Selasa, 1 Mac 2011

mengelirukan dan menyusahkan



lain di assignment lain di tempat hantar...

lepas tu tanya e-tutor macam yakin jer jawab... tapi kenyataannya tidak... rakan sekelas pulak tiada yang dah hantar ke?

penyelesaian saya guna hyperlink ... tak taulah diterima atau tidak... kaedah free hosting.
jika pemeriksa nak sangat tengok lama web tu dia click ctrl click so akan download web.zip itu.

Sabtu, 26 Februari 2011

jawapan tugasan

paparan output.



cabarannya pada nak print resit.

teka teki bebdak terencat akal

katakan ada 9 mancis membentuk kucing memadang ke kanan ... buat supaya ia pandang ke kiri pulak


jawapan

Isnin, 21 Februari 2011

error handling dalam C programming

Dalam object oriented software kita boleh guna try dan catch

tapi dalam c program yang tidak di bawah ini cara error handling dalam C katakan anda nak masukkan nilai antara 1 hingga 1000.

/* Contoh penggunaan error handling dalam C */
#include <stdio.h>
#include <ctype.h>
#include <stdlib.h>
#define MAXBUFFERSIZE 80

void cleartoendofline( void ); /* ANSI function prototype */

void cleartoendofline( void ) /* memulakan function */
{
char ch;
ch = getchar();
while( ch != '\n' )
ch = getchar();
}

main()
{
char ch; /* urus input pengguna sebagai char dulu */
char buffer[MAXBUFFERSIZE]; /* uruskan saru barisan jer la */
int char_count; /* urus bilangan char */
int exit_flag = 0, number, sahPilih; /* segala jenis pengawal */

while( exit_flag == 0 )
{
sahPilih = 0;
while( sahPilih == 0 )
{
printf("masukan no antara 1 dan 1000\n");
ch = getchar();
char_count = 0;
while( (ch != '\n') && (char_count < MAXBUFFERSIZE)) {
buffer[char_count++] = ch;
ch = getchar();
}
buffer[char_count] = 0x00; /* null terminate buffer */
number = atoi( buffer );
if( (number < 1) || (number > 1000) )
printf("\007 degil ke?.Nombor yang dimasukkan antara 1-1000\n");
else
sahPilih = 1;
}
printf("\nPandai, No yang anda masukkan ialah:\n");
printf("%d\n", number);

sahPilih = 0;
while( sahPilih == 0 ) {
printf("lagi? (Y/T)?\n");
scanf(" %c", &ch );
ch = toupper( ch );
if((ch == 'Y') || (ch == 'T') )
sahPilih = 1;
else
printf("\007 Salah, pilihan yang tak sah ya (y) atau tidak(t) sahaja!\n");
cleartoendofline();
}
if( ch == 'T' ) exit_flag = 1;
}
}

Selasa, 15 Februari 2011

Sistem nombor bahasaku


bahasaku adalah bahasa turun temurun yang tidak dipakai lagi dalam keluargaku. Ia hanya bahasa lama yang dilupakan. bahasa agak ringkas kerana ia bahasa yang digunakan di atas kapal pelayaran (jong). berbeza bahasa melayu di darat, ia perlu ringkas kerana komunikasi perlu pantas dan cepat. manakala bahasa melayu darat banyak dipengaruhi dengan bahasa sanskrit kut.

pengiraan
es - satu -
de - dua
le - tiga
ep - empat
em - lima
ne - enam
ejh -tujuh
er - lapan
ez - sembilan
Soh - Sepuluh
Sos - Sebelas
Sot/sod - dua belas
Sol - tiga belas
Sop - empat belas
som - lima belas
Son - enam belas
Soj - tujuh belas
Sore - lapan belas
Soze = Sembilan belas
Doh -duapuluh
Dos - dua puluh satu
Dod - dua puluh dua
Dot - dua puluh dua
Dol - dua puluh tiga
dop - dua puluh empat
sa - seratus
si - seribu
soi - sepuluh ribu
sai - seratus ribu

su - sejuta

bahasa sanskrit -
Ekam, dve, trini, catvari, panca, sat, sapta, astau,
nava, dasa, ekadasa, dvadasa, trayodasa, caturdasa,
pancadasa, sodasa, saptadasa, astadasa

Contoh panggilan nombor

3009297 tiga juta sembilan ribu dua ratus sembilan puluh tujuh
sebutan dalam bahasaku - Luzi dazoj



contoh
at = melihat

ma-at = mata atau melihat

nti - berhenti, tamat berakhir

ma-nti - mati atau menghenti

a = apa - what?

aph = kenapa - why?

ate = bagaimana = how?

a-dhi = di mana? = where
a-dha = ada ke ? = did have?

ano = siapa nama = who?

anu = apa nama? = what

bi-lha = bila = when?

bira = berapa = how much?

lha - masa = time

Lha-ni - masakini, sekarang - now

te-lha - masa yang dah berlalu, masa dulu.. telah terjadi. = past




Bahasa Jong adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa yang berperahu besar kira-kira 10000 s.m yang menjalankan perdagangan jauh mungkin dengan kerajaan bani Saba' Yaman atau mungkin dengan kerajaan purba mesir Fir'aun.

Perjalanan perdagangan yang jauh menyebabkan mereka lebih banyak masa di laut berbanding di darat. berada di laut yang penuh cabaran dan perlu tindakan pantas seperti menghadapi ribut dan taufan di tengah laut menyebabkan bahasa mereka lebih ringkas berbanding bahasa melayu biasa. Sistem pengiraan mereka dgunakan dalam pengiraan bintang- yg banyak di langit dalam mengagak dan menentukan lokasi mereka di tengah-tengh lautan luas.

Antara bintang yang menyerupai bintang piscess
bintang s-ik-langlhana - gambar di bawah adalah bentuk tulisannya untuk mengeja. diolah tulisan tersebut menjadi seperti simbol ikan mengikut susunan bintang.
S
Gambar dibawah ialah ehsan wikipedia.org

manakala bawah ialah bagaimana rumitnya bentuk bintang mewakili huruf yang huruf-huruf tulisan Jong lama membentuk ejaan S-ik-langlana yang bermakna musim terbaik mencari ikan besar seperti tenggiri atau tongkol.


#TULISAN

tulisan Bangsa Jong ini ada 35 huruf. mempunyai sistem seperti tulisan Rencong dan Lontara Bugis Makassar atau tulisan batak. bentuk hampir sama tapi berbeza.

berikut adalah contoh huruf ejaan dan makna



bo = rumah contah ayat bolaku beerti ini adalah rumah aku
bi = ruang kecil, terbiar, tidak penting... contoh ayat biadab. beerti terbiar adab. contoh ayat lain "biasa" beerti terbiar sahaja usaha... ulasan tak perlu usaha kuat sebab boleh dibuat dengan sambil lewa
bu = beerti tempat tanah lebih tinggi, asal usul, ibu.
ba = muncul dari sesuatu. keluar, terbit, baru, tidak diketahui sepenuhnya.
be = milik
bay = buang, melepaskan, contoh ayat "baybas"... makna melepaskan diri dari kongkongan (free) contoh ayat lain "ku membayrok"... erti aku membuang kotoran
bai = bayi - anak kecik yg suci
bau = hidung, bau - smell, contoh ayat. bau-ng = bau yang tidak sedap. busuk... bau-ngi= bau yang sedap, wangi

Semua adalah disampaikan secara sampai menyampai dari Tok Nenek moyang pemegang salah silah. untuk yg ingin mengetahui sahaja.

Isnin, 7 Februari 2011

Teori 5 bangsa utama.

Selama ini kita suka mengklasifikasikan bangsa mengikut warna kulit tetapi ia sebenarnya tidak tepat. warna kulit boleh dipengaruhi oleh cuaca dan pemakanan sesorang. Seperti pengambilan diet tertentu boleh mengubah warna kulit sesuatu bangsa. tetapi tidaklah sekejap itu jugak. Mungkin setelah melalui beberapa keturunan.

Seorang saintist German dengan bersungguh-sungguh mengkaji bangsa bernama Johann Friedrich Blumenbach telah membuat keputusan bahawa bangsa dikelasifikasikan kepada 5 bentuk tengkorak. iaitu... seperti ditunjukkan pada gambarajah di bawah.



iaitu
1. Oriental seperti Cina,Monggolia.

2.American Aborigins atau kaum red indian.

3.Caucasian atau kebanyakkannya kulit putih

4. Malay atau austrosia, polinesia

5. Negroid. atau african

Tetapi ada juga pertengahan atau percampuran menjadikan ia mempunyai rupa campuran tetapi bentuk tengkorak tetap menjadi salah satu dari 5 ini. Ini dapat dilihat banyak di kawasan-kawasan pertembungan budaya seperti di Jalan Sutera. Tanah ARAB dan Afrika Utara. Semenanjung Malaysia, Jepun, Israil dan lain-lain.

Ini Teori berdasarkan kepada kajian yang banyak mengambil data dan tengkorak di seluruh dunia. Jadi berdasarkan ini, kemungkinan juga atau tidak mustahil ada anak2 Adam yang pupus keturunannya. Berdasarkan lokasi contohnya yang cuba dibentang pengkaji lain Meyers yang berpendapat pembahagian kepada 3 bangsa. berdasarkan warna kulit telah gagal dan apabila berlaku perubahan warna kulit oleh bangsa ini bila mereka berhijrah mengubah cara hidup. Atau Perubahan zaman kini yang tentu juga mengubah cara makan sesuatu kaum membuktikan pengkelasan warna kulit adalah sesat.



Begitu juga tentang warna mata biru, cokelat dan lain-lain. Ia tidak akan tetap. sebagai contoh bangsa Ainu yang bermata biru dan kulit lebih cerah pada awalnya disangka adalah caucasian. Tetapi setelah kajian DNA dilakukan didapati ianya adalah menghampiri Tibet atau Andaman atau polynesia. rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Ainu_people#Origins

Tarikh hari ini

slow connection? click here