Isnin, 13 April 2020

Lagenda Ikan Tamban Perak mudik masuk ke Sungai Perak.

Lagenda Ikan Tamban Perak mudik masuk ke Sungai Perak.

Pada zaman Dahulu Kala, Ada Seorang Pemerintah yang adil dan baik amat suka amat memakan Ikan Tamban yang berwarna Perak. Jadi Masalahnya Ikan Tamban Perak ini tinggal di persisiran laut Selat Melaka tetapi beliau beristana di Kuala Kangsar.

Maka beliau bertitah sekiranya baginda raja yang yang adil dan baik dengan rakyatnya, patuh ajaran agamanya supaya semua ikan tamban Perak agar mudik masuk ke sungai Perak untuk diserahdiri kepada baginda dan kepada seluruh rakyatnya untuk dimakan.

Dengan kuasa Allah, kononnya baginda sebagai pemerintah yang adil lagi baik kepada rakyatnya dan patuh pada perintah tuhannya, maka terjadilah fenomena ajaib di mana jutaan ikan tamban yang berwarna perak berhabitat di laut mudik masuk ke dalam Sungai Perak. Fenomena Ajaib ini menyebabkan Sungai dan Negeri Perak mendapat nama.

Lagenda Minanga Tamban Perak, Rakyat berpesta mengangkat ikan tamban perak yang mudik masuk ke sungai Perak 

Lalu baginda pula digelar  Datu Minanga Tamban Perak. Kononnya, akibat dari Sungai Perak telah berubah menjadi warna keperak perakkan. Bila berjuta-juta ikan tamban perak mudik masuk menyerah diri kepada rakyat jelata untuk berpesta memakan ikan tersebut.








Tulisan gangga malayu

Semasa Perang Perak 1875, British telah mendapati satu tulisan yang agak asing digunakan untuk komunikasi antara orang Perak. Malangnya, Para Orientalist gagal memahami tulisan tersebut kerana ia hanya tulisan rakyat biasa. Bukan di kalangan pengetahuan am.

Tulisan ini digunakan hanya untuk komunikasi orang tempatan yang dipelajari dari nenek moyang secara turun temurun. Kononnya dari turun temurun kerajaan lama  Gangga di Perak. Ia berbentuk gabungan antara gambaran simbol dan sistem ejaan.

 Semasa itu, ramai pegawai British yang berbangsa Melayu adalah orang dari luar Perak yang hanya tahu baca tulisan jawi dan rumi. Jadi, Pihak British mengalami kepayahan untuk memahami tulisan tesebut.

Sehubungan dengan itu, Pihak British cuba mengumpan seorang yang bernama Muhammad Sirajuddin. Tidak diketahui siapa sebenarnya Sirajuddin  yang telah cuba mendedahkan  tulisan tersebut.

Tetapi pendedahan beliau tidaklah berapa tepat. Beliau cuba mengajar  pegawai inggeris tersebut dengan mengaitkan sistem ejaan jawi. Walaupun tidak tepat, tetapi ada beberapa huruf yang betul dan ada juga yang salah.

Hasilnya, mereka merekod dan menyimpan tulisan yang gagal mereka kaji tersebut di  laman web

https://scriptsource.org/cms/scripts/page.php?item_id=script_detail&key=Qa35

Apa yang tercatat dalam laman web ini adalah hanya pendedahan Sirajuddin yang cuba mengaitkan cara tulisan Gangga Malayu menurut sistem tulisan jawi yang sedang popular di zaman itu.

Akhirnya, sekitar tahun 1876 selepas kekalahan Perak kepada Inggeris, Pihak Inggeris telah menghapuskan semua rekod dan manuskrip Gangga Melayu dan melabelkan sebagai "cipher" atau kod rahsia sahaja.

contoh tulisan simbol ikan dan mikmu... atau mungkin beerti milik kamu.


baradagabe apiebe mata kadatuan

tempat pelabuhan / perdagangan semarak api kepada mata pendapatan negara

Imej mungkin mengandungi: malam

Ahad, 18 Februari 2018

ahli sejarah di blogger

makin ramai peminat sejarah memblogkan karya mereka.

http://lokalgenius.blogspot.com

halamansrikandi.blogspot.com

http://merahsilu.blogspot.com/

http://ibnurusydi.blogspot.com/

JUst Basic

Meneroka Alam Animasi dan programming memang menarik minat saya semenjak tahun 1992. Tingkatan 5 di Sek Men Vok Kuala Kangsar pertama kali belajar computer(maintenance dan basic programming seperti Lotus 123 dll) semasa SPM(V) Elektronik.


Cuma kewangan yang terhad memendam rasa ingin melakukan penerokaan sebegitu. Namun begitu, Semasa Di Universiti Teknologi Malaysia 1994, Segalanya bermula dengan GWBasic. Semasa dalam kursus Kejuruteraan Elektronik di bawah tajuk Kejuruteraan Perisian C++ Objek Oriented Programming. Bermulalah sedikit kefahaman tentang programming dan konsepnya secara permukaan. semasa itulah saya cuma buat HTML programming beranimasi dan game di Goplay.com. (zaman win 3.1.1 ) Dengan sumber kewangan yang terhad. (biasalah org melayu kedekut utk belajar) maka minat terbantut bila laman web itu ditutup kerana masalah kewangan. Setelah itu 1996 - 2000 semua perkembangan programming dan komputer dilupakan kerana kerjaya tiada berkaitan.


Cuma buat proggramming Sequential Control guna relay atau contactor dalam sistem pensuisan elektrik dan elektronik mengawal motor, Pneumatic dan hydraulic dalam mesin automasi di industri. selama lebih kurang 4 tahun. dan merekabentuk menggunakan bantuan AutoCAD dan Mechanical Desktop.


11 November 2000 menyertai kerajaan. Bengkel pertama disertai ialah Bengkel Elektromekanikal tetapi mengajar Computer maintenance.


Tetapi di situlah saya belajar welding dari TIG, MIG Gas Arc dan juga mesin konvensional seperti mesin Larik, mesin milling dll.


Kini... saya berminat kembali meneroka bidang perisian.



masalah word :- gagal buka dokumen Word hanya dengan dwi klik.

Masalah... dwi-klik dokumen Word dalam Windows Explorer, dokumen itu tidak terbuka. Sebaliknya, apa yang dia dapat adalah dokumen kosong. Dia masih boleh membuka dokumen menggunakan File | Open (dalam jarak Word), tetapi tidak boleh klik dua kali untuk membuka dokumen. Banyak puncanya.. Antara punca dikenalpasti... sisa serangan virus. Perkara pertama untuk memeriksa adalah untuk memastikan bahawa sambungan fail dengan betul berkaitan dengan Word. Sejak dwi klik pada dokumen Word dalam Windows Explorer membuka Word, jenis-jenis fail yang mungkin dikaitkan dengan betul, tetapi ia tidak menyakitkan untuk melalui langkah-langkah juga. Digunakan arahan berikut: "C:\Program Files\Microsoft Office\Office\winword.exe" /unregserver

Rabu, 4 Januari 2017

Kepalsuan Surat Nabi Muhammad kepada Bangsa Jin Sedunia



Walaupun Palsu, Ianya tersebar dan ditampal di dinding rumah.

Menurut Kerajaan Arab Saudi sumber: http://www.alifta.net/Search/ResultDetails.aspx?languagename=en&lang=en&view=result&fatwaNum=&FatwaNumID=&ID=9546&searchScope=7&SearchScopeLevels1=&SearchScopeLevels2=&highLight=1&SearchType=exact&SearchMoesar=false&bookID=&LeftVal=0&RightVal=0&simple=&SearchCriteria=allwords&PagePath=&siteSection=1&searchkeyword=100117106097110097104#firstKeyWordFound


Khamis, 7 April 2016

Web Services

Tercari-cari satu assignment project untuk membolehkan pelajar memahami Web services.


Ok ingat nak bagi assignment yang upload file excell dan kemudian JSP baca file tersebut untuk dipaparkan dalam laman Web dengan menafsirkan kepada xml...

contoh hampir sama


https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#safe=off&q=how+to+upload+excel+file+in+java+jsp+web+application+xml

Tarikh hari ini

slow connection? click here