Jumaat, 21 Januari 2011

Industry burung Walit

Burung Walit telah menjadikan ramai pengusahanya adalah jutawan senyap setelah beberapa dekad lamanya. Ini dapat dilihat di kawasan Bandar Taiping dan lain-lain tempat di sepanjang perkampungan Cina. Atau hampir 1500 pusat itu di Sarawak. Hanya 150 sahaja yang berlesen.



Seorang Mualaf Cina yang telah menjadi jutawan senyap melalui perniagaan ini cuba membuat kekayaannya berlipat ganda dengan memberi idea dan mengharapkan pelaburan dari warga Islam dan seterusnya menjadi jutawan senyap seperti mereka.

Modal paling minima ialah perkongsian sebanyak 1% dari keseluruhan. peserta boleh menyertai dari 1% sehingga 100% ikut kemampuan. Setakat hari ini harga sebuah rumah burung walit ialah RM 288,000 , kos pajakan tanah selama 30 tahun ialah RM 25,000. Jadi nilai keseluruhan untuk satu unit rumah burung ialah RM 313,000. 1% atau 1 lot penyertaan bernilai RM 3,130 . Campur yuran keahlian PUSHPIAM ( RM 30 untuk pendaftaran, RM 50 untuk Yuran tahunan ) dan kos documentation/agreement RM 50. Misal saudara hendak menyertai sebanyak 1 lot , maka modal yang harus dikeluarkan ialah RM 3130 + RM 80 + RM 50 = RM 3,260. Pendapatan yang akan diperolehi ialah dari hasil tuaian sarang burung tiap-tiap bulan. Dari jumlah tuaian sarang burung tersebut dipecahkan kepada 20%( Aeroswift):80% ( peserta2 ) . Maka dari 80% tersebut diagihkan kepada peserta2 mengikut jumlah peratus@lot yang disertai.

(dipetik dari laman web berkaitan)
Kerajaan seperti baru menyedari ini, selain mengganggu ketenteraman awam atau kononnya mengganggu habitat liar seperti burung Walit telah mengadakan kawalan seperti wajib daftar, lessen dan lain-lain. Perkembangan ini boleh diikuti di berita2 TV Kawalan Kerajaan dan sedikit dalam surat Khabar.

Potensi Kebun Senawar untuk projek ini.

Lokasinya yang jauh dari tempat tinggal orang.

Risiko

Sepertimana Barangan lain ada beberapa risiko yang perlu diperhatikan dan masih dalam kajian.

- Trend penyertaan yang sangat laju adalah berisiko menurunkan harga sarang burung Walit
- Kaedah Pajakan dan Pinjaman berfaedah adalah berisiko meningkatkan inflasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here