Jumaat, 19 September 2025

Novel: bahaya tunggang Agama.

Cerpen: Fitnah di Balik Jeriji Asrama 2021.

  • Warden Razi (30-an, tegas, ada aura peramah dan tinggi berdaya penarik)
  • Mira (Tingkatan 4, senior berpengaruh di asrama, aktif sukan dan menonjol.
  • Zira (Tingkatan 1, baru masuk asrama, naif tetapi solehah rajin solat)

Cerita ini akan berbentuk drama sosial tragis  layan baca syok sendiri Aje.


Cerpen: Bayang Fitnah di Asrama Puteri

Asrama Puteri Sri Lela terkenal dengan disiplinnya. Warden lelaki, Encik Razi, seorang guru muda yang tegas dan sering menjadi tumpuan kerana sikapnya yang penyayang pada pelajar yang rajin. Di sebalik ketegasan, dia sering memberi perhatian lebih pada pelajar-pelajar baru, kononnya mahu mereka cepat menyesuaikan diri.

Sejak awal tahun, Zira, seorang pelajar Tingkatan 1, menonjol dengan sikap sopan, rajin solat, dan sering membantu kakak-kakak asrama. Namun perhatian istimewa Encik Razi terhadap Zira — sekadar pujian, senyuman, dan teguran lembut — mula menimbulkan cemburu dalam hati Mira, seorang senior Tingkatan 4 yang sebelum ini sering dipuji dan disanjung kerana dikenali atlet harapan sekolah.


Awal Konflik

Mira mula merasakan kedudukannya terancam.
"Kenapa semua orang suka budak baru tu? Cikgu Razi pun nampak mesra dengannya. Aku yang dah lama di sini, macam tak dah dipandang."

Cemburu itu bertukar dendam. Mira mula menyebarkan bisikan:

“Zira tu cuba nak ambil hati warden. Jangan tertipu dengan muka lembut dan watak ceria solehahnya tu.”

Beberapa pelajar mula percaya, walaupun tanpa bukti.


Fitnah Dompet

Satu malam, kecoh apabila dompet seorang pelajar hilang. Di dalamnya ada kad pengenalan dan wang RM300. Peluang ini disambar Mira. Dengan licik, dia menyelinap masuk ke bilik Zira lalu menyelitkan sehelai kertas resit lama dompet itu di bawah tilam.

Keesokan harinya, ketika semua dihimpunkan, Mira bangkit dengan lantang:

“Saya jumpa bukti dalam bilik Zira. Tak mungkin dompet hilang tanpa sebab!”

Zira pucat, tergagap menafikan:

“Saya tak pernah sentuh pun, Kak Mira. Demi Allah, bukan saya…”

Namun suara junior yang naif tidak mampu menandingi ketegasan seorang senior.


Mesyuarat Asrama (M.A)

Satu mesyuarat khas dipanggil di kalangan pelajar senior diadakan tanpa pengetahuan Warden Razi.

Mira dengan penuh yakin berkata:

“Kalau betul awak tak salah, buktikan. Sumpah dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kat menyeru Allah”

Zira terdiam.

Mira meneruskan, menggunakan agama sebagai senjata:

“Allah Maha Melindungi orang benar. Kalau awak sungguh tak bersalah, cuba terjun dengan berdiri lurus  dari aras tiga blok ini. Kalau awak suci, Allah akan jaga. Kalau awak bersalah… biarlah itu jadi balasannya.”

Pelajar lain terkejut, ada yang ketawa sinis, ada yang seram. 

Zira yang tertekan, berair mata, berbisik dalam hati:
"Ya Allah, aku tak curi… kalau ini jalan untuk buktikan aku benar, lindungilah aku Ya Allah baiknya di dalam ❤️"


Tragedi

Tanpa sempat siapa pun menahan, Zira naik ke koridor aras tiga.

“ wa Allah hiSaya bersumpah, saya tak bersalah!”

Lalu dia melepaskan diri. Jeritan bergema di blok asrama. Tubuh kecil itu rebah, darah mengalir. .


Penyudah

Keesokan harinya, berita kematian Zira menjadi gempar. Siasatan akhirnya mendapati dompet yg hilang  telah ditemui tanpa wang dan kp — ia tersimpan di dalam laci. 

Mira mula diganggu rasa bersalah, tidur tidak lena. Namun penyesalan datang terlambat. Encik Razi pula dipersalahkan kerana gagal melindungi pelajarnya.



Tema & Pengajaran

  • Cemburu boleh membawa kepada kehancuran jika tak bersaing dengan sihat.
  • Membuat tuduhan palsu adalah salah.
  • Agama tidak boleh disalah guna untuk menekan orang lain.
  • Pentadbir dan warden perlu bijak

Zira baru masuk Tingkatan 1. Lembut tutur katanya, rajin solat, disenangi ramai. Dia juga sering dipuji warden kerana kepatuhannya pada peraturan. Tetapi kelebihan itu membuat Mira terasa terpinggir.


"Budak hingusan tu dapat perhatian lebih. Aku yang dah empat tahun di sini, siapa yang peduli?" Mira membisik dalam hati, cemburu membara

M.A Tanpa Pengetahuan Warden


Malam itu, Mira mengumpulkan rakan-rakan senior di bilik TV asrama. Mereka mengadakan satu “mesyuarat asrama” yang tidak rasmi — tanpa pengetahuan warden. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dipanggil, suasana tegang. T5 tak terlibat sibuk SPM dah dekat


Mira bangkit lantang:


> “Kawan kita kehilangan dompet. Bukti jelas ada pada Zira. Saya jumpa resit dengan nama pemilik dompet di bawah tilamnya.”

Zira tergamam, matanya berkaca:


> “Saya tak pernah ambil. Demi Allah, saya tak sentuh dompet itu.”

Namun, suara junior yang naif mudah tenggelam di bawah tekanan senior yang berkarisma.


Bagaimana Mira Manipulasi Agama

Mira tidak berhenti di situ. Dia menyusun kata penuh licik:

Kalau awak benar tak bersalah, Allah akan pelihara pasti tak terjadi apa2 . Buktikan dengan sumpah demi Allah. Kalau awak ikhlas, takkan ada apa-apa berlaku awak kan berani dan yakin pada Allah

Pelajar lain saling berpandangan, ada yang percaya, ada yang ragu dan takut jika Zira benar benar akan terjun?

Mira kemudian menambah, seolah memberi cabaran suci:

> “Naiklah ke aras tiga. Terjun ke bawah. Kalau betul awak tak mencuri, Allah akan jaga awak. Kalau awak menipu… itu balasan-Nya.”

Sambil mencebik memerli.. Allah kan ada. Betulkah kau tu solat rajin diterima Tuhan. Berani jugak kau report ustazah aku tak solat? 

Suasana jadi dingin. Zira menggigil. Di hatinya, keyakinan pada Allah bercampur dengan ketakutan akan tuduhan palsu yang menghimpit.

Tragedi Aras Tiga


Dengan linangan air mata, Zira melangkah ke balkoni aras tiga. Semua mata tertumpu padanya. Ada yang cuba menahan, tapi ketakutan pada senior lebih kuat dari rasa simpati.

> “Saya bersumpah, saya tak bersalah! Saya  percaya Allah akan buktikan saya tak bersalah wa allahi”

Jeritan itu bergema sebelum tubuh kecilnya menjunam ke tanah. Dentuman kuat disusuli pekikan pelajar. Zira terbaring tidak bergerak, darah membasahi seragam sekolahnya.


Kebenaran Terbongkar


Keesokan harinya, dompet yang hilang ditemui di bawah almari bilik lain. Rupanya ia tidak pernah dicuri, hanya tercicir tapi wang dan Kp hilang.

Berita kematian Zira menggemparkan sekolah dan keluarga. Warden Razi serta guru-guru terkejut mengetahui “mesyuarat asrama” itu dijalankan tanpa izin.


Mira dan gengnya mula disiasat. Rasa bersalah menghantui mereka, namun penyesalan sudah terlambat.

Akhir yang Menyakitkan


Asrama yang dulu riuh kini suram. Di papan kenyataan, seorang ustazah menulis ayat

Zira menjadi korban fitnah, tekanan rakan sebaya, dan salah guna agama sebagai senjata. Cerita itu menjadi legenda hitam di Asrama Puteri Sri Lela, amaran kepada generasi seterusnya tentang betapa bahayanya iri hati dan memainkan keimanan seorang gadis muda seperti Zira.

Tema & Pengajaran


Buli dan permainan manipulasi Agama boleh menyebabkan kematian.

Manipulasi agama untuk menekan orang lain adalah dosa besar.

Senioriti bukan lesen untuk mengadili tanpa bukti.

Suara kebenaran perlu dipertahankan, walau datang dari yang lemah.

Bersambung:


Epilog: Kebenaran Yang Dikuburkan

Keluarga Berduka

Jenazah Zira selamat dikebumikan dengan linangan air mata ibunya yang tunggal, Puan Mariam. Suasana kampung sepi. Semua bertanya-tanya, bagaimana seorang anak yang lurus, lemah lembut, boleh mati begitu tragis?

Namun selepas pengebumian, kisah mula beredar. Ada pelajar berani berbisik, ada yang takut. Nama Mira disebut-sebut, tapi tidak ada yang berani tampil secara terbuka.


Kuasa yang Membungkam

Mira bukan pelajar biasa. Bapanya ialah seorang ahli politik terkenal, baru menang besar dalam pilihan raya. Pengaruh keluarganya meluas.

Pengetua sekolah memanggil Puan Mariam ke pejabat. Dengan suara lembut tetapi penuh maksud, dia berkata:

“Puan, ini kemalangan. Tak usahlah dibesar-besarkan. Fikirkan masa depan sekolah, masa depan pelajar lain. Jangan dibuat laporan polis.”

Puan Mariam terpaku. Hatiku hancur, fikirnya, tapi bagaimana aku mahu melawan mereka yang berkuasa?


Autopsi Yang Hilang

Mengikut prosedur, kematian mengejut pelajar asrama perlu dibedah siasat. Namun laporan rasmi hanya menyatakan “kematian akibat jatuh”.

Doktor yang sepatutnya melakukan autopsi dipanggil ke bilik khas. Kertas bersampul ditolak ke hadapannya. Dia menggeleng, akhirnya menandatangani laporan ringkas tanpa pemeriksaan penuh.

Apabila ditanya, pihak sekolah berkata:

“Ibunya sendiri menolak autopsi. Kita harus hormat keputusan keluarga.”

Namun Puan Mariam tidak pernah benar-benar diberi pilihan. Dia keliru, tertekan, lalu hanya menangis.


Dua Puluh Hari Kemudian

Selepas lebih dua puluh hari, tekanan semakin berat. Pelajar-pelajar mula berani bercerita kepada keluarga Zira secara sembunyi. Nama Mira semakin jelas disebut.

Puan Mariam akhirnya nekad. Dengan sisa wang simpanan, dia mengupah seorang peguam muda bernama Farid.

Farid mendengar kisah itu dengan wajah serius.

“Puan, kes ini bukan kecil. Ada cubaan menutup bukti. Tapi jangan risau, saya akan bantu. Kalau sekolah dan pihak berkuasa cuba menutup mulut, kita akan bawa ke mahkamah.”


Pertarungan Baru Bermula

Berita keluarga Zira menuntut keadilan tersebar ke media tempatan. Ada wartawan yang cuba membuat liputan, tetapi ditekan oleh editor yang takut pada pengaruh politik keluarga Mira.

Namun di media sosial, cerita mula meletup. Hashtag #KeadilanUntukZira mula trending. Alumni sekolah dan NGO mula bersuara, mendesak siasatan terbuka.

Mira yang dulunya sombong, kini hidup dalam ketakutan. Malam-malam dia terjaga, mendengar bisikan namanya dipanggil. Bayangan Zira terjun dari balkoni sentiasa menghantui.


Penutup Sementara

Kebenaran masih terkunci. Laporan polis baru sahaja dibuat, tetapi perjalanan panjang menanti. Peguam Farid tahu, berdepan dengan kuasa politik bukan perkara mudah.

Di pusara Zira, Puan Mariam berdiri kaku.

“Anakku… ibu janji, nama baikmu akan dibersihkan. Walau setinggi mana kuasa mereka, kebenaran takkan tertutup selamanya.”

Angin malam berhembus, seolah membawa doa seluruh jiwa yang teraniaya.


Tema Tambahan

  • Kuasa politik boleh membungkam keadilan, tetapi suara rakyat mampu memecahnya.
  • Manipulasi institusi (sekolah, perubatan) menambah luka keluarga mangsa.
  • Perjuangan seorang ibu tunggal melawan sistem adalah simbol kekuatan kasih seorang ibu.
Bersambung lagi karya dongeng ini 2021


Khamis, 17 September 2020

fluidplayer script

testing fluidplayer it

Jumaat, 14 Ogos 2020

Lagenda Gundumbei

 Di Perak atau kebanyakan di Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Malaysia Barat ada satu lagenda dongeng cerita lisan tentang GundumBei atau Gedembei atau Gelembai atau Kelembai...
Ia sebuah lagenda mengenai gergasi yang sangat besar yang mahu menegur orang menjadi batu. Ada pelbagai versi yang saya dengar .. ada juga versi teguran itu berserta dengan sembei / pasir / debu / asap. Sebab itulah gergasi tersebut dinamakan Gundumbei,
Gun - gunung / gergasi


Dum - letupan / teguran

Bei - sembei dalam dialek Perak Tengah untuk debu pasir

Baru-baru ni di Gunung Sinabung telah berlaku letupan yang menghasilkan debu panas / hot volcanic ashes.

Ia sama lah seperti letupan Vesuvius di pompeii hingga menyebabkan mangsanya menjadi batu.

Syukurlah berdasarkan video kita dapat lihat kepanasan debu panas di gunung Sinabung Sumatera tidaklah sepanas yg mampu menyebabkan mangsanya mati menjadi batu / kaca.

Letupan Gunung Berapi yang dikatakan ada potensi seperti berlaku pada Vesuvius adalah Letupan gunung Berapi Toba yang telah bertukar jadi Danau / Tasek Toba sekitar 70 ribu tahun dulu. Ini membuktikan nenek moyang melayu kita telah menjadi saksi peristiwa besar (asap panas larva yang mampu menukarkan haiwan dan lain lain menjadi batu) tersebut lalu turun temurun bercerita lisan hingga bertukar menjadi pelbagai nama di pelbagai daerah sekitar Perak.

Dengan melihat data pergerakan angin, ada kemungkinan debu panas dari gunung Toba tersebut tiba ke bahagian Utara Barat Semenanjung Tanah tetapi lebih banyak ke tanah India.


https://www.uh.edu/engines/epi2201.htm

Ia merupakan hipothesis Openheimer kenapa tanah dravidian genetik DNA lebih muda dari org melayu dan persian. Maka saksi yang terselamat berceritalah.

Saya yakin bahawa lagenda cerita lisan ini mesti cerita yang berubah dari bentuk kejadian sebenar kerana ia cerita lisan turun temurun. https://www.youtube.com/watch?v=10QAUQvHBis Saya ingin tahu bagaimana di daerah Sumatera, Indonesia. Adakah ada cerita dongeng yang lebih kurang sama?

Sabtu, 1 Ogos 2020

Selasa, 28 April 2020

sistem huruf

  1.  Ba 
  2.  pe 
  3. me 
  4. ta 
  5. de 
  6. ne 
  7. nya
  8. le 
  9. re 
  10. se
  11. sha 
  12. ze
  13. ca
  14. ja
  15. nga
  16. ha (ha biasa 
  17. ha (ha pedas)
  18. mha (ha maha)
  19. gha
  20. kha
  21. ga 
  22. ka
  23. qu 
  24. a
  25. i
  26. o
  27. u
  28. e
  29. ay
  30. fa
  31. ' bunyi ain 
    tanda huruf menebalkan
     27 va ditebalkan jadi fa


     

    Khamis, 23 April 2020

    api sten

    pembuatan api sten, (a.k.a api lantak, stapik berspak atau lebih femes atau terkini saya baru tahu ada pulak panggil sebagai gobek api)
    Ia adalah ketukangan org melayu dalam menyediakan api di kampung2 terutama kawasan pendalaman. Selalunya masa kecik diajar oleh kawan2 yang lebih dewasa dengan ingatan formula A.P.I

    A. Angin .. 


    untuk dapatkan kuasa angin kayu jolok perlu dipasangkan terap/serat yang serap air/bebenang yang dibasahkan air / atau kembang kata orang perak.
    Selepas tu hendak dilantak kayu jolok supaya angin mampat sehingga sten atau setengah masuk.

    P. Panas. 

    untuk tujuan mendapatkan angin yang akan membarakan isi kering. dengan geseran sentap / tarik dengan cepat akan menyebabkan isi kering akan terbakar. pemilihan material jugak penting samada kayu atau logam dari jenis menyimpan panas dengan baik,

    I. Isian Kering 

    untuk bakaran diletakkan pada liang bara. pemilihan isi untuk bakaran mestilah kering dan dari material mudah terbakar. kekadang kami bebudak ubahsuai tambah minyak tanah bagi mempercepatkan lagi terbakar. bara ini mesti ditiupkan dan dipindahkan isi kering yang mudah terbakar. biasa dapur dulu2 pakai minyak tanah dalam balang kaca .. ambil sikit je...


    Tarikh hari ini

    slow connection? click here