“Bukan kami bodoh menyerahkan bulat-bulat warga
yang masih sunti melainkan ada helah untuk dibuat umpan sementara,” Tuan Guru memberi
kepastian.
Persiapan untuk berjihad Tempoh yang diberikan
PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga Banjar Sungai Manik masing-masing
sibuk mengasah parang bungkol yang beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap
boleh dijadikan pisau cukur untuk membotakkan
kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai
ilmu dan amalan orang Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk,
ada yang berwirid siang malam tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua.
Betapa tidak, perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.
Rumah Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau
Parit 8, boleh tahan juga besarnya. Diperbuat dari kayu baik zaman British,
kukuh dan padu. Dalam rumah itulah Warga Banjar Sungai Manik mengatur strategi
untuk berdepan dengan pengganas komunis. Berkilaun mata parang bungkol pesaka
moyang yang dibawa dari kampung halaman di negeri Banjar, dan kebanyakannya
sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda. Memang sudah terbukti kehebatan parang-parang
tersebut ketika digunakan memerangi penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulah terkeluar nama atau gelaran
yang tak pernah didengar sebelumnya. Ketika itu, Tuan Guru Haji Bakri tiada ada
anak lelaki dewasa di Sungai Manik, yang ada hanya seorang cucu lelaki yang
masih remaja berusia awal 20an. Acil, nama cucu kesayangannya. Nakalnya boleh
tahan juga, tidak jauh bezanya dengan anak-anak hari ini. Disebabkan kenakalan
itulah, Tuan Guru Haji Bakri segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin
bertambahlah kejaguhan si teruna ini. “Nah, buat genggamanmu,” Tuan Guru Haji
Bakri menghulur parang bungkol si “Mandam Layu” kepada cucunya.
Cantik sungguh, hulunya diukir dari akar buluh
betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah keampuhann bila dipandang.
Senyum meleret si Utoh Acil menerimanya. Sunyi sepi seluruh Bendang DO kerana
setiap buah rumah telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke rumah Tuan Guru,
markas Warga Banjar Sungai Manik di Parit 8. “Mudah-mudahan kita semua
dilindungi Allah… Allahuakbar,” ujar Tuan Guru Haji Bakri ketika melepaskan Warga
Banjar Sungai Manik bagi memulakan gerakan menghampiri markas PKM di muara
Bendang DO tengah malam itu.
Mereka bergerak persis Ninja. Yang masih
tinggal bersama Tuan Guru ialah Emoh, Acil, Sukri, Sabran, Ali dan Amat Tuban.
Tak ikut serta bukan bererti penakut tapi ada rencana dan perkiraan tersendiri.
Pagi Isnin, dengan terbitnya matahari di ufuk timur, maka sampailah sudah saat
dan ketikanya Warga Banjar Sungai Manik di Bendang DO membuat perhitungan dengan
gerombolan haram jadah, tentera PKM.
Semakin bercahaya wajah 8 orang perempuan
Banjar yang sudah disolek dan didandan. Rasa tidak dapat lagi menceritakan,
rambang mata sekiranya disuruh memilih tunggal satu persatu. Wajah perempuan
yang mulanya kecut ketakutan mula nampak merah, dan juga garang! Membara
sungguh nampaknya kerana baru saja diminumkan air jampi Tuan Guru. Mudahlah
nanti jika ada yang lemah semangat atau gementar bila berdepan musuh. Atau jika
ada yang tidak tahan melihat darah membuak-buak di medan pertempuran. Emoh,
Acil dan Sabran baru saja didandan menyamar menjadi perempuan.
Hebat juga hasil solekan warga perempuan
Banjar di Bendang DO, mungkin juga boleh mengalahkan ‘mak nyah’ yang
terkedek-kedek. Tapi mereka perlu berhati-hati jangan sampai terselak betis,
nanti kelihatan pula bulu kaki hitam lebat…pecahlah tembelang.
Kira-kira jam 9.00 pagi, berduyun-duyun
‘perempuan’ Banjar tersebut berjalan sebaris menghala ke markas PKM di muara
Bendang DO, didahului oleh Ali dan Amat Tuban sebagai wakil penyerahan. Mereka
berdua dilarang membawa sebarang senjata. Tetapi, orang Banjar tidak akan sanggup
meninggalkan senjata apatah lagi bila menghala ke medan juang. Pisau belati
setajam pisau cukur sudah lama tersisip di pinggang masingmasing. Cuma baju
sahaja yang membuatnya tidak dapat dilihat dengan
mata kasar.
Gerombolan komunis di markas Bendang DO
terbahak-bahak ketawa, seperti tidak sabar lagi menanti lebih-lebih lagi tiga
orang kepala komunis bernama Ah Boon, Ah Pau dan Ah Jang . Rasa gelihati pun
ada melihat tiga orang “anak dara” yang berjalan paling
belakang kerana masing-masing berselubung
dengan kain. Rasa malu apabila gerangan kalau tangan menggenggam erat hulu
parang bungkol si “Kandal Larap”, si “Mandam Layu” dan si “Tungkih Kiwang”.
Rasa kekok melangkah kerana tidak biasa berjalan memakai kain meleret labuh begitu.
Tuan Guru Hj Bakri yang tinggal seorang diri
tidak bersuara lagi, tasbih di tangan langsung tak dilepaskan, berwirid tanpa
henti di dalam surau. Kanak-kanak yang masih kecil pun tidak berani
menghampirinya. Bermulanya serangan Jam 10, deretan “perempuan” tiba di hadapan
markas PKM di muara Bendang DO. Lantas si Amat Tuban dan Ali menyerahkan mereka
kepada ketua komunis.
Semakin kuat gelak ketawa mereka, gembira
tidak terperi ibarat bulan jatuh ke riba. Tidak disangka Warga Banjar Sungai
Manik seluruh Bendang DO yang kononnya berani menentang Bintang Tiga hanya
omong kosong.
Riuh rendah
markas dengan dialog Cina, mengumpat agaknya. Benar-benar celaka 13! “Hei
tepilah… lu sana,” salah seorang kepala komunis menengking sambil menolak kasar
si Ali dan Amat Tuban.
Tiga orang kepala komunis terus memeriksa dari
depan ke belakang, menyelak selubung satu persatu. Rambang mata. Yang lainnya
turut sama berkerumun tak ubah seperti harimau yang laparkan daging manusia.
Akhirnya leka hingga tidak terjaga
lagi markas taktikal.
Sampai kegiliran diyang (gelaran anak dara
Banjar) cantik yang kelima, si Ah Boon kepala komunis... “Ai yaaa, manyak cantik
lo ha…,” jari mula hendak merayap kerana teringin benar menyentuh. Baru hendak
memeluk untuk mencium… “Bangsat, seteru babi haram jadahhh… Allahuakbarrr!!!”
tengking si Emoh dengan kuat.
“Nah ambil habuan engkau sangkala.” Labukkk….
si Kandal Larap hinggap ke sasaran tanda patuh kepada tuannya. Tergolek kepala
si haram jadah jatuh ke tanah bercerai dengan badan, membuak darah dalam
jantung membasahi bumi Sungai Manik. Acil
menerkam si Ah Jang yang sedang tergamam. Labukkk…
mata parang si Mandam Layu hinggap, layu dan longlai leher si
Ah Jang terkena libasan parang bungkol si
Mandam Layu. Sebiji lagi kepala ketua komunis gugur ke bumi. Bukkk… tetakan
diayun oleh Sabran. Ternyata benar si Tungkih Kiwang tak pernah ingkar kepada
tuannya, putus dua badan si Ah Pau. Tungkih
Kiwang masih belum puas , memenggal puluhan
leher musuh. Putus serta merta, bergelimpangan kepala komunis di halaman markas
PKM Bintang Tiga.
Warga Banjar Sungai Manik Bendang DO yang
sudah setengah malam bersembunyi dalam parit tidak berair bingkas bak cendawan
busut, mengejar anak buah Bintang Tiga yang sedang dalam kebingungan. “Allahuakbarrr!!!”
sebaik saja menghampiri musuh yang sedang lintang pukang, mereka terus
melibaskan parang. Belum sempat mengangkat
senapang, tubuh mereka sudah dihinggapi parang bungkol.
Ibarat menebang batang pisang!. Seramai 34
orang orang anggota PKM terdampar di tangan Banjar Bendang DO. Darah merah
membasahi bumi, mayat bergelimpangan, senjata musuh bertaburan. Mujurlah tidak
seorang pun Warga Banjar Sungai Manik yang terkorban atau
tercedera, cuma baju dan seluar mereka saja
yang merah terkena percikan darah musuh. Bangsal komunis diselongkar. Ceh, yang
ada cuma seguni beras dan perkakas memasak! Tanpa banyak bicara, Acil memikul
guni beras untuk dibawa balik.
Namun, tiada sepucuk pun senjata raifel MK5
yang bertaburan diambil. Tidak teringin langsung, tidak berkenan atau tidak
tahu menggunakan makanya dibiarkan begitu saja. Merah menyala terbakar markas
kecil PKM di muara Bendang DO dibakar. Dengan itu berbalaslah sudah kematian
arwah si Utoh Putih. Berkubang sakan Warga Banjar Sungai Manik membersihkan
badan dalam parit besar di hadapan rumah Tuan Guru Hj Bakri. “Sudahlah!”
terpekik terlolong. Pakcik Sukri tak turut serta dalam pertarungan memanggil
mereka naik.
Azan di surau menandakan masuknya waktu Zohor.
Selepas menunaikan solat dan makan tengahari, para pejuang Banjar merebahkan
badan kepenatan, memenuhi anjung, pelantar, serambi dan surau kecuali Acil, Emoh
dan Sabran. Mereka bertiga menceritakan perlaksanaan rancangan yang serba
serbinya berjalan lancar.
Meleret senyuman Tuan Guru Haji Bakri
mendengarnya. Markas besar PKM di Sungai Tungko gempar seperti anak ayam
kehilangan ibu. Kekalahan yang tidak diduga,
tiga orang pegawai mereka terkorban, bak tikaman duri berbisa dalam sejarah
perjuangan PKM di Hilir Perak.
Sementara menanti ketibaan pegawai lain, tak
seorang pun anggota komunis yang berani menunjukkan muka di Bendang DO. Lain
pula kisahnya dengan Warga Banjar Sungai Manik yang berhimpun di rumah Tuan
Guru. Lelaki dan perempuan sibuk menggunting kain bakal dibuat wafak Selendang
Merah.
Tuan Guru Hj Bakri sudah mendapat firasat.
pertumpahan darah di muara Bendang DO tak kan berakhir begitu sahaja. Warga
Banjar Sungai Manik seluruh Sungai Manik harus membuat persediaan awal untuk
menghadapai peperangan terbuka, dan mungkin berpanjangan.
Peperangan seterusnya bukan saja tertumpu
kepada penentangan terhadap PKM, tetapi melibatkan sengketa kaum dan agama.
Kalau sudah begitu kehendaknya, terpaksalah diteruskan juga. Alang-alang
bermandi darah biarlah sampai ketitisan terakhir. Seruan jihad bergema Mentang-mentang sudah dapat ketua baru yang
datang dari pangkalan PKM di Sungai Galah, Tanjung Tualang, pengganas komunis
di Sungai Tungko makin mengganas membalas dendam gamaknya. Setiap kampung
berhampiran Sungai Tungko habis diganggu, harta benda di ambil, anak dara dan
isteri orang sudah tak berkira lagi. Siapa yang berani melawan alamat
tersungkur menjadi sasaran peluru raifel MK5.
Anak kecil yang masih dalam buaian pun turut
menjadi korban, tanpa rasa belas kasihan. Tidak cukup dengan perlakuan
sebegitu, surau pula hangus dibakar Komunis. “Sampailah sudah saat dan
ketikanya wahai wargaku semua, demi Allah dan Rasulnya, aku isytiharkan
Fisabilullah… Allahuakbar!” Suara Tuan Guru Haji Bakri bertakbir dengan
lantang.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” Warga
Banjar Sungai Manik menyahut seruan.
Setelah mendengar berita tentang tertewasnya
gerombolan komunis di muara Bendang DO, keluarga Melayu yang menghuni
perkampungan di pinggir Sungai Perak pula yang dijadikan mangsa PKM. Puluhan
warga Melayu datang menemui Tuan Guru Hj Bakri meminta ilmu peperangan. Walaupun
hanya diberi minum air jampi, itupun sudah cukup untuk meyakinkan orang Melayu
yang berjanji untuk sama-sama menyerang PKM di Sungai Tungko.
Sementara itu, Warga Banjar Sungai Manik pula
sebulat suara melantik Acil, cucu Tuan Guru sebagai Khalifah Fisabilullah ,
walaupun masih muda tapi ilmu sudah penuh di dada.
“Dengar, dengar semuanya, esok selepas Subuh
kita bergerak menyerang markas si haram jadah di Sungai Tungko. Allahuakbar!!!”
Ujar si Acil memberi taklimat.
Hari masih lagi kelam, selepas solat Subuh dan
bersarapan seadanya, Warga Banjar Sungai Manik yang bakal pergi menyerang
markas PKM masing-masing menyarung pakaian serba putih, selindang merah melilit
badan, tanjak di kepala juga berwarna merah, parang bungkol bergemerlapan.
Melihat pakaian begitu pun sudah boleh menimbulkan kegerunan, itu belum lagi berhadapan,
meremang bulu roma. Sebaik saja selesai bacaan doa oleh Tuan Guru, mereka terus
menuju Sungai Tungko.
Tak siapa dapat menduga, rupa-rupanya
gerombolan PKM sudah sedia menanti ketibaan Warga Banjar Sungai Manik , seperti
sudah dijanjikan. Laras raifel MK5 sedia tertatang, jari melekat di pemetik
senapang, dan sebentar lagi bakal berterbanganlah peluru.
Di surau Parit 8, Tuan Guru Haji Bakri terus
berzikir tanpa henti. Hanya Pak cik Sukri yang berulang alik ke rumah mengawasi
anak isteri Warga Banjar Sungai Manik yang ditinggalkan demi Fisabilullah. “Fisabilullah…
Lailahaillallah… !!!” Jerit si Acil sebagai Khalifah perang
memberi isyarat bermulanya peperangan.
“Lailahaillallah…!” Bergema suara Warga Banjar
Sungai Manik berkalimah tanpa henti. Selepas itu, bunyi peluru berterbangan,
macam air hujan rancaknya peluru meninggalkan muncung senapang. Gerombolan PKM
tercengang kehairanan kerana tidak seorang pun Warga Banjar Sungai Manik yang
dihinggapi peluru. Tanpa disedari, pejuang Banjar hanya sedepa di depan mata.
Mata parang bungkol menetak pantas menghayun sekehendak hati. Senjata api yang dimegahkan
oleh komunis nyata tidak bermakna lagi. Akhirnya dibuat penangkis tetakan
pejuang Banjar.
Si Kandal Larap dan adik beradik parang
bungkol lainnya ketawa riang bermandikan darah. Cair markas besar PKM Sungai
Tungko dihancurkan Warga Banjar Sungai Manik Bendang DO. Baju dan seluar
masing-masing basah kuyup, hinggakan boleh diperah kerana dibasahi darah
pengganas komunis.
“Allahuakbarrrr!” Takbir Si Acil khalifah
parang bungkol meminta Warga Banjar Sungai Manik berhenti. Bergelimpangan
mayat, merah bumi Sungai Tungko dibasahi darah. Namun, lima orang ketua PKM
terlepas lari meninggalkan medan peperangan. Lari bukan sebarang lari. PKM yang
pendendam dan kental dalam perjuangan tak akan membiarkan begitu saja. Belum
sampai seminggu selepas pertempuran di Sungai Tungko, berduyun-duyun ahli PKM
datang dari setiap penjuru pos PKM di daerah Hilir Perak menghala ke Sungai
Manik.
Gelombang perang kali kedua Pertemuan kali
kedua lebih hebat lagi. Bukan setakat raifel MK5 sahaja yang mereka gunakan,
bertimbun Bren Gun dan berpeti-peti banyaknya bom tangan yang seperti buah
jambu batu. Namun, tak sedikit pun dapat melunturkan semangat juang Warga
Banjar Sungai Manik Sungai Manik. Selain parang bungkol, kalimah
“Lailahaillallah… Allahuakbar!” Itulah yang dipegang sebagai senjata utama
warga kita. Peperangan seterusnya tak dapat ditamatkan dalam sehari seperti sebelumnya.
Sudah jadi syarat ilmu Tuan Guru Haji Bakri, walau musuh sedang mengamuk
sekalipun, bila sampai masanya untuk berhenti, maka terpaksalah dihentikan.
Siapa yang berani melanggar syarat akan menerima padah. Acil, khalifah parang
bungkol Sungai Manik baru saja melaungkan kalimah “Allahuakbar” sebagai isyarat
menghentikan peperangan untuk hari itu. Seperti biasa, para pejuang Sabilullah
berkumpul untuk mengira dan mengenal pasti setiap orang, manalah tahu
kalau-kalau ada yang gugur, atau ada lagi yang masih meneruskan pertempuran.
Pernah terjadi seorang Warga Banjar Sungai
Manik tiada dalam perhimpunan. Melihat ketiadaan adiknya, si abang melanggar
pantang larang dengan berpatah balik mengejar musuh dengan geram. Akhirnya
abang dan adik hilang dan tak muncul lagi.
Sudah genap sebulan perang Sabil di Sungai
Manik, tapi masih belum menampakkan tanda akan berakhir. Bertimbun,
bergelimpangan mayat komunis namun mereka masih belum serik, malah semakin
cekal.
Kekuatan mereka bertambah saban hari, entah
dari mana datangnya tak pula diketahui. Dalam pada itu, gerombolan komunis di
Seberang Sungai Perak makin mengganas, menyeksa dan membunuh orang Banjar dan
Melayu di Kampung Gajah dan Balun Bidai. Orang Cina tidak pula diapa-apakan
malah dijaga dengan baik. Begitu agaknya taktik kotor komunis untuk melemahkan
semangat pejuang Sabilullah di Sungai Manik.
Sepanjang senja, di tepi rumah Tuan Guru Haji
Bakri, riuh rendah murai berkicau tanpa henti. “Kalau berita baik, bawalah
kemari, kalau buruk jauhkanlah,” begitulah
selalunya kata-kata orang tua Banjar bila mendengar kicau murai diwaktu senja.
Selepas solat Isyak malam itu, “Assalamualaikum!!!” Kedengaran suara memberi
salam di depan surau. Serentak jemaah menyambut salam. Setelah diamati bergegas
Tuan Guru turun ke tanah lalu memeluk sambil menepuk belakang orang yang
memberi salam. “Selamat datang adikku,” kata-kata aluan Tuan Guru membuat Warga
Banjar Sungai Manik lainnya terpinga-pinga kerana tak seorang pun yang kenal. Masmuda,
adik Tuan Guru Hj Bakri baru saja tiba dari Batu Pahat.
Si Acil terus menerkam datuk saudara yang
tidak kurang hebatnya. Ialah, kalau sudah sedarah sedaging, ke mana lagi
tumpahnya ilmu. Perang Sungai Manik sedang rancak, keadaan di Balun Bidai dan
Kampung Gajah semakin genting.
Saban hari gerombolan komunis mencari fasal. “Tak
boleh dibiarkan, semakin menjadi-jadi benar keganasan mereka,” rungut Tuan Guru
Hj Bakri bercampur marah. Para pejuang Sabilullah sepakat melantik Masmuda
sebagai Khalifah perang mengganti Acil di Sungai Manik. Tuan Guru Hj Bakri dan
Acil pula akan turun ke Balun Bidai secepat mungkin. Wafak Selendang Merah
dibuat khusus untuk warga di seberang Sungai Perak. Salah seorang tukang tulis
kalimah Allahuakbar Selindang Merah bernama Asmuni. Pertama kali Masmuda
memimpin pejuang Sabilullah di Sungai Manik, ketara benar kehebatannya. Musuh
melepaskan tembakan ke atas, peluru berterbangan seperti air hujan menerjah
angin kosong.
Pada pandangan mereka, para pejuang Sabilullah
semuanya tinggi, setinggi pohon getah maka itulah mereka asyik menghalakan
tembakan ke atas. Ketika itulah para pejuang Sabilullah menyerbu, menebas,
menetak dan memancung musuh. Baru sekejap, bersih medan pertempuran. Namun,
antara musuh yang gugur di hujung parang bungkol pejuang Banjar, terdapat ramai
yang menyebut kalimah Allah.
Setelah diamati ternyata mereka adalah orang
Melayu dan Banjar yang sudah terpedaya menyertai perjuangan komunis. Dalam
pertempuran sukar untuk mengasingkan antara Banjar, Melayu dan Cina kerana
mereka semuanya menyarung pakaian seragam Bintang Tiga. Para pejuang PKM masih
lagi berdegil - tidak mengerti makna putus asa. Sambil menanti bantuan dari
Sungai Karang seberang Teluk Anson (Teluk Intan), mereka meneruskan perjuangan.
Mujurlah Allah tidak mengizinkan. Tongkang yang sarat membawa gerombolan PKM
karam di tengah Sungai Perak, tidak jauh dari Pulau Galagak dekat pelabuhan
Teluk Anson (Teluk Intan).
Melambak gerombolan Cina komunis yang tidak
pandai berenang tenggelam batu dan mati lemas. Manakala gerombolan komunis
bangsa Melayu dan Banjar yang rata-ratanya pandai berenang terselamat dan sempat
berenang ke Pulau Galagak. Kalau tidak, pastinya sesama Islam bakal bertempur
di Sungai Manik. Sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui.
Berita yang melemahkan perjuangan PKM ,
ranapnya pejuang mereka di Sungai Manik di tangan Warga Banjar Sungai Manik di
bawah pimpinan Masmuda, panglima Selendang Merah Batu Pahat, Johor. Dalam pada
itu, ramai orang Melayu dan Banjar di Balun Bidai, Kampung Gajah dan
kampung-kampung berhampiran memilih untuk lari ke dalam hutan meninggalkan
rumah masing-masing kerana komunis semakin mengganas, menembak rumah membabi
buta. Mengamuk kononya. Untuk apa melepaskan geram terhadap mereka yang tak
tahu menahu! Lain pula ceritanya dengan kaum Cina yang menghuni kawasan
sekitar. Hampir semuanya menyokong perjuangan PKM, dan kerana itulah mereka tidak
diganggu. Tuan Guru Haji Bakri, Acil dan Emoh selamat menyeberang Sungai Kinta
dan sampai di Kampung Changkat, Bayas, Balun Bidai. Sungguh tidak disangka
rupanya Warga Banjar Sungai Manik di situ tidak juga kurang keberanian mereka.
Acil pula dilantik sebagai Khalifah surau
Changkat Bayas, markas pejuang Sabilullah di Balun Bidai. Selendang dan tanjak
merah yang dibawa dari Sungai Manik diagih-agihkan sehelai seorang. Pun begitu,
sekiranya ada yang memiliki ‘wafak’ sendiri, mereka dibenarkan memakainya.
Begitulah cara orang Banjar , walau setinggi mana pun ilmu sendiri, namun ilmu orang
lain tetap dihormati. Mencerca menghina kebolehan orang lain bukan Banjar
namanya.
Siang malam kedengaran bunyi tembakan di
pinggir Balun Bidai, entah apa yang mereka tembak tidak pula diketahui.
Membunuh dan menyiksa orang, itu sajalah kerja mereka. Setengahnya bertujuan
menakutkan, kononnya komunis masih lagi kuat walaupun sudah tewas di Sungai Manik.
Pada mulanya hampir tujuh puluh orang Warga Banjar Sungai Manik yang sanggup turut
serta sebagai pejuang Sabilullah. Yang penakut dibenarkan tinggal mengawasi
anak isteri mereka yang bakal pergi menyerang markas PKM di
tebing Balun Bidai. Tuan Guru Haji Bakri tetap
seperti biasa , bersendirian berzikir dan membaca ayat-ayat di surau. Sampai
saat dan ketikanya, pergilah para pejuang menuju sarang komunis di tebing Balun
Bidai.
Lailahaillallah… Allahuakbar!!!” Maka
bermulalah perang sabil di daerah Kampung Gajah, Perak.
Khalifah Acil yang masih muda sudah berbulan
lamanya menentang musuh di Sungai Manik. Boleh dikatakan setiap kali pergi
berjuang, darah musuh sampai kering di badan. Medan pertempuran dibuatnya
seperti padang permainan. Degil, menari menahan tembakan komunis membuat musuh
semakin geram. Ditembak tak langsung memberi bekas. Musuh semakin menghampiri
para pejuang Sabilullah.
“Timpasss!!!” (tetak) ujar si Acil berteriak.
Apa lagi, parang bungkol terus mandi darah.
Peperangan di Balun Bidai melahirkan seorang
lagi wira Banjar bernama Mawi, pemilik parang bungkol bergelar si Kajang
Rungkup. Kalau berhadapan musuh, dia tidak teragak-agak untuk menerkam dan menyembelih,
seperti menyembelih leher lembu. Yang menghairankan, musuh yang sudah kena
terkam langsung jadi lemah tak bermaya untuk melawan. Itulah keajaiban parang
bungkol si Kajang Rungkup.
Setelah berakhir perang di Balun Bidai, Acil
diberi gelaran “Acil Wani” (Acil Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh Warga
Banjar Sungai Manik kenal padanya. Bela bukan sebarang bela, bela ada muslihat
. Warga Cina yang ramai bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula
mencebik bila bertemu orang Melayu.
Adatlah bagi penjahat dan Gengster seruan
perkauman digunakan bagi membela kejahatan mereka! “Wahai kaumku, perang sabil
sengaja diolah oleh orang Melayu yang banyak menjurus kepada perkauman. Mereka
merancang untuk menghapuskan bangsa Cina seluruh Tanah Melayu, itulah tujuan sebenarnya.
Tergamakkah tuan-tuan membiarkan bangsa sendiri hancur lebur dipijak-pijak
orang Melayu? Tentunya kalian tidak sanggup. Nah apa lagi yang ditunggu, jom kita
bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah terakhir!” begitulah bunyinya
kempen PKM setiap kali bertemu orang Cina di Kampung Gajah. Mereka yang sudah
rasa terhutang budi kerana selama ini dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM
akhirnya bersetuju berjuang demi bangsa dan agama mereka.
Orang Cina tidak dapat melihat muslihat di
sebalik kemanisan kata-kata PKM, memperbodoh orang Cina untuk kepentingan
sendiri dengan melagakan Cina dengan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak
pengganas komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.
Orang Cina mula menghimpunkan serba serbi
keperluan, parang besar, parang bengkok, kayu pengandar tempinis seadanya
dengan tujuan untuk berperang. Sekiranya terserempak dengan orang Melayu, tak
kira kecil atau besar bakal habislah mereka kerjakan.
Pertemuan secara berdepan antara pejuang
Sabilullah dengan orang Cina dan pengganas komunis di pinggir Kampung Sungai
Galah tidak kurang jua sengitnya dibandingkan dengan yang sebelumnya. Lenguh
tangan Warga Banjar Sungai Manik kerana terlalu pantas mengayun parang bungkol.
Baju dan seluar basah kuyup dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana
sini,
namun jumlah mereka masih belum berkurangan,
malah semakin ramai. “Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” Jerit si Acil
tiga kali sebagai isyarat supaya berundur seketika untuk menghilangkan penat
dan membuat strategi lain.
Melihat pejuang Sabilullah mula berundur,
warga Cina riuh mangajuk hina zikir Lailahailallah. “Lailahailalit… Malayu kasi
habit!!!” Mereka merasakan sudah beroleh kemenangan. Mendengar zikir
dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar. Serta merta dia berpatah
balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam tak kesampaian.
Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis
hinggap ke badan. Huyung hayang Mawi lalu rebah.
“Habislah Mawi!!!” Semua Warga Banjar Sungai
Manik yang melihat terasa sedih. Tak sampai 10 minit berselang, Mawi yang
bergolek kesakitan di atas tanah bingkas bangun.
“Mati aku, mati aku, mati aku!” Ujar Mawi yang
berlari anak balik ke kumpulan, sambil mengibas membuang peluru yang sudah
leper yang melekat penuh seluruh badan. Mawi yang disangka sudah mati rupanya masih
hidup.
“Bah rasa berbahang Cil … hampir terbakar aku
abang Emoh ai!” Ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil ketawa terbahak-bahak, tidak dapat
menahan kelucuan teringat karenah Mawi. Senyum meleret si Emoh sambil mengipas
Mawi yang sedang kepanasan, tetapi masih lagi boleh bergurau. Begitulah karenah
orang Banjar. Mawi, kalau belum sampai ajal sememangnya kebal. Bukan sekali dua
dia bakipuh begini.
Masa bertugas sebagai Home Guard mengiringi
tuan lombong orang Inggeris Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh
Bintang Tiga ketika sedang menaiki Loko. Terpandang tuan orang Inggeris yang sudah
mati terkena tembakan, Mawi melepaskan raifel di tangan lalu mengejar komunis
dengan parang bungkol. 5 orang pengganas maut ditetak dengan Kajang Rungkup.
Hari semakin lewat, para pejuang Sabilullah
terpaksa meninggalkan medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti
sudah pun tiba. Musuh masih riuh berteriak mengajak berlawan tanda tidak puas
hati, tetapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi yang masih sakit
seluruh badan ditandu balik.
Sementara itu, orang Melayu dari Kampung Gajah
berduyun-duyun datang menemui Tuan Guru Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak
sampai sepuluh orang yang sempat memperoleh selendang merah kerana itu sajalah
baki yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya diberi minum air perangsang dan
diberi amanat , kalau boleh, hapuskan saki baki dan zuriat komunis di Kampung
Gajah.
Memang menjadi, tak sia-sia pemberian Tuan
Guru. Tak sempat menunggu esok sudah riuh dan gempar orang Melayu menyerang
orang Cina di Kampung Gajah. Di mana saja terdapat kediaman mereka, habis dimusnahkan.
Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi berani setelah menuntut ilmu orang
Banjar , angkara Ali Amin yang memperdagangkan ilmu kepada orang Melayu. Ali
Amin, kerana tak mahu bekerja seperti orang lain, bila tak berduit, ilmu dijualnya.
Hampir tercetus pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh. Oleh kerana malu, akhirnya
dia meninggalkan Balun Bidai, dan terus hilang tanpa berita.
Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah
merehatkan badan. Esok pagi bakal bermula perjuangan baru menyerang musuh di
pinggir Kampung Sungai Galah. Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan
esok mungkin yang terakhir. Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta
kerana masih belum sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak
makan pujuk.
“Kenapa gerangan, penakut benarkah aku ni?”
Ujarnya dengan nada marah.
Sepetang suntuk Mawi bersilat memantapkan
langkah 12 (seni silat orang Banjar), dengan tujuan untuk menerkam
bersungguh-sungguh agaknya. Serba salah, kalau ditinggal, mahu saja menonong
mengikuti dari belakang seorang diri. Selepas dibenarkan barulah dia senyap.
Zikir Lailahaillallah tak berhenti-henti,
musuh yang sudah bersedia menanti begitu ramai.
“Fisabilullah Allahuakbar!!!” Laung Khalifah
Acil sambil berlari di hadapan menghampiri musuh. Kelentungan senjata berlaga.
Orang Cina pun apa kurangnya , bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam perjuangan
penentuan antara hidup dan mati.
Sedang rancak bertarung, orang Cina
terpinga-pinga kerana dengan tiba tiba kelibat orang Banjar sudah tidak
kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula
keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang
Banjar.
Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah
mencapai kemenangan. Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak
disangka, tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak,
melibas dan menikam hingga tak dapat dielak. Banjir Kampung Sungai Galah dengan
darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tidak
boleh ditunggu lagi kerana ‘lailahailait’ Cina sudah potong habis.
Bagaimana parang boleh terbang sendiri kalau
tak ada kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang
bersungguh sungguh menetak, cumanya mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di
alimul (alam) ghaib.
Keberanian orang Banjar turut menaikkan
semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai
Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama
menderita ditindas komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa
Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah. Sejak itu, tidak
ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih
hidup lari ke dalam hutan. (Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah
di Mekah tanggal 26 September 1950. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Ma’ala,
Mekah )
Produk Fizikal memerlukan anda berkerja keras dan berkemahiran untuk menghasilkan produk sendiri dan berisiko tinggi. Namun model perniagaan yang lain memang mengurangkan gerak kerja. tetapi bila ia mudah persaingan juga banyak.
Antara model bisnes Internet selain model bisnes produk fizikal adalah seperti:
1. Jadi orang tengah
Sebagai contoh membina sebuah website tempahan kereta sewa (Malaysia). Kita hanya jadi orang tengah yang mendapatkan tempahan dan kemudian menghubungi mana-mana agensi kereta sewa dan mengambil kos komisyen darinya.
sebenarnya banyak, seiring dengan perkembangan teknologi lagi buah syarikat domain & hosting. Saya cari pelanggan dan daftarkan domain & hosting untuk mereka. Saya dapat untung melalui harga saya. Ini adalah salah satu perniagaan terawal saya.
2. Perkhidmatan online
Begitu banyak bentuk perkhidmatan yang boleh dilakukan secara online sepenuhnya tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan, seperti:
- Penulisan Novel, thesis atau tugasan IT - Rekabentuk grafik - Membina laman web * - Facebook Moderator - Virtual Assistant - Servis teknikal online *
Ia umpama saya menyediakan servis membaiki kereta. Pelanggan hubungi saya dengan menyatakan masalah website ataupun blog mereka, kemudian saya bantu selesaikan.
Bagi perniagaan sebegini, ada dua cara untuk dapatkan pelanggan iaitu kita melakukan marketing sendiri, ataupun mendapatkan 'job' melalui laman web sepertihttp://www.freelancer.com/jobs/.
3. Konsultasi & Bimbingan Secara Online
Kebanyakan orang mempunyai ilmu dan kepakaran masing-masing. Mengapa tidak gunakan ia untuk membantu diri sendiri (dibayar) dan juga orang lain?
Sesi konsultasi hanya dilakukan secara online sahaja tanpa perlu bertemu dengan pelanggan. Gunakan kemudahan percuma sahaja yang ada di Internet sama ada melalui Yahoo Messenger, FB Chat, Emel, Skype dan sebagainya.
Seorang kenalan saya menyediakan servis mengajar Al-Qur'an hanya secara Online (Skype). Dan ada juga motivator menyediakan konsultasi kaunseling dan motivasi hanya secara online sahaja.
4. Produk Digital (downloadable)
Dalam diam-diam, sudah ramai yang menjana pendapatan melalui produk digital seperti ebook. Bahkan penerbit-penerbit buku juga sudah menjadikan buku cetakan mereka kepada format ebook.
Dengan kebanjiran pelbagai gajet, produk digital seperti ebook mempunyai pasaran yang amat besar. Sebab itu penerbit buku bercetak tidak mahu lepaskan peluang besar ini.
Produk digital seperti ebook hanya perlu didownload terus ke komputer ataupun gajet pembeli. Tiada kos penghantaran. Malah model perniagaan sebegini juga boleh diautomasikan sepenuhnya dari proses tempahan, pengesahan dan penyediaan ruangan muat turun file produk.
5. Pengiklanan
Model perniagaan ini bukan sekadar menghasilkan blog, dapatkan trafik dan kemudian dapatkan pengiklan. Jadikan bisnes ini lebih daripada sekadar buat duit. Lakukan dengan lebih serius seperti perbanyakkan lagi rangkaian website yang 'rich content' dan pelbagai kategori (topik).
Jika boleh, wujudkan sebuah pasukan (team) sendiri yang diurus di bawah sebuah syarikat / perniagaan yang tersusun rapi. InsyaAllah boleh pergi jauh.
Terdapat beberapa cara bahawa ralat "BOOTMGR missing" mungkin muncul pada komputer anda, dengan kesilapan yang pertama saya telah disenaraikan sebagai yang paling biasa:
|
Gambar 1 |
terjermahan
"BOOTMGR hilang
Tekan Ctrl Alt Del untuk memulakan "
"BOOTMGR hilang
Tekan sebarang kekunci untuk memulakan semula "
"Tidak dapat mencari BOOTMGR"
The "BOOTMGR hilang" kesilapan memaparkan sejurus selepas komputer dihidupkan, selepas Kuasa Pada Uji Diri (POST) selesai. Windows hanya pada mulanya bermula untuk memuatkan apabila BOOTMGR mesej ralat muncul.
Punca kehilangan BOOTMGR
Terdapat beberapa sebab yang mungkin bagi kesilapan BOOTMGR, termasuk yang paling biasa "BOOTMGR hilang" (berdasarkan LOG kerja di Makmal KUNX, JMTI (2012 - 2013)
Sebab-sebab yang paling biasa bagi kesilapan BOOTMGR termasuk fail rosak dan salah konfigurasi, cakera keras dan isu-isu menaik taraf sistem operasi, sektor cakera keras rosak (bad sector) , BIOS yang ketinggalan zaman, dan kabel keras rosak atau sambungan longgar.
Satu lagi sebab anda mungkin melihat kesilapan BOOTMGR jika PC anda cuba boot dari cakera keras atau pemacunya yang tidak dikonfigurasikan dengan betul untuk boot. Dalam erti kata lain, ia cuba untuk boot dari sumber yang tidak boleh boot. Ini juga terpakai kepada media dalam pemacu optik atau cakera liut yang anda tetapkan dari BIOS boot darinya.
Pembaikan BOOTMGR
Mulakan semula PC. Kesilapan BOOTMGR boleh jadi "intermittent". fefaham ler komputer.
Semak pemacu optik anda, port USB, dan pemacu liut untuk media. Sering kali, "BOOTMGR yang Hilang" kesilapan akan muncul jika PC anda sedang cuba untuk boot ke cakera tidak boleh boot, pemacu luaran, atau cakera liut.
Nota: Jika anda mendapati bahawa ini adalah punca masalah anda dan ia berlaku dengan kerap, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengubah perintah boot dalam BIOS supaya cakera keras disenaraikan sebagai peranti boot pertama.
|
Gambar 2 : Amaran tiada paparan BIOS adalah sama! |
mengemaskan semula sambungan semua kabel data dalaman dan kabel kuasa. Mesej ralat BOOTMGR boleh disebabkan oleh dicabut, longgar, atau rosak atau kabel kuasa pengawal. jika sama jugak sila gantikan kabel PATA atau SATA. Ianya boleh juga disyaki sebagai punca kerosakan.
Gunakan Startup Windows. Ini jenis pemasangan perlu menggantikan mana-mana fail yang hilang atau rosak, termasuk BOOTMGR. guna semua arahan "bootrec"
Walaupun Pembaikan Permulaan adalah satu penyelesaian yang sama untuk masalah BOOTMGR, jangan bimbang jika ia masih tidak menyelesaikan masalah anda. Hanya terus mencuba - "sesuatu " akhirnya akan berjaya.
sekiranya semua cubaan di atas tidak berjaya. maka yang berikut lebih mudah dilakukan.
buat satu partition sektor boot baru kepada partition sistem Windows untuk membetulkan apa-apa kerosakan yang mungkin.
Sektor "boot partition" adalah cubaan windows untuk menyelesaikan proses. tetapi terlalu banyak partition melebihi dari 4 walaupun boleh.Tapi jika ada apa-apa isu dengan itu, anda akan melihat masalah seperti "BOOTMGR yang Hilang".
Membina Konfigurasi Data Boot (BCD). Sama seperti sektor boot partition, BCD yang rosak atau tidak betul dikonfigurasikan boleh menyebabkan mesej ralat BOOTMGR.
Penting: langkah-langkah penyelesaian masalah berikut adalah kurang berkemungkinan untuk membantu menyelesaikan masalah BOOTMGR anda. Jika anda tidak mengambil apa-apa idea-idea di atas maka anda mungkin telah terlepas pandang satu penyelesaian yang sangat besar kepada masalah ini!
Periksa cakera keras dan lain-lain tetapan memandu dalam BIOS dan memastikan mereka adalah betul. Konfigurasi BIOS memberitahu komputer bagaimana untuk menggunakan pemacu supaya setting yang salah boleh menyebabkan masalah, termasuk kesilapan BOOTMGR.
Nota: Terdapat biasanya setting Auto dalam BIOS untuk cakera keras dan konfigurasi pemacu optik yang biasanya pertaruhan yang selamat jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan.
Update BIOS motherboard anda. Versi BIOS lama kadang-kadang boleh menyebabkan "BOOTMGR yang Hilang" kesilapan.
Melakukan pemasangan bersih Windows. Ini jenis pemasangan sepenuhnya akan mengeluarkan Windows dari PC anda dan pasang semula dari awal. Walaupun ini hampir pasti akan menyelesaikan apa-apa kesilapan BOOTMGR, ia adalah satu proses yang memakan masa disebabkan oleh hakikat bahawa semua data anda mesti disokong dan kemudian dipulihkan.
Jika anda tidak boleh mendapat akses kepada fail anda untuk menyokong pendapat mereka, sila memahami bahawa anda akan kehilangan mereka semua jika anda terus dengan pemasangan bersih Windows!
Menggantikan cakera keras dan kemudian memasang satu salinan baru Windows. Jika segala-galanya gagal, termasuk pemasangan bersih dari langkah terakhir, anda paling mungkin menghadapi isu perkakasan dengan cakera keras anda.
Isu BOOTMGR kena pada Windows 8, Windows 7, dan Windows sistem operasi Vista sahaja.
Windows XP tidak menggunakan BOOTMGR. Fungsi setara dalam Windows XP NTLDR yang menghasilkan NTLDR adalah Hilang ralat apabila ada masalah yang sama tetapi langkah penyelesaian yang berbeza.
Masih Mempunyai Isu BOOTMGR?
|