Isnin, 11 Jun 2012

prolog


some correction from most expensive text books.
 ?-consult(user).
doll(barbies).
doll(tubies).
play(farzanah,tubies).
like(farzanah,X) :- doll(X),play(farzanah,X).
like(suzi,Y) :- like(farzanah,Y).
tekan ctrl-z pastu tekan
yes

so then u will get errors on example for us to do practice.
its really hurts that u wasted your time for such simple errors.


How does Prolog find answers for:
  1. Suzi will like Y if farzanah likes Y.
  2. Farzanah will like Y if Y is a doll and farzanah plays with dolls.
  3. Barbies are dolls and farzanah plays with barbies.
From the situations above, we can say that suzi likes barbies because suzi likes what farzanah likes and it is also stated that farzanah likes barbies. Therefore, suzi likes barbies. How are such situations encoded in Prolog?
The statement ‘suzi will like Y if farzanah likes Y’ can be coded in a rule form since the statement shows conditional state.
like(suzi,Y) :- like(farzanah,Y).
The statement ‘farzanah will like Y if Y is a doll and farzanah plays with dolls’ can be encoded in Prolog as:
like(farzanah,Y) :- doll(Y),play(farzanah,Y).
The third statement ‘barbies are dolls’ and ‘farzanah plays with barbies’ can be written as facts in Prolog as:
doll(barbies).
play(farzanah,barbies).


 ?-consult(user).
doll(barbies).
doll(tubies).
play(farzanah,tubies).
play(farzanah,barbies).                          % pembetulan
like(farzanah,X) :- doll(X),play(farzanah,X).
like(suzi,Y) :- like(farzanah,Y).
tekan ctrl-z pastu tekan


Khamis, 7 Jun 2012

Tulisan melayu lama sebelum pengaruh luar

Tulisan dicipta untuk komunikasi secara tanpa suara di mana ia sangat perlu pada sebuah lokasi yang tebal muka hutannya dan berjauhan berpisah kepulauannya.

Tulisan awal ini direka mungkin secara spontan secara turun temurun dengan menggunakan pisau atau badik atau kawali atau keris yang disisip di pinggang. Medium penulisan mereka biasanya diatas batu, kepingan kayu, buluh, kulit haiwan, daunan lontar, daunan yang keras yang boleh ditoreh dengan pisau atau keris di sisipan pinggang mereka. adakala penggunaan simbol, kadangkala penggunaan huruf  yang dibunyikan tertentu. bawah adalah beberapa contoh tulisan melayu lama yang dapat dilihat ringkas dan tidak berpintal-pintal seperti pengaruh luar yang menggunakan dakwat dalam penulisan mereka seperti India dan Cina. Aksara melayu kuno ada beberapa tambahan seperti huruf sengo (jawi ='ain), 3 jenis ha (ha tebal, ha sengo dan ha pedas), gho, kho, tsa, fa, qa, za. va.
rajah bawah hanya ditunjukkan 18 aksara supaya boleh dibanding dengan aksara pengaruh palawa.(india)

Bandingan beberapa tulisan lama.  

Namun tidak boleh jugak dinafikan wujud gabungan atau pengaruh tulisan pallawa yang dituliskan dengan menggunakan kaedah pena berdakwat berbentuk berpintal-pintal dalam ke dalam tulisan lama bangsa melayu di Asia Tenggara. Seperti di bawah. 


Namun begitu pengaruh luar yang datang kemudian, tulisan yang tidak serasi dengan realiti masyarakat melayu yang perlu berkomunikasi sesama mereka melalui torehan pisau/keris/kawali/badek/ pada pokok dan batu di dalam hutan. Tulisan yang dipengaruhi pallawa ini hanya terpakai di Istana seperti hikayat rekaan istana seperti Galigo dll atau tulisan perdagangan atau agama sahaja.

Malangnya, kebanyakan tulisan melayu lama ini tidak terpelihara kerana faktor ia bukan tulisan rasmi. terlalu ringkas sehingga jika terukir/ditulis di mana-mana tidak siapapun tahu melainkan diajar secara tidak rasmi secara turun temurun juga di kalangan segelintir orang tua melayu yang terpaksa menggunakan tulisan tersebut kerana mudah ditulis dengan pisau atau kayu dengan kaedah torehan secara ideal kepada keperluan mereka.

Selain itu pengaruh tulisan jawi yang lebih mudah dengan kaedah tulisan sambung yang lebih praktikal menyebabkan peralihan berlaku dengan lebih cepat.



Ahad, 3 Jun 2012

Anak ketiga

Ahmad Eilman Nafi'
Lahirlah seorang bayi lelaki anak ketiga. dahi bonjol luas ubun tinggi tanda keturunan sebelah aku. tapi wajahnya banyak mengikut wajah ibunya.

Jumaat, 1 Jun 2012

Pengajaran dari kisah Pak Pandir

Bila kita diceritakan tentang kisah Pak Pandir. kita boleh  lah ketawa terbahak-bahak. Tapi tidak sedarkah ia sebenarnya sindiran halus yang bertujuan memberi kesedaran pada pendengarnya.

Gambar Hiasan sahaja.

Sebagai misal kisah Pak Pandir membunuh anaknya dengan air hangat, kisah ini paling diingati pelajar-pelajar semasa saya bertanya kisah Pak Pandir apa yang paling diingati.

 Apa agaknya sindiran tersebut. jika kita renung-renungkan semula kenapakah Pak Pandir boleh salah faham dengan istilah air suam atau air panas suam kuku?

Sebenarnya ini adalah akibat dari mentaliti sepertimana resam kebanyakan kita atau orang melayu khususnya, budaya last minit untuk memahami sesuatu dalam melakukan kerja. 

Kenapa saya kata begitu? Tidakkah jelas bahawa punca utama atau
dapat dilihat daripada Pemahaman sesat / salah faham Pak Pandir dalam menafsir bagaimana yang dikatakan air panas suam kuku yang dimaksudkan Mak Andeh hingga menyebabkan kematian anaknya dengan begitu tragis?

Inilah akibat mentaliti last minit yang biasa diamalkan oleh pelajar-pelajar yang kurang berjaya. mereka cuba mempelajari sesuatu dengan cara saat2 akhir. akibatnya banyak salah faham dan kesesatan dalam memahami sesuatu kerja. risikonya mereka mungkin memiliki kesesatan ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri.

Sepertimana kisah Pak Pandir juga, akibat dari tak mau ambil tahu bagaimana anak2 orang lain dimandikan kerana merasakan tidak penting untuk diketahui semasa ia belum ada anak. Oleh itu, Bila menghadapi masalah tersebut atau telah dikurniakan anak baru nak buat dengan segera maka terjadilah salah / sesat fahaman.

Sebagai bandingan bila masa belajar kita tidak belajar betul2 mengulangkaji. maka akibatnya bila masuk dunia kerja. bila mana masalah yang telah diterangkan dalam kelas yang tidak diambil berat. maka bila ia terjadi maka boleh jadi tindakan kita yang berdasarkan kesesatan kita dalam ilmu boleh membahayakan kita sendiri dan rakan sekerja. Its is too dangerous to work with dumb.

Tarikh hari ini

slow connection? click here