Selasa, 16 Disember 2008

balingan kasut wartawan kepada bush


Sumber: Utusan Malaysia

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Sabtu, 13 Disember 2008

Ahad, 7 Disember 2008

Malaysia tanpa jurutera sejati.

Apabila golongan seni atau jenis suka ikut emosi seni keindahan, maka banyaklah ukiran, binaan yang indah-indah tetapi mengabaikan logik keselamatan... Inilah yang berlaku di Malaysia.. kepimpinan oleh ahli falsafah, sains sosial dan lain-lain. Sepertimana sistem pendidikan/pengurusan kita dikuasai oleh golongan ini dengan kewujudan kertas yang banyak untuk peperiksaan. terlalu banyak dokumentasi hiasan kertas penerangan, hiasan pada borang-borang. hiasan pada kertas peperiksaan Akhir.

Maka terbinalah rumah istana, Banglo yang mampu milik oleh pemodal kaya yang tiada pemikiran kejuruteraan. Apa yang penting bagi golongan ini ialah nampak hebat bergaya mewah dan sebagainya. Apa susah jika ada gangguan.. suap jer penguasa yang meminggirkan Jurutera sejati. Maka risikonya telah diperolehi kini. Tanah runtuh! rumah semuanya binasa tanpa boleh dituntut gantirugi. (insurance)

Sabtu, 6 Disember 2008

1 Disember 2008

Tarikh aku melapor diri ke Ipoh.. dengan tenang langit petang itu seakan tersenyum melihat kepulangan aku... jam 9 malam 1 Disember 2008





Pandang arah Barat sikit selepas Isya'. Kita akan dapat lihat himpunan planetari terunggul bagi tahun 2008 ini.

Bulan bersama-sama dengan Mustytari dan Kejora akan berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga!

Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.

Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!

Khamis, 27 November 2008

Kesan Gempa Bumi dan gelora Laut Cina Selatan

Selama beberapa tahun(2006 - 2008) saya memerhatikan secara logik akal dengan merujuk perkembangan gempa bumi dalam google earth dengan bantuan USGS dan kekuatan angin ribut hujan yang melanda Miri. Saya membuat kesimpulan ia sangat berkaitan. setiap kali ada gempa di sekitar Laut China Selatan seperti Kepulauan Mindoro Filipina maka Malamnya melanda hujan berserta angin ribut yang kuat.

Hari ini, 27 November 2008, Pulau Mindoro berlaku gempa petang tadi.. sekarang pada masa mesej ini ditulis Hujan berserta angin kuat kedengaran di luar. Merujuk Google earth weather kelihatan awan yang muncul secara tiba menjadi tebal dari arah angin yang datang dari arah Tenggara... seperti dan menjadi kepulan ribut kecil secara tiba tiba.

Selasa, 18 November 2008

Gempa bumi di Laut Celebes, Sulawesi Utara


Sulawesi Utara, 17 Nov 2008, kira-kira berhampiran daratan Gorontolo berlaku gempa bumi yang tidak cukup kuat untuk Tsunami. Tetapi penduduk tempatan mendakwa kelihatan air membuak tinggi lebih kurang 2 meter.

"Beberapa penduduk melihat paras laut naik setinggi dua meter dan menyangka tsunami akan melanda kawasan mereka dalam masa beberapa minit," kata pegawai di Buol, Nasir Maroto.

Ketinggian itu tidak cukup untuk berlakunya tsunami. kerana tolakkan ombak tidak kuat untuk menjadi limpahan air yang menjadi sebab tsunami.

Gorontolo adalah sejauh 600 km lebih kurang ke pantai tenggara Sabah. 400 km dari Palu, Sulawesi Indonesia.

Kerajaan Amerika sudahpun memberi amaran tsunami jarak 1000 Km sekitar, namun akhirnya dibatalkan.

lebih lanjut http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Ahad, 16 November 2008

Rakaman Pembentangan Belanjawan Perak













dari sumbangan dari TV pas
http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=6561

Tarikh hari ini

slow connection? click here