Khamis, 7 Jun 2012

Tulisan melayu lama sebelum pengaruh luar

Tulisan dicipta untuk komunikasi secara tanpa suara di mana ia sangat perlu pada sebuah lokasi yang tebal muka hutannya dan berjauhan berpisah kepulauannya.

Tulisan awal ini direka mungkin secara spontan secara turun temurun dengan menggunakan pisau atau badik atau kawali atau keris yang disisip di pinggang. Medium penulisan mereka biasanya diatas batu, kepingan kayu, buluh, kulit haiwan, daunan lontar, daunan yang keras yang boleh ditoreh dengan pisau atau keris di sisipan pinggang mereka. adakala penggunaan simbol, kadangkala penggunaan huruf  yang dibunyikan tertentu. bawah adalah beberapa contoh tulisan melayu lama yang dapat dilihat ringkas dan tidak berpintal-pintal seperti pengaruh luar yang menggunakan dakwat dalam penulisan mereka seperti India dan Cina. Aksara melayu kuno ada beberapa tambahan seperti huruf sengo (jawi ='ain), 3 jenis ha (ha tebal, ha sengo dan ha pedas), gho, kho, tsa, fa, qa, za. va.
rajah bawah hanya ditunjukkan 18 aksara supaya boleh dibanding dengan aksara pengaruh palawa.(india)

Bandingan beberapa tulisan lama.  

Namun tidak boleh jugak dinafikan wujud gabungan atau pengaruh tulisan pallawa yang dituliskan dengan menggunakan kaedah pena berdakwat berbentuk berpintal-pintal dalam ke dalam tulisan lama bangsa melayu di Asia Tenggara. Seperti di bawah. 


Namun begitu pengaruh luar yang datang kemudian, tulisan yang tidak serasi dengan realiti masyarakat melayu yang perlu berkomunikasi sesama mereka melalui torehan pisau/keris/kawali/badek/ pada pokok dan batu di dalam hutan. Tulisan yang dipengaruhi pallawa ini hanya terpakai di Istana seperti hikayat rekaan istana seperti Galigo dll atau tulisan perdagangan atau agama sahaja.

Malangnya, kebanyakan tulisan melayu lama ini tidak terpelihara kerana faktor ia bukan tulisan rasmi. terlalu ringkas sehingga jika terukir/ditulis di mana-mana tidak siapapun tahu melainkan diajar secara tidak rasmi secara turun temurun juga di kalangan segelintir orang tua melayu yang terpaksa menggunakan tulisan tersebut kerana mudah ditulis dengan pisau atau kayu dengan kaedah torehan secara ideal kepada keperluan mereka.

Selain itu pengaruh tulisan jawi yang lebih mudah dengan kaedah tulisan sambung yang lebih praktikal menyebabkan peralihan berlaku dengan lebih cepat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here