Rabu, 18 Mac 2009

Walid Sakit kencing manis


18 Mac 2009. Kuala Kangsar, Walid sakit kaki kaki akibat terpijak bara api semasa bakar sampah di depan rumah Talang Dusun. Sebelum pergi perkahwinan Faruq di Johor.

Alhamdulillah, hari ini sakit makin kurang walaupun kaki tidak berapa kuat.


Dicuci kaki oleh mak. cuti sekolah ini turut dilawati keluarga Adibah dan Bakr.

Cukai Tanah dibayar oleh Yeh buat tahun 2007... diharap terus dibayar oleh Yeh sebab dalam tempoh sedang dimudahkan rezeki.

Selasa, 17 Mac 2009

kursus ICT user

17 Mac 2009 Selasa berakhir sudah kursus 22 hari anjuran JPK di Institut latihan Perindustrian Nibong Tebal . (laman web ilp ini sehingga kini belum up lagi.) kursus yang manarik tapi mood aku nak belajar tiba tiba hilang.

Rabu, 11 Mac 2009

Al Fatihah .. Innalillah wainna lillah hi Roji'un

Telah kembali Guru Utama Seni Gayung Fatani Malaysia Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab @ Cikgu Anuar Wahab, 64, ke rahmatullah pada pukul 6:10 pm, di Hospital Kajang 10 Mac ini. Menurut kenalan rapat, sebab-sebab kematian beliau adalah kerana serangan jantung.

Ahad, 8 Mac 2009

Salam Maulidur Rosul

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.
Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.

Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh.

Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul?

Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda.

Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya).. ." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya dengan sesuatu.

Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Rabu, 4 Februari 2009

Humidity

Baru buat persediaan mengajar tajuk Humidity...

Pendahuluan.
Kenapa kita belajar tentang Humidity dan pengukurannya?
Kerana ia amat berkaitan dengan kesihatan diri dan punca kerosakan peralatan elektrik/elektronik/mekanikal. Sehubungan dengan itu, kita mesti boleh mengawal kadar Relative Humidity dalam sesuatu tempat kerja atau tempat penyimpanan barang kerja mengikut kadar humidity yang sesuai. Dengan mengenali dan memahami humidity itu sendiri.

Apakah definasi Humidity?
Kadar molekul air terkuap yang terkandung dalam udara

Apakah Peratusan Relative Humidity?

Relative humidity (RH)

Nisbah jumlah air yang terkuap dalam udara kepada jumlah udara dapat kekal terkuap bila mencapai takat tepu dibandingkan sebagai peratusan

ATAU

Nisbah tekanan terkuap sebenar kepada tekanan terkuap ketika tepu.

p.s jumlah air yang terkuap dalam udara akan meningkat dengan suhu. Sehubungan dengan itu, peratusan RH akan berkurang dengan peningkatan suhu jika jumlah wap kekal sama

lebih lanjut layari http://silat.890m.com/rhcal.html

Jumaat, 30 Januari 2009

Siam

Saya membaca di http://sejarahnagarakedah.blogspot.com
http://themalaypress.blogspot.com/ dan http://sejarahnagarakedag.blogspot.com

Saya membuat kesimpulan sendiri bahawa Siam adalah wakil kerajaan Mughal bagi kedua- dua arah bagi maksud menjaga semenanjung Melaka yang terkenal seluruh dunia. keturunan raja-raja siam ini sudah pasti adalah keturunan khan monggol yang sudah memeluk Islam.

Dari situlah, maka sehingga kini istilah kembar melekat mendapat nama sebagai "kembar siam" sebagai maksud wilayah Siam ini adalah tempat di mana 2 Maharaja keturunan Monggol dari india yang dikenali Mughal dan Maharaja keturunan Monggol dari Manchuria dipertemukan.

Siam juga bermaksud baik dalam bahasa kemboja. Siam juga bermaksud menahan diri... dalam bahasa arab. Pada masa yang sama Suku Tai atau lebih dikenali sebagai Tai Kadai yang berasal dari selatan China, adalah bangsa yang kalah kepada serangan Monggol yang terkenal sebagai bangsa penakluk sebelum memeluk Islam.

Kezaliman Raja-raja ini walaupun sudah Islam boleh dilihat dalam undang2 bertulis batu bersurat di Terengganu dan lain-lain. Perbezaan hukuman antara bangsawan dan pengkastaan manusia adalah kebiasaan biasa budaya monggol.

Oleh kerana, Wujud Asimilasi bangsa Tai dan bangsa siam, maka wujudlah sam sam. mereka ini bertutur dalam bahasa Pak Thai. (thai selatan)

Kota Ayatuthia adalah pusat pemerintahan dan menggunakan geraran syah alam yang berasal dari bahasa Parsi yang bermaksud wakil maharaja, tetapi bererti kambing bingung dalam bahasa Arab.

Ini dapat dilihat bahawa bangsa tai tulin(sepet seperti cina) amat berbeza wajah dan kulit dengan tai selatan yang agak bulat mata walau sedikit sepet.

Agama Budhist dan Islam adalah harmoni sebagaimana Kerajaan Mughal di India yang Harmonis dengan rakyat majoriti beragama Hindu di India. kerana Tiada paksaan dalam Agama.

Dendam sejarah bangsa Tai kepada Monggol tersimpan berturun-turun hingga mereka menghapuskan sejarah dan mengubahnya.

Exam Oriented Mentality

Pendidikan berorientasikan peperiksaan. Satu cara cemerlang untuk dapat straight A dalam apa jua peperiksaan atau CGPA yang tinggi. Ianya mudah anda hanya perlu rajin buat soalan soalan lepas tanpa perlu faham kekarutan atau isi ilmu tersebut.

Skill yang perlu ada adalah spot soalan. menjangka soalan yang akan keluar. Ia ibarat satu perjudian. Ilmu bukanlah untuk diguna dengan kreatif untuk kehidupan atau manfaat sesama manusia. tetapi untuk mendapat sekeping kertas kebanggaan dan ujub atau hairan terhadap diri.

Maka bersepahlah rakyat ini.. yang tidak berupaya untuk kreatif dari ilmu yang diperolehi mencipta manfaat yang berguna kepada Negara. Kebergantungan kepada Guru sebagai sumber ilmu, tidak boleh dicabar... maksum menjadi tradisi tang tersendiri.

Kini episod itu tinggal kenangan bila dunia langit terbu ka mengancam masuk. Kemahiran Ilmu bukan lagi boleh diukur dgn sepahan sampahan helaian kertas. Lahirlah jutawan seperti mana mereka yang suka meneroka kritis dunia tanpa sekatan sempadan ini.

Bill gates antara jutawan yang membakul sampahkan sistem exam oriented ini.. dan menghargai ilmu secara bijaksana tanpa menjadi robot yang terhibur dengan mimpi-mimpi ilusi dongengan guru-guru, pengajar2 atau pakar-pakar zamannya.

Kepompong mimpi ini, akan terus mengcengkam diri.

Tarikh hari ini

slow connection? click here