Jumaat, 27 Julai 2012

log kerja penyelenggaraan PC sendiri


PC digunakan untuk mempercepatkan banyak kerja. malangnya bersama ia adalah virus dan trojan yang banyak suka mengganggu kerja kita. kekadang file kerja yang telah disimpan boleh disimpan boleh hilang begitu sahaja. sehubungan dengan itu, penyelenggaraan mencegah perlu dilakukan sebagai sebahagian kerja-kerja menggunakan PC. kalau tak kita ibarat pak pandir yang suka buat kerja berisiko tanpa peduli masalah jharta dunia yang sememangnya memerlukan penyelenggaran pencegahan.

Log kerja penyiasatan serangan trojan pada pC jabatan JMTI/TKK/bgh22
1.       Penyemakan process “ctrl-alt-del” Task Manager.
2.       27 Julai 2012 Didapati ada beberapa process yang agak baru – siasat satu persatu
3.        Siasat process file  ChgService.exe pada lokasi di windows/system32/
4.       Didapati  property-nya  “unknown”  tiada maklumat security certificate
5.       Tindakan pada jam 11:42 hari yang sama stop the process dan delete file tersebut.



Rabu, 11 Julai 2012

Projek Sewa mesin buat kuih lapis Sarawak

Adalah dipelawa orang perseorangan yang minat buat kuih lapis Sarawak untuk menawarkan sebut harga sewa mesin Industri buat mesin buat kuih Lapis di sekitar seberang Perai Utara atau Sungai Petani atau kawasan berhampiran. Maklumat lanjut akan diberikan pada yang berminat sahaja.

Modus Operandi:

- Daftar minat.
- Lawatan tapak mesin
- Deposit Cagaran / pinjaman bantuan perniagaan buat yang yang layak
-  Tempoh sewa / Kontrak

- Penamatan projek.




Isnin, 11 Jun 2012

prolog


some correction from most expensive text books.
 ?-consult(user).
doll(barbies).
doll(tubies).
play(farzanah,tubies).
like(farzanah,X) :- doll(X),play(farzanah,X).
like(suzi,Y) :- like(farzanah,Y).
tekan ctrl-z pastu tekan
yes

so then u will get errors on example for us to do practice.
its really hurts that u wasted your time for such simple errors.


How does Prolog find answers for:
  1. Suzi will like Y if farzanah likes Y.
  2. Farzanah will like Y if Y is a doll and farzanah plays with dolls.
  3. Barbies are dolls and farzanah plays with barbies.
From the situations above, we can say that suzi likes barbies because suzi likes what farzanah likes and it is also stated that farzanah likes barbies. Therefore, suzi likes barbies. How are such situations encoded in Prolog?
The statement ‘suzi will like Y if farzanah likes Y’ can be coded in a rule form since the statement shows conditional state.
like(suzi,Y) :- like(farzanah,Y).
The statement ‘farzanah will like Y if Y is a doll and farzanah plays with dolls’ can be encoded in Prolog as:
like(farzanah,Y) :- doll(Y),play(farzanah,Y).
The third statement ‘barbies are dolls’ and ‘farzanah plays with barbies’ can be written as facts in Prolog as:
doll(barbies).
play(farzanah,barbies).


 ?-consult(user).
doll(barbies).
doll(tubies).
play(farzanah,tubies).
play(farzanah,barbies).                          % pembetulan
like(farzanah,X) :- doll(X),play(farzanah,X).
like(suzi,Y) :- like(farzanah,Y).
tekan ctrl-z pastu tekan


Khamis, 7 Jun 2012

Tulisan melayu lama sebelum pengaruh luar

Tulisan dicipta untuk komunikasi secara tanpa suara di mana ia sangat perlu pada sebuah lokasi yang tebal muka hutannya dan berjauhan berpisah kepulauannya.

Tulisan awal ini direka mungkin secara spontan secara turun temurun dengan menggunakan pisau atau badik atau kawali atau keris yang disisip di pinggang. Medium penulisan mereka biasanya diatas batu, kepingan kayu, buluh, kulit haiwan, daunan lontar, daunan yang keras yang boleh ditoreh dengan pisau atau keris di sisipan pinggang mereka. adakala penggunaan simbol, kadangkala penggunaan huruf  yang dibunyikan tertentu. bawah adalah beberapa contoh tulisan melayu lama yang dapat dilihat ringkas dan tidak berpintal-pintal seperti pengaruh luar yang menggunakan dakwat dalam penulisan mereka seperti India dan Cina. Aksara melayu kuno ada beberapa tambahan seperti huruf sengo (jawi ='ain), 3 jenis ha (ha tebal, ha sengo dan ha pedas), gho, kho, tsa, fa, qa, za. va.
rajah bawah hanya ditunjukkan 18 aksara supaya boleh dibanding dengan aksara pengaruh palawa.(india)

Bandingan beberapa tulisan lama.  

Namun tidak boleh jugak dinafikan wujud gabungan atau pengaruh tulisan pallawa yang dituliskan dengan menggunakan kaedah pena berdakwat berbentuk berpintal-pintal dalam ke dalam tulisan lama bangsa melayu di Asia Tenggara. Seperti di bawah. 


Namun begitu pengaruh luar yang datang kemudian, tulisan yang tidak serasi dengan realiti masyarakat melayu yang perlu berkomunikasi sesama mereka melalui torehan pisau/keris/kawali/badek/ pada pokok dan batu di dalam hutan. Tulisan yang dipengaruhi pallawa ini hanya terpakai di Istana seperti hikayat rekaan istana seperti Galigo dll atau tulisan perdagangan atau agama sahaja.

Malangnya, kebanyakan tulisan melayu lama ini tidak terpelihara kerana faktor ia bukan tulisan rasmi. terlalu ringkas sehingga jika terukir/ditulis di mana-mana tidak siapapun tahu melainkan diajar secara tidak rasmi secara turun temurun juga di kalangan segelintir orang tua melayu yang terpaksa menggunakan tulisan tersebut kerana mudah ditulis dengan pisau atau kayu dengan kaedah torehan secara ideal kepada keperluan mereka.

Selain itu pengaruh tulisan jawi yang lebih mudah dengan kaedah tulisan sambung yang lebih praktikal menyebabkan peralihan berlaku dengan lebih cepat.



Ahad, 3 Jun 2012

Anak ketiga

Ahmad Eilman Nafi'
Lahirlah seorang bayi lelaki anak ketiga. dahi bonjol luas ubun tinggi tanda keturunan sebelah aku. tapi wajahnya banyak mengikut wajah ibunya.

Jumaat, 1 Jun 2012

Pengajaran dari kisah Pak Pandir

Bila kita diceritakan tentang kisah Pak Pandir. kita boleh  lah ketawa terbahak-bahak. Tapi tidak sedarkah ia sebenarnya sindiran halus yang bertujuan memberi kesedaran pada pendengarnya.

Gambar Hiasan sahaja.

Sebagai misal kisah Pak Pandir membunuh anaknya dengan air hangat, kisah ini paling diingati pelajar-pelajar semasa saya bertanya kisah Pak Pandir apa yang paling diingati.

 Apa agaknya sindiran tersebut. jika kita renung-renungkan semula kenapakah Pak Pandir boleh salah faham dengan istilah air suam atau air panas suam kuku?

Sebenarnya ini adalah akibat dari mentaliti sepertimana resam kebanyakan kita atau orang melayu khususnya, budaya last minit untuk memahami sesuatu dalam melakukan kerja. 

Kenapa saya kata begitu? Tidakkah jelas bahawa punca utama atau
dapat dilihat daripada Pemahaman sesat / salah faham Pak Pandir dalam menafsir bagaimana yang dikatakan air panas suam kuku yang dimaksudkan Mak Andeh hingga menyebabkan kematian anaknya dengan begitu tragis?

Inilah akibat mentaliti last minit yang biasa diamalkan oleh pelajar-pelajar yang kurang berjaya. mereka cuba mempelajari sesuatu dengan cara saat2 akhir. akibatnya banyak salah faham dan kesesatan dalam memahami sesuatu kerja. risikonya mereka mungkin memiliki kesesatan ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri.

Sepertimana kisah Pak Pandir juga, akibat dari tak mau ambil tahu bagaimana anak2 orang lain dimandikan kerana merasakan tidak penting untuk diketahui semasa ia belum ada anak. Oleh itu, Bila menghadapi masalah tersebut atau telah dikurniakan anak baru nak buat dengan segera maka terjadilah salah / sesat fahaman.

Sebagai bandingan bila masa belajar kita tidak belajar betul2 mengulangkaji. maka akibatnya bila masuk dunia kerja. bila mana masalah yang telah diterangkan dalam kelas yang tidak diambil berat. maka bila ia terjadi maka boleh jadi tindakan kita yang berdasarkan kesesatan kita dalam ilmu boleh membahayakan kita sendiri dan rakan sekerja. Its is too dangerous to work with dumb.

Jumaat, 23 Mac 2012

mesin penterjermah yang menyerupai google translator

http://text-to-speech.imtranslator.net


sebuah laman web boleh memuatkan text reader dari pelbagai bahasa. semakin mudah untuk kita mempelajari pelbagai bahasa. pengantaramuka yang mudah difahami berdasarkan konsep hampir sama dengan google translator bezanya hanya iklan.

Bagaimana untuk Menggunakan ImTranslator Translator & Speak
• Bagaimana untuk menterjemahkan teks dan mendengar terjemahan

Lakukan yang berikut:
• memastikan bahawa cap kotak cek translate ON
• memilih bahasa sasaran untuk terjemahan
• melaraskan kelajuan suara
• memasukkan teks atau salinan dan tampal teks ke dalam tetingkap teks
• tekan butang “Translate & Speak”

ImTranslator akan:
• secara automatik mengesan bahasa teks
jika pengesanan bahasa tidak betul, manual memilih bahasa teks sumber dari kotak drop-down Terjemah
• menterjemahkan teks ke dalam bahasa yang dipilih
• menukar teks yang diterjemahkan ke dalam ucapan
• membaca teks
• menyerlahkan perkataan ketara
• menunjukkan terjemahan dalam tetingkap terjemahan
• menawarkan pilihan untuk mewujudkan pautan audio dengan teks pertuturan untuk menerapkan ke dalam email, chat room, Rasul segera atau laman web
• Bagaimana untuk bermain suara tanpa terjemahan

Lakukan yang berikut:
• memastikan bahawa cap kotak cek Terjemah OFF
• memilih bahasa Cakap
• melaraskan kelajuan suara
• memasukkan teks atau salinan dan tampal teks ke dalam tetingkap teks
• tekan butang Cakap

ImTranslator akan:
• menukar teks ke dalam ucapan
• membaca teks
• menyerlahkan perkataan ketara
• menawarkan pilihan untuk mewujudkan pautan audio dengan teks pertuturan untuk menerapkan ke dalam email, chat room, Rasul segera atau laman web
• Bagaimana untuk mewujudkan pautan dengan teks pertuturan

Lakukan yang berikut:
• memastikan bahawa cek Embed tanda kotak ON
• memilih bahasa Cakap
• melaraskan kelajuan suara
• memasukkan teks atau salinan dan tampal teks ke dalam tetingkap teks
• tekan Terjemah & Bercakap & Muatkan butang
• klik Salin untuk menyalin pautan
• paste pautan audio ke email, chat room, Rasul segera atau laman web

ImTranslator akan:
• menterjemahkan teks ke dalam bahasa yang dipilih (jika Translate ON)
• menukar teks ke dalam ucapan
• membaca teks
• menyerlahkan perkataan ketara
• menunjukkan terjemahan dalam tetingkap terjemahan (jika Translate ON)
• mewujudkan pautan dengan teks pertuturan

Terjemah dan Bercakap perkhidmatan oleh ImTranslator teks-ke-pertuturan sistem yang berfungsi penuh dengan keupayaan terjemahan yang menterjemah teks daripada 52 bahasa ke dalam 10 bahasa suara yang disokong. Ini alat yang unik adalah bijak untuk mengesan bahasa teks yang dikemukakan untuk terjemahan, menterjemah ke dalam suara, mengubah kelajuan suara, dan juga mewujudkan pautan audio untuk menghantar mesej bersuara. Segala-galanya boleh dilakukan dalam satu klik ajer.

Tarikh hari ini

slow connection? click here