Desakan Mahathir dan konco-konconya nampaknya telah berjaya mempengaruhi niat asal PM ke lima dalam cuba menyelami realiti sokongan yang dihadapi. PM ke 5 secara pribadi saya berpendapat telah membuka matanya terhadap kenyataan berbelah bahagi golongan yang telah goyah untuk menyokongnya.
Najib yang kini dalam ancaman skandal mendiang wanita monggolia agar sukar mendapat sokongan berbanding Tengku Razaleigh(TRH). TRH selaku manusia yg mempunyai impian menjadi PM pasti mahu menggunakan kesempatan ini untuk mencapai cita-citanya.
Manakala Anwar dari luar UMNO tentu sahaja terpaksa menunggu pilihanraya seterusnya 2012.
inilah jangkaan biasa semua orang tetapi ianya terdedah kepada sejuta kemungkinan yang boleh dianalisa. Tambahan PM ke 5 mempunyai gaya U turn dalam setiap tindakannya.
UMNO adalah parti yg tertanam kukuh oleh pengundi taasub generasi tua yang semakin merosot bilangannya nanti. mereka yang menyayangi ini adalah generasi yang lahir sebelum tahun 50-an. mereka ini berumur dalam lingkungan 50 lebih ke atas.
Terutama sebelah Selatan Semenanjung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.