Isnin, 23 November 2009

koleksi mimpi

Semalam 22 November 2009 lebih kurang 8 malam aku baru lepas selesai install motion sensor bertujuan untuk menghalau kera yang suka mengacau tong sampah rumah aku pada malam hari.. Sensor tersebut menyebabkan lampu pendarflour menyala bila pergerakan dikesan. jadi bila monyet/kera sampai lampu terus menyala jadi monyet/kera pun takut dan lari.

Seharian mengerjakan selain dari pendawaian yang memenatkan sebab kena panjat dan memasang pendawaian elektrik di tempat tinggi. (fuhh baru satu je sensor) pelarasan kepekaan sensor pun kena betul supaya sasaran mesti betul dan tidak boleh terlalu sensitif.

fasa kedua, photosensor untuk detect waktu malam dan siang.

Kerana kepenatan aku pun tidur awal. malam tu aku tidur awal.. bermimpi lah pula. Aku dan ISteri p melancung di Lata air yang diketahui berhantu.

Entah camna oleh kerana gangguan hantu yang memboringkan. kami berkeputusan untuk pulang segera. Jalan menjadi bahaya dan nyaris nak eksiden.

Setibanya di rumah pondok.. kera datang padaku nak ajarkan ayat yang sangat berguna. Aku tiba-tiba naik angin marah pada kera tersebut yang menyerupai muka lelaki tua yang bantut. Aku cakap "ni mesti syirik percaya pada ayat nanti aku main ikut apa yang kau cakap naya jer aku syirik!", jerkah aku pada kera tersebut... dia pun nampak selamba dan cuba memujuk dengan berkata "Mungkin ia kata2 yang baik dan elok"

"OK, jika kau dari perkara yang baik.. mari dengarkan bacaan ayat Qursi dariku?" Maka aku pun membacakan surah Ayat Al Qursi sehinggalah surat ayat terakhir dengan menguatkan menyembur bunyi "hif"zuhumma wa huhal aliyul Azzim.

Dia kelihatan terkejut dan ketakutan dan lari menghilangkan diri. lalu aku terjaga dan meneruskan bacaan ayat Qursi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here