Kejayaan di dunia dan akhirat sebenarnya adalah menurut sepenuhnya jalan2 sunnah Rasul Muhammad s.a.w. dengan kefahaman sebenar bersama dengan proses pembelajaran berterusan yang disertai jiwa yang kuat untuk belajar dan mengkaji.
Menghentikan kajian dan memalaskan akal untuk meneroka kejadian tuhan adalah sifat sombong dari jiwa yang malas lagi lemah. Merupakan punca2 keraguan-keraguan menyerang hati2 manusia dan membuka jalan-jalan kesesatan.
Dari Aisyah r.anhiya (perawi terbanyak ttg perbuatan nabi), katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah salah seorang dari perawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
Semua sunnah di atas adalah panduan asas yang jelas dari segi logik akal adalah untuk kebaikan diri kita dan melihatkan kita adalah pembersih. sebagai misal misai yang terpelihara panjang mengganggu nafas kita risiko misai yang boleh memerangkap kuman di helaian rambut dan menyukarkan penyucian. Namun bisikan syaitan yang sering menampakkan cantik perkara2 yang buruk dan bathil kepada kita tentu nampak misai tentu lebih menarik utk disimpan??
Begitu juga amalan sunnah nabi menjilat jari yang sering golongan yang ada penyakit keraguan tanpa akal yang hanya bergantung pada bisikan2 dalam hati yang tentunya dari syaitan yang mendiami dan menyamar menyerupai diri mereka.
Nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.
Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan yang berlaku).
Oleh itu bila dapat penyakit kencing manis mereka pening hidup bergantung dengan ubat sebab terlalu pandai hingga mengenepikan Sunnah nabi yang merupakan ubat pencegahan paling baik.
Selain itu, Amalan yang kita sekarang ini banyak org makan buah buahan tidak ikut sunnah, sebenarnya, apabila kita makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh kita. Kita sewajarnya hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong macam waktu berbuka atau bila2 masa. Kenapa? Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam? Ini kerana kita tidak makan dengan cara yang sunnah nabi.KITA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG seperti ajaran nabi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.