Selasa, 15 Februari 2011

Sistem nombor bahasaku


bahasaku adalah bahasa turun temurun yang tidak dipakai lagi dalam keluargaku. Ia hanya bahasa lama yang dilupakan. bahasa agak ringkas kerana ia bahasa yang digunakan di atas kapal pelayaran (jong). berbeza bahasa melayu di darat, ia perlu ringkas kerana komunikasi perlu pantas dan cepat. manakala bahasa melayu darat banyak dipengaruhi dengan bahasa sanskrit kut.

pengiraan
es - satu -
de - dua
le - tiga
ep - empat
em - lima
ne - enam
ejh -tujuh
er - lapan
ez - sembilan
Soh - Sepuluh
Sos - Sebelas
Sot/sod - dua belas
Sol - tiga belas
Sop - empat belas
som - lima belas
Son - enam belas
Soj - tujuh belas
Sore - lapan belas
Soze = Sembilan belas
Doh -duapuluh
Dos - dua puluh satu
Dod - dua puluh dua
Dot - dua puluh dua
Dol - dua puluh tiga
dop - dua puluh empat
sa - seratus
si - seribu
soi - sepuluh ribu
sai - seratus ribu

su - sejuta

bahasa sanskrit -
Ekam, dve, trini, catvari, panca, sat, sapta, astau,
nava, dasa, ekadasa, dvadasa, trayodasa, caturdasa,
pancadasa, sodasa, saptadasa, astadasa

Contoh panggilan nombor

3009297 tiga juta sembilan ribu dua ratus sembilan puluh tujuh
sebutan dalam bahasaku - Luzi dazoj



contoh
at = melihat

ma-at = mata atau melihat

nti - berhenti, tamat berakhir

ma-nti - mati atau menghenti

a = apa - what?

aph = kenapa - why?

ate = bagaimana = how?

a-dhi = di mana? = where
a-dha = ada ke ? = did have?

ano = siapa nama = who?

anu = apa nama? = what

bi-lha = bila = when?

bira = berapa = how much?

lha - masa = time

Lha-ni - masakini, sekarang - now

te-lha - masa yang dah berlalu, masa dulu.. telah terjadi. = past




Bahasa Jong adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa yang berperahu besar kira-kira 10000 s.m yang menjalankan perdagangan jauh mungkin dengan kerajaan bani Saba' Yaman atau mungkin dengan kerajaan purba mesir Fir'aun.

Perjalanan perdagangan yang jauh menyebabkan mereka lebih banyak masa di laut berbanding di darat. berada di laut yang penuh cabaran dan perlu tindakan pantas seperti menghadapi ribut dan taufan di tengah laut menyebabkan bahasa mereka lebih ringkas berbanding bahasa melayu biasa. Sistem pengiraan mereka dgunakan dalam pengiraan bintang- yg banyak di langit dalam mengagak dan menentukan lokasi mereka di tengah-tengh lautan luas.

Antara bintang yang menyerupai bintang piscess
bintang s-ik-langlhana - gambar di bawah adalah bentuk tulisannya untuk mengeja. diolah tulisan tersebut menjadi seperti simbol ikan mengikut susunan bintang.
S
Gambar dibawah ialah ehsan wikipedia.org

manakala bawah ialah bagaimana rumitnya bentuk bintang mewakili huruf yang huruf-huruf tulisan Jong lama membentuk ejaan S-ik-langlana yang bermakna musim terbaik mencari ikan besar seperti tenggiri atau tongkol.


#TULISAN

tulisan Bangsa Jong ini ada 35 huruf. mempunyai sistem seperti tulisan Rencong dan Lontara Bugis Makassar atau tulisan batak. bentuk hampir sama tapi berbeza.

berikut adalah contoh huruf ejaan dan makna



bo = rumah contah ayat bolaku beerti ini adalah rumah aku
bi = ruang kecil, terbiar, tidak penting... contoh ayat biadab. beerti terbiar adab. contoh ayat lain "biasa" beerti terbiar sahaja usaha... ulasan tak perlu usaha kuat sebab boleh dibuat dengan sambil lewa
bu = beerti tempat tanah lebih tinggi, asal usul, ibu.
ba = muncul dari sesuatu. keluar, terbit, baru, tidak diketahui sepenuhnya.
be = milik
bay = buang, melepaskan, contoh ayat "baybas"... makna melepaskan diri dari kongkongan (free) contoh ayat lain "ku membayrok"... erti aku membuang kotoran
bai = bayi - anak kecik yg suci
bau = hidung, bau - smell, contoh ayat. bau-ng = bau yang tidak sedap. busuk... bau-ngi= bau yang sedap, wangi

Semua adalah disampaikan secara sampai menyampai dari Tok Nenek moyang pemegang salah silah. untuk yg ingin mengetahui sahaja.

Isnin, 7 Februari 2011

Teori 5 bangsa utama.

Selama ini kita suka mengklasifikasikan bangsa mengikut warna kulit tetapi ia sebenarnya tidak tepat. warna kulit boleh dipengaruhi oleh cuaca dan pemakanan sesorang. Seperti pengambilan diet tertentu boleh mengubah warna kulit sesuatu bangsa. tetapi tidaklah sekejap itu jugak. Mungkin setelah melalui beberapa keturunan.

Seorang saintist German dengan bersungguh-sungguh mengkaji bangsa bernama Johann Friedrich Blumenbach telah membuat keputusan bahawa bangsa dikelasifikasikan kepada 5 bentuk tengkorak. iaitu... seperti ditunjukkan pada gambarajah di bawah.



iaitu
1. Oriental seperti Cina,Monggolia.

2.American Aborigins atau kaum red indian.

3.Caucasian atau kebanyakkannya kulit putih

4. Malay atau austrosia, polinesia

5. Negroid. atau african

Tetapi ada juga pertengahan atau percampuran menjadikan ia mempunyai rupa campuran tetapi bentuk tengkorak tetap menjadi salah satu dari 5 ini. Ini dapat dilihat banyak di kawasan-kawasan pertembungan budaya seperti di Jalan Sutera. Tanah ARAB dan Afrika Utara. Semenanjung Malaysia, Jepun, Israil dan lain-lain.

Ini Teori berdasarkan kepada kajian yang banyak mengambil data dan tengkorak di seluruh dunia. Jadi berdasarkan ini, kemungkinan juga atau tidak mustahil ada anak2 Adam yang pupus keturunannya. Berdasarkan lokasi contohnya yang cuba dibentang pengkaji lain Meyers yang berpendapat pembahagian kepada 3 bangsa. berdasarkan warna kulit telah gagal dan apabila berlaku perubahan warna kulit oleh bangsa ini bila mereka berhijrah mengubah cara hidup. Atau Perubahan zaman kini yang tentu juga mengubah cara makan sesuatu kaum membuktikan pengkelasan warna kulit adalah sesat.



Begitu juga tentang warna mata biru, cokelat dan lain-lain. Ia tidak akan tetap. sebagai contoh bangsa Ainu yang bermata biru dan kulit lebih cerah pada awalnya disangka adalah caucasian. Tetapi setelah kajian DNA dilakukan didapati ianya adalah menghampiri Tibet atau Andaman atau polynesia. rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Ainu_people#Origins

Sabtu, 5 Februari 2011

Cubaan untuk berkuasa dan mendapat kuasa.

Sebuah Kerajaan tidak akan berjaya tanpa sokongan rakyat yang akan berkerja sebagai tentera, polis dan lain lain tanpa motivasi dan sesuatu semangat. RAJA2 zaman dahulu telah lama guna pelbagai taktik dalam memikat hati Rakyat supaya berkerja untuk Negara dan sebagainya melalui Pelbagai kaedah seperti mengaku Wakil Tuhan, Dilantik oleh Tuhan dan Tidak Kurang yang lebih gila Mengaku TUHAN.

Walaupun Sesebuah Kerajaan itu, mempunyai bijak pandai berilmu tinggi dan menggunakan system syuro. tanpa sokongan majoriti rakyat ia HANYA SYOK SENDIRI. Tiada tentera yang bermotivasi tinggi sanggup mati disamping upah yang setimpal juga selain jaminan kebajikan keluarga.

Zaman ini, konsep Negara Sekular pula cuba cara baru pulak iaitu konsep logik dan rasa semangat kekitaan. Walaupun cara ini, AGAK TIDAK KUAT. sebab mengakibatkan semua orang fikir untuk untung sahaja.

Teringat saya pada ABUYA AL ARQAM ketika dituduh sesat. Semasa ditanya tentang niatnya mengaku sebagai BANI TAMIM. Beliau menjawab dengan selamba sebagai merujuk usaha dilakukan oleh banyak pemimpin Islam cuba menawan kota Istanbul kini dari ROME tapi gagal. Mereka berusaha melakukannya kerana merujuk hadits bertaraf Fitan(hadits ramalan masa depan). AKhirnya berjaya oleh Muhammad El Fatih.

Sehubungan dengan itu, beliau pun nak cuba menjadi insan yang akan membawa panji dari timur yang akan memberi bantuan kepada El Mahdi.

Kini melalui blog ramai juga nak cuba nasib mempertegakkan menjadi khalifah

seperti--->


http://tausug-global.blogspot.com/2010/10/sejarah-sulug-mengapa-tausug-enggan.html"



sebenarnya ada berjuta-juta lagi laman web sebegini yang cuba nak jadi Khalifah.

Jumaat, 4 Februari 2011

kumpulan Laman web Semangat Melayu

Rasullullah mencintai bangsanya. Tapi kecintaan Rasul pada Bangsanya adalah untuk membimbing Bangsanya menuju ke Jalan Syurga. Menunaikan perintah Allah terhadap budaya Bangsa dengan menghapuskan kekarutan-kekarutan dan kesesatan2. Rasullullah segak bergaya dengan pakaian bangsa Arab Bani Hashim dengan penuh kerendahan diri pada Allah. Itulah sunnah rasul yang dilahirkan sebagai Bangsa ARAB. Sebaik-baik teladan dalam ia mengamalkan kebiasaan dan kebudayaan bangsanya selagi mana tidak bertentangan dengan Wahyu Allah.

Rasullullah sama sekali tidak mengajarkan Assobiyah iaitu berkerjasama dalam perkara kebathilan kerana cintakan kumpulan, bangsa sendiri atau kelompok tertentu.

Dan Allah jadikan kita berbeza-beza untuk kita saling kenal mengenal dengan adanya perbezaan itu. Tetapi yang mulia di sisi ALLAH adalah mereka yang bertaqwa iaitu sentiasa hidup mencari keredhoaan ALLAH. Mensyukuri segala kurnian ALLAH dan mengunakannya untuk kebaikan Akhirat. Kurniaan ALLAH amat luas dan tidak terhitung.

Perbuatan meninggalkan budaya bangsa sendiri yang baik selagi mana tidak bertentangan dengan Islam adalah bukan sunnah rasullullah. Ia adalah perumpamaan seperti mana orang bodoh yang cuba mengikut resam semut yang baik seperti tolong menolong dengan mengikut segala tingkah laku semut tanpa memikirkan kesesuaiannya dengan manusia.

Atau dalam kata lain mengikut semua perlakuan Rasullullah tanpa memikirkan kesesuaiannya dengan zaman, cuaca dan juga keadaan sesuatu tempat.

Islam diturunkan bukanlah untuk meng'ARABkan manusia tetapi untuk semua manusia yang diciptakan ALLAH pelbagai dari segi budaya, cara fikir dan lain-lain.

Lalu kita sebagai ummat Islam yang diberi hidayah dan juga dari pelbagai perbezaan latarbelakang tentunya Islam amat sesuai untuk semua zaman, tempat dan keadaan.

Sebagai misal, tanah Arab yang tandus luas terbentang tentu sahaja pakaian jubah labuh sangat sesuai. berbeza dengan tanah melayu yang jenis hutan tentu sahaja pakaian seluar yang menutup aurat sangat sesuai.


Kini makin galak ada golongan yang rasa tercabar bila ada cubaan manusia berbangsa tertentu cuba merendah-rendahkan bangsa melayu sebagaimana dibuat penjajah terdahulu melalui Abdullah Munshi, Barua Stamford Raffles bagi memudahkan penjajahan bila sesuatu bangsa itu mendapat penyakit "inferior complex".

Betapa banyak sejarah dipalsukan dan digelapkan demi menjayakan penjajahan Inggeris sehingga menjadi sejarah tak masuk akal yang selama ini dipelajari di sekolah-sekolah kini. Rentetan sejarah menjadi begitu buruk. Bayangkan Lokasi semenanjung yang selama ini adalah laluan perdagangan yang sangat purba. boleh hilang segala catitan purba sebagaimana hilangnya tulisan2 atau paling kurang lakaran lukisan purba di dinding-dinding kota Ayathuyya. Namun begitu semenjak era IT. Segala maklumat itu dapat dilihat kembali melalui muzium-muzium di Portugis, Belanda dan London.

Walaupun fakta mereka nampak banyak anggapan tapi itulah yang sebenarnya yang cuba mereka bongkar. beserta bukti-bukti yang mereka temukan di luar negara yang pastinya terselamat dari pengggubah sejarah oleh penjajah. seperti surat2 purba yang dikirim oleh pemerintah kerajaan-kerajaan purba di Semenanjung Melayu. Sejarah lukisan dinding Perdagangan kerajaan Pyramid Mesir. Catatan pelayar2 CHINA.

http://mistisfiles.blogspot.com/

http://susorgalor.blogspot.com

http://lokalgenius.blogspot.com/

Khamis, 3 Februari 2011

marquee generator

Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!Semoga tambah makmur dan Kaya!

Google earth dgn permukaan bumi

Gambar di bawah ialah jika anda nak pasang plug in google earth.



Setelah Plug in di pasang maka anda perlu tekan f5 untuk refresh.

Setelah tu pilih google earth untuk melihat rupabentuk bumi sesuatu kawasan.


Di bawah pula adalah video menggunakan google earth untuk merakam pemandangan persekitaran JMTI. Bangunan di abaikan cuma rupabumi seperti bukit atau gunung yang boleh dilihat dari JMTI secara mengufuk atau horizontally.

melayan perisian CAD percuma download beta


Sebuah perisian beta percuma download dari http://www.3ds.com/ dassault Systemes. menariknya ia hampir seperti AutoCAD 3d yang tentunya memudahkan kita membiasakan sesetengah plan baru.

Tarikh hari ini

slow connection? click here