Isnin, 13 April 2020

Tulisan gangga malayu

Semasa Perang Perak 1875, British telah mendapati satu tulisan yang agak asing digunakan untuk komunikasi antara orang Perak. Malangnya, Para Orientalist gagal memahami tulisan tersebut kerana ia hanya tulisan rakyat biasa. Bukan di kalangan pengetahuan am.

Tulisan ini digunakan hanya untuk komunikasi orang tempatan yang dipelajari dari nenek moyang secara turun temurun. Kononnya dari turun temurun kerajaan lama  Gangga di Perak. Ia berbentuk gabungan antara gambaran simbol dan sistem ejaan.

 Semasa itu, ramai pegawai British yang berbangsa Melayu adalah orang dari luar Perak yang hanya tahu baca tulisan jawi dan rumi. Jadi, Pihak British mengalami kepayahan untuk memahami tulisan tesebut.

Sehubungan dengan itu, Pihak British cuba mengumpan seorang yang bernama Muhammad Sirajuddin. Tidak diketahui siapa sebenarnya Sirajuddin  yang telah cuba mendedahkan  tulisan tersebut.

Tetapi pendedahan beliau tidaklah berapa tepat. Beliau cuba mengajar  pegawai inggeris tersebut dengan mengaitkan sistem ejaan jawi. Walaupun tidak tepat, tetapi ada beberapa huruf yang betul dan ada juga yang salah.

Hasilnya, mereka merekod dan menyimpan tulisan yang gagal mereka kaji tersebut di  laman web

https://scriptsource.org/cms/scripts/page.php?item_id=script_detail&key=Qa35

Apa yang tercatat dalam laman web ini adalah hanya pendedahan Sirajuddin yang cuba mengaitkan cara tulisan Gangga Malayu menurut sistem tulisan jawi yang sedang popular di zaman itu.

Akhirnya, sekitar tahun 1876 selepas kekalahan Perak kepada Inggeris, Pihak Inggeris telah menghapuskan semua rekod dan manuskrip Gangga Melayu dan melabelkan sebagai "cipher" atau kod rahsia sahaja.

contoh tulisan simbol ikan dan mikmu... atau mungkin beerti milik kamu.


baradagabe apiebe mata kadatuan

tempat pelabuhan / perdagangan semarak api kepada mata pendapatan negara

Imej mungkin mengandungi: malam

Ahad, 18 Februari 2018

ahli sejarah di blogger

makin ramai peminat sejarah memblogkan karya mereka.

http://lokalgenius.blogspot.com

halamansrikandi.blogspot.com

http://merahsilu.blogspot.com/

http://ibnurusydi.blogspot.com/

JUst Basic

Meneroka Alam Animasi dan programming memang menarik minat saya semenjak tahun 1992. Tingkatan 5 di Sek Men Vok Kuala Kangsar pertama kali belajar computer(maintenance dan basic programming seperti Lotus 123 dll) semasa SPM(V) Elektronik.


Cuma kewangan yang terhad memendam rasa ingin melakukan penerokaan sebegitu. Namun begitu, Semasa Di Universiti Teknologi Malaysia 1994, Segalanya bermula dengan GWBasic. Semasa dalam kursus Kejuruteraan Elektronik di bawah tajuk Kejuruteraan Perisian C++ Objek Oriented Programming. Bermulalah sedikit kefahaman tentang programming dan konsepnya secara permukaan. semasa itulah saya cuma buat HTML programming beranimasi dan game di Goplay.com. (zaman win 3.1.1 ) Dengan sumber kewangan yang terhad. (biasalah org melayu kedekut utk belajar) maka minat terbantut bila laman web itu ditutup kerana masalah kewangan. Setelah itu 1996 - 2000 semua perkembangan programming dan komputer dilupakan kerana kerjaya tiada berkaitan.


Cuma buat proggramming Sequential Control guna relay atau contactor dalam sistem pensuisan elektrik dan elektronik mengawal motor, Pneumatic dan hydraulic dalam mesin automasi di industri. selama lebih kurang 4 tahun. dan merekabentuk menggunakan bantuan AutoCAD dan Mechanical Desktop.


11 November 2000 menyertai kerajaan. Bengkel pertama disertai ialah Bengkel Elektromekanikal tetapi mengajar Computer maintenance.


Tetapi di situlah saya belajar welding dari TIG, MIG Gas Arc dan juga mesin konvensional seperti mesin Larik, mesin milling dll.


Kini... saya berminat kembali meneroka bidang perisian.



masalah word :- gagal buka dokumen Word hanya dengan dwi klik.

Masalah... dwi-klik dokumen Word dalam Windows Explorer, dokumen itu tidak terbuka. Sebaliknya, apa yang dia dapat adalah dokumen kosong. Dia masih boleh membuka dokumen menggunakan File | Open (dalam jarak Word), tetapi tidak boleh klik dua kali untuk membuka dokumen. Banyak puncanya.. Antara punca dikenalpasti... sisa serangan virus. Perkara pertama untuk memeriksa adalah untuk memastikan bahawa sambungan fail dengan betul berkaitan dengan Word. Sejak dwi klik pada dokumen Word dalam Windows Explorer membuka Word, jenis-jenis fail yang mungkin dikaitkan dengan betul, tetapi ia tidak menyakitkan untuk melalui langkah-langkah juga. Digunakan arahan berikut: "C:\Program Files\Microsoft Office\Office\winword.exe" /unregserver

Rabu, 4 Januari 2017

Kepalsuan Surat Nabi Muhammad kepada Bangsa Jin Sedunia



Walaupun Palsu, Ianya tersebar dan ditampal di dinding rumah.

Menurut Kerajaan Arab Saudi sumber: http://www.alifta.net/Search/ResultDetails.aspx?languagename=en&lang=en&view=result&fatwaNum=&FatwaNumID=&ID=9546&searchScope=7&SearchScopeLevels1=&SearchScopeLevels2=&highLight=1&SearchType=exact&SearchMoesar=false&bookID=&LeftVal=0&RightVal=0&simple=&SearchCriteria=allwords&PagePath=&siteSection=1&searchkeyword=100117106097110097104#firstKeyWordFound


Khamis, 7 April 2016

Web Services

Tercari-cari satu assignment project untuk membolehkan pelajar memahami Web services.


Ok ingat nak bagi assignment yang upload file excell dan kemudian JSP baca file tersebut untuk dipaparkan dalam laman Web dengan menafsirkan kepada xml...

contoh hampir sama


https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#safe=off&q=how+to+upload+excel+file+in+java+jsp+web+application+xml

Isnin, 21 Disember 2015

laptop HP tak boleh onn

laptop HP rosak. wah laptop rosak memang masalah besar sebab Laptop HP model baru .. kitab2 lama semua takde cara penyelesaiannya kena rujuk online help di laman web HP.

laptop HP seperti biasa ada kod lip lap di keyboard biasanya di key caps lock.
LED lip lap yang mungkin berbeza-beza mengikut model
Bertindak mengikut kod error yang diberi.

Jumaat, 18 Disember 2015

kill process

Teringat masa guna linux dulu-dulu kita dengan senang boleh je hentikan mana-mana process dengan arahan "kill".

kali ini dalam PC aku ada satu process yang dilaksanakan tanpa aku memahami tujuannya. kewujudannya tiada dalam uninstall. aku pun cuba stopkan process tersebut dengan right click pada task manager. punyalah degil. kurang hajar punya perisian. jadi aku ambik keputusan untuk delete jer..

Tetiba takleh delete pulak.. kononnya process sedang berjalan. Cis pantang anak melayu ada perisian sebegini. Aku teringat ilmu 25 tahun dahulu (1991) yang dah lama tak guna... semasa di kelab komputer sekolah vokasional kuala kangsar yuran RM40 hengget tu.

taskkill

mula-mula kenalah cari no pid process tersebut.

tasklist

tasklist

cari-cari punya cari ssfk.exe no pid 2772

dah dapat!

nah kau ... opps terlupa nak habo. kome wehhh cmd kena run as administrator

dah tu delete je folder tu.. 

Khamis, 17 Disember 2015

Diagnose Computer suddenly shutdown

Kes ini direkodkan bagi memudahkan saya untuk mengulangkaji jika berlaku pengulangan peristiwa. punca berlakunya computer shutdown sendiri selalunya berpunca dari sistem komputer itu sendiri sbg langkah keselamatan.


  1. Hardware seperti kemungkinan overheat, contoh kes kipas CPU yang sangkut / bergeser dengan kabel atau bendasing. habuk besi / metal dan lain- lain punca overheat 
  2. Hardisk yang dah old age. bad sector yang apabila reader hard disk baje je sector tu abisla shutdown 
  3. PCI slot additional hardware atau melalui USB yang dah rosak. 
  4. Motherboard rosak
  5. virus atau malware

Khamis, 25 Jun 2015

senarai gempa dan risiko tsunami di Sabah dan Sarawak

Jumaat, 15 Mei 2015

mimpi digigit anjing hitam dan terselamat darinya

pada malam Jumaat 15 May 2015. Suatu tarikh yang menarik. Balik dari tempat kerja, kelihatan pintu rumah terbuka... Tiba-tiba ada suatu suara orang berkata bahawa anak2 dan isteri telah di makan anjing hitam. Terus masuk dan lihat persekitaran dalam rumah. terdetik di hati "Ok jika mati digigit anjing mana mayat mereka. Sedang mencari tetiba anjing hitam menyerang menggigit di tengkuk. Sedang didgit aNJING tersebut, tiba-tiba aku teringat cerita isteriku kononnya pernah digigit anjing tetapi parutnya hilang sama sekali. lANTAS AKU MENCARI TENGKUK ANJING TERSEBUT UNTUK dicekik. aku cekik tapi ia tak mahu melepaskannya. Aku mencari kolam air untuk terjun ke dalamnya. kku masuk dalam kolam tersebut dan berjaya membunuh anjing tersebut yang kemudianya hilang. Tiba-tiba kelihatan anak bongsuku dan aku terus bertanyakan mana Ummi? dia terus menunjukkan laci di mana katanya di situ tulang ummi dia simpan. anehnya laci tersebut adalah bentuk rumah bukit chandan. Terjaga, jam dah menunjukkkan jam 5:00 pagi meneruskan rutin solat tahajud dan bersambung hingga subuh.

Khamis, 6 November 2014

bertemu rootkit halang create partition

Sebuah PC Makmal Jagaanku, telah diserang rootkit, Ianya dapat dilihat dengan jelas bila kita tak boleh buat partition. antivirus atau antirootkit semua dicuba namun sia-sia tak dapat dikesan.

Kenapa rootkit ini menghalang pembuatan partition? Ianya adalah kerana salah satu tujuan rootkit adalah membantu menjimatkan memory server atau proses server dengan merompak ruang kosong dalam hard disk anda secara rangkaian worldwide untuk swap file, pagefile dan lain-lain temporary process file bagi melajukan server deme. Jadi ruangan kosong yang kelihatan tersebut adalah terisi dengan process file tersebut samada secara redundacy atau singular.

Khamis, 30 Oktober 2014

Mimpi singa betina yang jinak

Aku bermimpi rumahku dimasuki singa. betina, kegusaran melanda takut dibaham diriku. Sebaliknya berlaku, mereka begitu jinak dan mesra malahan kelihatan memanjakanku. Kerisauan baru pula terdetik,bagimana mahu aku hindari makhluk ini? tentu sahaja membahayakan ahli keluargaku. Mana boleh dengan mudah mempercayai singa betina yang sememangnya kami makanannya.

Aku segera memaklumkan pada ahli keluarga, namun apa yang terjadi di luar dugaan? singa betina sebaliknya amat jinak dan mesra dengan anak-anakku.

Terdetik di hatiku bagaimana nak bagi makan singa ni dahler beso. Tah dari mana, tetiba jer, ada seekor kucing kurap yang sedang makan, lalu singa tersebut terus mengejar dan memakan kucing tersebut.

Bila sahaja hati aku terdetik lagi risau tentang kecukupan pemakanan singa betina tersebut yang besar dan gagah dengan sekadar sumber makan kucing kurap yang tak seberapa bilangannya di sekitar rumahku. aku terjaga!

Isnin, 11 Ogos 2014

windows 7 - command prompt remove Genuine check!

Mengenangkan nasib penggunaan Windows loader yang banyak root kit telah menyebabkan kerosakan lebih teruk. maka Microsoft telah melepaskan arahan CLI (shell) di bawah administrator untuk menghilangkan windows genuine. syarat utama anda kenalah buka cmd sebagai "run as administrator"


Rajah 1: SLMGR -REARM (kome jgn tak tau tak kisah huruf kecik atau beso!)

Rajah 2 : dah tu restart jer PC... tada

Selebihnya kesan sampingan tidak diketahui. namun ia sebenarnya hanya melanjutkan tempoh trial selama 3 bulan lagi


crypted

http://www.md5decrypt.org/

Khamis, 26 Jun 2014

Winsock jammed

Report Content
Secara AM
Network controller kadangkala jammed sehingga terpaksa restart pc, namun dengan pelbagai framework boleh menyebabkan parameter tidak dapat diubah secara sendirinya terutama dalam winsock registry.

Secara AM

Secara Am , ancaman utama semua ini adalah disebabkan trojans atau rootkit maka proses seperti berikut mesti dilaksanakan.


  • clean your PC of viruses, trojans
  • run a chkdsk /f /r to make sure you don’t have any disk erros / bad sectors
  • run sfc.exe /scannow to validate your system files
  • Pasang  network drivers terbaru

Selepas itu..

Reset Network reconnectivity

ipconfig /release
ipconfig /renew
/release will terminate all of your TCP/IP connections
/renew will establish a new TCP/IP connection
Sidenote: Both commands only work if your network adapter is configured for DHCP. DHCP will auto-assign you an IP-address.
Finally, if that doesn’t work you could try to reset your winsock catalog.


I wasn’t even able to remove my NVIDIA network controller. My theory was that my winsock entries were somehow damaged.
Winsock entries tells Windows 7 how to access your network services. Additionally, your TCP/IP protocol can be corrupted. The TCP/IP protocol is a stack of 4 layers that includes several transport layers, but when this stack is corrupt you will constantly have connectivity issues.
netsh winsock reset catalog (reset winsock entries)
netsh int ip reset reset.log hit (reset TCP/IP stack)

Winsock Registry Keys

Advanced users will find the winsock registry keys at:
[HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\Winsock]
[HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\Winsock2]


Sekian, Selamat mencuba

Ahad, 9 Februari 2014

Gempa bumi yang terbesar di Malaysia

gambar 1: gempa bumi terbesar di Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Gempa bumi terbesar di Malaysia berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16 km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam tersebut.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau selama lebih kurang 5 saat.

Sebelum ini pernah berlaku gempa bumi di beberapa tempat tetapi bawah 4.0 skala ritcher yang dapat dirasa hanya jika berada di atas bangunan tinggi lebih setingkat dan bukan berpusat di bumi Malaysia. Menurut laman blog http://gempamalaysia.blogspot.com/ semua gempa dipantau masih di bawah 4.0 Skala ritcher sahaja.





Gambar 2: lokasi yang berhampiran "cincin api"


Kemungkinan besar garis cincin api sudah beralih, menjadikan kemungkinan gempa yang lebih bersaiz besar boleh berlaku di Sabah dalam 2 hingga 3 tahun akan datang.





Tarikh hari ini

slow connection? click here