untuk mengingat sesuatu ilmu. yang hanya sanya saya yang boleh memahaminya.

Rabu, 22 Jun 2011

basic bangsa melayu asli

Percubaan pemalsuan fakta untuk menyatakan kebanyakan suku kaum polynesia atau malays adalah berasal dari taiwan atau yunnan adalah agak menghairankan, tanpa sebarang kajian atau bukti mereka sesuka hati menyatakannya. realitynya bangsa yunnan adalah bangsa terbitan percampuran antara bangsa monggoloid dan bangsa malays berdasarkan teori yang dimulakan oleh saintist yang melakukan kajian dan menerbitkan journal bersama fakta-fakta kajian bukan sekadar kenyataan kosong dan bohong. Bangsa Cina utara mungkin ada percampuran caucasian+monggoloid+malay dan bangsa cina selatan mungkin percampuran Monggoloid+malay dan negroid. manakala melayu yang mendiami Asia Tenggara mungkin juga menghadapi lagi banyak percampuran sehingga menjadi seperti sekarang.

di Bawah ialah wajah melayu asli dengan ciri-ciri seperti berikut. berdasarkan rupabentuk tengkorak perak man. (imaginasi penulis) berdasarkan pemerhatian penulis dengan pelbagai suku kaum polynesia
dahi yang bonjol sedikit ke depan(sulah), luas, rambut lurus tetapi tidak tebal. hidung yang kecil tapi mancung . mata yang agak bulat tetapi tajam. kening yang kurang lebat.






Antara hasil kajian dan disiarkan di internet

http://www.cell.com/AJHG/abstract/S0002-9297%2811%2900010-3

Menjadi bangsa campuran mungkin menjadikan kita lebih baik.

Sains Bahan

Sains Bahan adalah asas teknologi. dalam kitab purba yang berusia ribuan tahun dulu dalam tulisan melayu lama ada menceritakan tentang hukum bahan atau "Rang Han" atau dalam bahasa terkini di panggil Kejuruteraan Bahan.

Ia terbahagi kepada bahan Logam tulen, bukan logam dan Komposit atau Aloi atau Khurs. menurut pengertian dan pengetahuan semasa. Wurais atau logam Tulen ada 5 fizikal yang boleh dikenali ketumpatan(density), pengembangan haba( dan keberaliran(duct), titik cair. (melting point) dan magnetik

Tarikh hari ini

slow connection? click here