Selasa, 18 November 2008

Gempa bumi di Laut Celebes, Sulawesi Utara


Sulawesi Utara, 17 Nov 2008, kira-kira berhampiran daratan Gorontolo berlaku gempa bumi yang tidak cukup kuat untuk Tsunami. Tetapi penduduk tempatan mendakwa kelihatan air membuak tinggi lebih kurang 2 meter.

"Beberapa penduduk melihat paras laut naik setinggi dua meter dan menyangka tsunami akan melanda kawasan mereka dalam masa beberapa minit," kata pegawai di Buol, Nasir Maroto.

Ketinggian itu tidak cukup untuk berlakunya tsunami. kerana tolakkan ombak tidak kuat untuk menjadi limpahan air yang menjadi sebab tsunami.

Gorontolo adalah sejauh 600 km lebih kurang ke pantai tenggara Sabah. 400 km dari Palu, Sulawesi Indonesia.

Kerajaan Amerika sudahpun memberi amaran tsunami jarak 1000 Km sekitar, namun akhirnya dibatalkan.

lebih lanjut http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tarikh hari ini

slow connection? click here