Jumaat, 4 Februari 2011

kumpulan Laman web Semangat Melayu

Rasullullah mencintai bangsanya. Tapi kecintaan Rasul pada Bangsanya adalah untuk membimbing Bangsanya menuju ke Jalan Syurga. Menunaikan perintah Allah terhadap budaya Bangsa dengan menghapuskan kekarutan-kekarutan dan kesesatan2. Rasullullah segak bergaya dengan pakaian bangsa Arab Bani Hashim dengan penuh kerendahan diri pada Allah. Itulah sunnah rasul yang dilahirkan sebagai Bangsa ARAB. Sebaik-baik teladan dalam ia mengamalkan kebiasaan dan kebudayaan bangsanya selagi mana tidak bertentangan dengan Wahyu Allah.

Rasullullah sama sekali tidak mengajarkan Assobiyah iaitu berkerjasama dalam perkara kebathilan kerana cintakan kumpulan, bangsa sendiri atau kelompok tertentu.

Dan Allah jadikan kita berbeza-beza untuk kita saling kenal mengenal dengan adanya perbezaan itu. Tetapi yang mulia di sisi ALLAH adalah mereka yang bertaqwa iaitu sentiasa hidup mencari keredhoaan ALLAH. Mensyukuri segala kurnian ALLAH dan mengunakannya untuk kebaikan Akhirat. Kurniaan ALLAH amat luas dan tidak terhitung.

Perbuatan meninggalkan budaya bangsa sendiri yang baik selagi mana tidak bertentangan dengan Islam adalah bukan sunnah rasullullah. Ia adalah perumpamaan seperti mana orang bodoh yang cuba mengikut resam semut yang baik seperti tolong menolong dengan mengikut segala tingkah laku semut tanpa memikirkan kesesuaiannya dengan manusia.

Atau dalam kata lain mengikut semua perlakuan Rasullullah tanpa memikirkan kesesuaiannya dengan zaman, cuaca dan juga keadaan sesuatu tempat.

Islam diturunkan bukanlah untuk meng'ARABkan manusia tetapi untuk semua manusia yang diciptakan ALLAH pelbagai dari segi budaya, cara fikir dan lain-lain.

Lalu kita sebagai ummat Islam yang diberi hidayah dan juga dari pelbagai perbezaan latarbelakang tentunya Islam amat sesuai untuk semua zaman, tempat dan keadaan.

Sebagai misal, tanah Arab yang tandus luas terbentang tentu sahaja pakaian jubah labuh sangat sesuai. berbeza dengan tanah melayu yang jenis hutan tentu sahaja pakaian seluar yang menutup aurat sangat sesuai.


Kini makin galak ada golongan yang rasa tercabar bila ada cubaan manusia berbangsa tertentu cuba merendah-rendahkan bangsa melayu sebagaimana dibuat penjajah terdahulu melalui Abdullah Munshi, Barua Stamford Raffles bagi memudahkan penjajahan bila sesuatu bangsa itu mendapat penyakit "inferior complex".

Betapa banyak sejarah dipalsukan dan digelapkan demi menjayakan penjajahan Inggeris sehingga menjadi sejarah tak masuk akal yang selama ini dipelajari di sekolah-sekolah kini. Rentetan sejarah menjadi begitu buruk. Bayangkan Lokasi semenanjung yang selama ini adalah laluan perdagangan yang sangat purba. boleh hilang segala catitan purba sebagaimana hilangnya tulisan2 atau paling kurang lakaran lukisan purba di dinding-dinding kota Ayathuyya. Namun begitu semenjak era IT. Segala maklumat itu dapat dilihat kembali melalui muzium-muzium di Portugis, Belanda dan London.

Walaupun fakta mereka nampak banyak anggapan tapi itulah yang sebenarnya yang cuba mereka bongkar. beserta bukti-bukti yang mereka temukan di luar negara yang pastinya terselamat dari pengggubah sejarah oleh penjajah. seperti surat2 purba yang dikirim oleh pemerintah kerajaan-kerajaan purba di Semenanjung Melayu. Sejarah lukisan dinding Perdagangan kerajaan Pyramid Mesir. Catatan pelayar2 CHINA.

http://mistisfiles.blogspot.com/

http://susorgalor.blogspot.com

http://lokalgenius.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here