Ada sebuah hadits terkenal, bahawa 9 dari sumber pendapatan adalah meniaga. tapi tanpa ilmu yang betul serta budaya kerja yang betul maka semua kerja jadi sia-sia.
Di bawah adalah konsep asas bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan dipanggil se-'at atau dalam bahasa melayu dipanggil mata tunggal atau dalam bahasa omputih dipanggil "single eye".
Teknik purba ini dikutip dari karya purba dalam tulisan lontara, pengarangnya ialah Anjang Ngah Leta atau digelar juga Dato Batin Aghuih anggaran dalam tahun 500 Masehi.
Data - ialah perkara-umum atau fakta mentah mengenai sesuatu perkara.
Maklumat ialah Fakta-fakta yang diproses menjadi sesuatu berguna
Ilmu ialah Maklumat yang berguna dan bermanfaat menjadikan manusia berpengetahuan
Kegunaan atau Teknologi adalah apa yang dapat dihasilkan dari ilmu bermanfaat
Contoh; katakan anda nak jual sesuatu
Data
Anda perlukan data iaitu siapa dan siapa yang akan berpontensi menjadi pembeli.. jadi di sini anda perlukan survey atau melakukan perbuatan yang boleh mengumpul data-data berkaitan. Mengumpul data-data keperluan, cuaca dan sebagainya.
Maklumat
Data-data untuk diproses untuk menjadi maklumat yang berguna seperti bilangan penghuni kawasan liputan yang memungkinkan pembelian berlaku. Purata kemungkinan pembelian. dll. Bila dan bagaimana ia boleh dijual.
Ilmu
Dari maklumat diperolehi anda dapat ilmu merangka modal yang sepatutnya untuk dengan mengetahui saiz pasaran sesuatu liputan. mengetahui
Kegunaan
dengan mata tunggal, anda dapat melihat peluang bagaimana menggunakan ilmu supaya membina masyarakat yang akhirnya memberi keuntungan bersama untuk semua. mengalirkan wang sesama manusia untuk saling tolong menolong
Menyedari ini, berdasarkan konsep ini, banyak laman web telah cuba membuat keuntungan berdasarkan konsep di atas. penyedia survey, questionaire, mengadakan pertandingan dll. contohnya ialah ;
Semua ini bertujuan untuk menjadi wakil berbayar mendapatkan data dari orang ramai untuk menyampaikan maklumat kepada enterprenuer tulen. mereka ini yang tahu dan nampak bagaimana data2 yang dibeli dari laman web sebegini dapat diproses dari maklumat, ilmu sehingga menjadi kegunaan membuat duit berjuta-juta. Mereka ini membuat duit berkerja untuk mereka dan secara tidak langsung memberi peluang kerjaya kepada yang bekerja untuk duit.
Tanpa melalui proses single eye di atas, maka anda seperti merempuh dan mengambil risiko tinggi dalam perniagaan. Lebih bodoh lagi, orang lain meniaga untung kita hanya main ikut sahaja menyebabkan persaingan menjadi banyak dan menyebabkan saiz pasaran merosot. Selain itu berlaku juga terlebih belanja modal meniaga kerana saiz pasaran tidak dikaji. Akibatnya barang tak dapat habis dijual walaupun nampak macam laku.
p.s terjermahan bebas ke dalam bahasa melayu baru mengikut anggaran dan kefahaman penulis yang tidak pakar dengan bidang perniagaan. terdapat olahan berdasarkan perkembangan semasa seperti senarai nama laman web.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.