Mengadakan cara2 lain sedang telah ada cara Islam, maka cara tersebut adalah salah. dan sememangnya cara Islam itu paling berat ujiannya tetapi paling tepat caranya. Anak2 kita kadangkala suka melawan dan menyakiti hati kita bila usianya sudah lebih 3 hingga 7 tahun. kita kadangkala tidak tahan lantas memukul, mendera dan adakala untuk mengelak penderaan kita mengurungnya dalam bilik. dalam tempoh kurang dari kiraan seminit kerana risau kesan apabila seseorang budak berada dalam keadaan cemas, rasa murung, susah hati ; dia akan mendapat SOB (short of breath)? dan boleh mengakibatkan kematian.
Selain berdoa tanpa putus asa semasa menasihati kanak2 tersebut. beristighfar berkali-kali semoga kemarahan yang wujud dapat dikawal dari menginaya anak2 kita. tahu-tahu sahajalah kemarahan boleh menjadi punca tenaga pukulan yang perlahan tapi sebenarnya kuat.
Merujuk kisah yang berlaku tentang kematian pelajar yang dihukum hanya kerana kehilangan wang RM7 sahaja.
http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html
"Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan"
statement ini merujuk kepada cerita yang di paparkan sebagai cerita sebenar.."mengikat tangan" adalah penderaan fizikal dan MEMANG MUSTAHIL jika bertanya pada arwah tanpa dipukul jika tangan arwah diikat..
Dan..
"mengurung dalam bilik" adalah penderaan mental..dikurung selama 2 jam..tanpa memikirkan waktu terakhir si arwah makan minum..dapatkah seorang kanak2 yg baru masuk ke alam persekolahan menahan lapar dan dahaga dari awal hingga selepas di "soal jawab"?
bukan niat untuk menyebelahi mana2 pihak..tapi dari cerita demi cerita kita dapat menangkap sedikit kesinambungannya..jadi apa jua, bukan ini cara menghukum untuk mendidik..
untuk mengajar anak yg liat solat pun Nabi Muhammad saw pesan untuk memukul bahagian tertentu shj..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.