Berkerja dengan manusia dan mesin memerlukan kita merangka sistem kerja yang masuk akal selain pertimbangan kemanusiaan yang sering diabaikan. Yang ada emosi dan sistem perkumuhan tertentu yang penting juga bagi memastikan mood kerja yang waras dan tidak menginaya pekerja.
Sebagai misal, dalam sistem pengajaran amali seperti yang melibatkan pelajar dan komputer. Komputer adalah benda berharga yang suka dicuri oleh pelajar. Adalah tidak manusiawi untuk pengajar untuk menunggu dengan risau sepanjang masa menjaga peralatan komputer yang terdedah kepada kecurian. Mengajar bukan kerja yang seperti kerani duduk sahaja mengadap komputer atau kertas dan dokumen. Ia melibatkan stamina yg banyak menerangkan kepada pelatih dengan suara dan tenaga.
Proses pembelajaran amali bukanlah belajar sekali terus pandai. ia adalah pembinaan kemahiran yang memerlukan pelajar melakukan latihan dengan penyeliaan dan penyeliaan berkala secara berterusan. Terlalu memantau akan merosakkan keyakinan diri pelajar tersebut. Namun begitu, pengajar juga manusia yang ada penat, lapar, dahaga dan lain-lain masalah tentu sahaja perlu memenuhi keperluan tersebut. bayangkan keletihan mengajar pelajar pelajar yang pelbagai tahap kemampuan terutama slow learner. cakap benda sama berulang-ulang. tidakkah meletihkan? mengadakan peraturan tidak manusiawi seperti pengajar kena tunggu 1 jam setengah tak boleh ke tandas. tak boleh mengambil udara segar... dan lain-lain adalah cara kerja yang kejam.
Lebih buruk lagi nak menjaga barang. kena periksa 30 biji komputer bagi memastikan tiada yang hilang. Bukankah semua ini agak mustahil utk dijayakan terutama jika
sistem sedia ada menyediakan peluang dan ruang untuk berlaku kecurian. membanyakkan perkara untuk diingat. akhirnya menjadilah kita seperti robot bukan lagi manusia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.