Aku bermimpi rumahku dimasuki singa. betina, kegusaran melanda takut dibaham diriku. Sebaliknya berlaku, mereka begitu jinak dan mesra malahan kelihatan memanjakanku. Kerisauan baru pula terdetik,bagimana mahu aku hindari makhluk ini? tentu sahaja membahayakan ahli keluargaku. Mana boleh dengan mudah mempercayai singa betina yang sememangnya kami makanannya.
Aku segera memaklumkan pada ahli keluarga, namun apa yang terjadi di luar dugaan? singa betina sebaliknya amat jinak dan mesra dengan anak-anakku.
Terdetik di hatiku bagaimana nak bagi makan singa ni dahler beso. Tah dari mana, tetiba jer, ada seekor kucing kurap yang sedang makan, lalu singa tersebut terus mengejar dan memakan kucing tersebut.
Bila sahaja hati aku terdetik lagi risau tentang kecukupan pemakanan singa betina tersebut yang besar dan gagah dengan sekadar sumber makan kucing kurap yang tak seberapa bilangannya di sekitar rumahku. aku terjaga!
di sini tempat aku simpan nota-nota lama mungkin dah obselete. karangan pribadi, khayalan dan imaginasi sendiri, Buat rujukan pribadi. Amaran semua yang dipaprkan tidak boleh dipertanggungjawabkan kesahihan.
Khamis, 30 Oktober 2014
Isnin, 11 Ogos 2014
windows 7 - command prompt remove Genuine check!
Mengenangkan nasib penggunaan Windows loader yang banyak root kit telah menyebabkan kerosakan lebih teruk. maka Microsoft telah melepaskan arahan CLI (shell) di bawah administrator untuk menghilangkan windows genuine.
syarat utama anda kenalah buka cmd sebagai "run as administrator"
Rajah 1: SLMGR -REARM (kome jgn tak tau tak kisah huruf kecik atau beso!) |
Rajah 2 : dah tu restart jer PC... tada
Selebihnya kesan sampingan tidak diketahui. namun ia sebenarnya hanya melanjutkan tempoh trial selama 3 bulan lagi
|
Khamis, 26 Jun 2014
Winsock jammed
Report Content
Secara AM
Network controller kadangkala jammed sehingga terpaksa restart pc, namun dengan pelbagai framework boleh menyebabkan parameter tidak dapat diubah secara sendirinya terutama dalam winsock registry.
Secara AM
Secara Am , ancaman utama semua ini adalah disebabkan trojans atau rootkit maka proses seperti berikut mesti dilaksanakan.
Selepas itu..
Reset Network reconnectivity
Sekian, Selamat mencuba
Secara AM
Network controller kadangkala jammed sehingga terpaksa restart pc, namun dengan pelbagai framework boleh menyebabkan parameter tidak dapat diubah secara sendirinya terutama dalam winsock registry.
Secara AM
Secara Am , ancaman utama semua ini adalah disebabkan trojans atau rootkit maka proses seperti berikut mesti dilaksanakan.
- clean your PC of viruses, trojans
- run a chkdsk /f /r to make sure you don’t have any disk erros / bad sectors
- run sfc.exe /scannow to validate your system files
- Pasang network drivers terbaru
Selepas itu..
Reset Network reconnectivity
ipconfig /release
ipconfig /renew
/release will terminate all of your TCP/IP connections
/renew will establish a new TCP/IP connection
/renew will establish a new TCP/IP connection
Sidenote: Both commands only work if your network adapter is configured for DHCP. DHCP will auto-assign you an IP-address.
Finally, if that doesn’t work you could try to reset your winsock catalog.
I wasn’t even able to remove my NVIDIA network controller. My theory was that my winsock entries were somehow damaged.
Winsock entries tells Windows 7 how to access your network services. Additionally, your TCP/IP protocol can be corrupted. The TCP/IP protocol is a stack of 4 layers that includes several transport layers, but when this stack is corrupt you will constantly have connectivity issues.
netsh winsock reset catalog (reset winsock entries)
netsh int ip reset reset.log hit (reset TCP/IP stack)
Winsock Registry Keys
Advanced users will find the winsock registry keys at:
[HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\Winsock]
[HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\Winsock2]
[HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\Winsock2]
Sekian, Selamat mencuba
Ahad, 9 Februari 2014
Gempa bumi yang terbesar di Malaysia
gambar 1: gempa bumi terbesar di Malaysia
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Gempa bumi terbesar di Malaysia berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16 km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam tersebut.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau selama lebih kurang 5 saat.
Sebelum ini pernah berlaku gempa bumi di beberapa tempat tetapi bawah 4.0 skala ritcher yang dapat dirasa hanya jika berada di atas bangunan tinggi lebih setingkat dan bukan berpusat di bumi Malaysia. Menurut laman blog http://gempamalaysia.blogspot.com/ semua gempa dipantau masih di bawah 4.0 Skala ritcher sahaja.
Kemungkinan besar garis cincin api sudah beralih, menjadikan kemungkinan gempa yang lebih bersaiz besar boleh berlaku di Sabah dalam 2 hingga 3 tahun akan datang.
|
Jumaat, 27 Disember 2013
motivasi: gunakan ilmu supaya ia berguna
1. Ini adalah syair pujian kepada semua pelajar yang telah pernah mendapat B, C, D (dan kadang-kadang walaupun gagal) . Ia adalah satu pengakuan kepada kanak-kanak yang dikira bilangan yang tepat mata yang mereka diperlukan untuk mendapatkan pada akhir mereka untuk lulus. Ini adalah untuk semua anak-anak yang tidak mendapat kredit tambahan atau mendapatkan diletakkan pada roll kehormatan. Selepas beberapa tahun kekurangan dan sepanjang hayat rasa rata-rata dan seberapa , masa anda telah datang. Seseorang akhirnya di sini untuk memberitahu anda bahawa walaupun GPA anda lebih rendah daripada 1.2, anda boleh menjadi hebat.
2. Bertahun-tahun, masyarakat telah meletakkan stigma keji besar pada gred buruk dan penting hangat pada gred baik. Ada naluri berkecenderungan untuk berusaha untuk mencapai A dan membuang apa-apa yang lebih rendah ke sisi, untuk sifatkan sebagai tidak berbaloi. Nah, itulah masanya untuk biarkan anak-anak mengetahui bahawa ia biasa je tidak menjadi seorang pelajar A, ia biasa je untuk gagal. Sebab inilah satu rahsia generasi tua tidak sanggup untuk dedahkan kepada anda: ia tak apa.
Segalanya tidak penting melainkan sikap untuk membina atau mendapatkan kemahiran yang melakukan perkara : pengalaman hidup .
2. Bertahun-tahun, masyarakat telah meletakkan stigma keji besar pada gred buruk dan penting hangat pada gred baik. Ada naluri berkecenderungan untuk berusaha untuk mencapai A dan membuang apa-apa yang lebih rendah ke sisi, untuk sifatkan sebagai tidak berbaloi. Nah, itulah masanya untuk biarkan anak-anak mengetahui bahawa ia biasa je tidak menjadi seorang pelajar A, ia biasa je untuk gagal. Sebab inilah satu rahsia generasi tua tidak sanggup untuk dedahkan kepada anda: ia tak apa.
Segalanya tidak penting melainkan sikap untuk membina atau mendapatkan kemahiran yang melakukan perkara : pengalaman hidup .
Apa guna segala gred A jika ia membentuk diri anda menjadi seorang yang tidak bermasyarakat akibat segala usaha ditumpukan untuk memahami sesuatu yang tidak penting untuk diri dan kerja semasa?
Menghafal segala fakta tanpa dapat anda gunakan untuk kehidupan seharian samada menjadi panduan membentuk diri anda atau masyarakat.
Sabtu, 14 Disember 2013
Semangat perjuangan BANJAR SG MANIK
Kandungan
Pengkhianatan yang disabarkan!
Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan
bertangan menggelupur di atas titi, sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan
badan. Kedua-dua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’
Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah
disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan petang. Darah
dalam jantung adalah makanannya.
Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang
pasti kecundang. Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri menghembuskan nafas
terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol 38 tanpa
peluru masih berada di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa.Ramai penduduk
Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik terdiri daripada keluarga Banjar. Kehidupan
mereka begitu daif dan dihimpit oleh gerombolan komunis yang bermarkas di
Sungai Tungko diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang. Pembunuh Mail Rudo
mesti ditangkap segera.
Utoh Putih, adalah seorang berketurunan Banjar
‘Alai’ jati beranak dua. Anak bongsunya seorang bayi perempuan dan baru pandai
berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana
warna kulitnya yang tersangat cerah maka lekatlah gelaran Utoh Putih. Arwah
datuk (pencerita) dan Utoh Putih adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir
dan batin.
Mail Rudo, berketurunan Banjar Sungai Tungko,
Sungai Manik sudah lama menyertai PKM didalam bahagian risikan. Selepas tentera
Jepun menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru didaerah Sungai
Manik. Disebabkan tidak ramai keluarga Banjar yang sudi menyertai perjuangan
komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang
enggan, akan menerima padah!
Saban hari ada saja penduduk kampung yang
ditangkap, tak kira muda ataupun tua. Diseksa, disembelih, disumbat di dalam
guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan
bermacam-macam lagi hukuman. Begitulah gerangan bila manusia seperti Mail Rudo
sudah mempunyai kedudukan mudah lupa diri hingga hilang rasa kemanusiaan. Pada
masa itu bukan sedikit orang Banjar dan orang Melayu yang menyokong perjuangan
komunis. Malah ada juga orang Banjar yang hebat ilmunya turut menjadi tali
barut. Orang seperti itulah yang menjadi duri dalam daging penduduk setempat.
Oleh kerana terlalu mengejar pangkat mereka sanggup membunuh, membakar rumah
dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung yang takut
menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar yuran sebagai
ahli PKM.
Kehidupan keluarga Banjar di Sungai Manik
semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di
seberang Sungai Kinta ke Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah. Waktu Zohor
baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu membuat hati terasa rawan.
Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi untuk
kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di pangkal titi,
“Dari mana gerangan ni Toh? Akhirnya bertemu
juga kita di sini ya?”
Entah dari mana munculnya si Mail Rudo,
tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian seragam komunis, pistol dan
bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat
bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai
PKM.
“Baru balik dari Cikus mencari ubi, maafkan
saya tuan, tumpang lalu,” Utoh Putih menyahut penuh hormat.
“Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak
usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu,” garau
bunyi suara Mail Rudo.
Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi
perintah ‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu gah susuk
tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain,
cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap.
“Mungkin petang ini pertemuan kita yang
terakhir, agaknya,” si Mail Rudo menyambung bicara.
“Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan
besar?” Si Utoh Putih yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak
kena.
“Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan
janji kau dulu? Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus,” rungut orang
kuat PKM itu menempelak.
“Taklah Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang
membinasakan bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak
bini rasa dah tak tertanggung. Tidak… tidak sekali-kali,” si Utoh Putih
menjawab tegas.
“Mak oi, keras benar hati kau ni Toh… apa nak
buat… kalau itulah pendirian kau, bersiap sedialah,” merah padam muka Mail Rudo
kerana marah.
Spontan
tangan kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh
Putih.
“Jangan, senjata jangan dibuat main Mail. Kita
kan serumpun, takkanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada,
siapa yang nak menyara anak isteriku nanti… ampun tuan besar,” si Utoh Putih
merayu minta simpati.
“Dam!!!” Bunyi pistol memuntahkan peluru
sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak
berganjak, masih tegak berdiri.
Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut
melihat kejadian tak berani mendekati, masing-masing masuk ke rumah.
“Dhom… dhommmm!” Sudah tiga das tembakan
dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh
Putih.
“Bangsat betul, kebal rupanya kau ya… tahan
lagi nah!,” tengking orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das tembakan
dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan peluru. Sedang dia terkial-kial tidak
percaya melihat peluru pistolnya gagal menembusi tubuh Utoh Putih.
“Debukkk….”
Ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal
Larap hinggap di pergelangan tangan kanan Mail Rudo. Tangannya putus serta
merta.
“Andainya kau masih muslim di sisi ALLAH.. aku
tak ingin mati di tanganmu, dan aku tak mahu membunuh sesama muslim..
bersaksilah bahawa ajal dan maut di tangan ALLAH! “ bebelan mulut Utoh Putih
seraya menghayun parang pusakanya “Dabukkk….” Giliran tangan kiri yang memegang
pistol si Mail Rudo ditetak dan jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan ayunan.
Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal Larap.
Setelah putus kaki kanannya, maka terdamparlah jasad Mail Rudo di atas titi. Si
Utoh Putih semakin geram lantas mengatakan “bertaubatlah semoga kesakitan ini
mendatangkan keinsafan”. Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo
bercerai dengan badan. Guni yang berisi ubi diletakkan semula ke bahu, dan Utoh
Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang kesakitan.
PKM membela kematian Pengkhianat yang Berjaya diperbodohkan.
Markas PKM di Sungai Tungko gempar mendapat
berita tentang pembunuhan Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5, berduyun-duyun
gerombolan komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau bergegas menghala
ke Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik.
“Ai yaa…kaki tangan semua kasi potong habit
ka…manyak cilaka itu olang.” Bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo
yang masih terkangkang di atas titi.
Tidak seorang pun keluarga Banjar di Bendang
DO yang berani tampil menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari jendela
rumah masing-masing. Hari semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh
berbincang sesama sendiri. Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun penduduk
kampung yang mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi dari rumah
ke rumah mengetuk kuat dinding mengarahkan orang kampung, tua dan muda,
berkumpul di hadapan Pekan Rabu. Seorang demi seorang disoal siasat termasuklah
Utoh Putih. Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal siapa yang
membunuh Mail Rudo.
Akhirnya
kepala komunis, si Ah Pau memberi kata dua: “Kalau pembunuh Mail Rudo tidak
ditangkap, Bendang DO akan jadi padang jarak padang tekukur.”
Mayat Mail Rudo diikat dengan tali dan digalas
dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa kasihan pun ada melihat cara mayat
diperlakukan tak ubah seperti mengandar hasil buruan babi hutan. Tiada siapa
yang tahu ke mana akan mayat itu hendak dibawa, ditanam atau dibuang ke Sungai
Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas mulut sang buaya
mendapat habuan petang. Warga Banjar Sungai Manik Sungai Manik sepakat meminta
Utoh Putih membawa isteri dan anakanaknya meninggalkan Bendang DO dengan
segera. Maklum sajalah, mulut tempayan boleh ditutup rapat , mulut manusia
siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri!
“Tidak saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang
sahaja yang menjaga anak dan isteri sedangkan kalian semua terpaksa menanggung
derita. Aku tidak akan meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak sekali-kali, apa
nak jadi, jadilah.” Jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh Putih tetap dengan
pendiriannya.
Sudah tiga hari berlalu, Emoh, sahabat karib
Utoh Putih yang baru dapat berita segera meluru meninggalkan Balun Bidai
menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk menemui sahabat karibnya,
kawan sehati, seperguruan dan sama jaguh. Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan
adik-beradik, dan tentunya Emoh tidak akan membiarkan sahabatnya keseorangan
dalam keadaan sedemikian.
“Andainya aku berhijrah meninggalkan Bendang
DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tiada siapa boleh
menghalang.” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.
“Ai, jangan begitu, apa rasa kau ‘Toh?” tanya
Emoh yang mula rasa tak sedap hati.
“Tidak lah, manalah tahu peluang dan niat
syahidku terkabul,” jawabnya ringkas.
Walau bagaimanapun, Emoh masih rasa gelisah
kerana lain benar kelakuan sahabatnya yang semakin pendiam, lebih bersikap
mengiakan dari merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering
gusi mereka berbual. Malam semakin larut namun dua orang sahabat karib itu
masih lagi belum tidur, masih rancak berbual.
“Moh, andainya ajalku sampai, jangan bersusah
payah membawa mayatku ke Balun Bidai, kebumikan saja di sini. Tetapi, jangan
kau lupa membawa anak isteriku dan serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang
kita bersahabat, kalau ada terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat.
Engkau pula Moh, biarlah disederhanakan kejaguhan. Berhati-hatilah memilih
kawan. Satu lagi, tetapi jangan pula kau anggap aku menghalau. Esok sebelum
Zohor, aku minta kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau hendak tuju,
aku tidak melarang . Tiada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau
bersendirian!”
Berderau rasa si Emoh mendengar kata-kata
sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh Putih. Tak sepatah kata pun yang
terucap antara mereka kecuali deraian air mata mengenangkan nasib yang bakal
menimpa.
“Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku
ini,” bisik hati kecil Emoh. Mereka terus berbual sampai ke subuh. Dalam remang
kedinginan subuh, kedua sahabat sudah tercegat di tepi telaga mandi.
“Marilah, duduklah Toh…..
Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca ayat mandi suci sambil menyiram air
memandikan sahabatnya si Utoh Putih hingga selesai.
Api di dapur marak dengan isteri Utoh Putih
sibuk menyediakan sarapan pagi. Kasihan si isteri kerana tidak tahu kisah dan
hujung pangkal cerita. Pada pengamatannya, bermandi-mandian di subuh hari sudah
jadi kelaziman dua orang pendekar tersebut.
Panas semakin terik di Bendang DO sebagai
tanda pagi sudah beralih ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat
itu berpisah.
Salah seorang terpaksa memegang janji. “Janganlah
dilupa pesan guru kita wahai saudaraku, walau nyawa sudah
berada di hujung, jangan sekali-kali kau
lupa…,” pesan Emoh kepada Utoh Putih.
Kedua sahabat berpelukan untuk kali terakhir.
“Ampun dan maaflah kita dunia akhirat.” dengan
kata-kata itu, Emoh terus meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa menoleh
lagi ke belakang.
Ke mana gerangan tujuannya, tiada siapa pun
tahu. Selepas solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat
kerana tak tidur semalaman. Anak bongsunya
sudah terlena di tepi anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa dingin.
Tidak lama setelah Utoh Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia pun
turut terlena. Hari semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang
DO sunyi sepi. Tak seorang pun yang kelihatan mundar- mandir di luar rumah
seperti hari-hari biasa.
Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam
rumah, masih terkejut dengan kematian Mail Rudo dan kata dua komunis, atau
sedang menghitung hari kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin hampir.
Tanpa disedari enam orang komunis sedang menghampiri rumah Utoh Putih.
kebetulan pula, isteri dan anak sulungnya tiada di rumah kerana pergi mengail
ikan puyu bersama kawan-kawannya.
Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis
terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih
yang sedang lena, tanpa membuang masa muncung MK5 diacukan ke kepala dari luar
jendela.
“Dam…dam…dam!” Tiga kali muncung raifel
memuntahkan peluru. Kerana sudah sampai ajalnya kekebalan Utoh Putih berakhir.
Tak sedikit pun yang tinggal. Menggelegak darah dalam jantung keluar menerusi ruang-ruang
terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak diapa-apakan. Menjerit si
anak yang terkejut, merangkap mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Berdekah-dekah ketawa gerombolan komunis
kerana berpuas hati dapat membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka terus
meninggalkan Pekan Rabu, Bendang DO menghala ke Sungai Tungko. Si Emoh yang
sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO hampir terserempak dengan
kumpulan PKM yang masih terbahak-bahak kegembiraan. Mujur juga dia ternampak
mereka terlebih dahulu, lantas melompat menyembunyikan diri ke dalam semak.
Parang bungkol yang bergelar “si Buruk” sedia
tergenggam di tangan. Andai ketemuan, tak tahulah apa yang akan terjadi. Mujur
juga dia masih lagi dilindungi Allah, dan tiada seorang pun komrad komunis
tersebut dapat melihatnya.
Perginya seorang sahabat Bercucuran air mata
Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih. “Mungkin dah tiada lagi saudaraku
ini,” bisik hati kecilnya. Belum pun jauh kumpulan komunis itu berlalu, Emoh
bingkas dan pantas berlari meredah pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih
yang sudah mula dipenuhi orang ramai. “ Pergilah dulu wahai saudaraku kerana
bila sudah sampai masanya, tiada siapa dapat menghalang,” bisik Emoh ketika
terpandang jenazah si Utoh Putih.
Semuanya Warga Banjar Sungai Manik di Bendang
DO sepakat untuk menyempurnakan jenazah petang itu juga. Dalam keadaan serba
kekurangan kerana darurat, pengkebumian berlarutan sampai ke malam. Betapa
benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh disumbat ketat, mulut
manusia siapa yang dapat menduga”. Tentu ada yang celupar kalau tidak masakan
PKM tahu Utoh Putih yang empunya angkara (membunuh Mail Rudo).
Mengerlit kilauan parang bungkol si Kandal
Larap yang sudah tidak bertuan tersangkut di dinding. Sambil mengusap mata
parang bungkol peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata, “Satu ketika
nanti akan kumandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah. Sudah
seminggu berlalu, mujurlah tiada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di
Bendang DO. Pun begitu, keluarga Banjar yang berada di situ masih curiga kerana
maklum sajalah janji komunis tak boleh dipercaya.
Komunis Mula Perasan Berkuasa Penuh
Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah
markas kecil kira-kira satu kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi
dan berkempen kononya tiada siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu
selain daripada PKM.
Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar yang
mula terpengaruh diresapi dakyah komunis sehingga ada yang sanggup menyertai
kumpulan bersenjata, manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula memadailah
sekadar menjadi mata dan telinga mereka.
Markas PKM di Bendang DO tidak mendapat
sambutan langsung. Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari
pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya tanggapan Warga Banjar Sungai Manik
seluruh Bendang DO, geram benar gamaknya.
Ketua komunis di markas besar Sungai Tungko
mula gelisah kerana kempen mereka dipandang sepi oleh Warga Banjar Sungai Manik
di Bendang DO yang masih keras hati. Akhirnya gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan
lain dengan menimbulkan masalah saban hari, tak cukup dengan makanan, harta
benda orang kampung dirampas, tanaman musnah diinjak dilenyek. Namun tidak juga
membawa hasil yang diharapkan malah semakin menambah marak api kemarahan Warga
Banjar Sungai Manik.
Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat komunis
mengeluarkan perintah dan amaran terakhir. Kalau tidak sanggup melihat Bendang
DO menjadi padang halilintar, dalam masa seminggu Warga Banjar Sungai Manik
diarah mengumpulkan kaum perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau
isteri orang. Sudah lama benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan,
dan kalau itulah caranya, bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!
Begitulah, satu perintah, satu tagihan yang
menyusahkan Warga Banjar Sungai Manik Bendang DO. Kemana hendak mengadu kerana
dalam keadaan darurat begini? Penghulu tiada, Ketua Kampung pun tiada.
Bagaimana ya!
Haji Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau
baandah berhijrah dari Kalimantan ke Sapat, Sumatera. Dari Sapat berhijrah pula
ke Batu Pahat, Johor, dan bertemu jodoh di sana. Isteri tua bernama Patmah
binti Hj Hassan dan dikurniakan dua orang anak, Zainab dan Abdul Majid. Isteri
muda bernama Samiah binti Hj Abdul Jalil dan dikurniakan tiga orang anak, Abdul
Kadir, Abdul Hamid dan Siti Sarah. Haji Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa
merendah diri hinggakan tidak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya, dunia
dan akhirat. Setelah mendengar khabar tentang Warga Banjar Sungai Manik ramai
menetap di Sungai Manik, beliau berhijrah ke sana sebelum Jepun memerintah
Malaya. Beliaulah yang banyak mengajar agama dan membetulkan akidah Warga
Banjar Sungai Manik di Sungai Manik. Lantaran itu beliau diberi gelaran Tuan
Guru.
“Kalau sampai menagih perempuan, itu sudah
benar-benar melampau,” ujar Tuan Guru yang sudah mula rasa geram.
“Tidak ada lain melainkan parang bungkol
lawannya si haram jadah ni,” bebel Tuan Guru yang sudah merah padam muka kerana
marah. Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan sulit dengan Warga Banjar Sungai
Manik Bendang DO yang bersetuju untuk menentang komunis.
Sebagai permulaan, lapan orang perempuan
berjaya dikumpulkan, tapi kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun setelah
jenuh memujuk. Memang benar pun, tiada siapa yang sudi dijadikan hamba seks kepada
pengganas komunis yang tak tahu bahasa itu.
|