Memaparkan catatan dengan label Surat Rasmi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Surat Rasmi. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

Format Membuat surat Rasmi

korang rasa OK ke format camni?‎
(Alamat Betul..).

Tarikh:

Rujukan Surat 

Yaazima-al-uzamak,

Mohon untuk Menghadap Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, DK., DKM., DMN., 
Sultan Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan

TAJUK

ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻛﻢ ﻭﺭﺤﻤﺗﻭﺍﷲ ﻭﺑﺭﻛﺎ ﺗﻪ

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik, mohon perhatian,

Ehwal adalah patik ..................................., dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah menghadap Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berhubung dengan hasrat patik .................................................................... 

Patik dengan sukacita dan berbesar hati memohon sudi jua kiranya Kebawah DYMM Paduka Seri Tuanku berkenan membantu patik ................................... . Semoga dengan bantuan dan sokongan Duli-Duli Tuanku serta iringan doa restu akan dapat merealisasikan ....................................... Insya-Allah.

Sekian sahaja patik sembah maklum, diiringi dengan salam takzim jua adanya. Ampun Tuanku.
ﻭﺑﺎ ﷲ ﺍﻟﺘﻭﻓﻴﻖ ﻭﺍﻟﮭﺪﺍﻴﺔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻡ ﻭﺭﺤﻤﺔ ﺍﷲ ﻭﺑﺭﻜﺎﺘﻪ 

Adalah patik dengan segala hormat takzimnya,

(Tandatangan)
(Nama)
(Hp)


Namun begitu kena ada surat Iringan kepada  mereka yg menjadi setiausaha sulit kena semak dengan laman web semasa.
http://sultan.perak.gov.my/bahasa/pegawai.htm


YDH Toh Raja Diraja,
Dato’ Abd Rahim bin Mohamad Nor 
Setiausaha Sulit Kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Istana Kinta, Jalan Raja Dr Nazrin Shah
30500 IPOH
Perak Darul Ridzuan

Y.Bhg. Dato’,

SURAT BERKAITAN PEMILIKAN TANAH........ UNTUK DIANGKAT SEMBAH KEBAWAH DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN 

ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻛﻢ ﻭﺭﺤﻤﺗﻭﺍﷲ ﻭﺑﺭﻛﺎ ﺗﻪ

1. Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tajuk di atas, sukacita dimaklumkan bahawa bersama ini disertakan warkah berkaitan............ 

2. Sehubungan dengan itu, sukacita disertakan bersama ini warkah daripada ..................... merafak sembah menjunjung kasih untuk diangkat menghadap sembah Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. 

3. Mohon kerjasama Y.Bhg. Dato’ untuk sembah maklum perkara ini kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sekian, terima kasih.

ﻭﺑﺎ ﷲ ﺍﻟﺘﻭﻓﻴﻖ ﻭﺍﻟﮭﺪﺍﻴﺔ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻡ ﻭﺭﺤﻤﺔ ﺍﷲ ﻭﺑﺭﻜﺎﺘﻪ

Tarikh hari ini

slow connection? click here