Khamis, 5 Januari 2012

Format Membuat surat Rasmi

korang rasa OK ke format camni?‎
(Alamat Betul..).

Tarikh:

Rujukan Surat 

Yaazima-al-uzamak,

Mohon untuk Menghadap Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, DK., DKM., DMN., 
Sultan Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan

TAJUK

ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻛﻢ ﻭﺭﺤﻤﺗﻭﺍﷲ ﻭﺑﺭﻛﺎ ﺗﻪ

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik, mohon perhatian,

Ehwal adalah patik ..................................., dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah menghadap Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berhubung dengan hasrat patik .................................................................... 

Patik dengan sukacita dan berbesar hati memohon sudi jua kiranya Kebawah DYMM Paduka Seri Tuanku berkenan membantu patik ................................... . Semoga dengan bantuan dan sokongan Duli-Duli Tuanku serta iringan doa restu akan dapat merealisasikan ....................................... Insya-Allah.

Sekian sahaja patik sembah maklum, diiringi dengan salam takzim jua adanya. Ampun Tuanku.
ﻭﺑﺎ ﷲ ﺍﻟﺘﻭﻓﻴﻖ ﻭﺍﻟﮭﺪﺍﻴﺔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻡ ﻭﺭﺤﻤﺔ ﺍﷲ ﻭﺑﺭﻜﺎﺘﻪ 

Adalah patik dengan segala hormat takzimnya,

(Tandatangan)
(Nama)
(Hp)


Namun begitu kena ada surat Iringan kepada  mereka yg menjadi setiausaha sulit kena semak dengan laman web semasa.
http://sultan.perak.gov.my/bahasa/pegawai.htm


YDH Toh Raja Diraja,
Dato’ Abd Rahim bin Mohamad Nor 
Setiausaha Sulit Kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Istana Kinta, Jalan Raja Dr Nazrin Shah
30500 IPOH
Perak Darul Ridzuan

Y.Bhg. Dato’,

SURAT BERKAITAN PEMILIKAN TANAH........ UNTUK DIANGKAT SEMBAH KEBAWAH DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN 

ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻛﻢ ﻭﺭﺤﻤﺗﻭﺍﷲ ﻭﺑﺭﻛﺎ ﺗﻪ

1. Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tajuk di atas, sukacita dimaklumkan bahawa bersama ini disertakan warkah berkaitan............ 

2. Sehubungan dengan itu, sukacita disertakan bersama ini warkah daripada ..................... merafak sembah menjunjung kasih untuk diangkat menghadap sembah Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. 

3. Mohon kerjasama Y.Bhg. Dato’ untuk sembah maklum perkara ini kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sekian, terima kasih.

ﻭﺑﺎ ﷲ ﺍﻟﺘﻭﻓﻴﻖ ﻭﺍﻟﮭﺪﺍﻴﺔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻡ ﻭﺭﺤﻤﺔ ﺍﷲ ﻭﺑﺭﻜﺎﺘﻪ

Sabtu, 24 Disember 2011

Cara-cara copy paste text laman web yang tak bagi pilih teks

Mutakhir ini banyak laman web DHTML membuat supaya teks di laman web mereka tidak boleh dipilih dan disalin. kod di bawah adalah contoh script biasa digunakan. letihnya setiap browser ada script nye yang tersendiri.

tetapi ia hanya perlindungan suka-suka sahaja. sebenarnya kita hanya perlu pergi kepada "page source" nya sahaja


tak kisah apa cara pun ... setelah pilih teks yang ingin disalin pastu klik kanan copy bahagian source yang dingini.. pastu paste abis cerita .. contoh dari http://petuaemak.com/petua-memutihkan-gigi/

dah siap salin

Setiap orang pasti mengidamkan senyuman yang menawan.

Senyuman yang menawan akan nampak indah apabila gigi berwarna putih.

Ttpi gigi yang kuning ini ade kelebihan yang tersendri.Tetapi untuk yg terlalu kuning,bleh la mencuba petua ini.:)
Diantara fakt0r gigi menjadi kuning ialah

  1. meminum k0pi/teh dgan kerap.
  2. Warne gigi mmg akan menggelap apabila usia kita meningkat.
  3. Kerana,kemampuan tubuh untuk menyerap nutrisi&vitamin sudah berkurang.
  4. Termasuk kemampuan untuk menyerap kalisium.

1.Campuran Lemon dan garam

Untuk mendapatkan gigi yang putih berseri.

Bleh cuba campur beberape titis jus lemon + sedikit garam.

Gunakan campuran td ketika anda memberus gigi.

Campuran lemon ini dapat menghilangkan karat pada permukaan gigi.

2. kulit Limau

Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau.Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut,

yang bleh membantu menghilangkan noda karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan e-mel gigi.

3.Strawberry


Strawberi bukan hanya enak dimakan.Ttpi buah strawberi juga boleh memutihkan gigi.Walaupun rasanya manis,

ttpi buah strawberi tidak menjejaskan kesihatan gigi.Sebaliknya,ia bleh membuatkan gigi menjadi putih cemerlang.

Jadi,selalulah memakan buah strawberi.Buah strawberi juga kaya dengan vitamin C.
InsyaAllah dgan izinNye gigi anda akan menjadi putih berseri-seri

Selasa, 20 Disember 2011

projek jualan kerja tangan magnet peti ais

siapa berminat boleh tempah 1 unit 2.50 sen sahaja tidak termasuk belanja penghantaran. tapi jika beli banyak seperti lima unit harganya drop jadi RM10 sahaja.

Selasa, 29 November 2011

mari kira mengira

sistem pengiraan sebutan bahasa lama (pupus dah) yang ada bentuk hampir sama dengan bahasa melayu modern

Itsatsudji = satu atau esa

Dusyoroloro = dua

Thaluruwu = tiga

Tsu-anfuat = empat

Lihimma = lima

Ununam = Enam

Pitrujo = tujuh


Arvualupanana =lapan

Syizranvilan =Sembilan

Itsatohaompolo = sepuluh

ItsatohampolohIstasudji. = Sebelas

IsatohampolohDosyoroloro = dua belas

begitulah bahasa berevolusi disebabkan pengaruh luar dan juga untuk kemudahan zaman untuk berkomunikasi.

Selasa, 22 November 2011

tumblr bukak akaun

register guna email yahoo menariknya dia boleh GIF format jarang yang boleh buat... beri ...

dulu suka simpan kat tempat lain tapi semua tak bagi gif format dah... photobucket pun x bagi apapun tumblr cuba 10Mb saja per upload sesion.. ok latu

Sabtu, 19 November 2011

revision

Tarikh hari ini

slow connection? click here