Sabtu, 18 Oktober 2008

Adakah mukjizat?

Teringat semasa zaman sekolah dulu semasa belajar sirah nabi dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang tidak logik sebagaimana fitrah biasa, tetapi telah diterangkan sebegitu luas dan penuh yakin oleh guru yang mengajar sejarah. Ini adalah kisah yang sangat tidak logik untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua atas 45(merujuk usia arwah mak paling akhir boleh beranak). dengan mengira 10 bulan termasuk tempoh nifas



Dalam usia lanjut(40-51), beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang mati semasa kecil lagi, dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir. Alangkah anehnya cerita ini pada usia 40 an menghampiri normal yang tidak pernah dianggap atau diisytihar mukjizat kenabian semasa itu. Fitrah biasa hanya boleh melahirkan sehingga umur 45 sebelum tempoh menopause normal. boleh melahirkan anak sehingga 7 atau sehingga 8 orang bukan kembar???



Pencarian diteruskan dan didapati Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat gelaran atau panggilan mesra sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402-versi bahasa inggeris).



Di sini, timbul kehairanan yang tersimpan sekian lama, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?



Sedangkan tiada pula perakuan dari mana kitab sirah menyatakan ianya adalah satu mukjizat atau sebagainya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here