Antara mereka yang jadi mangsa fitnah ialah
Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).
Saidatina Khadijah r.a. berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika umurnya 40 tahun.
Saidatina Fatimah r.a., anak perempuan Nabi s.a.w telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. sewaktu berumur sembilan tahun, di Madinah selepas Hijrah.
dan sahabat2 lain
Dikatakan beliau digauli semasa berusia 9 tahun. Satu usia yang sangat kanak-kanak. Perbuatan mengahwini kanak2 berusia kanak sebegitu bukanlah kebiasaan Arab, atau satu sunnah yang ada hadits untuk menyuruh kita ikuti?. Sedangkan Rasullullah adalah sebaik-baik teladan untuk kita ikuti??? Sebagaimana perkahwinan dengan bekas Isteri anak Angkat(Ummul Mukminin Zainab) yang mendapat tentangan kerana kejanggalan dalam norma-norma masyarakat semasa(zaman) itu, Mendapat sokongan dari Wahyu Allah. Tetapi Kejanggalan perkahwinan kanak2(Saiyiditina aisyah r.a) tidak pulak mendapat tentangan dari masyarakat semasa yang sememangnya tidak dianggap normal sebuah perkahwinan kanak2.
Setelah diselidiki oleh Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) melalui sirah terdapat perkara tidak masuk akal terhadap sehingga kesahihan hadits sirah tersebut boleh dipertikai. Ini adalah kerana antara bukti terbesar ialah Aisyah r.a adalah golongan terawal masuk Islam dan masih masih kanak2 ketika itu iaitu berusia lebih kurang 6 tahun lebih. Iaitu ketika Rasullullah dalam usia 40 tahun(dilantik menjadi Rasul) , sedangkan rasulullah mengahwini Aisyah ketika baginda berusia 53 tahun... maka secara anggaran Ummul Mukminin itu mungkin berusia 19 tahun semasa digauli.
Setelah diselidiki Riwayat hadits Yang Dibuat oleh Hazarat yang Mulia Ummul Mukminin yang terbanyak itu adalah bermula semenjak zaman awal kenabian lagi. Adalah mustahil jika beliau belum lahir sedangkan ada hadits dari beliau ttg keadaan zaman awal kenabian. Imam Bukhari dan Imam Muslim telah berusaha sebaik mungkin menapis dan membuang semua lambakan hadits-hadits palsu akibat dari zaman fitnah. namun begitu tanpa berniat memburuk-burukkan atau mempermalukan sesiapa sudah pasti tidak mustahil ada kesilapan dalam proses penapisan tersebut. Tetapi Allah maha kuasa, Fitnah ini dapat dikesan oleh generasi kini melalui Allahyarham Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) dikenali sebagai salah seorang ulama yang unggul di India -Pakistan Rujukan beliau ialah hadits Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim juga. serta Penulis Sirah Islam Hisham ibnu Urwah Ibnu Zubair ibnu Al Awwam boleh lihat perbincangan di
http://darulkautsar .com/article. php?ArticleID= 562
Semoga kita tidak menyambung lidah fitnah dan menanggung dosa darinya. dan sesiapa jua tidak terlepas dari kesilapan. tetapi jgnlah sehingga menutup fikiran melihat kebenaran dengan akal yang sihat kurniaan Allah.