Sabtu, 11 Oktober 2008

Projek Electro Hydroxy - tenaga air

Teknologi ini telah lama berjaya sejak 50 tahun dahulu oleh Stanley Meyer. Malahan telah di war-warkan di media jepun pada suatu masa dulu.

Kita boleh buat 100% penggunaan air dalam menjana hyrogen secukupnya tanpa perlu mewujudkan proses hyroxy seperti penggunaan karbon dan lain lain kaedah hydroxy konvensional.

lebih detail rujuk jadual kimia yang dibuat dalam bentuk swf (flash file)

click to begain...di paparan paliing bawah kiri untuk memulakan animasi jadual bahan kimia ini.






Sebaik-baiknya ia adalah tindakbalas elektron-elktron dalam 3 bahan kimia utama ferum yang terikat dengan chromium supaya besi tidak karat disebabkan oksigen, Hydrogen yang terikat dengan oksigen menjadi air. Proses ini menggunakan Pottasium yang disimbolkan sebagai "K" di dalam jadual atau boleh juga gabungan bahan NAOH untuk mewujudkan Gandaan Hydrogen kuasa 2 oksigen atau ringkasnya gas HHO. semua proses ini dijana dengan voltan setinggi lebih kurang 14 Volt DC dengan rintangan litar sebanyak 1.2 ohm sahaja.


Nak tau lebih lanjut rujuklah pakar kimia. atau boleh rujuk berjuta-juta ebook berkaitanPanacea University of open knowlegde


sila rujuk jadual dengan klik setiap ruang nama kod kimia


gambar pemasangan part atau bahagian reaktor hydrogen.



ok selamat mencuba semoga alam sekitar yang bersih kembali pada kita. Suatu pulangan yang tidak terbayar walau sejuta.

Guna Quiz maker

Banyak perisian quiz maker wujud di pasaran kini semenjak adanya flash programming. Flash ternyata banyak memudahkan. walaupun mahal.



Malaysia ramai pakar IT. yang benar2 berlatarbelakangkan IT. sebagai contoh ada pula perisian online buatkan peperiksaan secara online dengan beberapa ciri soalan di easytest maker

Rabu, 8 Oktober 2008

PM selepas Mac 2009

Desakan Mahathir dan konco-konconya nampaknya telah berjaya mempengaruhi niat asal PM ke lima dalam cuba menyelami realiti sokongan yang dihadapi. PM ke 5 secara pribadi saya berpendapat telah membuka matanya terhadap kenyataan berbelah bahagi golongan yang telah goyah untuk menyokongnya.

Najib yang kini dalam ancaman skandal mendiang wanita monggolia agar sukar mendapat sokongan berbanding Tengku Razaleigh(TRH). TRH selaku manusia yg mempunyai impian menjadi PM pasti mahu menggunakan kesempatan ini untuk mencapai cita-citanya.

Manakala Anwar dari luar UMNO tentu sahaja terpaksa menunggu pilihanraya seterusnya 2012.

inilah jangkaan biasa semua orang tetapi ianya terdedah kepada sejuta kemungkinan yang boleh dianalisa. Tambahan PM ke 5 mempunyai gaya U turn dalam setiap tindakannya.

UMNO adalah parti yg tertanam kukuh oleh pengundi taasub generasi tua yang semakin merosot bilangannya nanti. mereka yang menyayangi ini adalah generasi yang lahir sebelum tahun 50-an. mereka ini berumur dalam lingkungan 50 lebih ke atas.

Terutama sebelah Selatan Semenanjung.

Sabtu, 27 September 2008

Formula matematik Adiputra tiada manfaat?

Mencipta formula matematik dan mewujudkan berjuta juta formula hanya akan menyusahkan sahaja. Adiputra Abdul Ghani, kanak-kanak yang kononnya berkebolehan mencipta pelbagai formula matematik adalah seumpama pertunjukan sarkis kebijaksanaan IQ.

Alangkah baik kebijaksanaannya digunakan mengira dan merekabentuk teknologi baru untuk kebaikan semua. Sekadar formula matematik kemudian formula itu pula hanya nak mengira julat-julat bilangan tertentu. Betapa banyak anugerah Allah dibazirkan.

Akhir-akhir ini pula menjadi penilik mencari Sharlinie yang hilang. Tidak kisahlah jika gagal sekalipun. Kepada Allah kita berserah.

Sekurang-kurangnya negara kita taklah bangang terpaksa beli jet pejuang dari russia dan terus bergantung spare part dari luar. Sehingga bila kita akan terus begini. Jawapannya ialah pemimpin yg baik dari pengikut yg baik. begitulah seterusnya pemimpin bangang tentu lahir dari pengikut yg majoritinya bangang.

Tanpa menafikan penulis adalah sebahagian dari masyarakat ini, menyeru supaya memanfaatkan dengan kesedaran kebaikan akhirat walaupun tidak lupa bahagian kita di dunia

Gempa bumi di Mindoro Filipina

Di lokasi 13.402°N, 120.476°E, akan berlaku pada 27 september gegaran berskala ricther M6.1 dan diulangi lagi M4.1 dengan kedalaman tanah lebih kurang +/- 11.7 km. Gegaran yang berlaku jam 11:00 waktu Malaysia tadi adalah di atasa daratan Utara Pulau Mindoro Filipina. Fakta ini menunjukkan tiada tsunami akan boleh dijana darinya. Alhamdulillah.




Tambahan edited text 27 September 2008.


Di samping itu, taufan OFEL yang sedang menghala ke Taiwan, manakala tempiasnya akan mengakibatkan banyak kawasan berkongsi laut China Selatan akan mengalami hujan lebat sehingga esok hari. gambar animasi pergerakan taufan ofel tersebut adalah gambar satelit yang dirakam pada jam 2:00 petang (14:00)27 september 2008 waktu Malaysia.



Sehubungan dengan itu. banjir kecil mungkin akan melanda di kedah atau utara semenanjung.

Khamis, 25 September 2008

Perbandingan Golongan Kreatif dan Golongan Buntu

Orang kreatif itu memang biasanya dianggap gila tapi tentu tidak semuanya. Rasanya kita tahu beberapa kisah mengenai tokoh-tokoh kreatif yang terkemuka seperti Albert Eistein dan lain-lain. Walaupun pada awal kerjayanya dikira kurang waras atau pada masa kecilnya malah dianggap agak selekeh atau bodoh atau malas. Sehingga mereka ini akan dibenci dan tidak disukai oleh manusia manusia yang tertutup fikiran dan terbantut kreativiti secara semulajadi. Kini, bahkan ekspresi kekaguman kita terhadap manusia semacam ini berbentuk gelengan kepala yang menunjukkan sejemput rasa tidak percaya dan tidak mengerti kerana sebenarnya kita hanya perasan pandai tetapi realitinya lebih bodoh dari mereka. Apakah yang membuat kita sulit sekali untuk memahami mereka?

Menurut Mihaly Csikszentmihalyi, http://en.wikipedia.org/wiki/Mihaly_Csikszentmihalyi seorang pakar kreativiti yang telah 30 tahun meneliti kehidupan orang-orang kreatif, kesalahfahaman dalam menghadapi mereka sering timbul karena pada dasarnya individu yang kreatif memang memiliki kepribadian yang lebih kompleks dibanding orang lain. Jika kepribadian manusia biasa pada umumnya memiliki kecenderungan ke arah tertentu, terhad dan statik, maka kepribadian orang kreatif terdiri dari sifat-sifat berlawanan yang terus-menerus 'bertarung', tapi di sisi lain juga hidup berdampingan dalam satu tubuh. Apakah sifat-sifat kontradiktif mereka?

Orang-orang kreatif memiliki tingkat energi yang tinggi, tapi mereka juga memerlukan waktu lama untuk beristirahat. Mereka tahan berkonsentrasi dalam waktu yang lama tanpa merasa jenuh, lapar, atau gatal-gatal karena belum mandi. Tapi begitu sudah selesai, mereka juga boleh menghabiskan waktu berhari-hari untuk mengisi ulang tenaga mereka; Di mata orang luar, mereka jadi terlihat seperti orang termalas di dunia.

Orang-orang kreatif pada umumnya juga cerdas, tapi di sisi lain mereka tidak segan-segan untuk berfikir ala orang bodoh dalam memandang persoalan. Malahan terpaku sejak awal pada satu macam penyelesaian ('cara yang benar'), mereka memulai pemecahan masalah dengan berfikir divergen: Mengeluarkan sebanyak mungkin dan seberagam mungkin Idea yang terfikir, tak peduli betapa bodoh kedengarannya bagi orang yang tidak kreatif.

Orang-orang kreatif adalah orang yang playful, tapi mereka juga penuh disiplin dan ketekunan. Tidak seperti dewasa lainnya yang melihat dunia dengan kacamata super-serius, orang-orang kreatif memandang bidang yang diminatinya mereka seperti taman ria. Mereka melakukan pekerjaannya dengan begitu menghiburkan diri sehingga terkesan seperti sedang bermain-main, padahal sebenarnya mereka juga bekerja keras mewujudkan 'mainannya'.

Fikiran orang-orang kreatif selalu penuh khayalan dan fantasi, tapi mereka juga tak lupa untuk tetap kembali ke alam nyata. Mereka mampu membuahkan ilham-ilham gila yang belum pernah tercetus oleh 6 juta manusia lain, tapi yang membuat mereka bukan sekadar pemimpi di siang hari adalah usaha mereka untuk menjambatani dunia khayalan mereka dengan kenyataan sehingga orang lain boleh ikut mengerti dan menikmatinya.

Orang-orang kreatif cenderung bersifat introvert dan ekstrovert. Pada kebanyakan orang lain, biasanya ada satu sifat yang cenderung lebih mendominasi perilakunya sehari-hari, tapi kedua sifat itu tampaknya muncul dalam campuran yang setara pada orang-orang kreatif. Mereka sangat menikmati baik pergaulan dengan orang lain (terutama dengan orang-orang kreatif lain yang sehobi) Tetapi menjadi musuh pada golongan yang buntu dan tidak kreatif, kerana idea dan pemikiran mereka akan buat orang tidak keratif sakit kepala dan serta budaya kerja orang tidak kreatif yang terlalu rutin dan tetap. Malahan mereka lebih suka bersendirian total ketika mengerjakan sesuatu.

Orang-orang kreatif biasanya rendah hati, namun juga bangga akan pencapaiannya. Mereka sedar bahwa Idea-Idea mereka tidak muncul begitu saja, melainkan hasil olahan inspirasi dan pengetahuan yang diperoleh dari lingkungan dan tokoh-tokoh kreatif yang menjadi idola mereka. Mereka juga terfokus pada rencana masa depan atau pekerjaan saat ini sehingga prestasi di masa lalu tidak sebegitu berartinya bagi mereka.

Orang-orang kreatif adalah androgini; Mereka mempelbagai-bagaikan batas-batas yang kaku dari stereotype kejantinaan mereka. Laki-laki yang kreatif biasanya lebih sensitif dan kurang agresif dibanding laki-laki lain yang tidak begitu kreatif, sementara perempuan yang kreatif juga lebih dominan dan 'keras' dibanding perempuan pada umumnya.

Orang-orang kreatif adalah pemberontak, tapi pada saat yang sama mereka tetap menghargai tradisi lama. Tentu sulit menyematkan nilai kreativiti pada sebuah teori atau karya yang tidak mengandung sesuatu yang baru, tapi orang-orang kreatif tidak ingin membuat sesuatu yang sekedar berbeda dari yang sudah ada; Ada unsur 'pembaikan' atau 'peningkatan' yang harus dipenuhi, dan itu hanya boleh dilakukan setelah orang-orang kreatif cukup memahami aturan-aturan dasarnya untuk boleh menyelaminya. Tidak semestinya Idea mereka yang kreatif diterima pada masa semasa.

Orang-orang kreatif sangat bersemangat mendalami pekerjaannya, tapi mereka juga boleh sangat objektif menilai hasilnya. Tanpa hasrat yang menggebu-gebu, mereka mungkin sudah menyerah sebelum sempat mewujudkan Idea kreatif mereka yang sulit dinyatakan, tapi mereka juga tidak dapat menghasilkan sesuatu yang benar-benar hebat tanpa kemampuan menerima kritikan orang lain atau kritikan sendiri dan karya sendiri habis-habisan - habolehn.

Orang-orang kreatif pada umumnya lebih terbuka terhadap hal-hal baru dan sensitif pada lingkungan. Sifat ini menyenangkan mereka (karena mendukung proses kreatif), tapi juga membuat mereka sering gelisah -bahkan menderita. Sesuatu yang tidak beres di sekitar mereka, kritik dan cemohan terhadap hasil karya, atau pencapaian yang tidak dihargai sebagaimana mestinya oelh golongan buntu atau tidak kreatif yang menguasai industri dan negara.

Hal-hal ini mengganggu orang kreatif lebih dari orang biasa. Hasil daripada kajian yang dibuat terhadap orang kreatif ini telah berjaya menghasilkan tenaga kerja yang kreatif dalam bidang kejuruteraan terutamanya di negara-negara maju dalam menghasilkan produk-produk sebagai contoh kereta yang berdaya saing dan berkualiti berbanding Malaysia yang kurang menghargai golongan ini.

jika tanpa golongan ini, negara akan lumpuh dari aktiviti ekonomi yang dapat menjana kemajuan negara dan rakyatnya.

Rabu, 24 September 2008

Pengiraann matematik darab 6 hingga 10 menggunakan jari

Saya cari merata-rata tentang formula pengiraan menggunakan jari dalam bahasa melayu. namun tiada. Sehubungan dengan tu saya ingat nak buat satu dalam bahasa melayu. Gambar movie cedok ler dari bahasa inggeris.
Sebenarnya banyak lagi cara kiraan guna jari. sehingga kita boleh cari panjang garis sendeng dalam pengiraan panjang dan lebar. tapi sayangnya saya dah tak ingat lagi. Ilmu tersebut disampaikan oleh tukang kayu(arwah) yang pakar buat bumbung rumah orang melayu lama.

Tarikh hari ini

slow connection? click here